Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Istana Hinggap. Show all posts
Showing posts with label Istana Hinggap. Show all posts
Sunday, February 24, 2019
Apa Hal Usik-Mengusik Tu?
Bila En. Fazrin, staff En. Nor Mal bagi tahu saya yang kerja dia dah selesai untuk hari ni, saya tanya dia, berapa bayaran yang perlu saya jelaskan untuk hari ni? Dia kata, kejap dia tanya boss.
Dia bercakap telefon dengan boss dia depan pintu rumah tapi jauh sedikit. Saya tak dengar apa yang mereka cakapkan.
Sejurus kemudian, En. Fazrin mendekati pintu rumah. Mungkin dah nak tamatkan perbualan kot.
En. Fazrin: Kirim salam? Ehem-ehem. Lain macam nampak? Ada apa-apa ke?
Tak tahulah apa orang belah sana jawab.
En. Fazrin: Yelah. Nanti saya sampaikan.
Sekali lagi En. Fazrin buat-buat batuk.
Hadoi, cepatlah. Orang nak tanya harga hari ni. Korang duk usik-mengusik tu kenapa? Nak berkirim salam bagai. Kot ya pun nak sampaikan salam kat secret admire, nanti-nantilah. Kan dalam bertugas ni. Selesaikanlah customer ni dulu.
En. Fazrin mematikan talian.
En. Fazrin: OK kak, settle.
Saya: So macam mana? Berapa saya perlu bayar?
En. Fazrin: En. Nor Mal cakap, hari ni tak payah. Nanti minggu depanlah bayar masa pemasangan tu.
Saya: Oh ye ke? Terima kasih.
En. Fazrin: Boss kirim salam kat akak.
Aik, takkan duk berkirim salam tadi kat saya? Rasanya tak kot. Sebab selama ni pun kami text atas urusan kerja je. Dia pun serius cakap pasal kerja je. Tak pernahlah pulak melencong atau bagi ayat-ayat mesra. Saya lagilah tak ada. Nak try-try orang ni bukan saya. Nak melayan-melayan ni saya malas. Nanti orang kata apa pulak. Perigi mencari timba tak pun perempuan tak tahu malu.
Mungkin tadi tu dia suruh kirim salam kat orang lain. Kebetulan suruh sampaikan salam untuk saya sekali. Yelah. Mungkin itu cara dia jaga customer dan ambil hati customer. Kan selama ni deal dengan dia tapi yang datang staff dia. Whatever. Selagi orang baik, kita baik. Kalau rasa lain macam, kita belah.
Saya: Waalaikummussalam. Kirim salam kat dia jugak. Cakap dengan dia, terima kasih sebab bagi saya alternatif supaya tak pecah dinding.
En. Fazrin: Insya-Allah. Nanti saya sampaikan.
Saya: So, minggu depan lebih kurang RM500 kan?
En. Fazrin: Nanti akak mintalah diskaun dengan En. Nor Mal. Boleh dapat kot.
Saya: Tak apa. Saya OK dengan harga tu. Cuma bagi tahu saya hari apa nak buat. Confirm balik.
Sebelum tu, saya ada dengar perbualan En. Fazrin dengan boss dia tu. Sebab En. Fazrin buat loud speaker. En. Fazrin kata dua tiga hari lagi boleh buat. Tapi boss dia suruh buat hari Sabtu. Katanya, jangan kacau hari kerja saya. Saya cakap dengan En. Fazrin, boleh je nak buat hari kerja tapi kena cakap awal supaya saya boleh ambil cuti. Kedengaran macam boss dia tak setuju. Nak buat Sabtu jugak sebab saya bekerja. Tak apalah. Sabtu pun lagi OK. Tak yah cuti.
Semoga segalanya akan berjalan lancar dan paip ni OK-OK saja, tak meragam dah lepas ni.
Stopcock Terbalik
Assalammualaikum semua.
Selamat malam. Tapi janganlah tidur dulu.
Meh kita sembang.
Dah lama tak cerita pasal rumahkan?
OK, baru-baru ni bilik air dapur tu, tutup kepala paip pun air masih keluar. Saya assume, washer rosak. So, saya panggil Abang Fadzil datang baiki.
Tukar kepala paip baru, air langsung tak keluar. Cari punya cari puncanya, Abang Fadzil kata stopcock terbalik. Macam mana eh seorang kontraktor boleh pasang stopcock terbalik? Kan ada arrow kat benda alah tu.
Dulu saya ada baca blog sorang plumber ni. Nor Mal nama dia. Pernah contact dia dulu nak baiki paip tu sebab air keluar ikut dinding. Tapi bila Abang Fadzil buat apa entah, air ikut dinding alhamdulillah dah tak keluar.
Mujur saya save nombor dia. Dapatlah saya contact dia balik. Dulu contact, tapi tak jadi panggil.
Hari ni, dia hantar staff dia tengok paip saya. Betul, stopcock terbalik. Lama jugaklah dia orang check. Teliti buat kerja.
Staff dia call dia bagi tahu keadaan paip saya. Dia bagi pilihan kat saya. Tapi staff dia bagi phone kat saya minta dia cakap dengan saya.
1. Betulkan stopcock di mana dinding harus dipecahkan. Boleh pasang jubin balik. cumanya, tak tahulah dapat tak jubin tona warna sama.
2. Pasang water heater. So, tak payah pecah jubin.
Pilihan pertama RM450 tak termasuk jubin. Pilihan kedua, RM500 termasuk water heater dan pemasangan. Mungkin water heater biasa-biasa je kot.
Saya buat keputusan untuk pilih pilihan kedua. Tak payahlah nak pecah dinding bagai. Janji keluar air, orang boleh mandi. Tapi saya tak naklah macam sesetengah orang cakap buat je paiping baru batang paip kat luar. Tak cantik!
So, next week they will be coming to install water heater. Nasib kai baik Hakim. Dapatlah kau mandi air panas setiap hari.
Thursday, February 7, 2019
Penghuni Baru
Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Macam mana hari pertama bekerja? OK?
Saya? Tak banyak benda nak buat cuma report-report jelah.
Tapi sekarang nak sembang dengan korang.
Baru-baru ni, saya balik kampung. Kebetulan jumpa Hakim yang sedang cuti semesta.
Masa makan malam hari mula-mula saya sampai, Hakim menyatakan hasratnya untuk tinggal bersama saya bermula hujung bulan ni. Yelah, kawan-kawan yang menyewa rumah bersamanya dah habis. So, penghuni jadi sikit so kena bayar lebih. Saya OK je.
Dulu, saya plan, bila saya beli set bilik tidur or at least queen bed, saya nak letak katil single saya kat bilik tengah. Bolehlah tempatkan tetamu yang bermalam kat rumah saya.
Tapi sekarang, rasanya saya kena tukar plan. Last week pergi Ikea. Katil dan tilam queen ni lebih seribu. Cecah RM2000.00. Tak apa. Kita beli katil single murah-murah dulu. Esok kita fikirlah. Mungkin katil singgle satu lagi boleh masuk bilik ketiga. Kalau tak cukup ruang bagi orang. Kesian jugak kat Hakim nak tidur tanpa katil. Dahlah dia kelas tak banyak sem depan. Mesti dia akan banyak duduk di rumah. Kesian pulak adik lelaki saya sorang tu.
Kita survey dulu. Esok insya-Allah nak pergi Courts Mammoth. Boleh tengok harga katil single. Kat Ikea hari tu sibuk tengok queen bed. Tak tengok pulak single bed. Yelah, mana tahu nak jadi gini.
Sunday, January 7, 2018
Almari Kasut Ikea
Assalammualaikum semua.
Selamat pagi menjelang tengahari. Hahahaha...
Sibuk ke?
Mehlah kita sembang jap.
Hari ni saya ditinggalkan keseorangan di unit ni sebab my assistant ada urusan peribadi di luar. Petang baru masuk. Semoga urusannya dipermudahkan. Amin...
Bulan lepas, hajat nak beli almari dua pintu untuk tudung dan selendang saya bertukar. Saya beli almari kasut. Sebab almari yang macam saya nak tu melebihi budget saya ketika tu.
Tak apa. At least ada jugak yang saya bawa balik setelah sepetang menjelajah Ikea bersama acik yang setia menemani. Kesian acik penat. Siap bawa balik skrin baju dengan tray pejabat lagi.
Kalau dia tak ada janji dengan tuan rumah, mesti dia pasangkan siap-siap almari saya. Tambahan pulak tak ada skru driver.
Almari kasut pilihan saya berwarna putih agar rumah saya Nampak berseri, cerah dan luas. Saya tak nak beli rak kasut kerana ianya terbuka. Tak cantik dipandang mata jika diletakkan di ruang tamu. Almaklumlah, rumah saya bukannya rumah banglo. Berdekatan almari kasut tu nanti akan menjadi ruang makan saya so tak elok kasut terdedah kat situ walaupun taklah dekat sangat meja makan dengan almari tu nanti. Satu lagi sebab Chiko. Chiko ni kadang-kadang suka main benda yang bukan-bukan. Comelkan? Macam baby. Letak dalam almari, tutup. Habis cerita. Chiko tak boleh buka. Kalau dia buka, memang hebatlah dia. Hahahaha... Jangan hebat sangat Chiko nanti kelam-kabut rumah along. Dengan along-along sekali lintang-pukang. Hehehehe...
Almari kasut Ikea ni banyak pilihan. Ada yang diperbuat dari plastic tebal dan kayu. Pilihan saya, almari kasut yang diperbuat dari kayu pine. Konsep Ikea ni more to jimat space. Rak kasut pun ada.
Kalau tengok gambar kat bawah tu, almari saya ni ada tiga tingkat. Kalau ditutup ia kelihatan seperti laci bertingkat. Dalam setiap tingkat tu boleh memuatkan empat pasang kasut. Nak letak kotak kasut pun boleh. Muat. Nampak macam kecikkan almarinya? OK. Konsepnya bukan letak macam tu je macam rak kasut. Bila kita letak kasut kat dalam ni, kasut tu akan berdiri. Bila kita buka macam dalam gambar tu, barulah kasut ni sedikit berbaring seperti diletakkan atas papan gelongsor. Macam mana boleh muat empat pasang kasut dalam satu compactment? Dekat dalam ruangan tu ada kayu pembahagi. So, kasut akan berdiri dua di hadapan iaitu bersandar pada pintu almari dan dua lagi di hadapannya dengan kayu menjadi pemisah. Almari ni jugak boleh di grill dan lekatkan pada dinding.
Waktu pasang, kita boleh adjust kedudukan kayu pemisah kat dalam tu. Dia ada tiga tempat boleh letak kayu tu. Kalau kita nak ruangan hadapan pintu besar dan belakang kecik boleh, nak sama besar antara kedua-duanyapun boleh atau nak besarkan ruangan belakang dan kecikkan ruang bahagian pintu pun boleh.
Saya memutuskan dua daripadanya dibesarkan di bahagian pintu dan satu dibahagikan sama banyak. Ruang besar di hadapan pintu tu memudahkan saya untuk menyimpan kasut sukan dan kasut boot saya. Ruangan kecil tu taklah kecik sangat. Still boleh masuk kasut normal seperti kasut pejabat misalnya.
Acik hantar Hakim, wakil dia suruh pasangkan untuk saya. Saya nak pasang sendiri tapi saya pening bila tengok macam-macam skru yang dia bagi. Hakim pasang kejap je. Buat rangka then siapkan laci lepas tu masukkan laci dalam rangka dia. Nampaknya saya kena beli tukul besi pulak. Senang nak ketuk. Ada bahagian yang dia bagi paku bukan skru. So, lepas ni saya nak beli almari pulak. Mesti tukul akan berguna untuk saya. Set skru driver yang enam tu saya dah beli masa keluar ke Bandar dengan Hakim kat kampung hari tu. Dalam set tu ada skru driver bunga tiga saiz dan skru driver pipih atau leper tiga saiz.
Harga untuk almari ni kepada mereka yang nak beli ialah RM129.00 ketika saya membelinya.
Beli yang elok sikit, boleh pakai lama.
Silakan, saya belanja gambar almari kasut ni.
Sunday, April 16, 2017
Pintu Bilik
Suatu hari, seorang kawan bertandang ke rumah saya. Dalam asyik bersembang, kawan bertanya kepada saya:
Kawan: Kau dah tukar pintu bilik ke?
Saya: Taklah. Kenapa?
Kawan: Nampak baru.
Dia menghampiri pintu bilik saya dan memegangnya.
Kawan: Macam baru je?
Saya: Tak adalah. Pintu lama.
Kawan: Tak samapun macam pintu rumah aku?
Saya: Sebab, kontraktor aku dah cat pintu tu. Dia cat banyak layer supaya nampak baru dan cantik. Tu pun belum siap lagi. Dia kata, dia akan cat lagi supaya nampak OK.
Sebenarnya saya tak kisahpun kalau dia tak cat pintu bilik. Saya ada perancangan nak tukar pintu. Bila saya congak sana sini, saya kena ada dalam RM2,500.00 untuk tiga pintu bilik saya. Tu tak termasuk pintu bilik air dan dapur. Masa beli security door hari tu, saya survey harga pintu bilik. Pintu yang saya berkenan tu RM581.00 satu. Pintu design moden. Tombolnya pulak dalam RM100 lebih. Saya berkenan yang ada design anyaman ketupat. Saya kena stand by untuk kos pemasangan jugak. Memanglah dia kata dia akan pasang. Takut kalau ada kos lain kan. Manalah tahu kalau kontraktor saya kena buat kerja awal dan penghabisan. Tapi rasanya frame pintu tak payah tukar. Just tukar pintu dan tombol je. Cuma mungkin tempat tombol tu kena buat lain kot sebab yang saya berkenan tu tombol empat segi.
Ya Allah, murahkanlah rezeki saya dalam membaikpulih rumah ni.
Sekarang tunggu update fasal tingkap.
Thursday, April 13, 2017
Security Door Lagi
Assalammualaikum readers,
Sambil-sambil bersantai malam-malam ni, meh la sini. Baca cerita saya ni.
Musim security door ni. Masih nak cerita fasal security door.
Sebenarnya security door lock ada pelbagai jenis. Ada yang guna password code, cap jari, kad dan kunci. Terserah pada kita nak pilih yang mana. Pilihan di tangan kita. Kuasa membeli juga di poket kita hehehe...
Harga pun bergantung pada company pengeluar dan design. Ada yang tiga layer termasuk ruangan boleh dibuka untuk mengetahui siapakah gerangan yang mengetuk pintu dan ada yang dua layer. Design layer paling luarpun macam-macam seperti yang saya tulis dalam entri lepas.
Saya punya dua layer je.
Technician office saya kata, jangan guna yang kad kerana hanya dengan limau nipis pintu boleh dibuka.
Guna pass code saya tak berapa prefer sebab dia guna bateri.
Ibu jari memang jangan mimpilah. Urusan rasmi yang kena cap jaripun susah nak dapat cap jari saya. Nak guna cap jari kat pintu? Jenuh. Sejam duk cap jari tak masuk rumah nanti hehehehe...
Makanya saya pilih yang menggunakan kunci.
Kuncinya ada sebatang je walaupun locknya banyak.
Ada security door yang locknya atas, bawah, kiri dan kanan pintu.
Saya punya ni ada enam lock semuanya tapi semuanya di sebelah kanan berbaris dari atas ke bawah.
Kalau kita kunci gunakan anak kunci, lima lock akan lock.
Kalau kita kat rumah, guna yang boleh dipusing tanpa anak kunci dari dalam, satu lock sahaja akan berfungsi.
Tapi kalau kita kunci pakai anak kunci lepas tu manual lock, jadinya enam lock la kita gunakan dalam satu masa.
Pusingan anak kunci dua kali pusingan atau double lock
Kesemua lock yang digunakan adalah dari jenis deadbolts cuma kalau tak silap, ada dua lock yang melengkung dan mencangkup.
Anak kuncinyapun lain dari yang lain. Tidak boleh dibuat pendua. Kalau rosak atau hilang, kilang yang kena buat balik. Anak kuncinya sedikit besar.
Ada tujuh batang kunci kesemuanya. Dua untuk kontraktor dan lima untuk owner. Katanya, mula-mula hanya kunci kontraktor boleh digunakan. Selepas pemasangan, kontraktor akan set agar kunci owner sahaja boleh digunakan manakala kunci kontraktor tidak lagi berfungsi.
Tapi installer ni bagi saya tujuh-tujuh kunci. Kunci kontraktorpun masih boleh digunakan. Mungkin dia fikir, nak buat apalah dia simpan kunci rumah orang? Buat semak je. Gamaknyalah dia fikir cam tu.
Yang pelik tu, lubang tempat masuk anak kuncipun berubah-ubah. Kadang kita kena masukkan anak kunci melintang, kadang menegak. Layankan jelah.
Kotak kuncipun pelik. Jakun pulak saya.
Kalau tak silap, waranti pintu 10 tahun dan waranti anak kunci satu tahun.
Wednesday, April 12, 2017
Security Door Stainless Steel Dan Laser Cut 2
Hai semua, nak cerita fasal security door lagi hehehe... Excited ni.
Hari tu saya ada tulis fasal stainless steel dan laser cut. Kedua-duanya direka untuk menjaga keselamatan penghuni rumah seperti motonya, "Security door, gaya dan percaya,".
Stainless steel ni semua orang tahu, besi tahan karat. Ianya berwarna besilah. Alah, macam korang tengok grill stainless steel. Cuma kalau untuk security door ni kebanyakan designnya besi bulat jelah sama ada disusun melintang pintu, menegak atau menyenget.
Manakala untuk laser cut pula, ia jugak besi tahan karat dan boleh dipotong menggunakan laser sahaja kata sales man. Guna cutter tak boleh katanya sebab dia licin dan cutter akan lari atau tergelincir.
Security door laser cut ni katanya design baru. Ia didatangkan dengan design yang pelbagai. Besi-besi ini dibentuk juga menggunakan laser. Rambang mata bila tengok. Design bunga, buluh, sarang spiderman pun ada dan banyak lagilah. Harga boleh berubah mengikut company yang mengeluarkannya.
Harga kedua-dua jenis security door ni ribuan ringgit.
Tinta: Boss, mana lagi senang bukak? Stainless Steel ke Laser Cut?
Sales Man: Siapa mahu bukak? Sendiri ke pencuri?
Tinta: Pencuri.
(Takkan tuan rumah pulak kot. Memanglah senang bukak, dah ada kunci. Tempelak saya dalam hati.)
Sales man: Hayya, tengok ini pintupun pencuri sudah penat ooo. Baik dia pergi rumah sebelah dari tunggu ini pintu. Pergi rumah sebelah sudah jadi kaya, ini pintu masih belum boleh bukak ooo.
(Pecah tawa saya dengan acik mendengar jawapan abang sales man tu.)
Pintu security ni sebenarnya ada macam-macam design.
Macam yang saya berkenan ni ada dua layer.
Layer luar nilah yang kita boleh pilih sama ada nak yang diperbuat daripada stainless steel atau laser cut. Lapisan luar ni macam grill la.
Lapisan dalam pintu empat segi sama. Diperbuat daripada besi padat. Korang selalu tidur hotel kan? Pernah tak korang jumpa peti besi dalam almari hotel? Haaa... Material dia macam badan peti besi tulah. Kalau ketuk bunyi padat, tak bunyi macam korang ketuk tin tu.
Frame pintu ni pun diperbuat daripada besi. Kalau nak pasang pintu ni, memang kena bukak semua. Dengan pintu-pintu, frame, kalau dah pasang tiles pun kena bukak tiles kat pintu tu macam saya sebab, frame bawah tu kena tanam dalam simen. Dia nak tiga inci ke bawah. Dahlah saizpun kena ikut saiz dia. Macam saya kena jugak. Siap kena buat electric wiring dan tingkap kena ubah.
Pintu lapisan satu dan dua ni melekat tapi boleh dibuka kalau kita nak. Contohnya, kalau orang datang, kita nak tahu siapa, kita bukaklah pintu yang dalam je. Yang luar tu biarkan. Pintu dalam ni fleksibel, boleh ke luar dan ke dalam. Yang luar tu macam saya, saya pilih boleh buka ke luar sahaja. Kita boleh order, minta nak bukaan dia macam mana.
Kunci diapun lain dari yang lain. Tak boleh duplicate. Kalau hilang, kilang kena buat balik. Waranti kunci, setahun.
Cantik tak pintu kat atas tu? Yang korang nampak besi tu stainless steel. Yang ada design tu, laser cut. Yang mana pilihan hati saya? Laser cut yang design pokok merimbun tu. Cuma warna yang saya pilih, pintu dalam warna tembaga dan pintu luar warna putih. Biar match dengan coated powder grill tingkap saya nanti. Warna kita boleh pilih nak warna sama dalam dan luar atau dua warna berbeza mengikut warna pintu macam yang saya tulis dalam entri lepas. Mengantuklah. Esok sambung cerita fasal security door ya.
Cantik tak pintu kat atas tu? Yang korang nampak besi tu stainless steel. Yang ada design tu, laser cut. Yang mana pilihan hati saya? Laser cut yang design pokok merimbun tu. Cuma warna yang saya pilih, pintu dalam warna tembaga dan pintu luar warna putih. Biar match dengan coated powder grill tingkap saya nanti. Warna kita boleh pilih nak warna sama dalam dan luar atau dua warna berbeza mengikut warna pintu macam yang saya tulis dalam entri lepas. Mengantuklah. Esok sambung cerita fasal security door ya.
Buka Semua Tile ni
Hahaha saja je buat gempak.
Saya teringat permintaan saya terhadap kontraktor saya beberapa bulan lalu.
OK, sebelum tu, sebenarnya banyak desas-desus orang bercerita tentang saya dan tentang rumah saya. Ada yang kata, saya ni terlalu cerewet sebab tu kontraktor saya tak buat-buat rumah saya. Sebab tu rumah saya tak siap-siap. Cerewet macam manapun, ada bayaran, buatlah dia. Kontraktor saya ni bukan baru jumpa saya sorang customer yang cerewet. Dia dah banyak deal dengan orang-orang besar termasuk wakil rakyat yang siap tunjuk-tunjuk pistol lagi depan pekerja dia. Siap tak nak deal direct semuanya kena go true PA dia. Saya ni apalah sangat nak cerewetpun. Bukan kayapun. Manusia, memang suka bercakap. Padahal dia tak tahupun apa yang saya dan kontraktor saya alami. Ada sebab kenapa kami tak dapat siapkan rumah macam orang lain. Bagi duit sedebuk kat kontraktor atau pratus tertentu then kontraktor buat sampai siap. Ada masalah besar yang melanda kami sebenarnya. Dan saya sangat tak suka bila orang bercerita atau komen fasal kontraktor saya. Sebab rumah saya memang belum siap. Tak payah cakap yang kontraktor saya tak siapkan rumah saya. Lagipun, saya memang tak nak buat sekaligus terus sebab semua benda yang kontraktor nak buat, semuanya kena ikut citarasa saya. Saya akan berbincang dengan dia terlebih dahulu then baru boleh on sesuatu kerja. Kalau kosnya tinggi, saya minta dia tunggu dulu. Saya nak sesuatu yang saya nak. Saya nak sesuatu yang saya puas hati dan happy. Bukan hari ni buat esok tukar lain. Dan saya sendiri akan pergi survey harga barang yang saya nak. Sebab tulah nak buat pintupun lambat. Sebab saya nak security door. Bila saya kata saya nak yang tu, means yang tulah. Tak boleh tidak dan tak boleh yang lain melainkan yang lain tu lebih baik. Kontraktor pernah cadang untuk saya guna pintu kayu yang kukuh dan berukiran. Saya object suggestion dia. Tapi ada jugak cadangan dia saya terima kalau saya rasa ianya lebih baik dari kemahuan saya.
Masa mula-mula dia pasang tiles dulu, saya cek pemasangan dia. Sebab abah selalu bising-bising takut tile rumah saya meletup. Sebelum abah yang bising, biar saya bising dulu sebab kalau abah yang bising, menanah telinga saya. Abah kan dulu masa kerja jaga kontraktor. Dia tahu apa yang OK dan tak OK kontraktor buat. Dia pernah arahkan kontraktor bukak balik semua tiles yang kontraktor pasang kat pejabat ke kat projek dia sebab tak mengikut spesifikasi.
Hahahaha dan perangai abah tu menurun kat saya. Bila saya cek tiles dalam bilik air, bilik air bilik utama, tilesnya tak sama tinggi mungkin sebab simennya. Tapi masa buat takkan tak tengok kan? Air tak boleh mengalir ke lubang. Satu hal pulak saya kena sapu air tolak ke lubang.
So, saya call kontraktor saya then minta dia buat balik. Dia kena pergi kedai dan cari balik tiles yang dia guna untuk bilik air saya. Katanya, dia tak nak guna tiles yang sama sebab kualitinya kurang. Saya tak kisah. Whatever it is, air dalam bilik air saya kena turun ke lubang dan tak ada yang bertakung.
Kontraktor betulkan balik dan Tanya OK ke tak. OK, Alhamdulillah.
Lepas dia cat rumah pulak, saya cek cat. Dia cat bilik utama dan bilik kecil saya tak sama warna macam dalam design. Saya minta dia datang cat balik rumah saya yang tak ikut warna design tu, ikut warna design saya. Dua-dua bilik tu kena ada future wall. Mujur ruang tamu punya future wall betul. Dia ada buat perubahan pada design yard saya. Perubahan yang cantik, maka saya terima.
Sungguhpun demikian, kontraktor saya masih melayan semua kemahuan saya walaupun pernah kena komen dan kena buat balik apa yang dia buat. So, ini membuktikan, bukan sebab cerewetnya saya yang menyebabkan rumah saya tak siap. Masalah apa? Saya akan ceritakan apabila segalanya siap nanti.
Security Door Telahpun Tiba!
Assalammualaikum semua,
Alhamdulillah, setelah kontraktor saya menunggu hamper dua jam, security door saya selamat tiba di rumah saya. Memang susahlah installer ni. Banyak benar tipu-helahnya.
Dari masa ke semasa saya mendapat update dari kontraktor saya sebab saya bekerja hari ni. Tak boleh EL sebab petang ni saya ada meeting. Saya kena ambil minit dan kena lapor progress. Meeting ni tak boleh main-main, ada council kat dalamnya.
Pagi ni je dua kali saya call Juck, sales man Super Ceramic, mengadu kat dia yang installer tak sampai-sampai. Kesian kat budak-budak kontraktor saya yang menunggu tanpa buat apa-apa tu.
Sejenak lepas tu, dapat call dari kontraktor yang installer bertuah tu dah sampai. Baru je sampai, pintupun tak bawa naik lagi.
Lepas tu dapat pulak update yang pintu dia memang besar then terpaksa makan tingkap saya.
Solution, kontraktor arahkan budak-budak dia bukak je ruang tu sebesar mana ikut ukuran pintu. Kontraktor update saya yang hari ni sekali lagi orang tingkap datang untuk ukur tingkap depan tu atas permintaan kontraktor saya. So apa-apa hal pun, kena settle tingkap depan dulu beserta grill. Kesian orang tingkap, kena datang lagi. Baru je semalam dia ambil ukuran.
Confirm, tingkap depan saya akan menggunakan tingkat gelongsor, omputeh kata, sliding window dan white coated powder grill. Untuk lain-lain tingkap, saya akan gunakan casement window insya-Allah.
Allah, terima kasih kerana bagi saya kegembiraan ini. Terima kasih kerana melaksanakan impian saya untuk rumah saya. Terima kasih kerana mempertemukan saya dengan designer yang selalu ikut apa kehendak saya walaupun susah dan remeh nak buat.
Saya rasa sebak, rasa syukur yang amat. Allah bagi saya rasa semua ni walaupun bukan memiliki sebuah rumah mewah.
My lovely contractor, kalau saya ada duit banyak, kalau boleh, rumah pusaka dekat kampungpun saya nak awak yang buat renovation.
Waiting for new update for my security door.
Tuesday, April 11, 2017
Pintu Security Jadi Tak Selamat Semalaman
Assalammualaikum readers,
Korang buat apa? Bersantai bersama keluarga? Semoga Allah jadikan keluarga korang sebagai keluarga yang bahagia. Amin...
Baiklah, seperti yang dijanjikan, pagi-pagi lagi kontraktor saya bawa pekerja-pekerjanya ke rumah saya. Hari ni kan pintu security saya nak sampai.
Maka bertungkus-lumuslah mereka membuat kerja membuang pintu dan frame pintu lama. Siap besarkan ruangan supaya pintu security boleh masuk.
Saya? Saya kan cuti hari ni. So, duduk dalam bilik lipat-lipat baju. Seganlah nak duduk kat luar dengan dia orang.
Empat minit jam 2, door installer call saya untuk make sure my home. Boleh pulak tanya saya ada lif ke tak? Tengok bangunanlah, kalau dah bangunan tinggi melangit tu, mestilah ada lif. Kan bangunan lima tingkat je tak ada lif.
Dia naik, cakap ruangan ni tak muat sebab pintu dia 42 inci. Cek risitpun memang betul 42 inci.
Entah mana dia call sana sini. Sayapun call Super Ceramic. Sedikit marahlah saya. Hari tu suruh datang ukur tak nak datang. Kan dah jadi problem hari ni.
Installer kata, kena order pintu saiz kecil.
Kedai kata, kena tambah RM300.00 lagi untuk order baru. Sebab pintu tak boleh return to factory. Instead of kena bayar all, dia suruh saya bayar 20 pratus.
