SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, July 17, 2020

Siapa Dia Sebenarnya?

Assalammualaikum semua. Selamat pagi. Dah lama tak tulis blog. Semalam ada kawan cakap, dia baca blog saya. Tiba-tiba rindu nak menulis. Dah empat bulan tak update blog ni. Banyak cerita sebenarnya tapi kemalasan mengatasi segalanya. ******************** 5 Jun lalu, ketika rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk kat rumah diam-diam, tapi masa tu dah boleh mula berkerja. Kami berkerja tiga hari seminggu. 5 Jun tu, hari Jumaat. Kebetulan, Hidayah pun berkerja. Kerja tak ada orang ni, bebaslah sikit. Kami ke cafeteria untuk makan. Balik makan, kami berbual-bual. Setibanya kami di kaunter tempat Hidayah bertugas, Subra cakap dia nak ke toilet. Dayah: Akak, duk la sini kejap. Sembang pun tak habis lagi. Saya bersetuju lalu duduk di tempat Subra. Baru nak memulakan perbualan, seseorang datang menegur kami dengan suara yang perlahan. Orang: Assalammualaikum. Kami: Waalaikummussalam. Orang: Saya nak buat donation. Kami terpinga-pinga. Siapa pulak yang nak main-mainkan kami ni? Cakap perlahan. Macam control suara je. Adalah ni yang nak pekenakan kami ni. Saya: Kau jangan ngada-ngadalah. Orang: Eh, tak, saya pelawat, saya orang luar. Katanya memberitahu. Perasaan malu segera menebal dan saya terdiam. Hidayah juga begitu. Sejurus, sama-sama terdiam. Dayah: Ya cik, ada apa boleh saya bantu? Saya tengok Dayah antara yakin dengan tidak menjalankan tugasnya melayani tetamu seperti biasa. Saya bercakap dalam bahasa yang tidak difahami tetamu. Saya: Bukan Rathkom ke ni? Dayah: Eh, bukan, bukan. Rathkom lain. Hidayah pulak ingatkan En. Mahathir berlakon nak kenakan saya. Sebab tu dia macam tak yakin nak layan bersungguh-sungguh. Takut diketawakan. Dayah: En. duduk dulu, saya panggil Bahagian Finance turun. Orang: Tak, tak. Saya nak donate kat awak berdua. Lagi kami terkejut dan tergamam. Dayah: Donate kat kita orang? Orang: Ye. Kat awak berdua. Saya tak nak bagi ofis. Awak berdua ni OKU kan? Saya: Kami blind. Orang: Ooo OK. Mungkin dia terkejut bila saya yang blind ni sebut blind kot. Agaknya dia nak jaga hati tak nak sebut blind tapi saya yang sebut. Dia mula mengira duitnya. Orang: RM50, RM100, RM150, RM200, RM250. Ni untuk cik. Dia menghulurkan RM250 kepada Hidayah. Saya yang menyaksikan tergamam. Banyaknya! Macam keluarkan duit RM2.50 je. Mungkin nak suruh saya kongsi dengan Dayah kot. Fikir saya. Tiba-tiba saya dengar dia membelek duit lagi tapi kali ni, tak dengar dia mengira. Orang: Ni RM250 untuk cik. Dia menghulurkan duit tersebut kepada saya. Saya terkejut. Hidayah juga begitu kerana dia pun berfikiran seperti saya. Duit yang dia dapat tu dia akan kongsikan dengan saya. Dalam terkejut tu, saya tak sambut duit yang dihulurkan. Saya: Betul ke En. nak bagi saya? Saya ni pekerja kat sini. Bukan orang bawah jagaan persatuan. Saya bukan apa. Takut dia tersalah bagi orang. Mana tahu kot dia nak bagi kepada mereka yang susah. Saya ni bukan senang tapi taklah susah sangat. Orang: Betul. Saya ikhlas nak bagi cik. Lambat-lambat, saya menyambut hulurannya. Saya: Terima kasih, En. Orang: Sama-sama. Dia terus berdiri di hadapan kaunter. Bersambung Malas nak tulis. Sakit perut. Nantilah sambung lagi. Hehehehe

Senarai Perfume Yang Pernah Saya Pakai (Terkini)

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Dah lama saya tak update senarai perfume saya ni. Kepada mereka yang pernah baca entri saya, ini adalah kemaskini senarai perfume terdahulu. Sekarang ni, semangat perfume naik balik sebab dah jumpa tempat beli perfume origenal yang murah. Itu yang berjinak-jinak menjual perfume tu. Hahahahaha... Anyway, siapa nak order perfume origenal murah dari pasaran, boleh tinggalkan komen or yang kenal saya tu, direct jelah PM saya. Jangan malu-malu. Meh kita semak senarai kita: 1. J'adore by Christian Dior: - Merupakan salah satu dari favourite perfume saya. Botolnya biasa saja tapi elemen mewah diterapkan pada tutup botolnya yang keemasan. Saya pernah pakai dua kali perfume ni tapi semuanya pemberian orang. First my secret admire bagi. Second, my mother bought for me masa dia ke Kota Paris bercuti ketika angah masih di sana. 2. Diva Rose by Emanuel Ungaro: - Warna pink dan botolnya unik didatangkan dengan tutup kaca yang bercorak sama seperti botolnya. Ini pun salah satu favourite saya. Ramai yang suka akan bau ni. Siap berebut tu nak beli perfume ni. Ada jugak kawan-kawan yang nak beli perfume Tanya saya siap call untuk dapatkan nama perfume ni. 3. Incanto Bloom by Salvatore Ferragamo: - Juga favourite saya. Bau rose tapi berlainan dari Diva Rose. Ramai yang tegur bau ni sedap. Pergi latihan Gunung Kinabalu pakai ni orang tertanya-tanya siapa punya perfume ni? Bestnya. Yang ni, my second x boy friend bagi. Asalnya saya kirim kat dia beli di airport masa dia out station. Tapi dia bagi je katanya sebab saya berkelakuan baik. Hahahaha... Berkelakuan baik maksudnya saya tak merajuk dalam jangka masa yang lama. Saya dah ulang purchase perfume ni sendiri sebab suka sangat kat bau dia. 4. Good Girl by Carolina Herrera: - Saya beli favourite perfume saya ni di Singapura sewaktu transit pulang dari Romania. Kat Romania lagi saya berkenan bau ni. Tapi kat Romania mahal. Ingat nak beli kat Jerman. Flight delay due to snow yang turun masa kami nak balik, sampai Jerman tak sempat nak buat apa. Mujur dapat beli kat Singapura masa transit kali kedua. Selain dari baunya yang mewah, Kotaknya bersalut baldu dan tulisan keemasan sudah cukup melambangkan kemewahan perfume ni. Botolnya pula diperbuat daripada kaca berbentuk kasut tinggi wanita atau steleto berwarna hitam dimewahkan lagi dengan tumit tinggi berwarna emas. Baunya sangat best. Basuh dan jemur pakaianpun masih bau minyak Wangi ni. 5. South Beach by Paris Hilton: - Pun termasuk dalam senarai favourite saya. Baunya yang lembut membuatkan orang terpukau. Botolnya bulat tinggi Nampak seperti biasa-biasa je. Tapi bau mengancam. Yang ni pun orang boleh call saya Tanya nama perfume saya pakai sebab dia orang nak beli. 6. Envy Me by Gucci: - Favourite saya jugak. Saya beli masa saya study dulu. Tu pun ada promotion masa dia baru-baru keluar. Tunjuk Student Card, saya hanya bayar RM50.00 je. Berulang kali saya Tanya sales girl tu betul ke ori sebab murah sangat? Dia kata betul, dia orang Gucci. Hahahaha... Budak-budak