SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, January 23, 2022

Some by Mi: Yuja Blemish Care Serum

Assalammualaikum semua! Selamat petang! Dah setahun lebih rupanya saya tak update blog ni. Kenapa? Malas +layout blog yang tak berapa nak accessible ni. Hari ni ada mood, rasa nak update tentang penjagaan wajah. Kalau korang baca blog saya sejak dulu, saya memang pengguna SK-ii tegar. Tapi untuk tiga produk je hahahahahaha... Apa dia? Cleanser, toner dan essence. Sebab tiga produk ni, beli sekali boleh pakai setahun lebih. Untuk serum, moisturizer, sun block dan mask, memang tak berbaloi. Berbaloi dengan kulit tapi tak mesra beg duit. Kang kebulur tak makan pulak hehehehehe... Harga serum dan moisturizer SK-ii yang pernah saya guna RM500 ke atas untuk 50g/30ml sahaja. Sun block dia 30ml RM200 lebih, mask sheet dia RM57 sekeping. Dahlah semua benda alah ni teksturnya krim/gel/pekat. Pakai kena secukupnya dan setiap hari. Memang idok le kita kalau kena beli setiap bulan ni. Sayapun berkelanalah di google dan Youtube mencari review produk yang bagus. Saya nak cari produk Jepun sebenarnya. Saya perhatikan kulit saya ni suka produk Jepun. Tapi produk matahari terbit ni, bila masuk Malaysia je harga terus jadi harga kayangan. Walaupun, dekat negara dia produk tu murah dan dijual di kedai macam Seven11 tu je. Masuk Malaysia, hampeh! Sayapun bertemulah dengan satu channel Youtube ni. Noil Faizal nama dia. Kak Fatimah pun pernah suruh saya tengok channel youtuber ni. Dia selalu buat review produk penjagaan wajah. Lepas tu, review dia complete dengan bahan-bahan dan keterangan fungsi bahan. Best kan? Banyak jugaklah saya tengok review dia. Tapi semua produk tu tak menambat hati saya. Sejujurnya saya takut nak try produk baru. Takut tak sesuai. Kulit saya ni kalau dia tak suka dengan satu-satu produk tu, dia memang bagi reaksi. Setakat sikit-sikit tu tak apalah. Takut lebih je. Hehehehe... Suatu hari, Noil Faizal ni buat review tentang satu produk ni. Macam best je. Sebab dulu orang selalu tegur muka saya kusam. Tapi bila saya guna serum/moisturizer SK-ii, dia eloklah. Bila tak guna, dia kusam balik. Nama produk ni Some by Mi Yuja Blemish Care Serum. Produk dari Korea. Tak dapat Jepun, kita try la guna produk Korea. Noil Faizal ni memang banyak review produk Korea yang mesra poket. Bagi saya kalau setakat RM80-RM90 tu OK lagi la kalau nak kena beli dua bulan sekali ke, sebulan sekali kan? Taklah melampau sangat. Yuja ni merupakan keluarga buah sitrus. Kandungan Vitamin C dia tiga kali ganda lebih dari buah lemon. Dalam serum ni terdapat 82.3 percent ekstrak buah Yuja dan 5 percent Niacinamide. Kata Noil Faizal, walaupun kandungan Vitamin C yang banyak +niacinamide, dia tidak merensakan kulit dia. So, saya tertarik untuk mencubanya. Tapi kena ingat ye, kesan sesuatu produk tu tak sama kat setiap orang. Jangan nanti korang pergi try lepas tu kulit merensa korang marah saya pulak. Apa lagi, saya search online. Watson pun jual benda alah ni. Kalau watson atau Guardian jual, taklah takut sangat nak try kan? Kemasan kotak dan botol berwarna kuning sesuai dengan warna buah Yuja dan baunya sangat menyegarkan. Tidak terlalu kuat. Bau buah Yuja, bukan bau pewangi katanya. Saya try dalam takut-takut. Alhamdulillah, Ia mampu mencerahkan kulit wajah saya yang kusam. Bukan memutihkan ye. Mencerahkan atau mengembalikan warna asal kulit kita. Kawan kat pejabat pun tegur yang kulit saya semakin membaik. Tapi ingat, kalau nak kulit berseri, jangan pakai produk je beria. Minum air putih kena banyak tau. Mula-mula kulit saya berubah tu, ada orang ingat sebab foundation kulit saya jadi elok. Tapi ada kawan yang tengok saya lepas solat tanpa mekap bagi tahu kat kawan tu, sebenarnya bukan foundation yang buat kulit saya nampak macam tu. Tapi kulit saya sendiri yang dah berubah. Tak macam dulu. Saya rasa sebak. Betapa Allah tu memberi kepada kita jika kita berusaha. Tapi semua ni memerlukan komitmen dan kerajinan. At least, dua kali sehari, kena buat rutin penjagaan kulit tu. Macam saya, kena paksa diri minum air putih sebab saya kurang minum air. Bak kata Doktor Nordin Darus, air putih ni primadona penawar bagi penyakit apapun. Nak kulit segar dan berseri ni, kena buat rutin penjagaan yang penuh dengan turutan yang betul. Nanti saya akan share lagi produk lain yang saya gunakan dalam rutin harian saya. Sekarang ni saya nak try sleeping mask Yuja dan moisturizer Yuja ni. Some by Mi ni bukan ada satu range produk je. Dia ada beberapa range. Tapi setakat ni saya Cuma try range Yuja je. Tu pun baru nak try sleeping mask dan moisturizer dia. Moisturizer dia tu nampak mesra poket. 100ml kalau tak silap RM68 kalau dekat Zalora. Harapnya OK la. OK, nanti kita jumpa lagi dalam entry yang lain ye. Bye!

No comments: