Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, March 29, 2015
Kelas Renang Sesi 1
Kelas berenang bermula hari ni. Coach telah sedia di Kompleks Sukan Bangsar. Sebelum kelas kami, dia mengajar kelas lain. Oh ya, daripada beberapa orang yang nak masuk kelas, yang jadi cuma kami bertiga, saya, Kak Lin dan Dayah.
Kami diarahkan untuk tunggu dan beberapa minit kemudian, diarahkan tukar baju. Wow! Seramlah juga, sayakan gelabah sikit dalam air. Selesai buat pembayaran dan isi borang, masuk air!
Tiba masa turun kolam, kami diberi 'kicking board' sorang satu. Dan kelas kami dibantu oleh coach kedua iaitu En. Malik.
Haaaaha, mula-mula dah kantoi. Goggle salah pakai sampai air masuk dalam goggle. Terima kasih, Coach Fauzi tolong betulkan goggle saya. Hish, buat malu je anak murid coach yang sorang ni kan?
"Satu sut baru ya?" Kata coach berseloroh sambil membetulkan goggle saya.
"Yelah, sebelum ni kan tak pernah berenang," Jawab saya. Malu deh.
"BLOW BUBBLE"
OK, mula-mula, kami diajar untuk buat "blow bubble". Blow bubble ni macam warm up la. Kata coach, kalau kita penat berenang, blow bubble ni berguna juga untuk relax.
Caranya,
1. tarik nafas melalui mulut di luar air - berdiri tegak.
2. Bengkokkan lutut seolah-olah nak bercangkung dan lepas nafas melalui hidung.
- Nafas mula dilepaskan sebaik sahaja hidung mengenai air.
- Posisi muka menghadap ke hadapan seperti berdiri. Bukan menghadap dasar kolam.
4. Buih akan terhasil dengan bunyi be, be, be, be, be.
* Tidak boleh mengambil masa lama untuk ambil nafas dan turun untuk lepaskan nafas semula.
* Tidak boleh ambil masa lama lepaskan nafas untuk naik semula ambil nafas.
APUNGAN
Seterusnya, kami diajar cara mengapungkan badan. Mula-mula kami disuruh berpegang pada dinding kolam. Mujurlah, dah belajar sikit dengan Kak Jamiah. Oh terima kasih, Kak Miah atas tunjuk ajarmu. Sekarang ni diberi tunjuk ajar oleh sifu pulak. Coach Fauzi bantu saya pada mulanya untuk luruskan kaki. Itulah yang saya selalu lupa masa belajar dengan Kak Miahpun.
1. Ambil nafas.
2. Luruskan kedua-dua belah tangan.
3. Lembutkan badan dan luruskan kaki sambil kepala masuk ke dalam air.
- Posisi badan menghadap ke dasar kolam.
Setelah mencuba beberapa kali dengan memegang dinding kolam, kami diarahkan menggunakan kicking board. Setelah beberapa kali guna kicking board, buat pula tanpa sebarang alat atau tempat berpaut. Lagi saya menggelabah. Kadang-kadang saya dibantu dengan dipegang tangan oleh coach Fauzi dan Coach Malik.
MELUNCUR
OK, pelajaran seterusnya, meluncur. Saya teragak-agak untuk melakukannya. Kadang-kadang kedua-dua coach membantu saya untuk buat luncuran dengan memegang tangan bagi memastikan saya dapat meluncur dengan yakin.
1. Badan membelakangkan dinding kolam.
2. Sebelah kaki dibengkokkan dan bersedia untuk tolak dinding kolam.
3. Nafas perlu sedia ditarik untuk buat apungan.
4. Kedua-dua tangan lurus dan kaki terus tolak dinding kolam supaya badan meluncur ke hadapan.
5. Serentak dengan perlepasan, (Cewah, macam flight la pulak), kedua-dua kaki lurus serta badan dahpun terapung.
- Jaga pernafasan. Tahan nafas dalam air.
STAND
Stand ni cara untuk kita keluar dari air setelah kita terapung atau berenang. Yang ni saya gelabah juga.
1. Posisi kita dalam keadaan terapung.
2. Rapatkan kaki.
3. Kaki rapat tadi tarik seperti mahu berdiri.
4. Bengkokkan paha.
5. Kaki pijak dasar kolam.
6. Tangan kuak air ke belakang.
7. Akhir sekali baru timbulkan muka ke prmukaan air.
KUAK DADA
Kuak Dada ini juga dikenali sebagai Gaya Katak. Saya ni kan lambat sikit dalam bab air ni. So, saya baru belajar pergerakan kaki untuk Gaya Katak ni. Sedangkan tangan menggunakan kicking board dan sesekali dipegang oleh coach. Hehehe malu betullah saya. Saya ni gelabah, panik dan takut. Sedihpun ada. Saya tak sehebat Kak Lin dan Dayah. Mesti coach bosan ajar saya kan. Dah sedih tu macam-macamlah sangkaan datang menjelma hehehe.