kelas selalu kata saya Wangi bila saya pakai perfume ni. Botolnya simple je, warna pink, empat segi tinggi macam tiang, bercorak. Sebenarnya saya lupa Gucci jenis apa sebab masa tu bukan alert sangat dengan perfume. Selalu orang cakap kat saya, Envy Me tu bau dia best. Bau kuat dan ada orang urut kata melekat bau dia. Kalau saya pakai katanya, dia tak tidur malam. Gila apa? Baru-baru ni masa saya update status FB pasal perfume ni, my best friend ingatkan saya pasal Envy Me ni. Dia masih ingat Envy Me ni favourite saya masa belajar dulu. Dulu tak tahu sangat pasal jenama Gucci ni. Dah beli murah ingatkan jenama biasa-biasa je. Rupanya Gucci ni jenama mahal bila saya dah tahu pasal jenama. Masa tu dah habis belajar. Patutlah abah asyik cakap Gucci je bila kami nak beli barang seperti beg tangan dan beg duit. Thanks to Mercella AKA Michelle sebab ingatkan aku akan nama perfume favourite aku ni. 7. Nina by Nina Ricci: - Perfume ni buah tangan dari angah masa dia belajar kat Paris. Masa dia nak balik bercuti, dia Tanya saya nak apa. Saya Tanya dia, perfume murah tak kat sana? Dia kata tengok brand. I requested J'adore tapi mahal, dia gantikan dengan Nina by Nina Ricci ni. Kali pertama menciumnya, saya terus jatuh cinta dengan bauan lembut ni. Botol berbentuk apple tapi yang ni warna merah. Siap ada daun dan tangkai berwarna silver yang dijadikan sebagai penutup. Best sangat bau dia. Paling best, beli perfume kat Paris dapat banyak gila miniature. Nasib angah bukan gila perfume macam saya. Semua miniature dia bagi saya. 8. Luna Blossom by Nina Ricci: - Haruman kedua saya miliki dari Nina Ricci. Kali ni menampilkan botol berbentuk apple warna ungu dengan tangkai berlainan design berwarna emas. Baunya tetap lembut. Tapi saya lagi suka Nina. Perfume ni saya beli sekali dengan Carolina Herrera di airport Changi on the way back from Romania. Harga kat Malaysia RM600.00 lebih. Saya beli 21 euro setelah diskaun. Murah sangatkan? Lepas free duty dapat diskaun lagi sebab beli dua botol. Hahahaha... boss saya pun ikut saya beli dua perfume ni untuk wife dia. 9. Mont Blanc: - Saya lupa Mont Blanc ni dari jenis apa. Perfume ni my first x boy friend bagi. Sayapun tak tahu sebenarnya dia betul-betul nak bagi saya ke nak bagi perempuan lain. Ada orang bagi tahu saya yang boy friend saya kirim perfume ni kat dia. Dah lama kot. Kalau nak bagi saya mesti dah lama bagi kan? So, saya Tanya dia, nak bagi siapa perfume yang dia kirim kat kawan saya tu? Tiba-tiba dia keluarkan dari beg dia bagi saya perfume ni. Hati saya memang tak percaya dia nak bagi sayapun. Tapi, ambil jelah. Daripada dia habis beratus kat perempuan lain, baik saya habiskan duit dia dulu sebab saya girl friend rasmi dia yang semua orang tahu. Walaupun menerimanya tanpa rasa happy, saya tetap ambil. Bukan materialistic. Biarkan dia. Padan muka. Mahal kot perfume tu. Saya tahu harganya sebab kawan saya yang beli. Walaupun promotion, beratus jugak. Secara jujurnya saya tak berapa suka bbau perfume ni sebab baunya keras. Saya bagi kawan saya pakai setelah beberapa tahun memilikinya dan minta dia pulang balik botol kat saya masa nak bagi dia tu sebab saya buat koleksi botol perfume. Kawan saya bagi balik botol tu. Teringat kat dia? Seriously, saya dah lupakan kedua-dua makhluk yang bbuat hidup saya sengsara tu. Saya ingatpun ingat sebab dia bagi macam saya ingat angah dan mama bagi perfume. Macam tu jugak dengan admire saya bagi. Ingat rindu dan istimewa tu taklah. Saya memang susah nak lupakan orang. Tapi kalau sekali saya dah lepas, pergilah kau jauh-jauh. Saya takkan rindukan korang lagi jauh sekali mengharapkan korang kembali. Cuma saya harap, Allah temukan saya dengan orang yang lebih baik dari korang yang menyakitkan hati saya. Kalau tengok botol tu pun tak ada feeling dah. Just botol sekadar koleksi saya. Semua saya simpan. Ada je botol perfume kawan yang saya simpan sebab botol dia cantik. 10. Siren by Paris Hilton: - Perfume ni saya beli sebab kawan saya pakai parti perfume bau sedap. Gigih saya cari original dia. Siap order kat Jothy tauke kedai perfume yang selalu datang buat volunteer work kat my office. Botolnya cantik Siap ada rantai lagi. Tapi bila pakai saya rasa tak best pulak. But still boleh diterima dan saya pakai sampai habis. 11. Incanto Charms by Salvatore Ferragamo: - Saya beli perfume ni kalau tak silap di Sasa Time Square. RM300 lebih kot masa tu saya beli. Sebenarnya rambang hidung hahaha... Banyak sangat incantonya. Bila balik miniature dia Incanto Bloom lagi best. Boleh jugak pakai bukanlah tak best. Best jugak Charms ni pun. Cuma saya lebih sukakan Bloom. Tu yang lepas tu beli Bloom pulak. Tapi dalam senarai ni, Bloom kat atas. Hahahaa... 12. Mediterranean by Elizabeth Arden: - Saya beli masa Sogo member sales kat tingkat 7. Tak banyak pilihan pun. Tapi saya suka dengan Mediterranean ni. Harga turun sampai RM105.00 untuk 100 ML. Apa lagi? Hambek jela. Tak payah fikir panjang. Malaysia ni bukan senang nak dapat perfume ori tapi murah. Balik rumah, buka je plastic belum buka kotak, meleleh perfume ni keluar. Rosak botol dia ni. Mujur saya simpan receipt. Esok hari last sales so gigih sekali lagi pergi Sogo dengan bersesak tu nak tukar perfume. Dan Mediterranean baru saya dah sampai from oversea untuk botol kedua. 13. Envy by Gucci: - Saya confuse sebenarnya antara Gucci ni dengan CK. Rupanya Gucci kawan saya ingatkan saya kat FB masa saya update pasal perfume. Envy ni abah yang belikan masa saya study kat UiTM dulu. Abah ambil saya masa cuti sem dan kami ke Sogo jalan-jalan. Abah pun suka pergi Sogo. Abah Tanya saya nak apa? Saya kata nak perfume. Sebelum tu kami ke counter CK tapi orang CK offer kami beli limited edition CK apa entah. Abah kata tak payah. Nanti kalau habis tak boleh beli lain. Abah bawa saya pergi counter Gucci. Rambang hidung jugak. Saya pilih Envy. Balik rumah baunya tak berapa best. Tapi saya still guna sebab abah bagi sehingga ia hilang dari simpanan saya. Botol empat segi panjang or tinggi tu sama macam Envy Me kegemaran saya. Macam tiang. Dia didatangkan dalam bekas plastic bertutup. Botol dalam bekas. Cantik. Dan saya terjumpa dalam almari roommate saya kat UiTM masa buat spot check kehilangan handset baru Nokia saya. Sampai sekarang saya tak habis fikir macam mana perfume tu boleh ada dalam almari budak yang ada habit mencuri tu? Saya