SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, April 17, 2022

Kisah Karpet Baryali

Assalammualaikum korang, Mesti korang dah tidurkan? Yelah, kejap lagi nak bangun sahur. Aku dah tidur dari pukul 6.30 petang tadi. Terjaga pukul 11.00 malam. Itu pun sebab ada kawan call. Almaklumlah, bila cuti ni, tak adalah nak kena solat bagai. So, kita boleh tidur bila-bila masa dan berapa lama hahaha... Minggu depan, insya-Allah, kembalilah ke rutin asal bila dah solat nanti. Tiba-tiba rasa nak bercerita dengan korang. Nanti kalau termasuk ziarah kat blog yang dah bersawang ni, sudilah membaca. #JanganMembawang! Alkisahnya, tahun ni tak sempat nak buat collection untuk diinfakkan kepada mereka yang memerlukan. Tak sempat ke sebab kau yang malas or leka? Hahahaha… So aku decide nak taja one of the item untuk gift budak-budak pusat latihan pejabat aku tu katam Quran. Boleh jugakkan? Aku offerlah kat kawan-kawan aku kot-kot ada siapa yang nak join amal yang tak seberapanya ni. Adalah beberapa orang yang menyumbang. Ada sorang tu, siap kumpul duit RM5 dari tahun lepas sebab nak menyumbang kat projek aku ni. Sekali dia bagi, RM300.00. Terkejut aku. Tak apalah, semoga semua penyumbang tak kira banyak manapun, diberi kemewahan rezeki. Amin. Tahun ni aku decide nak bagi sejadah. Memandangkan aku sibuk dan tak boleh nak buat promosi besar-besaran macam tahun lepas, tak bolehlah nak bagi telekung or baju raya. Bagi sejadah Tetami la. Biar selesa sikit dia orang nak sujud dengan sejadah lembut dan tebal tu. Semoga makin dekat mereka dengan Allah. Memandangkan majlisnya Selasa ni, aku ajak Yana pergi beli sejadah kat Masjid India. Masuk kedai pertama, tak ada sejadah Tetami. Sejadah trand baru adalah. Tapi nipis dan simple sangat. Macam kosong je. Tak best la. Kami ke kedai sebelah. Pun tak ada Tetami. Kami ke kedai ketiga iaitu Baryali. Yes, ada Tetami. Memang rezeki budak-budak tulah. Ada pelbagai warna yang cantik belaka. OK, kena beli lebih ni. Nak hadiahkan kat mama dan abah. Jangan kata aku guna duit sumbangan ye. Duit sumbangan tu bahagian lain. Yang ni, aku topup asing daripada duit sumbangan. Peruntukan duit sumbangan tu untuk 35 je final jumlah yang diperlukan. Jadi, baik aku beli tambahan lima sejadah untuk my personal. Semoga dapat murah. Ramah betul jurujual kedai ni. Sambut kami kat pintu masuk terus layan kami. Perempuankan, sebelum sampai belakang, sempatlah membelek karpet. Karpet purple! Memang aku mencari karpet warna ni untuk matching dengan future wall aku. Karpetnya memang best, lembut, gebu dan berbulu. Tapi kecik. Tak sesuai dengan saiz ruang tamu rumah. OK tak apa. Kita ke tujuan asal dulu. Biar selesai amanah orang ni dulu. Lepas tu barulah kau nak beli karpet kea pa ke. Kata jurujual tu, dia boleh bagi aku RM300. Harga sebenar karpet tu RM400 setelah diskaun. Entah ye entah tidak entah. Entah-entah memang saja je letak harga tinggi supaya boleh bagi murah kat pembeli. Husnuzon Tinta hahahha… Ini memang betul ada tatami. Dia cakap, dia bagi aku RM25 untuk sebidang sejadah. Alamak, kalau RM25 untuk 35 sejadah memang tak cukup setelah termasuk dengan duit aku. Harga yang dia letak RM50. Aku mencongak dalam kepala. Duit orang bagi sekian banyak, tambah sumbangan aku, sekian banyak. Ish, kalau RM25 sehelai memang tak cukup duit. Aku tengok kat Lazada RM17 je. Cuma takut nak beli sebab nak beli banyak. Aku: Tak boleh kurang lagi ke? Saya nak beli banyak ni. Jurujual: Tak bolehlah kakak. Yana: Bolehlah. Dia nak bagi kat budak katam Quran ni. Wei, budget hang berapa? Aku: RM20 je. Jurujual: OK la kakak. Saya bagi RM20. Kakak mahu berapa? Aku: Saya nak 40. Masa duk pilih dan asingkan sejadah: Jurujual: Ambil 50 la kakak. Wei, nak buat apa banyak-banyak? Membazir je. Aku ni duduk sorang. Pun dah ada tiga ke empat sejadah. Aku: Tak naklah. Saya nak 40 je. Tauke Kedai: Kalau macam tu, saya bagi kakak karpet tadi RM150. Oooo boleh kurang lagi ek harga dia? Tunggu ek, jap lagi kita tawar-menawar karpet pulak.

No comments: