SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, April 27, 2012

Perjalanan Pulang Ke Tanah Sekebun Bunga

Akibat tidak merancang perjalanan pulang, terpaksalah beli tiket keretapi tambahan. Nasib badan, dapat katil atas. Tapi kira okaylah dapat katil. Ini first time duk atas. Hahaha pengalaman baru. Apa yang bestnya, aku tidak keseorangan malam ni. Walaupun tak sama coach, sekurang-kurangnya aku ada kawan. Suhaimi, adiknya Wan, Pak Su Maznan dan isteri dalam train yang sama. Bukan coach je berbeza, destinasi juga berbeza.

Tuesday, April 17, 2012

Public Relations

Masa aku tak berapa tahu kerja public relations (PR) dulu, aku rasa macam best je jadi PR. Yelah, layan orang, jumpa orang, kena berpenampilan menarik, kena pandai berkomunikasi dan sebagainya. Aku kan suka fesyen dan gaya ni. Tapi bila dah jadi PR ni, kadang-kadang rasa bosan. Ada hari-hari yang tak ada mood, rasa malas nak jumpa orang, malas nak senyum, malas nak pakai lawa-lawa. Memanglah cantik dan gaya tu tak penting, tapi aku kena jaga imej pejabat. Dulu aku ingat jadi PR ni jumpa orang bila ada temujanji je. Jadi bolehlah set kat minda hari ni orang datang, kena pakai elok-elok, kena ceria dan kena senyum. Tapi rupanya tak semudah itu :( Selalu sangat aku kena layan tetamu on the sport. Memang aku suka layan orang. Tapi kalau hari yang aku tak ada mood macam harini... Rasa berat nak keluar jumpa orang apatah lagi nak senyum.

Bos aku? Confirm suruh aku yang layan tetamu. Jadi bila ada tetamu tak perlu panggil dia, aku je yang layan kecuali ada hal-hal yang terdesak. Kadang-kadang orang temujanji dengan diapun, aku kena ikut sama. Lebih teruk, aku yang kena ganti dia jumpa orang tu. Ni tambah sorang lagi. Pengarah eksekutif aku pun dah pandai suruh penyambut tamu panggil aku bila orang nak jumpa dia. Mana dia belajar entah. Dari bos aku kot. Sebenarnya, aku suka sangat dengan kerja aku sekarang. Suka jadi PR. Tapi Kalau hari tak ada mood macam hari ni... Dahlah pakaipun ala kadar je. Confirm tak menarik. Nasib baik kemas. Betullah, aku kena sentiasa berpengetahuan, sentiasa menjaga tingkah-laku, sentiasa pandai berkomunikasi, sentiasa berpenampilan menarik, sentiasa ceria, sentiasa senyum dan bersiap sedia untuk melayan tetamu. Bayangkanlah, kalau tengah sedih, marah dan tak ada mood pun aku kena senyum dan layan orang dengan baik. Tentionkan? Tapi, bila kita paksa diri untuk senyum dan ceria, ianya akan menjadi penawar pada kesedihan kita. Secara keseluruhannya, aku suka melayan tetamu. Cuma hari-hari ribut taufan atau senandung senja je aku jadi tak ada mood nak layan orang. Aku puas hati bila dapat layan orang dengan baik dan orang pula senyum dan seronok jumpa aku. Lebih-lebih lagi dapat bantu mereka untuk memberi input yang diperlukan.

Monday, April 16, 2012

Water Drop Dan Sehelai Baju

Berjalan-jalan di Time Square membeli-belah. Aku yang pada mulanya hanya mahu mengikut kawan bersiar-siar membawa pulang beberapa plastik hasil membeli-belah. Semua beli ke???