bagi dia simpan atau perfume saya tu dah masuk senarai habit dia macam handset saya? Botol yang ada dalam almari dia tu sama rosaknya macam milik saya. Oh tak, bukan botol. Bekas plastic tu. 14. Splendor by Elizabeth Arden: - Perfume ni bau dia panas tapi best. Saya gelarkan dia perfume berhantu. Sebab bila kita pakai dia macam hilang lepas tu tiba-tiba bau dia datang lepas tu hilang balik. Lepas tu datang lagi. Berapa kali hilang berapa kali datang dah. Kalau kita tinggalkan sesuatu tempat tu pulak, baru dia akan berbau kat situ. Baunya tertinggal. Kadang-kadang masa kita kat situ orang tak bau pun perfume ni. Bila kita pergi, baru orang tertanya-tanya, bau siapa ni? Perfume ni saya beli dari Zawani kawan satu office saya dulu. Walaupun kami berlainan department dan blok, dia tahu saya peminat perfume origenal. Husband dia kirim perfume dengan kawan suami dia yang out station ke US. Banyak botol suami dia beli. Sedangkan, dia tak berapa sukakan minyak wangi. So, daripada simpan banyak-banyak, dia putuskan untuk menjualnya kepada saya. Dia jual murah je kat saya sebab beli dari US murah. Dia bagi saya RM100.00 sahaja. Kali pertama cium perfume ni saya dah sukakannya. Tambah pulak dengan harganya yang sangat murah, apa lagi, saya grab la. 15. Red Jeans by Versace: - Kalau Splendor merupakan perfume yang baunya panas, Red Jeans ni pulak perfume yang baunya sejuk. Saya beli ni sebab terpengaruh dengan sorang kawan yang pakai parti perfume ni. Bila Kak Rahimah ke Singapura, saya kirim dia beli perfume ni kat Kompleks Mustafa. Masa tu harganya 29 Dollar Singapore bersamaan lebih kurang RM70. Sesuai dengan namanya Red Jeans, ia didatangkan dalam botol berpenutup merah. Perfumenya juga berwarna merah. Selalunya perfume dibungkus dengan kotak tapi Red Jeans diletakkan dalam tin yang juga berwarna merah. 16. Elizabeth Taylor: - Saya lupa Elizabeth Taylor yang mana satu saya pakai dulu tu. Botolnyapun dah pecah sebab jatuh masa saya pindah tempat duduk di office. Mujur perfumenya tinggal berapa titik je lagi. Itu pun bau semerbak satu office. Saya beli ni tanpa dirancang. Saya jalan-jalan di Sogo. Lepas tu sales man to promot kat saya. Sangat murah masa member sales tu. RM99.00 sahaja OK. Kau gila kalau tak beli? Memang saya meroyan dan terus beli. Baunyapun memang sedap. 17. Girl Belle by Guess: - Saya sebenarnya terpikat dengan botol dan penutupnya yang menarik. Penutupnya ada riben yang digubah menjadi bunga. Baunya tak berapa best sangat. Tapi bolehlah. Penat saya pakai nak suruh habis. Tapi lambat bebenar habisnya. Saya beli dengan Jothy tauke perfume yang datang buat volunteer work kat office saya. Tapi saya beli tester yang kedai dia tak nak guna dah. Semestinya origenal. Nak murah, so kita beli je la. 18. Rihanna: - Saya beli perfume ni jugak dari Jothy. Tapi saya beli yang baru. Mahallah sikit. Cuma tak semahal harga pasaran. Mula-mula saya rasa bau dia best. Botol memang menarik. Tapi bila saya pakai baunya terlalu keras untuk saya. Rasa macam nak muntah pun ada. Bau memang kuat. Saya basuh tudung dan baju pun still bau lagi. 19. Lacoste: - Beli dari Jothy jugak. Tapi saya tak suka bau dia. Saya bagi kawan suruh tolong pakaikan then pulang balik botol dia kat saya. Saya nak buat koleksi. Kawan tu boleh cakap wangi? Tang mana wangi pun saya tak tahu. Biasalah. Cita rasa manusiakan berbeza. 20. Oceanus by The Body Shop: - Abah belikan saya perfume ni masa saya sekolah menengah. Kalau tak silap masa tu saya form 5. Sementara angah minta dibelikan White Musk juga dari Body Shop. Oceanus didatangkan dalam bentuk minyak atau parti. Dalam botol Body Shop yang kecil. Harganya 17 tahun dulu hanyalah RM36.00 boleh refeel 10 ML kalau tak silap bila dah habis. Refeel secara percuma tau. Penutupnya disertakan dengan brush untuk sapu perfume tu kat kulit kita or baju. Baunya semerbak harum. Tak perlu letak banyak nanti pening. Jenis bau yang panas. Botolnya sangat kecil. Tak tahulah masih ada ke tidak Oceanus ni kat Body Shop. 21. Japanese Cherry Blossom by The Body Shop: - Saya bersiar-siar dengan Ali di KLCC. Semasa melintas The Body Shop, kami bau satu bau yang sangat wangi dan segar. Ali kata ni bau Cherry Blossom. So, saya nak tengok perfume tu. Masa tu ada sales, saya beli dengan harga RM70 je. Memang baunya best sangat. Wangi dan segar. Botol empat segi biasa je. 22. English Dawn Gardenia by The Body Shop: - Baunya juga wangi dan segar. Tapi taklah sampai nak beli lagi. 23. Nutrimetics: - Saya pakai perfume ni masa saya form 3 ke form 4. Sebenarnya perfume ni mama saya punya. Masa cuti sekolah saya asyik pakai perfume ni kat rumah. Mama tanya saya, nak ke perfume tu? Mestilah. Then mama bagi saya. Waaa... Melaram sakanlah saya ke sekolah. Hahahaha... 24. True Heart by Avon: - Saya beli perfume ni masa sekolah menengah antara form 1-3. Budak-budak. Mana ada duit sangat. Suka benar membelek katalog Avon. Ada offer belilah. Saya ingat lagi, saya beli perfume ni dari Cikgu Rokiah. Baunya lembut. Botol macam bukit kalau tak silap warna gelap dan tutupnya berbentuk dua hati bercantum. Hahahaha... Bentuk love la tuuuu... 25. For Away by Avon: - Ni pun saya beli masa sekolah menengah dulu. Tunggu je bila For Away ni offer. Maklumlah, For Away ni mahal masa tu. Semuanya terpengaruh dengan Cikgu Kasilawati yang sering mengenakan haruman ni. So, kita masa tu rasa best sangat. Suka sangat dengan bau cikgu tu. Apa lagi, belilah masa offer. Botol dia kalau tak silap warna purple. Tapi sekarang ni For Away ada versi baru kata Dayah. Tak sewangi For Away keluaran lama. But yang lama tu still ada kat pasaran katanya. Almaklumlah dah lama tak beli Avon. Botolnya gemuk kecil dan pendek. Penutup bulat macam bola. Ada rantai kalau tak silap. Tapi rantai rambu-rambu je. 26. Woman of Earth by Avon: - Kalau Fow Away terpengaruh dengan Cikgu Kasila, WOE ni pulak terpengaruh dengan Cikgu Sakinah. Kedua-dua cikgu ni mandi minyak wangi agaknya. Kalau dia kat pintu depan hostel kami, sampai pintu belakang baunya. Bestlah jugak. Tapi entah ke mana botolnya. 27. Diva by Emanuel Ungaro: - Dari range Emanuel Ungaro jugak. But, this perfume not so good as Diva Rose. Saya cari Diva Rose sebenarnya. Beli dengan Jothy tulah. Tapi Diva Rose tak ada, Diva pun jadilah. Masa mula-mula pakai dulu, rasa tak best. But I'm wearing it this week. Macam best pulak. Beli 50ml je. Ada officemate tegur kata this perfume nice smell. 