Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Petua Hari Ini. Show all posts
Showing posts with label Petua Hari Ini. Show all posts
Thursday, March 28, 2019
Petua Menghilangkan sakit Dan Kesan Terkena Benda Panas
Assalammualaikum dan selamat petang.
Apa khabar semua?
Dah lama tak berceloteh kat sini.
Busy. Ke buat-buat busy? Hehehehe...
Biasalah. Bila ada mood baru tulis.
Ahad lepas, masa beristirehat di C'haya Hotel kat Sabah, saya iron baju.
Apa ke peliknya iron board dia tu? Tempat letak iron betul-betul atas iron board dan kalau selalu kita jumpa iron board yang bila kita letak streak muncungnya ke depan. Ni pulak muncung streak menghadap ke sisi, ke arah kita. Dahlah sarang dia tu ngam-ngam untuk bentuk streak. So, tak boleh nak ubah kedudukan dia. Apa lagi, masa duk betulkan tudung untuk digosok, secara tidak sengaja, tangan saya terkena pada muncung streak. Ya Allah! Panasnya!
So inilah petua yang saya nak kongsikan hari ni.
Kalau korang terkena benda panas, korang cepat-cepat alirkan tangan korang dengan air paip. Atau, kalau korang malas nak berdiri, korang ambil bekas isi air paip lepas tu korang rendam tangan or what so ever yang terkena benda panas tadi tu. Jangan angkat or alih tangan korang. Rendam lama-lama. Bagi mereka yang Nampak, rendam atau alirkan air kat tempat tu sampai hilang warna merah kesan benda panas tadi. Bagi yang tak Nampak, rendamlah selama mungkin. Kalau korang angkat tangan korang dari air still rasa panas, rendam lagi sampai korang angkat tangan korang, korang dah tak rasa panas tu. Insya-Allah, lepas tu, tak ada lagi rasa sakit dan tangan korang takkan melecur, bengkak dan berkesan.
Korang cubalah.
Setakat ni dah beberapa kali saya buat, Alhamdulillah. Bahagian yang kena benda panas saya tak sakit dan tak ada kesan. Tapi kena sabarlah merendam atau mengalirkan air pada bahagian tubuh yang kena tu.
Monday, February 18, 2019
Petua Membersihkan Tudung Dari Foundation
Assalammualaikum dan selamat tengahari semua.
Hari ni nak kongsi petua lagi. Saya akan kongsikan petua yang menjadi bila saya buat je. Hehehehe... Nanti orang kata saya tipu pulak kalau saya sendiri belum mencubanya. Petua ni dikongsikan oleh my lovely Kak Fatimah yang vogue tu.
Dulu-dulu saya ni malas nak mekap. Even berbedak pun tidak. Kononnya nak jaga kecantikan aslilah, pui! Tak ada makna cantiknyaaaaaa... Berangan lebih!
Suatu hari saya nak jadi pengacara ke saya nak attend meeting kat luar. Saya lupa. Masa tulah baru kelam-kabut nak mekap. Tudung dah pakai dari rumah lagi. Muka secalit bedakpun tak ada.
Saya ambil jalan mudah. Saya pakai je foundation tanpa buka tudung. You know what, habis tudung kena foundation.
Lepas pakai foundation dan bedak, saya naik ke bilik Kak Fatimah untuk dia mekapkan saya. Letak blusher, eye shadow dan macam-macam lagi. Almaklumlah, masa tu tak pandai mekap sendiri. Semua minta orang buatkan. Sebab tu tak mekap hari-hari. Karang jemu pulak orang nak melayan kita.
Kak Fatimah tegur yang tudung saya dah kena foundation. Katanya jelas kelihatan. Orang Nampak. Malunya. Cantik tapi comot buat apa?
Kak Sha yang masa tu sebilik dengan Kak Fatimah pun terus tolong saya basuh foundation tu. Tapi degilnyaaaa... Tak mahu tanggal!
Kak Fatimah tu orang yang suka melawa. Dia still tak happy dengan penampilan saya yang senggitu. Walaupun dibasuh, kesan foundation still kelihatan.
Dia dah mula keluarkan peralatan mekap untuk solekkan saya. Tapi dia masih berfikir macam mana nak buat dengan tudung saya tu. Kebetulan saya pakai tudung yang tak boleh diselindungkan kesan foundation tu. Kalau pakai selendang still safe, kotor kat belah tu, boleh belit kot lain. Kalau tak silap saya pakai bawal atau half moon. Memang jenuhlah nak menyembunyikan kotorannya.
Then, Kak Timah kegirangan. Kenapa? Sementara dia memilih warna solekan, dia minta Kak Sha bersihkan tudung saya menggunakan sabun pencuci pinggan-mangkuk.
Dan, ternyata! Tudung saya bersih! Tak lamapun nak menyentalnya. Sental kejap je, dia bersih.
Saya Tanya Kak Fatimah, kenapa pencuci pinggan-mangkuk boleh membersihkan foundation?
Katanya, foundation tu sebenarnya minyak. Ubat paling berkesan untuk membersihkan minyak adalah sabun pencuci pinggan. Masakan dan makanan kan semuanya berminyak. Kalau basuh bekas plastic dengan sabun lain, susah nak tanggal. Tapi kalau guna sabun pencuci pinggan, cepat je hilang kesan minyak dia.
Alhamdulillah. Dapatlah satu petua. Paling penting, hari tu saya dapat tampil dengan menarik di khalayak walaupun sebenarnya tudung saya tu dah comot.
Sunday, February 17, 2019
Petua Membersihkan Darah
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Dah lama tak menyembangkan?
Hari ni Cik Tinta nak kongsikan dengan you all petua membersihkan darah. Petua ni lebih kepada orang perempuanlah. Tapi orang lelaki pun boleh guna petua ni sekiranya nak cuci darah kat mana-mana. Fokus Cik Tinta adalah membersihkan darah dari kain.
Korang mesti menghadapi masalah sekiranya darah terkena kepada kainkan? Saya dapat petua ni dah lama. Sejak saya di UiTM lagi. Lupa dah siapa yang memberinya. Mula-mula sayapun tak percaya. Almaklumlah, kerja membersihkan darah ni susah. Kalau dapat bersihkan pun, mesti ada kesan yang tinggal.
Mummy pernah tanya saya, macam mana saya bersihkan kain-kain saya sehingga tiada kesan darah? Atau saya ada kain khas untuk dipakai pada waktu-waktu tertentu? Tak ada maknanya nak buat peruntukan macam tu. Pakai je apa yang ada. So daripada situ, saya tahulah yang petua tersebut alhamdulillah berkesan.
OK, kalau kain korang terkena darah, apa yang selalu korang buat?
Tindakan semulajadi kita dan logiknya adalah menjirus kain tersebut dengan air. Pada pemikiran kita, kena cepat-cepat siram atau rendam supaya warna darah tidak melekat. Betul tak? Tapi bila kita angkat atau lepas siram, kesannya masih ada. Lepas tu satu hal pulak nak menyental. Ini yang paling saya tak suka masa dulu. Dahlah tu, kalau nak make sure warna tu hilang, saya kena tanya orang bersih atau tidak? Kat mana tempat yang tepat kesan darah tu? Lepas tu sental or berus. Then tanya lagi, lepas tu berus or sental lagi sampai hilang. Lama pulak tu. Ataupun, janji darahnya tak ada. Setakat kesan tu biar jelah. Tapi saya tak suka! Bagi saya kotor! Walaupun selepas kain tu kering. Sabun buku pun saya try, sabun serbuk dan liquid pun saya cuba. Semuanya sama je.
Mengikut petua yang alhamdulillah berkesan ni, jangan sesekali kenakan dengan air bahagian yang terkena darah tersebut walaupun sedikit. Pastikan di kawasan tersebut darah semata-mata tanpa air.
Lepas tu, dalam keadaan yang masih berdarah tu tak kiralah darah basah atau dah kering, korang ambil liquid mandian korang. Tak kisahlah jenama apapun. Macam saya, Victoria Secretlah saya bantai sebab tu mandian saya. Dulu-dulu ada jugak Live Boy la, Secretlah, Shokubutsu la, whatever, as long as shower foam. Tuangkan shower foam tu kat atas darah tu tanpa air. Ingat tu, tanpa air. Jangan gatal-gatal nak campur shower foam tu dengan air nak suruh berbuih pulak.
Ratakan shower foam tu ke seluruh kawasan berdarah sehingga tiada yang tinggal. Lepas tu sental je pakai tangan. Kalau nak berus terpulanglah. Sental manja-manja pun insya-Allah darah tu hilang dan kain akan bersih seperti sediakala. Dah agak-agak darah tu dah tanggal, barulah korang bilas dengan air. Kalau masih ada sedikit-sedikit yang tinggal, masa ni korang sental lagi. Insya-Allah akan bersih semula kain korang.
Tak percaya? Cubalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)