Mencari cermin mata hitam bukanlah satu perkara yang mudah bagi aku sebab cermin mata hitam yang aku perlukan sebenar adalah cermin mata mengelak daripada silau dan tidak gelap. Ha... Korang bacapun peningkan? Cermin mata yang tak gelap tapi boleh selamatkan mata daripada silau. Habis tu tadi kata cermin mata hitam? Hahaha sebenarnya, aku pun tak tahu jenis cermin mata macam mana yang aku perlukan. Kalau tak nak silau, selalunya orang pakai cermin mata hitamlah kan? Jadi jenuhlah selama ni aku cari cermin mata hitam tapi tak nak gelap. Ah, bukan cari sangatpun sebab aku yakin, cermin mata yang aku nak tu, tak ada.
Baru-baru ni, ada kawan sarankan pada aku pakai cermin mata hitam. Akupun ceritalah dekat dia masalah aku. Dia suruh aku pakai cermin yang tak gelap tapi boleh elak silau. Ha??? Ada ke? Dah minggu lepas round mall cari cermin mata seperti yang dimaksudkan. Aku ada berkenan satu cermin mata kat Eye Galery kat Jusco, cerminnya tak gelap sangat tapi kawan aku cakap, tak sesuai dengan muka aku. Kalau nak diikutkan, harganya "under budget".
Akhirnya, Sabtu lepas, kami ke kedai cermin mata yang terletak dalam The Store Sungai Buloh. Tempat yang kawan aku biasa. Mula-mula, try yang "ready stok" tapi tak menepati ciri yang aku nak. Kawan aku bagi tahu tuan kedai tu tentang keperluan aku. Sudahnya, kakak tu keluarkan beberapa sampel cermin mata untuk aku cuba. Kata kakak tu, kalau nak yang macam aku nak tu, kena tempah lebih-lebih lagi yang tak ada "power". Dalam banyak-banyak yang dia keluarkan, ada dua yang aku rasa OK. Satu yang tiada perlindungan UV harganya RM70.00 dan yang ada UV Protection RM150.00. Tentunya aku pilih yang RM70.00. Tapi kawan aku suruh ambil yang RM150.00. Katanya yang ada UV tu elok. Ye, aku pun tahu tapi budget tak ada. Belum frame lagi tu.
Kawan aku mula memilihkan aku frame. Ada dua frame yang sesuai dengan aku. Menurut kata dia, satu daripadanya nampak "smart" dengan aku. Bila dipegang, frame tu nipis dan ringan sangat sampai aku rasa macam frame cermin mata mainan. Memandangkan nak berjimat, aku putuskan agar beli lain kali. Bila dah tinggalkan kedai tu, fikir punya fikir, rasa nak beli pulak. Sekarang ni kan tengah sale Raya Cina. Lepas makan Pizza Hut, kami sekali lagi ke kedai tersebut.
Akhirnya, aku membeli:
Cermin UV Protection warna kelabu =RM150.00
Frame warna pink nak ke merah (mengikut kesesuaian muka) =RM320.00, sale 50%, =RM160.00, minta kurang lagi, =RM140.00
Total: RM290.00. Malam ni Insya-Allah boleh ambil.
Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, February 4, 2013
Tuesday, January 22, 2013
Dua ulas nangka, Sebiji Jambu Madu Dan Segelas Susu
Setiap wanita inginkan wajah yang cantik, tubuh yang langsing, rambut halus licin bagai sutera dan kulit yang mulus. Oleh itu, wanita amat sinonim dengan barangan kosmetik dan produk kecantikan sama ada dipakai mahupun dimakan. Ramai orang yang mementingkan kecantikan hingga mengabaikan aspek kesihatan. Misalnya, mengambil apa saja pil atau menggunakan apa saja produk yang boleh merialisasikan kecantikan yang diidamkan dalam jangka masa yang singkat. Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk cantik. Kalau adapun, pasti akan berhadapan dengan masalah di penghujungnya. Ramai juga yang inginkan kecantikan dan mengabaikan kesihatan. Begitu juga aku sebelum ni. Cuma, aku tak berani menggunakan sebarangan produk. Apa lagi membuat rawatan laser dan sebagainya.