28. Light Blue by Dolce & Gabbana: - Hahaha ni antara perfume yang popular. Walaupun tak pernah bau perfume ni, saya beli sebab perfume ni antara perfume yang menjadi koleksi Siti Nurhaliza. Saya aspek dia sangat wangi sebab Siti suka. Hmmm... bila sampai, baunya OK la. Bau macam dalam flight MAS masa kita mula-mula masuk. Takkan pramugari guna perfume ni kot untuk wangikan flight? Whatever! Bolehlah. Rasa macam jadi pramugari pulak rasanya. Hehehehe. Berangan! Ada sikit je lagi. Beli lagi? Taklah. 29. Sun Flower by Elizabeth Arden: - Saya cium bau kawan pakai, rasa best je perfume ni. Tapi bila saya pakai sendiri, kepala saya sakit. Sudahnya, saya bagi Suzi suruh tolong pakai. Nak jual rasa tak tergamak sebab dah pakai dan bagi saya bau tak sedap. Takut dia sakit kepala pakai. Tapi dia pakai OK je. Bau perfume ni subjektif kan? 30. Eternity by Calvin Klein: - Bau ni adalah satu bau yang hot tapi best. Baunya kuat kot. Sebab ada orang cakap dia suka bau saya bila saya pakai perfume ni. Mujur yang cakap tu perempuan sebab dia duduk rapat dengan saya masa saya tengok anak dia. 31. Live Luxe by Jeniffer Lopez: - Perfume ni pun saya beli main beli je. Sebab suka dengan campurannya bila baca online. Kawan saya yang duduk oversea kata, bau Live Luxe ni ramai orang pakai kat sana. Ya, baunya best dan sejuk. Hahahaha... Tak tahu nak terangkan macam mana bila saya cakap bau panas dan bau sejuk tu. Peminat perfume tahulah kot. 32. Euphoria by Calvin Klein: - Bau perfume ni, sembur sikit pun bau dah semerbak. Baunya taklah lembut, taklah keras. Macam mana tu ek? At first, I dont like this perfume. But lama-kelamaan, rasa suka pulak. Tapi... bila achik minta, tak sampai hati nak kata tak boleh. So, bagi jelah kat dia. Lepas tu mummy saya pulak suka. Siap cakap, bila nak habis nanti, bagilah kat dia. Alamak, saya dahbagi achik perfume tu. Saya pesan kat achik, bila nak habis bagi mummy. Ya sekarang kat mummy la perfume tu. Tak pernah-pernah mummy minta perfume. Dia suka sangatlah tu. Dia cakap, bau perfume tu melekat kat dia lepas saya peluk dia. Masa saya pakailah. Lepas tu, bila dia pakai, dia rasa sayang nak basuh tudung sebab bau tudung tu wangi sangat. OK, Euphoria menjadi rebutan dalam family saya. Achik dulu, berkali-kali dia minta kat saya. Sekali saya bagi, bukan main suka lagi dia. Katanya best betul dapat pakai perfume mahal. Mujur oversea murah. Sebab tu saya bagi hehehehe... Kalau tak... Jangan haraplah kot. Botol Euphoria ni unik. Bentuk hirisan buah tembikai bersalut besi nipis. Tutupnya kurus tinggi. 33. Meow by Kathy Perry: - Saya jatuh cinta kat perfume ni masa bau kawan saya pakai yang dia beli dari Sogo. Waaa... Botolnya menarik. Penutup bentuk kepala kucing. Bau manis tapi taklah manis sangat. Masih boleh diterima. Saya pernah terbeli perfume yang baunya manis sampai tak tahan pakai. Lupa jenama apa. Nanti sambung lagi ya. Banyak lagi ni hahahahaha... 34. Liberter by Impulse: - Perfume ni perfume murah yang selalu saya beli masa sekolah menengah dulu. Masa tu harga dia RM5.00 lepas tu naik RM5.50. Hmmm... Kecik-kecik dah pandai nak berperfume bagai. But I don't have a money. Beli jelah yang murah tapi bau dia semerbak. Bila Liberter ni tak keluar, saya ada beli Impulse yang range lain jugak. Liberter ni botol biru. Range lain tu tak sesedap bau Liberter ni. Tapi sebenarnya saya tak ingat ejaan dia, Liberter ke Liberte ke, Liberty. Entahlah. 35. Tommy Girl by Tommy Hilfiger: - First saya pakai perfume ni my secret admire bagi yang parti punya. Memang kuat dan Wangi bau dia. Bau panas. Ramai orang kenal tu bau saya. Sejak dari hari tu, saya berazam nak beli yang original. Takut jugak kalau tak sesedap bau parti. Saya bau yang original masa ke GPO. Waaa... Best! Masa tu tak ada duit. Then February lepas masa kursus kat Nilai, saya merayap ke Mitsui. Bau sekali lagi dan memang Wangi. Hajat nak beli tapi confuse nak beli Tommy Girl atau Lady Million. Saya ajak adik keluar kedai dan terus Tanya supplier tempat saya order perfume untuk jual. Since perfume tu original, saya compare harga sangatlah murah. So, saya terus grab Tommy Girl dan Lady Million sekali. Tamak betul. Hahahaha... 36. Lady Million by Paco Rabanne: - Saya terpikat bau ni tiga empat tahun lepas. Masa tu, pemangku ED my office beli One Million. Kan One Million dan Lady Million ni berpasangan. Dapatlah sample Lady Million. Dia bagi kat Kak Fatimah. Huuuu Wangi gila bau Kak Fatimah. Wangi dan bau kuat. Tak tahu macam mana nak describe. Habis yang tu, Kak Fatimah beli sendiri Lady Million. Botol cantik. Macam berlian. Botol One Million pulak macam jongkong emas. Paco Rabanne kan konsepnya mewah. Harga tak payah cakaplah. Dan Alhamdulillah, akhirnya saya Berjaya memiliki Lady Million. 37. Tea Rose by the Perfumer's Workshop: - Perfume ni pun saya terpengaruh dengan Kak Fatimah. Murah gila kat supplier tu. So, saya beli. Tapi Kak Fatimah dah cakap, beli yang botol merah, jangan beli botol kuning. Habis botol merah tak ada, saya beli jugak botol kuning. Sudahnya, tak best sangat. Tapi bolehlah nak habiskan. Tapi biasalah, yang kita nak cepat habiskan tulah tak habis-habis. 38. Dalissime by Salvador Dali: - Panjang sungguh perjalanan perfume ni untuk masuk ke koleksi saya. Masa sekolah dulu, ada sorang kawan nama Mahsuri. Kakak dia kerja kat airport. Satu hari, masa naik cuti sekolah, dia bawa perfume yang dah tinggal sikit kakak dia bagi. Wangi gila bau perfume tu. Botolnya pulak ada bentuk bibir. Lawalaaaaa... Saya nak tapi mana ada duit. Mesti beratus. Bila dia dah habis pakai perfume tu, saya minta dengan dia botol tu. Dia bagi saya. Kalau tak bagi pun, dia buang je botol tu. Saya simpan botol tu sampailah saya cuti end of the year last year, saya teringat tentang perfume tu. Saya mencari botol tersebut dalam laci bilik saya kat kampong. Mujur masih ada. Minta tolong Hakim bacakan namanya. Tapi susah nak baca sebab tulisan pada botol dah kabur. Mana taknya, dah berbelas tahun saya simpan dia. Hakim cuba gagahi membaca dan mengagak. Daripada ejaan yang Hakim agak-agak tu, saya search di Google sebab tak pernah dengar nama tu. Tambahan pulak, yang ada hanya nama sub brand macam Envy Me. Nama brand tak ada. Saya jumpalah Dalissime by Salvador Dali. Saya minta Hakim tengok gambar. Betul, botolnya sama. Yes! Saya happy sangat sebab dah jumpa nama perfume tu. Saya nak order dari tempat yang saya selalu beli perfume tu. Out of stock pulak! Berbulan kemudian, saya dapat notifikasi yang perfume tu dah back in stock. Apa lagi, saya belilah dan minggu ni adalah minggu pertama saya memakai perfume ni. Berjaya jugak akhirnya saya dapatkan perfume idaman saya ni. Bersambung