Jalan punya jalan, maka alkisahnya terjumpalah sebuah kedai perfume. Aku, Ali, Famiza, Rosli, Sam dan Jebry pun apa lagi masuklah. Aku memang tak nak beli perfume. Dekat rumah sajapun dah ada tiga botol. Lagipun aku lebih suka perfume yang origenal, baunya sedap dan tahan lama. Jadi aku jarang beli perfume. Selalunya sebotol perfume ori untuk setahun atau hampir setahun. Masa Sogo buat offer, pastinya aku tidak lepaskan peluang membeli minyak wangi lebih-lebih lagi offer akhir tahun. Kecuali kalau dah tak ada sangat macam tahun lepas aku terpaksa beli yang tak offer. Yelah, aku ni kan cerewet, kalau yang offer tu tak best mestilah tak nak. Walaupun aku ni tak nak belipun, kalau dah masuk kedai perfume tu, semua perfume aku nak bau. Tapi aku tak adalah beria sangat sebab tak nak belikan, takut nanti orang beria tunjuk, kita tak beli. Aku tumpang kawan yang nak beli jelah. Eh, lama betul dia orang ni pilih perfume sampai aku pun dah tak larat nak bau. Kedai ni jual perfume gred A. Baunyapun OK tapi tak tahulah ketahanannya. Kami difahamkan, gred A adalah satu stage di bawah origenal. Harga sebotol RM60.00 bagi 100ML. Dah kawan-kawan aku minta tawar sampai RM40.00 tapi dia bagi RM45.00. Nampak gaya, lambat lagi dia orang ni nak habis pilih. Ali memanggil aku melihat handbag dinner. Handbag dinner baru je aku pesan pada Najihah hari tu masa dia pergi Bandung. Bolehlah cuci mata sambil-sambil tunggu dia orang pilih minyak wangi.

Jebry: Tinta, minyak wangi nipun OK juga, Tinta.

(Pemilik kedai memberikan aku menikmati bau perfume yang dimaksudkan)

Jebry: Paris Hilton.
Man: Ya! Correct. How do you know?
Jebry: Of course I know.

(Pemilik kedai memberi aku bau beberapa perfume lagi. Mana pulak pergi sales girl tadi?)

Man: Which one that you most like?
Tinta: Hmmm...

(Berfikir tentang perfume yang aku suka. Banyak. Dah pulak, dia ingat aku nak beli ke? Aku teman orang je. Macam mana aku nak cakap ni?)

Tinta: Is OK. I already have perfume.
Man: Choose one, please.
Tinta: No thank you. (aku senyum)
Man: Choose one please, I want to give you as a gift.
Tinta: No, thanks.

(Malulah aku, beli tak nak, nak free pulak. Ah, entah-entah dia ni main-main tak? Try boleh?)

Man: Is OK, which want do you like? I want to give you as a gift.

(Sambil memberi aku hidu beberapa perfume lain. Mari kita uji. Takkan dia nak bagi perfume ni kot? Paling kurang dia bagi aku sample yang kemetot kecik tu :))

Tinta: OK, if you want to give me, giveme Water Drop :)
Man: Water drop? OK.

(Lelaki itu berlalu)

Jebry: Eh Tinta, betul ke dia nak bagi kau? Aku dengar macam dia nak bagi kau je tadi?
Tinta: Entah. Main-main kot.
Jebry: Untunglah kau dapat free.
Tinta: Ah, kau ni, paling tidak pun dia bagi aku yang kecik tu.
Jebry: Dia tipu kau kot Tinta. Tu dia lalu. Tak bawa apa-apapun?
Tinta: Biarlah. Aku tak beli apa-apapun, tak dapat freepun tak apalah.

Di Kaunter:
Sam membuat bayaran sambil ditemani Ali dan Jebry.

Ali: Eh, kita beli dua je.
Jebry: Tinta punya gift kot.

Aku mahu keluar kedai dan terpaksa melintasi kaunter.

Man: This is for you.

(Lelaki itu menghulurkan satu kotak perfume yang telah dimasukkan ke dalam plastik. Aku terkejut. Biar benar mamat ni? Aku menyambut lambat.)

Tinta: Thank you... Thank you so much.
Man: You are welcome. May god bless you.
Tinta: May god bless you too.

(Aku berbual dengannya seketika dan kemudian meninggalkan kedai tersebut bersama perfume pemberiannya.)