1. Apungkan badan seperti biasa.
2. Kedua-dua kaki rapat dan lurus.
3. Renggangkan paha dan bengkokkan lutut.
4. Tolak badan ke hadapan sambil luruskan kaki serta rapatkan kaki.
5. Ulang semula langkah di atas.
- Tolakan mesti dibuat dengan tumit bukan jari kaki.
Haaaaha, saya mula-mula guna jari kaki. Dah ditegur kadang-kadang tersasul jugak. Coach Malik kata,
"Tolak guna tumit, jangan guna jari kaki. Kalau guna jari tu nak menari ballet,"
Kalau saya tersasul pulak, Coach Malik akan cakap,
"Tu masih lagi nak menari ballet tu,"
"OK tak, coach?" Sebenarnya saya rasa macam salah sikit part tolak tu.
"OK. Tapi masih ada sikit tarian ballet awak tu,"
Tapi bila saya buat betul, selalunya saya akan diam dan senyum. Coach sendirinya akan cakap,
"Ha, macam tu. Tu baru Kaki Katak,"
Hahahaha nasib coach la dapat murid macam saya.
Bersambung pada minggu hadapan.
Coach Renang Saya
Hasrat nak belajar renang ni dah lama. Tahun lepas barulah bersungguh-sungguh usaha nak belajar sebab menyedari banyak kebaikan daripada sukan renang ni. Kalau tak, takkan nabi menganjurkannya. Bermula buat research fasal renang, seterusnya usaha menjejak coach renang. Punyalah susah nak cari coach renang ni yang berdekatan dengan tempat saya atau yang boleh saya pergi dengan mudah. Alhamdulillah, sayapun terjumpa satu blog coach renang ni. Nama dia, En. Fauzi. Tambah baik lagi, dia sertakan bersama nombor telefonnya. Lalu saya hubungi dia. Haha, contact sejak September tahun lepas. Hari ni baru mula kelas. Bertuah punya anak murid hehehe. Almaklumlah, tahun lepaskan sibuk dengan latihan Gunung Kinabalu, setiap minggu tuuuuuu. Mana nak larat kalau dua-dua hari ada latihan kan? Nak juga kita bersosial, betul tak?
Saya tak pernah bercakap atau call coach ni. Main mesej je. Dah diapun OK dengan mesej, so OK la. Semalam, first time saya bercakap dengan dia melalui panggilan yang dibuat beliau kepada saya untuk mengesahkan kelas hari ni. Seram juga, garang ke coach ni? Wah, berdebar. Dahlah, tak pandai berenang. Bagaimanalah gayanya ya dalam kelas nanti?
Friday, March 27, 2015
Persediaan Belajar Renang
Renang lagi. Saya ni boleh dikatakan ziro dalam ilmu renang ni. Bila plan nak masuk kelas renang, saya mula membaca tentang renang. Lepas tu pergi kolam, minta kawan ajar cara menyelam dan apungkan diri. Yelah, sekurang-kurangnya tak adalah kita ni tak tahu satu bendapun depan coach nanti. Malu tuuuuuu...
Dah rasa confident nak masuk kelas renang, baru search fasal kelas yang ditawarkan. Banyak kali search, kebanyakannya di Putrajaya. Mahal pulak tu untuk enam sesi. Cari punya cari, jumpa yang RM300.00 untuk enam sesi di Bangsar. Sangatlah cantiknya. Nak pergipun senang. Nama coach ni Fauzi. Dari awal cakap nak masuk kelas renang, kami hanya guna SMS je. Tak pernah bercakappun. Sebenarnya saya takut nak call. Takut di'reject' disebabkan keadaan saya. Alhamdulillah, Ahad ni kelas akan bermula. Harapnya semua berjalan lancar.
Persediaan yang saya buat? Semestinya mental dan fizikal. Kelengkapan:
1. Baju renang
- Saya pilih yang satu helai dari atas ke bawah berzip di hadapan. Warna kelabu gelap dan biru terang. Jenama Arina RM200 lebih. Sayapun dah lupa harganya. Beli masa sales hujung tahun lepas.
2. Tudung:
- Jenama Ogival jadi pilihan sebab saya tak nak tudung beroning. RM45.90.
3. Goggle:
- Beli yang murah je RM36.95.
Mereka yang nak cari pakaian renang bolehlah buat / sediakan budget.