Tuesday, March 10, 2020

Senarai Perfume Yang Pernah Saya Pakai

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Dah lama saya tak update senarai perfume saya ni. Kepada mereka yang pernah baca entri saya, ini adalah kemaskini senarai perfume terdahulu. Sekarang ni, semangat perfume naik balik sebab dah jumpa tempat beli perfume origenal yang murah. Itu yang berjinak-jinak menjual perfume tu. Hahahahaha... Anyway, siapa nak order perfume origenal murah dari pasaran, boleh tinggalkan komen or yang kenal saya tu, direct jelah PM saya. Jangan malu-malu. Meh kita semak senarai kita: 1. J'adore by Christian Dior: - Merupakan salah satu dari favourite perfume saya. Botolnya biasa saja tapi elemen mewah diterapkan pada tutup botolnya yang keemasan. Saya pernah pakai dua kali perfume ni tapi semuanya pemberian orang. First my secret admire bagi. Second, my mother bought for me masa dia ke Kota Paris bercuti ketika angah masih di sana. 2. Diva Rose by Emanuel Ungaro: - Warna pink dan botolnya unik didatangkan dengan tutup kaca yang bercorak sama seperti botolnya. Ini pun salah satu favourite saya. Ramai yang suka akan bau ni. Siap berebut tu nak beli perfume ni. Ada jugak kawan-kawan yang nak beli perfume Tanya saya siap call untuk dapatkan nama perfume ni. 3. Incanto Bloom by Salvatore Ferragamo: - Juga favourite saya. Bau rose tapi berlainan dari Diva Rose. Ramai yang tegur bau ni sedap. Pergi latihan Gunung Kinabalu pakai ni orang tertanya-tanya siapa punya perfume ni? Bestnya. Yang ni, my second x boy friend bagi. Asalnya saya kirim kat dia beli di airport masa dia out station. Tapi dia bagi je katanya sebab saya berkelakuan baik. Hahahaha... Berkelakuan baik maksudnya saya tak merajuk dalam jangka masa yang lama. 4. Good Girl by Carolina Herrera: - Saya beli favourite perfume saya ni di Singapura sewaktu transit pulang dari Romania. Kat Romania lagi saya berkenan bau ni. Tapi kat Romania mahal. Ingat nak beli kat Jerman. Flight delay due to snow yang turun masa kami nak balik, sampai Jerman tak sempat nak buat apa. Mujur dapat beli kat Singapura masa transit kali kedua. Selain dari baunya yang mewah, Kotaknya bersalut baldu dan tulisan keemasan sudah cukup melambangkan kemewahan perfume ni. Botolnya pula diperbuat daripada kaca berbentuk kasut tinggi wanita atau steleto berwarna hitam dimewahkan lagi dengan tumit tinggi berwarna emas. Baunya sangat best. Basuh dan jemur pakaianpun masih bau minyak Wangi ni. 5. South Beach by Paris Hilton: - Pun termasuk dalam senarai favourite saya. Baunya yang lembut membuatkan orang terpukau. Botolnya bulat tinggi Nampak seperti biasa-biasa je. Tapi bau mengancam. Yang ni pun orang boleh call saya Tanya nama perfume saya pakai sebab dia orang nak beli. 6. Envy Me by Gucci: - Favourite saya jugak. Saya beli masa saya study dulu. Tu pun ada promotion masa dia baru-baru keluar. Tunjuk Student Card, saya hanya bayar RM50.00 je. Berulang kali saya Tanya sales girl tu betul ke ori sebab murah sangat? Dia kata betul, dia orang Gucci. Hahahaha... Budak-budak kelas selalu kata saya Wangi bila saya pakai perfume ni. Botolnya simple je, warna pink, empat segi tinggi macam tiang, bercorak. Sebenarnya saya lupa Gucci jenis apa sebab masa tu bukan alert sangat dengan perfume. Selalu orang cakap kat saya, Envy Me tu bau dia best. Bau kuat dan ada orang urut kata melekat bau dia. Kalau saya pakai katanya, dia tak tidur malam. Gila apa? Baru-baru ni masa saya update status FB pasal perfume ni, my best friend ingatkan saya pasal Envy Me ni. Dia masih ingat Envy Me ni favourite saya masa belajar dulu. Dulu tak tahu sangat pasal jenama Gucci ni. Dah beli murah ingatkan jenama biasa-biasa je. Rupanya Gucci ni jenama mahal bila saya dah tahu pasal jenama. Masa tu dah habis belajar. Patutlah abah asyik cakap Gucci je bila kami nak beli barang seperti beg tangan dan beg duit. Thanks to Mercella AKA Michelle sebab ingatkan aku akan nama perfume favourite aku ni. 7. Nina by Nina Ricci: - Perfume ni buah tangan dari angah masa dia belajar kat Paris. Masa dia nak balik bercuti, dia Tanya saya nak apa. Saya Tanya dia, perfume murah tak kat sana? Dia kata tengok brand. I requested J'adore tapi mahal, dia gantikan dengan Nina by Nina Ricci ni. Kali pertama menciumnya, saya terus jatuh cinta dengan bauan lembut ni. Botol berbentuk apple tapi yang ni warna merah. Siap ada daun dan tangkai berwarna silver yang dijadikan sebagai penutup. Best sangat bau dia. Paling best, beli perfume kat Paris dapat banyak gila miniature. Nasib angah bukan gila perfume macam saya. Semua miniature dia bagi saya. 8. Luna Blossom by Nina Ricci: - Haruman kedua saya miliki dari Nina Ricci. Kali ni menampilkan botol berbentuk apple warna ungu dengan tangkai berlainan design berwarna emas. Baunya tetap lembut. Tapi saya lagi suka Nina. Perfume ni saya beli sekali dengan Carolina Herrera di airport Changi on the way back from Romania. Harga kat Malaysia RM600.00 lebih. Saya beli 21 euro setelah diskaun. Murah sangatkan? Lepas free duty dapat diskaun lagi sebab beli dua botol. Hahahaha... boss saya pun ikut saya beli dua perfume ni untuk wife dia. 9. Mont Blanc: - Saya lupa Mont Blanc ni dari jenis apa. Perfume ni my first x boy friend bagi. Sayapun tak tahu sebenarnya dia betul-betul nak bagi saya ke nak bagi perempuan lain. Ada orang bagi tahu saya yang boy friend saya kirim perfume ni kat dia. Dah lama kot. Kalau nak bagi saya mesti dah lama bagi kan? So, saya Tanya dia, nak bagi siapa perfume yang dia kirim kat kawan saya tu? Tiba-tiba dia keluarkan dari beg dia bagi saya perfume ni. Hati saya memang tak percaya dia nak bagi sayapun. Tapi, ambil jelah. Daripada dia habis beratus kat perempuan lain, baik saya habiskan duit dia dulu sebab saya girl friend rasmi dia yang semua orang tahu. Walaupun menerimanya tanpa rasa happy, saya tetap ambil. Bukan materialistic. Biarkan dia. Padan muka. Mahal kot perfume tu. Saya tahu harganya sebab kawan saya yang beli. Walaupun promotion, beratus jugak. Secara jujurnya saya tak berapa suka bbau perfume ni sebab baunya keras. Saya bagi kawan saya pakai setelah beberapa tahun memilikinya dan minta dia pulang balik botol kat saya masa nak bagi dia tu sebab saya buat koleksi botol perfume. Kawan saya bagi balik botol tu. Teringat kat dia? Seriously, saya dah lupakan kedua-dua makhluk yang bbuat hidup saya sengsara tu. Saya ingatpun ingat sebab dia bagi macam saya ingat angah dan mama bagi perfume. Macam tu jugak dengan admire saya bagi. Ingat rindu dan istimewa tu taklah. Saya memang susah nak lupakan orang. Tapi kalau sekali saya dah lepas, pergilah kau jauh-jauh. Saya takkan rindukan korang lagi jauh sekali mengharapkan korang kembali. Cuma saya harap, Allah temukan saya dengan orang yang lebih baik dari korang yang menyakitkan hati saya. Kalau tengok botol tu pun tak ada feeling dah. Just botol sekadar koleksi saya. Semua saya simpan. Ada je botol perfume kawan yang saya simpan sebab botol dia cantik. 10. Siren by Paris Hilton: - Perfume ni saya beli sebab kawan saya pakai parti perfume bau sedap. Gigih saya cari original dia. Siap order kat Jothy tauke kedai perfume yang selalu datang buat volunteer work kat my office. Botolnya cantik Siap ada rantai lagi. Tapi bila pakai saya rasa tak best pulak. But still boleh diterima dan saya pakai sampai habis. 11. Incanto Charms by Salvatore Ferragamo: - Saya beli perfume ni kalau tak silap di Sasa Time Square. RM300 lebih kot masa tu saya beli. Sebenarnya rambang hidung hahaha... Banyak sangat incantonya. Bila balik miniature dia Incanto Bloom lagi best. Boleh jugak pakai bukanlah tak best. Best jugak Charms ni pun. Cuma saya lebih sukakan Bloom. Tu yang lepas tu beli Bloom pulak. Tapi dalam senarai ni, Bloom kat atas. Hahahaa... 12. Mediterranean by Elizabeth Arden: - Saya beli masa Sogo member sales kat tingkat 7. Tak banyak pilihan pun. Tapi saya suka dengan Mediterranean ni. Harga turun sampai RM105.00 untuk 100 ML. Apa lagi? Hambek jela. Tak payah fikir panjang. Malaysia ni bukan senang nak dapat perfume ori tapi murah. Balik rumah, buka je plastic belum buka kotak, meleleh perfume ni keluar. Rosak botol dia ni. Mujur saya simpan receipt. Esok hari last sales so gigih sekali lagi pergi Sogo dengan bersesak tu nak tukar perfume. Dan Mediterranean baru saya dah sampai from oversea untuk botol kedua. 13. Envy by Gucci: - Saya confuse sebenarnya antara Gucci ni dengan CK. Rupanya Gucci kawan saya ingatkan saya kat FB masa saya update pasal perfume. Envy ni abah yang belikan masa saya study kat UiTM dulu. Abah ambil saya masa cuti sem dan kami ke Sogo jalan-jalan. Abah pun suka pergi Sogo. Abah Tanya saya nak apa? Saya kata nak perfume. Sebelum tu kami ke counter CK tapi orang CK offer kami beli limited edition CK apa entah. Abah kata tak payah. Nanti kalau habis tak boleh beli lain. Abah bawa saya pergi counter Gucci. Rambang hidung jugak. Saya pilih Envy. Balik rumah baunya tak berapa best. Tapi saya still guna sebab abah bagi sehingga ia hilang dari simpanan saya. Botol empat segi panjang or tinggi tu sama macam Envy Me kegemaran saya. Macam tiang. Dia didatangkan dalam bekas plastic bertutup. Botol dalam bekas. Cantik. Dan saya terjumpa dalam almari roommate saya kat UiTM masa buat spot check kehilangan handset baru Nokia saya. Sampai sekarang saya tak habis fikir macam mana perfume tu boleh ada dalam almari budak yang ada habit mencuri tu? Saya bagi dia simpan atau perfume saya tu dah masuk senarai habit dia macam handset saya? Botol yang ada dalam almari dia tu sama rosaknya macam milik saya. Oh tak, bukan botol. Bekas plastic tu. 14. Splendor by Elizabeth Arden: - Perfume ni bau dia panas tapi best. Saya gelarkan dia perfume berhantu. Sebab bila kita pakai dia macam hilang lepas tu tiba-tiba bau dia datang lepas tu hilang balik. Lepas tu datang lagi. Berapa kali hilang berapa kali datang dah. Kalau kita tinggalkan sesuatu tempat tu pulak, baru dia akan berbau kat situ. Baunya tertinggal. Kadang-kadang masa kita kat situ orang tak bau pun perfume ni. Bila kita pergi, baru orang tertanya-tanya, bau siapa ni? Perfume ni saya beli dari Zawani kawan satu office saya dulu. Walaupun kami berlainan department dan blok, dia tahu saya peminat perfume origenal. Husband dia kirim perfume dengan kawan suami dia yang out station ke US. Banyak botol suami dia beli. Sedangkan, dia tak berapa sukakan minyak wangi. So, daripada simpan banyak-banyak, dia putuskan untuk menjualnya kepada saya. Dia jual murah je kat saya sebab beli dari US murah. Dia bagi saya RM100.00 sahaja. Kali pertama cium perfume ni saya dah sukakannya. Tambah pulak dengan harganya yang sangat murah, apa lagi, saya grab la. 15. Red Jeans by Versace: - Kalau Splendor merupakan perfume yang baunya panas, Red Jeans ni pulak perfume yang baunya sejuk. Saya beli ni sebab terpengaruh dengan sorang kawan yang pakai parti perfume ni. Bila Kak Rahimah ke Singapura, saya kirim dia beli perfume ni kat Kompleks Mustafa. Masa tu harganya 29 Dollar Singapore bersamaan lebih kurang RM70. Sesuai dengan namanya Red Jeans, ia didatangkan dalam botol berpenutup merah. Perfumenya juga berwarna merah. Selalunya perfume dibungkus dengan kotak tapi Red Jeans diletakkan dalam tin yang juga berwarna merah. 16. Elizabeth Taylor: - Saya lupa Elizabeth Taylor yang mana satu saya pakai dulu tu. Botolnyapun dah pecah sebab jatuh masa saya pindah tempat duduk di office. Mujur perfumenya tinggal berapa titik je lagi. Itu pun bau semerbak satu office. Saya beli ni tanpa dirancang. Saya jalan-jalan di Sogo. Lepas tu sales man to promot kat saya. Sangat murah masa member sales tu. RM99.00 sahaja OK. Kau gila kalau tak beli? Memang saya meroyan dan terus beli. Baunyapun memang sedap. 17. Girl Belle by Guess: - Saya sebenarnya terpikat dengan botol dan penutupnya yang menarik. Penutupnya ada riben yang digubah menjadi bunga. Baunya tak berapa best sangat. Tapi bolehlah. Penat saya pakai nak suruh habis. Tapi lambat bebenar habisnya. Saya beli dengan Jothy tauke perfume yang datang buat volunteer work kat office saya. Tapi saya beli tester yang kedai dia tak nak guna dah. Semestinya origenal. Nak murah, so kita beli je la. 18. Rihanna: - Saya beli perfume ni jugak dari Jothy. Tapi saya beli yang baru. Mahallah sikit. Cuma tak semahal harga pasaran. Mula-mula saya rasa bau dia best. Botol memang menarik. Tapi bila saya pakai baunya terlalu keras untuk saya. Rasa macam nak muntah pun ada. Bau memang kuat. Saya basuh tudung dan baju pun still bau lagi. 19. Lacoste: - Beli dari Jothy jugak. Tapi saya tak suka bau dia. Saya bagi kawan suruh tolong pakaikan then pulang balik botol dia kat saya. Saya nak buat koleksi. Kawan tu boleh cakap wangi? Tang mana wangi pun saya tak tahu. Biasalah. Cita rasa manusiakan berbeza. 