Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Fantasi. Show all posts

Tuesday, February 7, 2017
Pramugari Wanna Be
Sambung cerita pagi tadi.
Kapal terbang dan pramugari sangat memberi kesan kepada hidup kanak-kanak saya. Ianya membuatkan saya selalu berangan. Bukan berangan saja-saja. Siap ajak Angah main pramugari dan penumpang lagi.
Rumah mami atau lebih tepat rumah moyang saya besar. So, ianya memudahkan kerja kami untuk main pramugari-pramugari ni.
Kebetulan masa tu, abah baru beli mini-compo. Wah, memang bestlah saya jadi pramugari siap buat pengumuman guna mikrofon. Dahlah setting dia masa tu sebiji macam bunyi mic dalam kapal terbang.
Lepas tu, saya ambil kerusi meja makan panjang tetamu mami dari ruang tamu, tambah dengan kerusi meja makan keluarga, susun untuk jadikan macam kerusi dalam kapal terbang.
Arwah moyang perempuan saya sibuk dengan kerja dapur sambil dibantu orang gaji kat dapur. Rumahkan besar, so tak adalah dia orang perasan apa yang saya dan Angah buat. Mami? Mami sudah tentulah bekerja.
Kami jugak ambil dulang cantik mami dalam almari pinggan-mangkuk siap beralas tu. Gelas dan cawan mami turut kami keluarkan untuk dibuat main pramugari. Waaa... Memang bestlah main masa tu. Siap pakai kasut tumit tinggi mami dan kasut tumit tinggi saya sendiri yang mami belikan. Cuma masa tu, baju kebaya belum ada, jadi tak adalah uniform pramugari.
Bila orang gaji Nampak, dia report dekat Check, arwah moyang saya. Dah kami kena simpan semua balik semula.
Dahsyat betul bila saya mula berangan.
Tu belum lagi berangan nak jadi puteri, penyanyi, doctor dan lain-lain. Kalau dah nak something tu, dan dan tu jugak saya nak. Kalau tak, saya nangis.
Thursday, August 4, 2016
Puteri Dalam Kisah Dongeng
Amaran!!!
Kepada sesiapa yang tak sukakan saya, jangan baca entri ni. Nanti anda akan muntah dan sakit hati. Ni entri untuk saya berangan bagi mengubat hati lara.
Dari kecil, saya dah biasa dengan kisah-kisah puteri dalam cerita dongeng dan penglipur lara. Sejak mendengar kisah-kisah yang dibaca abah dan diceritakan nenek, saya berangan nak jadi macam puteri-puteri tu.
1. Baik hati.
2. Disukai ramai.
3. Disukai haiwan.
4. Cantik jelita.
5. Mempunyai suara lunak merdu.
6. Kaya-raya.
7. Dikenali ramai.
8. Diperkatakan ramai orang (menjadi perbualan ramai)
9. Menawan hati sesiapa saja yang memandang tak kira kecil, besar, tua, muda, lelaki atau perempuan.
10. Sopan-santun.
11. Lemah-lembut.
12. Mempunyai perhiasan dan pakaian-pakaian cantik.
13. Pandai menyanyi.
14. Semerbak wangi.
15. Bahagia.
Tapi... Saya tak naklah kena macam watak-watak tu:
1. Ada orang dengki.
2. Orang tak puas hati.
3. Orang berusaha untuk jatuhkan.
4. Difitnah.
5. Dianiaya.
6. Berduka-lara.
7. Hidup derita sebelum bahagia.
Hmmm... Apa lagi eh? Nanti saya tambahlah kalau ingat.
Monday, May 10, 2010
Siapa Perempuan Itu???
Dah lama blog ni tak "up date". Entahlah, sejak akhir-akhir ni, aku malas nak menulis. Tak ada "mood" Kenapa ya???
PEREMPUAN:
Tinta, jangan macam ni, kau sendiri yang bina blog ni tanpa paksaan dari siapa-siapa. Jadi, manfaatkanlah blog ni. Tulislah apa yang patut. Bukan susahpun, bukan ada pensyarah atau cikgu yang nak bagi markahpun. Tulis je apa yang kau nak tulis, tak ada siapa marah. Tak ada siapa peduli. Blog kau, suka hati kaulah.
Hei, Tinta!!!!!
Bangkitlah! Bangkit! Jangan tidur lagi. Sedarlah dari lena kau! Sudah-sudahlah dibuai mimpi yang panjang! Kau kan suka menulis, tulislah! Kenapa dengan kau ni? Kenapa dengan kau sekarang? Mana perginya minat kau dulu tu? Kau ingat tak dulu? Kalau sebut fasal penulisan, mesti orang ingat kau. Kau ingat tak masa tu? Masa kat sekolah dulu? Bukankah darah seni masih dan akan terus mengalir dalam diri kau? Jadi kenapa dibiarkan bakat yang ada begitu saja? Kenapa Tinta?
TINTA:
Entahlah, ilhamku seakan hilang, hilang dan hilang. Lenyap! Aku cuba cari tapi... Mungkin inspirasiku telah tiada...
(Bercakap sambil mata terpejam seolah-olah mengigau.)
PEREMPUAN:
Tinta, inspirasi kau adalah diri kau sendiri. Bukan dia! Bukan siapa-siapa! Masa kat sekolah dulu boleh je menulis tanpa siapa-siapa! Masa kat U dulupun boleh je menulis tanpa siapa-siapa!!! Kenapa ni Tinta??? Kenapa??? Jangan undur, jangan mundur. Yang pergi biarkan pergi. Jangan dikenang. Jangan diingat lagi. Itu semua sejarah, Tinta! Sejarah! Sejarah yang menyakitkan. Kenapa perlu diingat??? Menyakitkan hati kau sendiri! Akhirnya... Kau yang lemah! Nah! Ini ada sedikit penawar yang ku bawa dari seberang. Dari Tanah Minang, tempat asal keturunan kau. Minumlah, minum. Jika perlu, aku akan ke Pagar Ruyung, mencari sesuatu untuk pulihkan semangatmu. Bangun tinta, bangun!
(Menepuk-nepuk pipi Tinta)
TINTA:
(Bergerak sedikit. Perempuan itu mencelupkan tangannya ke dalam bejana emas. Tangannya yang basah disapukan ke muka Tinta. Sebentar kemudian Tinta membuka mata. Mata Tinta terpisat-pisat. Lemah. Air matanya mula bergenang. Sedikit demi sedikit membasahi pipinya.)
Perempuan:
(Senyum memandang Tinta. Tangannya mengelus lembut rambut tinta seterusnya mengusap dahi dan membelai rambut Tinta yang berjuraian.)
TINTA:
(Terdengar esak perlahan yang sayu dari Tinta.)
PEREMPUAN:
Sudah, Tinta. Sudah. Jangan nangis lagi. Bukankah sudah beberapa purnama kau menangis? Jangan bazirkan air mata itu buatnya. Curahkannya kepada orang yang lebih tahu menghargainya. Minum air ni.
(Perempuan itu menyuapkan air ke mulut Tinta dengan sudu bertatah berlian. Tinta meminumnya. Selepas itu, Tinta memejamkan matanya kembali. Perempuan itu menggelengkan kepala.)
Aku akan ke Pagar Ruyung esok.
(Desis hati kecilnya sambil mata menatap sayu wajah Tinta yang hiba.)

Subscribe to:
Posts (Atom)