Wednesday, March 25, 2015
Keterujaanku
Edited, (entri ini telah dipostkan pada 25 Mac, 2015 - oleh kerana banyak kesilapan, saya edit semula)
Mata rasa dah ngantuk. Tapi excited nak tulis jugak.
Pandai berenang adalah impian saya sejak kecil, Sejak saya mengenali Nurul Huda Abdullah, sejak itulah minat saya pada renang ni bermula. Kalau ada pertandingan renang mesti saya tengok TV. Saya ingat impian saya ni tinggal angan-angan je. Yelah, saya ni water confident kurang. Dulu saya fikir, nak masuk kelas renang, takut coach tak nak terima saya sebab saya macam ni. Bayarannyapun di luar kemampuan saya.
Tahun lepas, banyak perubahan berlaku dalam pelan saya menjaga kesihatan dan kecantikan, cewah. Selain daripada diet pemakanan saya berubah, setiap minggu saya hadir latihan Gunung Kinabalu. Dah nak jaga stamina tu, terpaksalah 2 3 kali seminggu ke gym. Bila berlari, latihan tangga dan sebagainya, saya jadi kepanasan. Namanyapun bersenamkan? Bila difikirkan, senam yang tak panas, renanglah. Saya mula search fasal renang. Wow! Selain daripada sunah nabi, berenang adalah antara senaman terbaik sekaligus menjaga kecantikan kita. Sebut fasal kecantikan, makinlah saya teruja. Nak masuk kelas renang ni rupanya taklah mahal sangat macam yang saya sangkakan. Setelah beberapa bulan tertangguh, Ahad ni Insya-Allah saya akan mulakan kelas renang saya. Tak sabarnya rasa, excited sangat.
Monday, March 16, 2015
Tudung Labuh, Keinsafan Atau Penampilan
Saya bukanlah skaptikal kepada mereka yang memakai tudung labuh. Tetapi payah benar saya nak jumpa wanita bertudung labuh, berstokin dan inner tangan yang tingkah-lakunya, tutur katanya selari dengan syariat Islam. Kadang-kadang mereka yang pakai tudung biasa ni lebih tahu behave dan berbicara.
OK, saya faham semua orang ada kelemahan. Tak perfect. Tapi, kalau kesilapan yang dibuat tu perkara tak masuk akal bagi seorang perempuan lebih-lebih lagi yang bertudung labuh dan sering berulang mesti ada something wrong kan? Kalau setakat kesilapan biasa boleh dimaafkan sebab manusia kan dibekalkan dengan kelemahan. So, janganlah kita menggunakan agama serta personaliti untuk mengaburi mata orang, untuk dilihat warak dan baik sedangkan perangai sebenar sering terserlah.
Manusia sekeliling pun satu juga, bila nampak wanita berperwatakan sebegitu oh, dialah angel. Terpesona tanpa menilai individu itu dari pelbagai aspek dengan adil dan saksama.
Ini pendapat dari saya hamba yang lemah. Pengajarannya, bila kita berpenampilan demikian, biarlah ditampilkan dari hati yang ikhlas bukan sekadar inginkan sebutan serta pujian manusia. Jika hubungan dengan Allah kita jaga, hubungan sesama manusia jangan dilupakan kerana keampunan Allah, terletak pada kemaafan manusia.
* Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu daripada saya, hamba yang hina.
Monday, March 9, 2015
Dialog Datuk Bandar Bersama Penduduk Kuala Lumpur
Hahaha... Apa yang saya meroyan duk update blog banyak sangat ni? Tak apalah, sebagai ganti hari yang tak update tu.
Sebenarnya saya sedang memikirkan intipati yang ingin saya katakan sewaktu dialog nanti. Saya dipertanggungjawabkan menjadi moderator kepada satu kumpulan pada hari tersebut dengan tajuk Pembangunan Sosial Ekonomi. Hadoi, lepas tu kena present depan datuk bandar pulak. Memang kena banyak buat homework. Janganlah macam tak tahu apa-apa pulak, Tinta. OK, OK, esok meeting dengan DBKL, tambahkan input ya, sayang.
Sayanglah diri sendiri, Tinta.
Innershine: Hari Keenam
Meh sini kawan-kawan, saya nak review sikit fasal Innershine ni. Sebenarnya saya sendiripun belum ada keyakinan yang tinggi bahawa ini adalah kesan daripada Innershine. OK, pagi tadi ada kawan tegur, "Kenapa nampak berseri je ni?" Hahaha manalah tahu sebab saya senyum kan? Tak apa, masih terlalu awal. Satu lagi, saya merasakan sel kulit mati semakin nipis. Itupun belum dapat dipastikan adakah ianya kesan daripada pengambilan Innershine.
Subscribe to:
Posts (Atom)