20. Oceanus by The Body Shop: - Abah belikan saya perfume ni masa saya sekolah menengah. Kalau tak silap masa tu saya form 5. Sementara angah minta dibelikan White Musk juga dari Body Shop. Oceanus didatangkan dalam bentuk minyak atau parti. Dalam botol Body Shop yang kecil. Harganya 17 tahun dulu hanyalah RM36.00 boleh refeel 10 ML kalau tak silap bila dah habis. Refeel secara percuma tau. Penutupnya disertakan dengan brush untuk sapu perfume tu kat kulit kita or baju. Baunya semerbak harum. Tak perlu letak banyak nanti pening. Jenis bau yang panas. Botolnya sangat kecil. Tak tahulah masih ada ke tidak Oceanus ni kat Body Shop. 21. Japanese Cherry Blossom by The Body Shop: - Saya bersiar-siar dengan Ali di KLCC. Semasa melintas The Body Shop, kami bau satu bau yang sangat wangi dan segar. Ali kata ni bau Cherry Blossom. So, saya nak tengok perfume tu. Masa tu ada sales, saya beli dengan harga RM70 je. Memang baunya best sangat. Wangi dan segar. Botol empat segi biasa je. 22. English Dawn Gardenia by The Body Shop: - Baunya juga wangi dan segar. Tapi taklah sampai nak beli lagi. 23. Nutrimetics: - Saya pakai perfume ni masa saya form 3 ke form 4. Sebenarnya perfume ni mama saya punya. Masa cuti sekolah saya asyik pakai perfume ni kat rumah. Mama tanya saya, nak ke perfume tu? Mestilah. Then mama bagi saya. Waaa... Melaram sakanlah saya ke sekolah. Hahahaha... 24. True Heart by Avon: - Saya beli perfume ni masa sekolah menengah antara form 1-3. Budak-budak. Mana ada duit sangat. Suka benar membelek katalog Avon. Ada offer belilah. Saya ingat lagi, saya beli perfume ni dari Cikgu Rokiah. Baunya lembut. Botol macam bukit kalau tak silap warna gelap dan tutupnya berbentuk dua hati bercantum. Hahahaha... Bentuk love la tuuuu... 25. For Away by Avon: - Ni pun saya beli masa sekolah menengah dulu. Tunggu je bila For Away ni offer. Maklumlah, For Away ni mahal masa tu. Semuanya terpengaruh dengan Cikgu Kasilawati yang sering mengenakan haruman ni. So, kita masa tu rasa best sangat. Suka sangat dengan bau cikgu tu. Apa lagi, belilah masa offer. Botol dia kalau tak silap warna purple. Tapi sekarang ni For Away ada versi baru kata Dayah. Tak sewangi For Away keluaran lama. But yang lama tu still ada kat pasaran katanya. Almaklumlah dah lama tak beli Avon. Botolnya gemuk kecil dan pendek. Penutup bulat macam bola. Ada rantai kalau tak silap. Tapi rantai rambu-rambu je. 26. Woman of Earth by Avon: - Kalau Fow Away terpengaruh dengan Cikgu Kasila, WOE ni pulak terpengaruh dengan Cikgu Sakinah. Kedua-dua cikgu ni mandi minyak wangi agaknya. Kalau dia kat pintu depan hostel kami, sampai pintu belakang baunya. Bestlah jugak. Tapi entah ke mana botolnya. 27. Diva by Emanuel Ungaro: - Dari range Emanuel Ungaro jugak. But, this perfume not so good as Diva Rose. Saya cari Diva Rose sebenarnya. Beli dengan Jothy tulah. Tapi Diva Rose tak ada, Diva pun jadilah. Masa mula-mula pakai dulu, rasa tak best. But I'm wearing it this week. Macam best pulak. Beli 50ml je. Ada officemate tegur kata this perfume nice smell. 28. Light Blue by Dolce & Gabbana: - Hahaha ni antara perfume yang popular. Walaupun tak pernah bau perfume ni, saya beli sebab perfume ni antara perfume yang menjadi koleksi Siti Nurhaliza. Saya aspek dia sangat wangi sebab Siti suka. Hmmm... bila sampai, baunya OK la. Bau macam dalam flight MAS masa kita mula-mula masuk. Takkan pramugari guna perfume ni kot untuk wangikan flight? Whatever! Bolehlah. Rasa macam jadi pramugari pulak rasanya. Hehehehe. Berangan! Ada sikit je lagi. Beli lagi? Taklah. 29. Sun Flower by Elizabeth Arden: - Saya cium bau kawan pakai, rasa best je perfume ni. Tapi bila saya pakai sendiri, kepala saya sakit. Sudahnya, saya bagi Suzi suruh tolong pakai. Nak jual rasa tak tergamak sebab dah pakai dan bagi saya bau tak sedap. Takut dia sakit kepala pakai. Tapi dia pakai OK je. Bau perfume ni subjektif kan? 30. Eternity by Calvin Klein: - Bau ni adalah satu bau yang hot tapi best. Baunya kuat kot. Sebab ada orang cakap dia suka bau saya bila saya pakai perfume ni. Mujur yang cakap tu perempuan sebab dia duduk rapat dengan saya masa saya tengok anak dia. 31. Live Luxe by Jeniffer Lopez: - Perfume ni pun saya beli main beli je. Sebab suka dengan campurannya bila baca online. Kawan saya yang duduk oversea kata, bau Live Luxe ni ramai orang pakai kat sana. Ya, baunya best dan sejuk. Hahahaha... Tak tahu nak terangkan macam mana bila saya cakap bau panas dan bau sejuk tu. Peminat perfume tahulah kot. 32. Euphoria by Calvin Klein: - Bau perfume ni, sembur sikit pun bau dah semerbak. Baunya taklah lembut, taklah keras. Macam mana tu ek? At first, I dont like this perfume. But lama-kelamaan, rasa suka pulak. Tapi... bila achik minta, tak sampai hati nak kata tak boleh. So, bagi jelah kat dia. Lepas tu mummy saya pulak suka. Siap cakap, bila nak habis nanti, bagilah kat dia. Alamak, saya dahbagi achik perfume tu. Saya pesan kat achik, bila nak habis bagi mummy. Ya sekarang kat mummy la perfume tu. Tak pernah-pernah mummy minta perfume. Dia suka sangatlah tu. Dia cakap, bau perfume tu melekat kat dia lepas saya peluk dia. Masa saya pakailah. Lepas tu, bila dia pakai, dia rasa sayang nak basuh tudung sebab bau tudung tu wangi sangat. OK, Euphoria menjadi rebutan dalam family saya. Achik dulu, berkali-kali dia minta kat saya. Sekali saya bagi, bukan main suka lagi dia. Katanya best betul dapat pakai perfume mahal. Mujur oversea murah. Sebab tu saya bagi hehehehe... Kalau tak... Jangan haraplah kot. Botol Euphoria ni unik. Bentuk hirisan buah tembikai bersalut besi nipis. Tutupnya kurus tinggi. 33. Meow by Kathy Perry: - Saya jatuh cinta kat perfume ni masa bau kawan saya pakai yang dia beli dari Sogo. Waaa... Botolnya menarik. Penutup bentuk kepala kucing. Bau manis tapi taklah manis sangat. Masih boleh diterima. Saya pernah terbeli perfume yang baunya manis sampai tak tahan pakai. Lupa jenama apa. Nanti sambung lagi ya. Banyak lagi ni hahahahaha...

