Sahabat,
Kepercayaanku padamu tiada taranya. Lantaran itu, aku luahkan isi hatiku tentang apa yang berlaku padaku. Soal peribadiku, ku ceritakan padamu untuk ku peroleh nasihat dan pendapatmu. Agar hati yang keliru mendapat petanda. Agar jiwa yang buntu beroleh petunjuk. Angin bertiup membawa berita tentang kisahku ke pengetahuan orang. Bagaimana orang tahu sedangkan hanya engkau sahabat, tempat aku luahkan segalanya?
Sahabat,
Butiran kisahku, ku rangkaikan padamu. Tidakkah kau ingat bahawa setiap kali aku bercerita, aku pasti akan mengingatkanmu yang cerita itu rahsia? Jadi mengapa perlu kau rungkaikan kisah peribadiku pada sahabatmu? Aku memberikan hak eksklusif kepadamu untuk mengetahui perjalanan kisah peribadiku kerana aku selesa bercerita denganmu dan paling penting aku percaya pada kejujuranmu. Tapi mengapa ada insan lain yang perlu tahu tentang itu? Sudah lama aku diamkan hal ini. Tapi hari ini... Fikiranku menerawang mengingatkan dirimu dan kisah peribadiku. Aku tertanya-tanya, bagaimana sahabatmu tahu akan hal peribadiku dengan terperinci (walaupun tak berapa lengkap tapi aku sendiripun tak tahu, tak berapa lengkap tu, apa yang tidak lengkap) yang pasti isi ceritanya telah diketahui sahabatmu. Mengapa sahabat? Mengapa tergamak kau melakukan itu padaku? Bersahabatlah sahabat dengan sesiapa yang kau suka, tapi tak perlulah kau bercerita rahsiaku padanya dan meminta dia merahsiakan hal itu kerana apabila kau bercerita padanya, maka secara tidak langsung, kau telah mendedahkan rahsiaku pada orang meskipun sahabatmu. Beberapa minggu lalu, aku amat terperanjat tatkala mengetahui ada orang lain yang tahu tentang kisahku. Kenapa ini semua terjadi, sahabat?
Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, April 15, 2011
Minyak Wangi Kesukaanku
Di sebuah kedai makan berhampiran pejabat:
Tinta: Abang Nizam, nak tengok minyak wangi tu.
Abang Nizam menghulurkan bungkusan yang di dalamnya terdapat tiga botol minyak wangi.
Tinta: Boleh buka?
Abang Nizam: Jangan, itu orang punya.
Tinta: La... Kalau macam tu tak gunalah saya nak tengok.
Abang Nizam mula buat lawak.
Abang Huzaifah: Kalau awak nak minyak wangi, nak tahu tak kat mana?
Tinta: Kat mana?
Abang Huzaifah: Minyak wangi ni bukan "reject", minyak wangi ori, bukan lari kapal...
Tinta: Betulkah ori?
Abang Huzaifah: Betul tapi murah daripada harga pasaran. Bukan jualan haram.
Tinta: Mana nak dapat?
Abang Huzaifah: Abang boleh "order"kan. Selalunya harga yang 100ML tak lari dari
RM200.00.
Tinta: Betulkah?
Abang Huzaifah: Betul. Tapi abang jual 100ML jelah dan tengok jugalah jenama apa.
Ada jugalah jenama yang mahal tu sampai RM300.00 lebih. Tapi
kebanyakannya tak lebih dari RM200.00, kalau lebihpun tak banyak.
Tinta: Abang boleh tak tengok harga Christian Dior J'adore dan Red Jeans kalau tak
silap Red Jeans tu Versace, berapa?
Abang Huzaifah: OK.
Tak sabar nak dapat minyak wangi baru, Mediterranean dah nak habis ni.

Thursday, April 14, 2011
Tak Ada Tajuk
Tinta: Saya rasa sayu malam ni.
E: Kenapa pulak?
Entahlah...
E: Emmm... Lain macam je :)
Tinta: Lain macam, macam mana?
E: Tak ada apa-apa
Tinta: Mengada
E: Apa pula mengada??
Tinta: Kenapa hati dan perasaan macam ni?
E: Itu maknanya... Awak sayang kat saya. (selamba badak, confident gila)
Tinta: Perasan!!!

Monday, April 11, 2011
Selamat Hari Lahir Cikgu Kasila
Cikgu,
Meskipun kita jauh, di hari keramat pengukur usiamu ini ingin ku ucapkan puja doaku buatmu:
Semoga cikgu sentiasa dalam rahmat Ilahi dan diberkati dunia dan akhirat.
Salam dari kejauhan,
Tinta.

Berdansa Ke Kerja?
"Wah! Kau nak pergi berdansa ke nak pergi kerja ni?" Amboi, lancang gitu mulut kau Haida.
"Berdansa," Jawabku selamba. "Over ke baju aku ni?" Tanyaku takut baju tak kena dengan tema pejabat. Takut juga tu walaupun mulut sesedap rasa jawab nak pergi berdansa.
"Taklah sangat, tapi gaunkan selalu orang pergi berdansa," Apa-apalah. Ni belum aku pakai gaun yang mami bagi ni. Waduh, pusing deh. Tukang komen kat rumah ni pun dah buat aku pening kepala. Belum orang luar lagi. Lantaklah, orang lain tu ramai je yang pakai gaun. Biasalah, aku dengan Haida ni suka melawak. Usik akulah tu. :S

Friday, April 8, 2011
Motivasi Kerja
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY gila , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakalanya kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakalanya kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakalanya kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
7. Adakalanya kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MACAM TAKDE KERJA’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT’
‘Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik’
Sumber: WanMWA
Kredit kepada Chee May Fong yang menghantar email ini.

Thursday, April 7, 2011
Luahan Hati Binatang
Aku tertarik dengan kiriman email yang dikirim May Fong:
Sedap-sedap jer korang kata BODOH MACAM LEMBU ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak je binatang lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh macam kambing ke ayam ke?
Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan? Kan? Kan?
Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELACAN ? Aku bukan makan sambal belacan pun~ tak glamer langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee... manis sikit!
Aku tak mandi pun tetap ada harga beb?? Eleh... kata aku tak mandi... tu ayam,arnab lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku je yang jadi perbandingan? Ini tak ADIL!!!
Elehhhh... apa hal jadikan aku perbandingan lak nie...?? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR... .Tu pompuan-pompuan tu lagi la... mulut dorang lagi bising kalau membebel..
Serius tak faham kenapa orang selalu mencarut guna nama aku?? apa salah akuuuu??? Walaupun aku haram untuk dimakan oleh umat Islam, takkan la sampai nama aku pun korang guna buat bahan mencarut! betul-betul tak adil ni!!! (luahan hati si khinzir)

Subscribe to:
Posts (Atom)