Tidak dapat tidak, kita harus mengakui bahawa kecantikan dan kesihatan itu saling berkait rapat antara satu sama lain. Seterusnya, kita juga harus sedar bahawa kesihatan itu bermula daripada pemakanan yang seimbang. Lemah bunyinyakan? Kalau dah nama makanan seimbang, pastinya kita tidak dapat makan apa yang kita suka. Itulah yang aku fikir sebelum ni. Tapi, semalam, ketika aku berlegar-legar dalam pelayar web mencari info tentang diet sihat dan kecantikan, aku terjumpa ini: "Diet sihat tidak menghalang kita dari mengambil makanan yang kita suka. Hidup ini terlalu singkat, jadi kita harus enjoy dengan apa yang kita suka termasuk makanan. Cumanya... Kuantiti yang kita ambil itu perlu dihadkan kepada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh,".
Lagipun... Aku memang kena jaga makan sebab keluarga belah bapa aku ramai yang menghidap diabetes. Sekarang ni, penyakit tak kenal usia. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati? Dah alang-alang menggunakan produk kecantikan yang telah mula menampakkan hasil, kita sertakan pula dengan penjagaan makan dan senaman. Usaha itu tangga kejayaankan? Cuma aku harap, aku akan sentiasa konsisten dan istiqamah. Orang dah mula tegur badan akupun dah naik. Walaupun tidak gemuk, tapi kenalah berhati-hati. Lebih baik tanganinya sekarang daripada dah jadi gemuk nanti. Oooooo... Seramkan dengan perkataan tu? Langkah permulaan ke arah kecantikan dan kesihatan yang aku ambil adalah: (Sebab aku ni tak berapa nak cantik, kenalah usaha lebih sikit :))
1. Banyakkan minum air masak. Aku ni sebenarnya tak suka minum. Tak tahu kenapa. Memang dari dulu lagi tak suka minum apa lagi air masak. Sampai mummy aku pernah tegur tabiat aku ni. Kenapa tak suka minum air? Memang semulajadi macam tu dan satu lagi, aku tak suka pergi public toilet walaupun toilet office. So sekarang, aku tengah belajar minum air masak. Aku kena ambil 1 liter air masak. Kadang-kadang mencapai target, kadang-kadang tidak. Tapi aku berusaha untuk mencapai target setiap hari. Kalau tak capai targetpun, aku minum tidak kurang 500ML sehari. Macam mana aku kira? Kat office ni, aku beli sekotak air mineral yang di dalamnya ada 24 botol. Setiap botol berisi 500ML air. Sehari kena habiskan sekurang-kurangnya sebotol. Itu tidak termasuk yang aku minum selepas makan dan di rumah. Lebih airpun bahaya juga sebab ia boleh menjejaskan buah pinggang. Jadi kena wasatiah ye.
2. Minum air masak setelah bangun dari tidur. Ni baru je aku amalkan. Mula minggu lepas kalau tak silap. Melalui pembacaan yang aku buat, kita perlu minum dua gelas air kosong sebelum tidur dan segelas air masak setelah bangun tidur. Tapi aku baru berjaya buat yang setelah bangun dari tidur.
3. Makan nasi sekali sehari. Ni aku confuse sikit ni. Kena buat research lagi ni. Dulu aku makan nasi dua kali sehari, kadang-kadang tiga kali. Sekarang sekali je sehari. Mungkin kalau makan sikit, boleh ambil dua kali sehari kot. Kajian akan dijalankan lagi. Buat masa ni, kita maintain dengan sekali sehari.
