SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, July 23, 2010

Bosan!!!

Bosanlah! Tak tahu nak buat apa, asyik menghadap komputer dan menaip je. Tak ada ke kerja lain boleh buat eh? Otak ni rasa malas pula nak fikir hari ni ish!

Tuesday, July 20, 2010

Kawan... Di Manakah Sahabat Sejati?

Kawan. Kawan terlalu ramai terutamanya waktu kita senang. Tapi bila susah... Tak ramai yang sudi menjadi kawan. Masa susahlah, baru kita tahu siapa sahabat kita. Begitulah manusia di dunia ni. Teringat aku kepada pantun Cikgu Rahani, guru Tadika Perpaduan ku dulu:

Hari petang langit cerah sekali,
Pergi memancing ikan tenggiri,
Kawan ketawa senang dicari,
Kawan menangis, menangislah sendiri.

Ya, itu benar sekali. Bukan andaian tapi pengalaman hidup membuktikannya.

Monday, July 19, 2010

Uda Dan Dara Kembali

Malam Ahad lalu, aku, Angah (adikku), Abang Nuar, Abang Zul, Abang Mat dan Abang Dir ke Panggung Sari, Istana Budaya untuk menonton Teater Muzikal Uda Dan Dara. Teater yang lahir daripada naskah agung sasterawan negara, Usman Awang ini begitu menarik dengan garapan dialog yang penuh seni. Lirik lagunya pula ditulis dengan begitu puitis.

Kami ke sana bukan kerana Misha Omar, tetapi kerana Uda Dan Dara ilham Datuk Usman Awang. Sayangnya, teater karya anak tempatan ini tidak mendapat tajaan besar meskipun dari anak Malaysia. Aku harap, usaha-usaha untuk melahirkan teks-teks hebat ke pentas mahupun layar perak akan terus giat dijalankan walaupun menghadapi kesukaran.

Uda Dan Dara, kalau tak silap ini kali ketiga teks tersebut dipentaskan. Tentunya ada kelainan pada setiap versi. Bagaimana agaknya versi-versi Uda Dan Dara terdahulu ya?

Thursday, July 15, 2010

Aku Rimas!!! Tolonglah!!!

Tolonglah faham. Aku bukan jenis orang yang suka bila orang mengada-ngada dengan aku. Namun, aku cuba untuk jaga hati orang. Tapi... Bila aku berkias, takkan orang tak boleh faham? Kita kawan, jadi cukuplah sekadar sesekali bersembang lama. Tak perlu hari-hari. Tak perlu ada terasa hati bila aku tak boleh melayan perbualan yang lama-lama atau mesej yang kerap. Aku bukan perdana menteri, itu aku tahu. Tapi aku ada kehidupanku sendiri. Aku ada kesibukanku sendiri. Dan sebagai manusia juga, ada hari-harinya, aku tak suka diganggu. Tolonglah, faham! Lebih-lebih lagi waktu kerja, janganlah!

Thursday, June 3, 2010

Hilangkan Stress Dengan...

Bercakap tentang emosi stress, pernahkah anda menghadapinya? Apa yang anda buat bagi mengurangkan stress?

Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan stress :

- Bagi orang Islam, ambil wuduk dan banyakkan beristigfar
- Ambil udara segar
- Hisap rokok (sebaik-baiknya elakkan!)
- Shopping, ni bagi orang perempuanlah

Selain daripada cara diatas, ada cara lain yang boleh mengurangkan stress dan ianya telah terbukti sejak zaman dahulu lagi..

Caranya, hidu sedikit bau-bauan yang harum!

Rujuk disini :
http://www.harumanmunifhijjaz.com/produk/index.php?ref=Izah_Ruslan

Zaman dahulu, sekiranya mahukan persekitaran berbau harum dan wangi, mereka menggunakan kemenyan yang mempunyai pelbagai haruman. Zaman sekarang?

Sudah tentulah TIDAK kerana pada hari ini sudah ada minyak wangi yang dibotolkan!

Munif Hijjaz, antara wangian yang mendapat sambutan di pasaran masa kini. Terdapat 18 wangian yang diinspirasikan daripada wangian berjenama antarabangsa!

Minyak wangi Munif Hijjaz diyakini kesuciannya, HALAL dan boleh dibawa solat bagi orang Islam. Bauannya semerbak setanding dengan haruman antarabangsa. Dengan harga yang murah dan mampu dimiliki oleh setiap golongan, ianya merupakan salah satu langkah penjimatan yang boleh anda nikmati.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki haruman pilihan yang disukai dari koleksi minyak wangi Munif Hijjaz.

Dapatkannya disini:

http://www.harumanmunifhijjaz.com/produk/index.php?ref=Izah_Ruslan

Menarik Dan Eksklusif

Haruman atau minyak wangi akan melahirkan satu semangat yang berlainan dalam diri pemakai apabila memakainya.

Untuk maklumat lanjut, dapatkan laporan PERCUMA mengenai "Rahsia Kesihan dan Perubatan Minyak Wangi" melalui link berikut :

http://www.harumanmunifhijjaz.com/produk/index.php?ref=Izah_Ruslan

Team HarumanMunifHijjaz menawarkan kemudahan pembelian minyak wangi keluaran Munif Hijjaz Sdn Bhd dengan sebanyak 18 wangian yang diinspirasikan daripada jenama antarabangsa yang boleh dipilih.

Minyak wangi Munif Hijjaz ini merupakan minyak wangi yang dihasilkan daripada 100% pati yang tulen dan didatangkan dalam botol tunggal bersaiz 8ML dalam setiap kotak dengan rekaan botolnya yang menarik dan eksklusif.

Anda boleh memilih haruman minyak wangi kesukaan anda disini. Apa yang menariknya, kos penghantaran adalah PERCUMA dan tiada sebarang caj tambahan dikenakan!

Sila klik disini :

http://www.harumanmunifhijjaz.com/produk/index.php?ref=Izah_Ruslan