Alhamdulillah, siapa sangka rezeki Allah. RezekiNya ada di mana-mana. Lebih surprise, lelaki itu memberikan aku perfume Water Drop seperti yang aku minta yang berharga RM60.00. Jarang orang bagi gift barang jualan yang mahal macam ni. Kalau yang bawah RM10.00 tu banyaklah.

Ops, bukan perfume je free. Aku membawa pulang tiga helai baju dan salah satu daripada baju tersebut adalah hadiah hari lahirku daripada Ali. Terima kasih, Ali :)

Friday, March 30, 2012

Kenapa Orang Mengata Kita?

Ini adalah beberapa sebab orang mengata kita mengikut teori aku sendiri. Hahaha macam pakar psikologilah pulak:

1. Kekurangan yang ada pada kita.
2. Kesilapan yang kita lakukan sama ada kita sedar atau tidak.
3. Sikap kita.
4. Pengata tidak senang melihat kesenangan atau kejayaan kita.
5. Dengki, irihati, cemburu dan mahu menjatuhkan kita.
6. Tidak suka dengan kita.
7. Tidak sependapat atau sefahaman dengan kita.
8. Kita menegur perbuatannya yang silap.
9. Dendam.
10. Mahu menjadi seperti kita.

Hahaha... Jangan salah sangka pulak. Benda ni aku buat suka-suka je. Entah betul entah tidak. Kau orang fikir-fikirkanlah ye :)

Rupa-rupanya Lelaki

Aku minat dengan sebuah lagu ni. Salah satu "sound track" Filem Ombak Rindu. Tenang dan damai lagunya. Aku sangkakan penyanyinya perempuan. Dahlah tak tahu tajuk, penyanyipun aku tak tahu siapa tapi nak juga cari lagu tu. Aku pun search la kat google lirik lagu tu yang aku ingat. Tiba-tiba resultnya, Hafiz Untuk Kamu. Takkanlah, aku dengar macam perempuan je yang nyanyi. Maklumlah, dengar dalam filem, sikit-sikit jelah. Lagipun lagu ni tak popular macam lagu duet yang jadi lagu tema tu. Akupun berusahalah memuatturun lagu yang dimaksudkan. Confirm, lelaki yang nyanyi lagu tu, Hafiz. La... Macam mana aku boleh tertipu ni? Tinta tertipu!!!!

Tuesday, March 20, 2012

Perasan Cantik

ENTRI KALI NI KHAS AKU TUJUKAN KEPADA MEREKA YANG SUKA MENGATA AKU TERUTAMANYA KAWAN-KAWAN YANG PERNAH RAPAT DENGANKU.

Sudah beberapa siri panggilan aku terima menyampaikan bahawa sipulan, sipulan kata kau perasan cantik. Ada juga yang bertanya kepada si penelefon benarkah Tinta ini "perasan cantik?", "Betulkah Tinta tu tak boleh orang lain lebih cantik daripada dia?", "Ye ke Tinta tu tak boleh orang lebih dari dia?"

Hahahahaha sekali dengar macam "dunia artis" kan? Dua kali dengar macam cerita Fairy Tales tu, "Snow White." Tapi aku tak adalah pulak cermin ajaib macam "mak tiri Snow White" tu. Pelik betullah manusia ni. Apa yang menyebabkan orang cakap aku ni perasan cantik? Ada ke selama ni aku cerita kat orang yang aku ni cantik? Adakah aku cerita kat orang yang orang puji aku cantik? Ada ke aku bangga diri mendabik dada mengaku cantik? Kalau ada orang puji akupun, aku diamkan saja. Aku tak tulispun kat blog ni atau Facebook apa yang orang puji. Bila orang kata Alia tu cantik. Famiza tu cantik. Aku tak pernah kisahpun? Aku tak pernah rasa irihatipun? Bila orang kata Haida tu cantik, aku tak marahpun? Aku masih boleh duduk serumah dengan dia dengan aman. Bila orang kata, Adila tu ada kecantikan yang amat. Dahlah tubuh tinggi lampai, body ada bentuk, langsing, kaki panjang, muka cantik, bujur sirih, kulit putih kuning dan bibir merah merekah bak delima. Ada aku marah? Sedangkan kecantikan Adila tu ramai yang mengaguminya sejak dari sekolah dulu lagi. Aku tak pernah peduli tu semua. Malah, aku baik dengan Adila waktu di sekolah dulu. Kalau aku ni tak boleh orang lebih cantik dari aku, pastinya dari sekolah lagi aku sudah sakit hati dan akan berlumba-lumba untuk kelihatan lebih cantik daripada Adila.