Designer saya merangkap bos kontraktor sayapun dihubungi oleh staff dia.
Bukan main marah lagi dia sebab staff dia tak call masa installer ada kat rumah saya. Installer tu dah pergi. Entah apa entah dia bising-bising kat Pak Udi.
Pak Udi kata, boss suruh pecah je lagi dinding tu then ikat batu. Boss marah sebab memang boleh pasang katanya walaupun pintu saiz besar. Nanti tingkap tu jadi kecik sikit since nak tukar tingkap baru, boss kata buat je. Elektrikpun tak ada masalah. Boleh diubah.
Saya call kedai, kedai cek balik.
Kontraktor saya mengamuk, dia call kedai, call orang yang urus penghantaran pintu dan call installer. Installer ni cakap belit-belit. Nampak sangat menipunya.
Kontraktor pesan kat saya, jangan lembut sangat dengan dia orang ni. Saja je nak kenakan kita. Nak order baru kena RM300 pulak tambah. Padahal pintu lebih kecik.
Kontraktor: Akak jangan percaya cakap dia. Saya kenal dia orang semua. Saya kenal Juck (orang kedai), saya kenal Atikah (pengurus penghantaran) dan saya kenal installer tu. Saya pernah buat kat Putrajaya. Cakap suruh kita bukak 42 inci. Datang-datang, pintu dia kecik je. Kita pulak kena tambah pasir dan batu untuk pastikan ruangan tu ngam.
Pekerja diapun cakap benda sama. Yang pelik tu, dia tak bawapun pintu tu naik terus cakap tak muat. Kita ni tak biasa, menggelabahlah. Lagipun kita bukan kontraktor, manalah tahu permainan supplier ni.
Macam mana nak buat ni? Pintu dan frame lama dah dibuka. Pintu baru tak sampai-sampai. Habis macam mana?
Kontraktor saya tak nak buka dulu ruangan tu takut pintunya tak sebesar yang dikatakan.
Juck call saya, esok baru boleh install. Dia mengakui installer tu ada problem. Mana taknya, dengan saya cakap dia dah kat Bukit Jelutong, dengan kontraktor kata dia dah hantar staff dia balik dan dengan Juck dia cakap, dia kat site. Gila ke??? Satu masa boleh ada kat tempat yang berbeza. Nampak sangat menipu.
Apapun saya salute kontraktor saya, walaupun perempuan, dia bijak buat keputusan. Dia tahu macam mana nak argue dengan installer bongok tu sampai installer tu terdiam. Mujur ada dia tak adalah saya kena tipu dan kena tambah duit lagi. Semua orang menggelabah hari ni sebab saya. Kontraktor risaukan saya kalau pintu tak pasang hari ni. Nak buat macam mana, installer tu mati-mati kata tak boleh pasang hari ni.
Kata kontraktor, pasang je sebab atas, bawah dan kanan ada batu. Kiri tu nanti kontraktor boleh letak dan uruskan fasal tingkap yang nak kena betulkan tu.
Esok, mereka akan tunggu pintu sampai dulu baru tengok sama ada muat atau tak dengan ruangan. Kalau tak muat baru dia orang bukak. Dia orang takut jadi macam kes kat Putrajaya.
Saya rasa, saya tak salah pilih kontraktor. Kurang sikit-sikit tu biasalah kan? manusia. Patutlah dia boleh jadi kontraktor, sebab dia ni tegas.
Sudahnya, rumah saya hanya ditutup dengan kanvas dan pintu lama yang disekat melintang.
Mohon doa pembaca semua semoga rumah saya dalam peliharaan Allah sepanjang masa sebelum pintu baru dipasang.
Wednesday, January 25, 2017
Saya Dan Rumah Baru
Assalammualaikum you alls,
Penat saya fikir macam mana nak cantikkan rumah. Nak belanja lebih-lebih beli perabot belum boleh sebab tengah kumpul duit nak buat cabinet dapur.
Nak tahu satu rahsia?
Almari pakaianpun saya tak ada. Almari lama yang dah tercabut pintu tu saya tinggalkan di rumah sewa. Lagipun susah nak bawa turun dari tangga Cinderella tu, nak kena pecah bagai. So, kita mulakan hidup baru. Sekarang ni baju-baju saya lipat semuanya. Mujur saya ada banyak kotak plastic yang bertutup. Tak adalah bersepah atau Nampak sangat baju terbuka. Ada yang tak muat tu, saya masukkan dalam luggage dan bakul. Tak kisahlah. Yang penting, kemas dan tersusun rapi. Baju saya banyak sangat. Dari saya pindah tengah bulan November lalu sampai sekarang, belum habis satu pusingan baju yang saya pakai. Sayapun tak pasti berapa pasang baju yang saya ada.
Rasa macam baru duduk KL pulak. Langsung tak ada perabot dalam rumah. Yang ada hanya katil bujang, cabinet dapur yang saya beli sebelum ni dan belum digunakan, peti ais dan mesin basuh yang abah belikan masa saya baru-baru kerja lapan tahun lalu, tilam spring, tilam satu lagi yang auntie sebelah rumah Wangsa Maju bagi dan sebuah meja lipat yang kecil tempat saya letak telefon rumah dulu.
Rak pingganpun tak ada. Biarlah. Semua pinggan-mangkuk saya, telah dan akan saya bagi kepada orang sebab mami dah siap-siap satu set lengkap untuk perkakas dapur. Nanti bila buat cabinet dapur, kita decide la nak susun macam mana. Pinggan-mangkukpun masih kat Kelantan. Pinggan-mangkuk orang dulu-dulu, cantik-cantik. Syukur sangat bila mami nak bagi saya barang-barang kesayangan dia tu. Mamilah yang suruh saya bagi kat orang semua pinggan-mangkuk saya. Ada yang dah sampai Indonesia dah. Ada jugak yang dah masuk rumah baru kawan saya. Kawan saya kata, pinggan-mangkuk saya cantik-cantik, kenapa nak bagi dia? Ambillah, Insya-Allah, apa yang saya akan dapat lebih dari itu. Lagipun saya beli ni masa offer Sogo dan Jusco tak adalah terasa apapun nak bagi orang. Kan elok kalau kita bagi orang barang yang elok dan cantik, itu lebih afdal kan? Ambillah, semoga korang happy dan saya juga rasa bahagia.
