SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, February 20, 2009

Peaching, Adil Atau Bias?

Lima idea telemovie telah ku bentangkan. Persoalannya, adilkah setiap juri yang menilai hasil karya kami para pembentang untuk menentukan telemovie yang terpilih mengisi siaran RTM? Bilangan penilai yang sedikit berbanding wakil syarikat yang lebih daripada 100 buah syarikat membentangkan karya masing-masing tanpa disertakan dengan kertas kerja, mampukah diingati dengan teliti jalan ceritanya? Hanya catatan ringkas penilai dan pertemuan "empat mata" dalam masa 10 minit dengan pembentang, cukupkah bagi juri membuat pemilihan yang adil? Pastikah para penilai tidak mempunyai bias terhadap pembentang yang mereka lihat pembentangannya? Benarkah pembentangan artis dan penulis biasa terutamanya penulis baru sepertiku dinilai sama adil?

Pendapat anda?

2 comments:

azlin hashim said...

Salam perkenalan di alam maya! Selamat berkarya..)

TINTA EMAS said...

Terima kasih Azlin, kerana sudi komen blog ini. Salam perkenalan untuk anda juga. Semoga perkenalan di maya ini memberi manfaat kepada kita. Insya-Allah.