Cukuplah kalian mengata aku. Kecantikan tu tak bawa ke manapun. Suatu hari nanti semua jadi tanah. Aku yang tak boleh orang lain lebih cantik daripada aku ke atau sipulan tu yang tak boleh tengok orang lain cantik? Stop it la... Macam budak-budaklah. Apa buktinya yang aku ni tak boleh kalau orang lebih cantik daripada aku? Masa aku di UiTM dulu ramai yang lebih cantik daripada aku. Aku tak pernah dengki. Sebab aku tahu aku siapa. Tapi dia orang selalu merendah diri. Orang-orang yang dalam kalangan kita ni je yang selalu bergaduh fasal isu cantik ni. Orang luar tak kisahpun fasal cantik tak cantik. Janji baik. Takkanlah kerana aku suka berfesyen dicap sebagai perasan cantik? Aku bukan mahu bertanding dengan sesiapa. Tapi dah memang semulajadi aku sukakan fesyen, sukakan kecantikan, sukakan gaya. Dan alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang suka memberi komen, mengkritik dan menunjuk-ajar cara untuk berpakaian dan sebagainya. Jadi aku ubah apa yang patut. Semua wanita mahu kelihatan cantik, bergaya, anggun, jelita, menawan dan lain-lain lagi. Aku buat untuk kepuasan diri aku sendiri bukan untuk menandingi sesiapa, bukan untuk lawan atau menjatuhkan sesiapa. Lagipun, aku tak susahkan sesiapa. Ada ke aku PINJAM duit orang sebab nak melawa? Kalau korang sukapun, korang boleh buat. Daripada korang mengata aku bukan-bukan, kan bagus kalau kita berkongsi idea untuk meningkatkan penampilan diri? Korangpun tak sakit hati. Aku sedia berkongsi apa yang aku tahu sedikit ini dengan sesiapa saja yang memerlukan. Akupun ada banyak lagi benda yang aku tak tahu dan tak explore dalam bidang kecantikan ni. Aku bukan macam sesetengah orang, bila wajah nampak cantik, kita tanya dia pakai apa, rahsia, "Ala pakai yang biasa-biasa je," kenapa tak boleh kongsi? Takut kalau orang lain lebih cantik ke? Ilmu ni, walaupun ilmu kecantikan, kalau dikongsikan akan memberi manfaat pada kita juga. Aku masih ingat bagaimana dulu aku bertanya kepada teman sekuliahku Tina. Apa rahsia dia. Rambut dia lembut dan licin. Dia tanpa ditanya berulang kali terus cakap jenama apa dia pakai malah menggalakkan aku mencuba jenama tersebut. Dia suka kalau dapat membantu kawan menyelesaikan masalah rambut yang ada. Tapi di kalangan kita ni memang susah, kalau tanya jenama apa je mulalah liat nak bagi tahu. Aku tanya bukan nak cantas dia. Bukan nak tanding kecantikan dia. Tapi aku nak jadikan dia idola. Sekurang-kurangnya aku akan bangga bila bercerita pada orang ni semua sipulan yang shorekan aku pakai ni. Cubalah. Macam Tina tu, sampai sekarang aku bercerita pada sesiapa yang tanya, "kawan aku, Tina (walaupun orang tak kenal siapa Tina) yang shorekan aku pakai panteen hijau," Biarlah shampoo biasapun. Aku amat berterima kasih dengan Tina sampai ke saat ni. Dan rambut Tina masih cantik dan lebih cantik daripada aku. Aku tak pernah marah. Habis tu kenapa orang kata aku perasan cantik? Tak habis-habis isyu ni sampai sekarang. Peliklah.