Cuti Raya Cina ni, saya nak kemas barang-barang pindah yang masih berbungkus tu. Tapi susah sikitlah sebab tak ada almari dan cabinet. Tak apalah. Kita kena kreatif. Biar susah dulu, esok lusa ada duit lebih, kita beli apa yang kita idamkan. Saya tak naklah main beli je sekarang ni. Lebih baik saya kumpul duit, beli yang betul-betul saya nak. Puas hati, rumahpun tak crowded. Hahaha... Kalau orang datang tengok rumah saya, mesti kata saya dhaif hehehe... Musim miskin ni. Miskin sementara sebab ada benda lain yang perlukan duit. Kita selesaikan hal renovation dulu. Karang beli barang, ada duit nak kena tambah kat renovation, Haru dibuatnya. Lagipun, belajar hidup susah Tinta, supaya bila senang nanti, kita tak lupa orang susah dan moga kita tahu bersyukur atas segala kurniaan Allah. Sedih? Saya tak rasa sedihpun, sebab saya yang pilih untuk susah macam ni. Boleh je kalau nak beli almari tapi, saya nak settle kan urusan rumah dulu.
Cuma, rak atas je yang saya nak beli dulu. Saya nak letak sabun basuh, pelembut pakaian, Clorox, pencuci lantai dan sebagainya. Nampak tak kemaslah bila susun kat tepi bilik air dapur tu. Kalau ada rak atas, boleh letak atas mesin basuh. Cantiklah sikit. Jom kita tengok katalog Kosway. Rak Kosway ni orang kata not bad. Sesuailah dengan saya yang nak berjimat ni.
Tuesday, January 24, 2017
Ramuan Pencuci Rumah
Apa pulak ni? Barangan pencuci lantai dan bilik air. Dah lama tak guna barang Amway ni. Dan... Dah lama jugak tak beli barangan pencuci rumah sejak duduk rumah teres Wangsamaju yang tak berapa selesa tu. Sayapun jadi malas nak bersihkan betul-betul sebab rasa geli dengan rumah tu. Bersih apa yang patut je. Masa duduk kat Melati dulu, setiap minggu basuh bilik air, toilet dan macam-macam lagi. Siap panjat kerusi bersihkan kipas syiling. Bila dah duduk rumah sendiri ni, setiap inci rumah tu rasa tanggungjawab kita untuk jaga dan bersihkan bagi cantik. Chiko buat sepahpun kena marah. Hehehe... Dari pengalaman saya guna barangan Amway dulu, memang bersih dan puas hati. Pencuci lantai je saya tak beli sebab dah beli Ajax Fabuloso. Tapi pursue tu boleh jugak guna untuk mop lantai. Cuci lukapun boleh. Dia macam detol. Yang kiri tu, Pursue, pembersih lantai bilik air dan boleh digunakan untuk apa-apa permukaan yang ber'tile. Yang tengah tu, floor shine. Ianya digunakan selepas kita mop. Kira macam bilaslah. Dia akan mengilatkan lantai. Ni first time saya cuba ni. Tak boleh review lagi sebab belum guna. Malam ni kot nak try. Yang botol pelik sikit tu toilet bowl cleaner. Biarkan dia dalam bowl setengah jam atau satu malam lepas tu berus. Barang Amway ni, kita guna sikit je. Tak perlu banyak macam barangan lain yang kita beli kat kedai biasa. Oh ya, yang kat belakang agak tersorok sikit tu sprayer untuk Pursue. Sekadar sembur je kat tile atau surface cabinet dapur, lepas tu, lap. Sudah memadai untuk kesan yang bersih. Caranya, campur je Pursue dengan air dan letak dalam botol ni. Ops, saya bukan Amway's member. So, apa saya tulis ni jujur dari hati. Malas nak jadi member. Memang beli mahal sikit, tak dapat diskaun 20%. Tapi tak kisahlah. Semua barang ni boleh guna hamper setahun then baru beli balik. Prinsip saya, belanja lebih untuk kesan yang maksimum dan jangka masa penggunaan lama. I don't mine to spend for that. Banyak betul deretan botol kat rumah saya. Tu belum masuk pelembut pakaian, Clorox, sabun dan lain-lain. Hai, nak kena buat rak dinding ni, simpan semua botol kat rak. So, sekarang, saya tunggu toilet bowl brush and flash cleaner sampai dari Tesco malam esok sebab slot penghantaran malam ni dah penuh. Flash cleaner tu apa? Ala, korang tahu tak air biru tu? Ketulan pencuci yang kita masukkan dalam flash, lepas tu bila kita flash toilet, dia akan flash bersama pencuci. Pencuci tu akan menyebabkan air dari flash tu berwarna biru. Kat bawah ni, saya sertakan harga barangan untuk mereka yang berminat. Tapi harga ni, harga bukan ahlilah ya sebab saya bukan ahli hehehe... Floor Shine 1L =RM36.60 Pursue 1L =RM35.45 Toilet Bowl Cleaner 750L =RM36.30 Pistol Grip Sprayer =RM11.00
Friday, June 10, 2016
Wiring Dalam Dinding
Hari ni mood nak cerita fasal rumah.
Masa jumpa designer dapatkan quotation dulu, tak adalah rasa kerja-kerja elektrik yang dia charge saya RM2,800.00 ni mahal. Bila semalam saya sembang-sembang dengan boss saya, dia tanya kenapa mahal sangat? Saya terdiam. Dia bagi tahu saya anggaran harga plug dan pendawaian. Lagipun katanya, wiring dah ada cuma kena tambah apa yang perlu je.
Saya bagi tahu boss sorang lagipun kata mahal. Ish, tak boleh jadi ni. Saya terus call designer saya. Tanya kerja elektrik tu apa yang dia nak buat? Hahaha jual nama abah. Sorry bah.
Designer menerangkan pada saya bahawa, dia akan buat wiring jenis tanam dalam dinding keseluruhan rumah siap tambah plug point seperti yang diminta. Plug disediakan. Saya tak perlu beli termasuk plug penghawa dingin. Maknanya, dia akan pecahkan dinding untuk wiring seluruh rumah dan tampal balik. Designer kata, dia tak buat wiring di permukaan dinding nampak tak cantik. Untuk design yang menarik, wiring mesti dalam dinding. Ooo... Patutlah mahal.
Malamnya saya cerita dekat mama. Mama tanya saya, tak bahaya ke wiring tanam ni?
Dah pulak, satu benda lagi kena buat research.
So hari ni pagi-pagi saya google tentang wiring ni. Dan penemuannya, wiring yang ditanam dalam dinding ni lebih selamat, tahan lama dan kemas. Cuma kalau ada kerosakan tu rumit sikitlah nak baiki. Alhamdulillah, lapang dada saya. Kalau nak murah, boleh je saya cari orang lain untuk buat wiring permukaan dinding tu. Bila tanya sorang kawan saya ni, dia macam terkejut je nak buat wiring dalam dinding seluruh rumah. Mungkin tak pernah orang suruh dia buat tanam semua kot. Diapun tak dapat nak agak quotation. Tak apalah, prosceed jelah dengan yang dah ada.
Lambat Betul!
Salam readers,
Ada tak yang tertanya-tanya ke mana Cik Tinta pergi dua hari dah tak update blog? Hehehe perasan. Macamlah orang nak cari sangat. Kau hilang berbulanpun orang tak tanya. Ada je, tak pergi manapun. Cuma ada meeting +malas +tak ada mood nak menulis.
Apa yang lambat? Kontraktor grill ni lambat betul nak bagi quotation. Menyampah betul saya. Saya ni nak kira budget. Memanglah dah budget RM5,000.00 untuk tingkap dan grill. Tapi, saya nak exactly budget sebab nak tarik pergi kitchen cabinet nak tahu cukup ke tidak. Yang designer nipun, selalu janji quotation keluar esoklah, hari nilah. Nanti bila saya dah tak sabar nanti, siaplah kena marah. Saya dah mula bosan ni. Dan dah mula cari quotation lain. Tak sukalah lambat-lambat. Orang nak pindah cepat!
Tuesday, June 7, 2016
Grill Keselamatan
Hai readers,
Nak cerita fasal rumah pulak. Sudilah kiranya anda membaca tulisan yang tak seberapanya ni.
Saya membuat pembacaan di internet berkenaan grill rumah. Sebelum quotation sampai, lebih baik saya tahu serba sedikit so boleh tanya apa yang patut dan pastikan quotation tu mengikut kehendak saya. Bukan cakap lain buat lain. Saya takut juga hal ni berlaku. Ada beberapa blogger yang hadapi masalah ni.
Mengikut kajian saya, (cewah) ada empat jenis besi yang digunakan untuk membuat grill iaitu:
1. Mild Steel (besi biasa)
- Permintaan paling tinggi dalam pasaran kerana harganya paling rendah antara kesemua besi.
- Ada lubang / rongga di sebelah dalamnya.
- Simple, menarik dan moden.
2. Wrought Iron (logam tempa):
- Terdiri daripada dua jenis:
a. Solid.
b. Hollow (berlubang/berongga di dalamnya)
- Ada juga yang dicampur kedua-duanya.
- Pelbagai rekabentuk boleh dibuat kerana ia ditempa.
- Harga lebih tinggi berbanding mild steel.
- Ketahanan lebih baik dari mild steel bergantung kepada ketebalan, saiz, rekabentuk dan beberapa aspek lain. Dalam hal ni, ianya subjektif.
3. Stainless Steel:
- Logam berkilat keperakan.
- Lazimnya digunakan untuk membuat pagar rumah.
- Tahan karat.
- Harganya tinggi tetapi berbaloi.
- Semestinya lebih baik dari mild steel dan wrought iron.
- Jarang dibuat grill tingkap dan pintu.
4. Aluminium:
- Masih baru di Malaysia tapi telah lama digunakan di luar negara.
- Teknologinya dibawa masuk ke Malaysia sedikit demi sedikit.
- Ringan dan tahan lasak.
- Harga tinggi dan berbaloi dari segi kualiti, ketahanan dan kemasannya.
Saya pilih yang mana? Tengok quotation dulu macam mana. Takut tak menepati budget tapi mungkin wrought iron solid.
Stainless Steel? Oh no! En. Abah saya bolehlah guna stainless steel. Rumah abah saya menggunakan besi stainless steel untuk kesemua grill pintu dan tingkap yang memakan belanja belasan ribu ringgit untuk sebuah rumah. Tupun belum masuk yang dia buat untuk peringkat kedua sebab peringkat pertama tu ada tingkap yang belum di'grill' kan.
Corak pulak, saya akan gunakan grill biasa saja sebab saya akan buat swing window ala, jendela macam jendela rumah lama tu yang dimodenkan dengan cermin. Maknanya grill akan duduk kat dalam tak payah nak bercorak sangatlah. Kecuali kalau saya dapat mimpi baru malam ni hehehe
Cuma hari ni saya dapat tahu dari pembacaan, grill kecemasan yang disarankan oleh pihak Bomba adalah grill yang boleh dibuka menggunakan pin lock, tanpa kunci. Maknanya tidak menggunakan mangga. Saya terus Whatsapp designer saya agar quotation window dan grill tu mencakupi kos pin lock tu. Sebelum ni saya tengok kat rumah dia, grill yang bermangga. Yelah, kalau ada kecemasan, mesti dah tak ingat kunci kat mana kan? Pin lock ni hanya boleh dibuka dari dalam, tahan lama, kurang penyelenggaraan dan boleh digunakan oleh orang dewasa, kanak-kanak dan OKU termasuk yang berkerusi roda. Amboi, ada aksesibiliti di situ. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)