4. Mulakan semula senaman. Untuk cantik dan sihat, bukan makan je kena jaga. Apa yang kita dah makan, kita kena keluarkan dalam bentuk tenaga supaya makanan tu tidak bertukar menjadi lemakyang boleh memberi kesan buruk kepada kita. Dulu aku selalu pergi gym. Tapi aku berhenti bulan puasa tahun lepas. Kena mula balik. Dan aku baru mulakan dengan jogging Sabtu lepas. Sekarang, aku ada kawan untuk jogging. Tapi gym pun kena pergi balik sebab, menurut pembacaan aku, gabungan jenis senaman akan memberi kesan yang baik. Aku nak belajar senam robiklah. Siapa boleh ajar? :) Lagipun stamina amat penting bagi orang yang selalu buat aktiviti lasak macam aku.
5. Kurangkan minum berais. Ais! Aku amat sukakan ais, apatah lagi aiskrim. Dari kecil aku minum ais. Tabiat ni berhenti seketika semasa aku di asrama kerana kami tak dibenarkan minum ais. Ianya bersambung setelah tamat sekolah hinggalah aku masuk universiti. Berhenti lagi seketika masa pergi Gunung Tahan dulu. Lepas tu sambung balik. Lepas tu bila sedar akan keburukan ais, aku berhenti sedikit-sedikit dan sekarang, aku tak kisah kalau tak ada ais. Tapi bila cuaca panas, ada masanya aku tewas dengan godaan ais. Sekarang, aku perlu kawal lebih rapi tentang ais ni.
6. Puasa. Mummy amat prihatin terhadap tubuh aku. Dia suruh aku puasa Isnin dan Khamis. Katanya, diet sambil beramal. Bukankah makan yang sedikit itu menjaga hati dan akal? Tapi aku yang jahil ni, buat tak endah je dengan saranan mummy. Aku suka makan, nak puasa seharipun malas. Lama-kelamaan, aku mula memikirkannya. Apa yang mummy cakap tu betul, lagipun aku rasa, akupun tak sebaik dulu. Jadi, apa kata kalau aku mulakan dengan puasa ganti. Maka semalam bermulalah langkah ini. Harap-harapnya istiqamahlah, Tinta. Benda yang berkaitan amal ibadah ni kan selalunya susah untuk kita lawan nafsu kita lebih-lebih lagi aku hamba yang lemah ni.
7. Tukar tabiat makan aku kepada diet sihat. Permulaan ni memang rasa susah. Tapi tak apa, cuba dan cuba. Sekarang, ku mulakan dengan pengambilan segelas susu segar setiap pagi sebagai sarapan. Sepatutnya dua gelaskan? Tapi tak apa, mulakan dengan segelas dulu. Kita ajar diri kita perlahan-lahan, tak boleh drastik. Semua tahu susu itu untuk tulang. Wanita berisiko tinggi untuk mengalami kereputan tulang. Jadi kita berusaha untuk mengelakkannya. Dan hari ini, aku mulakan bersarapan dengan buah. Sebab tulah terhasilnya tajuk entri ni hahaha.
8. Pakai koset. Macam yang aku tulis kat atas tu, setiap wanita mengimpikan tubuh yang langsing lagi menarik. Tidak terkecualilah aku. Walaupun aku dikategorikan sebagai tubuh lepas dari segi ketinggian dan tidak tergolong dalam golongan yang gemuk, aku tidak mempunyai bentuk badan potongan model. Jadi penggunaan koset diperlukan bagi membentuk tubuh sekaligus untuk mengawal makan. Yelah, kalau dah perut ni terikat, susah nak membesar, macam mana nak makan banyakkan? Mula-mula dulu, aku pakai koset yang diperbuat daripada "bamboo". Rasa tak best. Bukan perut aku yang kena ikut dia, malah dia pulak yang ikut perut aku membesar bila aku makan banyak. Ish, macam mana nak control makan ni? Tak boleh jadi! Masa sale hujung tahun hari tu, aku beli sepasang koset dan gedil. Orang kata, jenama Skiva ni best. Alang-alang sale, belilah. Hari pertama pakai rasa best sangat. Kemas dan ketat. Badanpun rasa macam solid je. Bila tiba waktu makan, mak oi, siksanya. Makan sikit dah rasa kenyang, perut rasa sempit sangat. Bila minum air banyak sekaligus, rasa macam air tu ada di leher. Rasa lambat mengalir ke perut. Rasa nak terkeluarpun ada. Duduk asyik kena tegak je. Hadisah asyik gelakkan aku je. "Patutlah postur badan nampak macam model, pakai koset rupanya, patutlah tegak je aku tengok hari ni. Aku tengok muka kaupun macam siksa je nak makan," Tapi dalam gelak-gelak, sempat bagi kata perangsang tu "Bagus, bagus. Kau jangan give-up. Pakai hari-hari, jangan jadi macam aku, pakai separuh hari dah buka lepas tu tak pakai. Minggu depan Okaylah tu, mesti kau dah rasa selesa,"Hahaha... Terima kasih, Disah. Akhirnya, sampai hari ni aku pakai, dah masuk minggu ketiga. Disah, Disah, kau selalu menyokong apa saja yang aku buat untuk kebaikan tak kira apapun. Malah dia yang banyak merubah dan memberi pendapat dalam bab kecantikan ni.
9. Krim tapak kaki: Kecantikan tu kan seluruh tubuh. Kekurangan air +berjalan di atas simen membuatkan tapak kaki aku pecah-pecah dan terkopek. Ha... Ini hasil keprihatinan seseorang membuatkan aku bersemangat untuk menjaga tapak kaki. So, krim ni untuk membantu melembapkan tapak kakilah.
10. Pengambilan supplement: Buat masa ni, aku ambil Evening Prime Rose (EPO). Bukan sekadar untuk kecantikan tetapi untuk melancarkan peredaran darah seterusnya, meredakan senggugut yang aku alami. Sebelum ni aku ambil kolagen. Tapi berhenti, gagal konsisten. Dah failed dah kat situ. Tak pe, cubaan kali kedua untuk konsisten. Dan aku rasa, aku kena mula ambil madu. Seperti yang kita semua tahu, madu tu banyak khasiatkan.
11. Produk kecantikan SK-II: Tak perlulah aku ulas lanjut sebab enteri untuk "skin care" ni aku dah tulis. Selain tu, aku guna Delecent T untuk menghapuskan bakteria pada wajah terutamanya ketika hampir dan semasa ABC (Allah Bagi Cuti).
Dah panjang sangat aku tulis ni. Bukan korang je penat baca, akupun penat tulis, jadi, kita berhenti kat sini :)
P/S: Enteri ni ditulis bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak. Tapi sekadar berkongsi dan meluahkan rasa pada diari peribadi tak berapa peribadi aku ni. Jangan timbul isu pulak lepas ni. Macam aku tulis kat atas tadi, aku ni tak cantik, jadi kena usaha untuk cantik. Bila kita sihat, insya-Allah, kita akan cantik. Tapi, biarlah cantik luar dan dalam. Sekadar mengingatkan diri sendiri.

Binatang terbang-terbang
Binatang apalah pulak masuk bilik aku ni? Ni dah malam, aku nak tidur. Kucing gemuk ni boleh pulak dia tidur dan biarkan tuan dia sorang-sorang menghadapi benda terbang tu, siap berdengkur lagi.
Monday, December 31, 2012
Hari Terakhir 2012
Sedar tak sedar, kita dahpun tiba di penghujung tahun 2012. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Alih-alih 2013 dah. Semoga tahun 2013 ini membawa seribu satu kegembiraan dan kebahagiaan.
Selamat tinggal 2012.
Selamat tinggal 2012.
BingkisanDari Jogjakarta, Indonesia 4
Dah berzaman, baru nak habiskan cerita ni.
Hari keempat aku do Jogjakarta atau lebih tepat lagi di Solo. Hari ni tak ada apa-apa program sebab dah nak balik. So, aktiviti bebaslah kiranya. Kami keluar dari home stay untuk mencari sarapan pagi. Kami berjalan mengikut kaki. Akhirnya, kami bertemu dengan sebuah Mc Donalds. Ah, bolehlah. Sebelum pulang ke hotel, sempat juga kami menyinggah di kedai kasut, Dapatlah sepasang sendal yang warnanya seperti kulit. Kata kawanku, bila aku pakai selipar tu, nampak macam aku tak pakai selipar jika tidak dipandang betul-betul. Kira uniklah kan?
Dalam perjalanan pulang ke home stay, kami terjumpa dengan peminta sedekah. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang cacat kakinya. Kesian sungguh. Sepanjang percutian kami kali ini, kami sering bertemu dengan peminta sedekah.
Seterusnya, selepas berkemas apa yang patut, kami bertolak ke lapangan terbang untuk pulang dengan menaiki kereta yang kami sewa.

Sunday, December 30, 2012
Revlon: Colorstay Whipped Creme Makeup
Satu elemen penting dalam solekan adalah alas solekan yang juga dikenali sebagai foundation.
Aku baru je berjinak-jinak dengan makeup ni. Foundation pertama yang aku cuba adalah SimplySiti Clear Solution =RM54.00 lebih kalau tak silap.. Seperti yang pernah aku tulis dalam entry sebelum ni, kulit aku ni sensitif. Oleh kerana minat dengan Dato' Siti Nurhaliza, jadi akupun sedapkan hati yang foundation tu sesuai dengan aku. Lama-kelamaan, aku rasa foundation tu memang tak sesuai dengan aku. Jadi aku mula usha foundation lain. Nak beli SK-II mahal sangat, kan aku baru melabur banyak ratus untuk set SK-II Skin Care. Nak beli foundation pulak, kopaklah.
Satu hari, masa aku tengah enak menjamu selera kat kafe office, Kak Fatimah, kakak office aku yang baru habis cuti bersalin mendekati aku.
Kak Timah: Tinta, nanti datanglah atas, akak ada jual makeup tau. SimplySitipun ada tau. Akak dapat stok murah, tapi origenal tau. Akak dapat dari pramugari.
Wah! Aku sangat teruja!
Tinta: Ya? Ada jenama apa lagi?
Kak Timah: Ada Mabline, Revlon dan L'orial. Datanglah.
Tanpa melengah masa, akupun teruslah naik kat tempat dia. Niat di hati nak beli lipstick SimplySiti Cinta Ini. Lipstick tu tak ada. Aku belilah lipstick lain. Lepas tu, aku tertarik dengan satu foundation ni. Macam kat tajuk atas tulah, Revlon. Aku bukanlah penggemar jenama Revlon tapi kata Kak Timah yang memang pandai makeup ni, foundation Revlon tu memang cantik.
Jumaat hari tu, aku try pakai foundation ni. Revlon ColorStay Whipped Creme Makeup dari jenis Warm Golden jenis yang sesuai dengan warna kulit aku. Memang tak berminyak, Kulit muka terasa ringan, Halus dan licin. Tapi pakai sikit je, jangan banyak, kalau tak jadi tepung ghomaklah. Sesuai dengan motonya 24 jam, aku mengenakannya dari pagi sebelum ke office. Sebelah petang, kawan tegur:
Kawan: Kau pakai foundation apa?
Tinta: Revlon. Kenapa?
Kawan: Cantiklah. Tak bercapuk bedak kau dan tak pecah walaupun dah petang.
Tinta: Aku tak pakai bedakpun.
Kawan: Ye ke? OKlah, yang ni lebih OK dari SimplySiti.
Kesannya pada kulit, belum tahu lagi. Baru pakai sekali kan? Harap, OKlah. Aku malas nak cuba jaya dalam bab makeup ni.

Saturday, December 22, 2012
SK-II Festive Pitera Essence Set
SK-II, bukanlah asing dalam hidupku sejak tahun lepas. Tapi, aku hanya memakai cleanser saja dan kadang-kadang Clear Lotion. Maklumlah, beli yang kecil, jadi jarang pakai. Cleanser, cleanser OK. Mula-mula aku beli dari internet saiz kecil =20G. Setelah berpuas hati dengan resultnya, maka aku beli yang besar, Facial Treatment Gentle Cleanser 120G =RM210.00. Hahaha siap letak harga tu, bukan apa, untuk memudahkan mereka yang mencari maklumat tentang produk ni dan yang survey harga. Jenuh aku cari harga di pasaran Malaysia, tapi tak ramai yang tulis harga. Jadi aku tulis bagi senang orang nak budget. Apa result cleanser tu ya? Alhamdulilah , kulit jadi lebih lembut, bersih dan kurang minyak. Kulit tanganpun turut mendapat faedahnya. Paling penting, dia tak bagi kesan negatif pada muka.
Lepas tu, dah kulit elok, gatal pulak guna mekap. Dahlah tu, mekap tak sama brand dengan skin care. Sebelum ni, ada orang tegur yang kulit muka aku ni, tak sama dengan kulit tangan. Kulit tangan lebih cerah dari kulit muka. Aku buat tak endah je. Bila pakai cleanser, ada yang tegur kulit dah OK. Lepas pakai make up, aku rasa macam lain sikit kulit muka aku tu. May be sebab foundation. Sebelum ni, aku pernah pakai sun block satu jenama tu, lepas pakai sun block tu, muka aku burn. Hari tu, balik dari Bali, orang tegur muka aku burn. Normallahkan? Baru balik bercuti dari pulau, muka memang burn. Aku relax lagi. Dah sebulan lebih berlalu, ada lagi yang tegur kulit aku burn. Mula-mula aku ingat sebab bedak yang aku pakai tu nampakkan kulit aku gelap sebab bedak tu aku beli yang warna gelap. Ya, memang kulit aku tak sesuai dengan warna bedak tu. Tapi, bila aku buka tudung dan tanpa mekap, masih ada lagi kawan yang tegur fasal muka aku yang burn ni. Aku mula risau. Aku memikirkan cara untuk mengatasinya. Takut juga kalau guna krim sebarangan tak sesuai sebbab kulit aku ni susah sikit. Dalam takut-takut tu, aku cuba satu mosturizer ni. Mosturizer tu hanya bersihkan wajah saja, yang burn, tetap burn. So, ada kawan cakap, pakailah krim SK-II kan aku guna cleanser dia. Akupun setuju.
Malam tadi, aku ke One Utama dengan satu tujuan untuk membeli SK-II Whitening DirmDefinition Mosturizer. Jauhkan? Sebab orang yang teman aku tu, dah biasa kat One Utama tu.
Tiba di kaunter, staff SK-II ,Magret menyambut aku dengan ramah. Aku menyatakan hasrat nak beli Whitening Cream tu. Tapi dia suggestkan pada aku supaya pakai satu set. Sebab, katanya, skin care akan mudah memberi kesan jika digunakan satu set. Dia tanya aku, apa produk yang aku pakai? Aku bagi tahu, cleanser saja. Dia kata tak cukup. Fikir punya fikir, kebetulan ada Christmas Promotion, beli satu Miracle Water 75ML yang dibungkus dalam make up box kita akan dapat satu Clear Lotion 40ML dan mask dengan harga RM199.00. Murahkan? Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini :)
Jadi, koleksi aku sekarang ialah:
Facial Treatment Gentle Cleanser 120G =RM210.00 - Namanya cleanser, pencucilahkan? So, cuci muka macam biasa. Tapi, guna sikit je pencuci tu, sebab kita hanya memerlukan buihnya untuk mencuci wajah.
Clear Lotion lupa harga sebenar sebab beli set promosi - bertindak sebagai toner. pakai selepas mencuci muka.
Facial Treatment Essence atau Miracle Water 75ML (set promosi) - vitamin untuk kulit. Pakai selepas toner (termasuk dalam set promosi)
Mask (termasuk dalam promosi set) - sapu pada wajah selepas pakai miracle water.
Whitening Dirmdefinition 75G =RM399.00 - pakai selepas mask sebagai pelembap.
Kita tunggu resultnya. Insya-Allah. wajah yang Allah ciptakan ini adalah anugerah. Jadi kita jagalah selagi ia masih dipinjamkan pada kita.
Maaf kepada mereka yang komen pada entry SK-II sebelum ni sebab lambat balas.

Subscribe to:
Posts (Atom)