Kalau cantik rupa tu korang ambil berat sangatkan? Kenapa cantik dalaman tu korang tak nak titikberatkan? Korang tak pernah dengar ke yang kecantikan wajah tu bermula dari hati? Dan ingatlah, cantik itu subjektif, Si A tu cantik pada si Z tak semestinya cantik juga bagi X. Begitulah sebaliknya. Aku? Aku sedar yang aku bukan dari golongan yang cantik. Tak payahlah korang nak mengata aku. Aku buat pengakuan ikhlas di sini, aku tak cantik. Aku tak setanding dengan Alia, Famiza, jauh sekali Adila. Aku dalam golongan biasa-biasa saja yang sering berusaha untuk meningkatkan diri sendiri dari pelbagai aspek, bukan untuk menandingi sesiapa, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Kalau korang nak cantik secantik bidadaripun cantiklah. Aku tak kisah. Aku redha dengan apa yang Allah bagi pada aku. Tubuhku dan wajahku adalah anugerah yang cukup besar rahmatNya buatku. Kalau korang nak cantik, berdoalah pada Allah supaya Allah anugerahkan kecantikan tersebut. Pastinya kecantikan itu bermula dari hati, bukan dari wajah. Dan alirkan wudhuk pada setiap inci cantiknya wajahmu.

Kepada kawan-kawan yang mengata dan menyebarkan berita ini, aku amat kecewa dengan sikap kalian. Kalau kalian tak puas hati terhadapku, jangan takut, jangan segan-silu untuk bersemuka denganku. Jangan membaling batu kemudian sembunyikan tangan begini. Aku fikir, kalian sudah cukup kenal siapa aku tapi rupa-rupanya hanya di hadapanku saja kalian baik dan seolah-olah menghormatiku. Bila di belakang, ini yang kalian katakan.

Monday, March 19, 2012

Kesayuan Dinihari

Tatkala mataku buka, menjalar sayu syahdu ke seluruh saraf nadiku, memaksa air hangat tumpah di pipi. Terdengar gema alunan suci dari surau berhampiran, menyemarakkan rasa pilu ke seluruh hati. Entah apa yang mengusik aku tak tahu. Entah apa yang mengganggu jua tidakku tahu.

Sekonyong-konyong hati dibawa angin Subuh terbang ke kampung halaman. Menjengah abah, mama dan acik. Mungkinkah mimpi itu menggamit aku pulang ke masa-masa silamku? Rasa ini seperti pernahku alami ketika abah memutar roda mobilnya berangkat meninggalkan aku di tanah Johor sejarah gemilang 20 tahun lalu. Makin aku kembara meneroka kembali masa itu, seduku makin mengamuk, menggila menuntut hinjut pada bahu lemah yang merangkak pulih dari demam semalam. Aku rindu! Rindu pada mama dan abah, pada acik, pada rumah, pada kucing-kucing yang bergeser manja, pada kesejukan pagi Tanah Serendah Sekebun Bunga. Rindu!!! Ingin saja aku laungkan pada angin, pada kota, pada hutan batu tegak terpacak, pada kenderaan yang bertali-arus tidak pernah reti diam! Pada insan-insan kota yang tidak tahu malam siangnya! Kamu semua boleh tak diam??? Diam seperti mana heningnya pagi di Tanah Serendah Sekebun Bunga!!!! Dengar sini!!! Aku mahu kalian tahu!!! Bahawa ketika ini aku amat rindukan abah dan mamaku!!! Jeritan itu hanya bergema dalam benak jiwaku yang sarat dengan hiba sambil tangan menggosok lemah baju kerjaku. Pada siapa? Pada siapa harusku luahkan rasa ini? Dinihari begini tiada teman boleh dibuat bicara. Tiada teman bisa mendengar luah hatiku. Dalam rumah hinggap yang sekangkang kera besarnya, aku menangis sendiri merindui abah dan mamaku.