Saturday, March 7, 2020

Tommy Girl Tiba Bersama Kenangan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Lama sudah tidak bersiaran. Baru ada mood nak ke udara hahahaha... OK, nak cerita pasal perfume. Siapa yang tak tahu, Tommy Girl tu adalah perfume dari jenama Tommy Hilfiger. Kan hari tu saya pergi kursus tiga minggu kat Nilai. Alamat Nilai tapi macam area Sepang. Whatever la. Satu hari ni, saya ajaklah adik saya pergi Mitsui. Saja gatal-gatal tengok perfume. Teruja jugak tengok Tommy Girl ni. Teringat masa usia 24 tahun dulu. Ada secret admire bagi perfume ni tapi versi pati punyalah. Sejak dari hari tu, saya berangan nak try yang ori. Tengok harga, RM210.00 sahaja. Tengok Lady Million by Paco Rabanne pun saya berkenan. Boleh tak reduce sikit harga ni? Nak beli dua-dua. Please. OK. Saya ajak adik saya keluar kedai kejap. Duduklah kat tempat duduk disediakan. Saya tengok kat tempat yang selalu saya beli perfume. Murah gila! RM112.00 je baru. OK, sorry la ye kedai. Kau dalam Mitsui pun tak dapat menandingi kemurahan harga tempat ni. Apa tunggu lagi? Belilah. Maka ia pun tiba dengan selamatnya. Baunya hampir sama dengan yang pati cuma bau yang ori ni lebih sedap dan lembut. Tak segarang bau yang pati. Saya boleh katakan bau perfume ni dalam kategori segar tapi panas atau hangat. Berbeza dengan bau Ferragamo Incanto Bloom yang bau segar tapi sejuk. Oh ya, harga RM112.00 ni untuk 100ml EDP ya. Sangat murah! Apa lagi, terimbaslah kenangan 13 tahun dulu. secret admire pun dah ada tiga anak. Ingat lagi pakai bau tu, tunggu bas kat bus stop, kawan yang blind boleh tegur saya sebab bau perfume ni. OK, kepada sesiapa nak order perfume origenal tapi murah dari pasaran, boleh contact saya ya. Tinggal komen ke, tinggal alamat email or nombor phone, nanti saya hubungi balik. Tapi bukan semua jenama boleh dapat harga seratus lebih tau. Tengok jenama. Kalau angel 100ml EDP tu kat Mitsui RM560 kalau kat mall lagi mahal, kat tempat saya beli ni dalam RM400 lebih. Tengok jugak pada pertukaran currency semasa. Insya-Allah ori ya dan datang terus dari US, New York gitu. Ni kali ketiga saya beli termasuk beli untuk kawan.

Wednesday, January 22, 2020

Premium Beautiful Yang Merawat Hati

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak akhir-akhir ni, emosi saya terganggu. Fikiran rasa tak tenang. Hati sering terluka dan pedih. Lantas saya sering menangis. Tak apalah. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Allah kan uji kita sebab Dia sayangkan kita. Semoga Allah benar-benar sayangkan saya. Amin... Dan sekali lagi hari ini hati saya tersakiti. Tak apa Tinta, sabra. Allah kan ada. Allah Nampak, Allah dengar dan Allah tahu segala-galanya. Janganlah kau risau. Dan seperti yang dijanjikan, petang ni, Hadisah datang bertemu saya di pejabat. Atas urusan apa? Tahun lepas, mama ada bagi saya gurdle dari jenama Crony. Saiz mama dulu kan kecik jugak. Tapi mungkin bukan saiz saya. Then, mama pakai dua tiga kali je lepas tu simpan. Mungkin kainnya pun dah mereput. Tapi bolehlah dari tak ada. Cuma mama tak ajar saya cara pemakaian yang betul. Mungkin sebab mama dah lupa. Siap dah tenggelam banjir besar tahun 2014 dulu korset ni. Full set pulak tu. Dah lama dia tunjukkan tanda-tanda tak mahu berkhidmat untuk saya. Tapi saya diamkan sebab sayang duit nak beli baru. Tapi, minggu ni, dia mula meragam lebih sikit. Tulannya patah, kain di bahagian pembalut tulang koyak. Bila saya pakai, besi tu asyik cucuk perut dan dada saya je. Eh, tak boleh jadi macam ni. Saya try search kat Google kot-kot dapat jumpa penjual Crony ni. Mana tahu ada life warranty macam Premium Beautiful aka PB. Boleh hantar repair. Tak payah beli baru. Jimatlah duit saya. Malangnya, saya tak jumpa penjual Crony. PB banyaklah. Siap tulis life warranty. Kalau kita dah biasa pakai gurdle, kita rasa tak best kalau tak pakai. Nak tak nak, saya Tanya Disa, boleh buat ansuran tak? Nak beli sedebuk, mana ada duit. Banyak lagi komitmen lain. Disa kata boleh. Alhamdulillah. Maka hari ni, Disa datang ukur saiz saya. Harga PB ni kan ikut saiz. Saya dah bagi duit bayaran pertama sebenarnya. Yelah, orang berniaga, mestilah nak ada jaminan pembelian kan walaupun kawan. Proses mengukur selesai. empat bahagian yang diukur iaitu dada, bawah dada, pinggang dan punggung. Yelah, full set kan ada tiga komponen. Saya try pakai saiz yang diukur. Yang lain OK. Saya try tukar long gurdle ke saiz lebih kecik, tak sesuai. Jadi betullah ukuran Disa. Bengkung kata Disa, dia kena hantar esok sebab tak stok saiz saya. Saya try sample saiz saya. Kata Disa, tak sesuai sebab besar dengan saya. Baru pakai dah kena pakai line paling kecik. Maknanya bengkung tu besar dengan saya. Try satu saiz kecik dari tu, Alhamdulillah, sesuai. Jadi, dapatlah saya full set hari ni. Hehehehe bukan kepalang gembiranya saya. Lupalah sejenak kepada masalah yang melanda. Ni bila orang semua dah balik, mulalah teringat balik. Rupanya, pemakaian gurdle ni ada caranya. Nantilah lain kali saya tulis. Kalau rajin.