SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, March 7, 2020

Tommy Girl Tiba Bersama Kenangan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Lama sudah tidak bersiaran. Baru ada mood nak ke udara hahahaha... OK, nak cerita pasal perfume. Siapa yang tak tahu, Tommy Girl tu adalah perfume dari jenama Tommy Hilfiger. Kan hari tu saya pergi kursus tiga minggu kat Nilai. Alamat Nilai tapi macam area Sepang. Whatever la. Satu hari ni, saya ajaklah adik saya pergi Mitsui. Saja gatal-gatal tengok perfume. Teruja jugak tengok Tommy Girl ni. Teringat masa usia 24 tahun dulu. Ada secret admire bagi perfume ni tapi versi pati punyalah. Sejak dari hari tu, saya berangan nak try yang ori. Tengok harga, RM210.00 sahaja. Tengok Lady Million by Paco Rabanne pun saya berkenan. Boleh tak reduce sikit harga ni? Nak beli dua-dua. Please. OK. Saya ajak adik saya keluar kedai kejap. Duduklah kat tempat duduk disediakan. Saya tengok kat tempat yang selalu saya beli perfume. Murah gila! RM112.00 je baru. OK, sorry la ye kedai. Kau dalam Mitsui pun tak dapat menandingi kemurahan harga tempat ni. Apa tunggu lagi? Belilah. Maka ia pun tiba dengan selamatnya. Baunya hampir sama dengan yang pati cuma bau yang ori ni lebih sedap dan lembut. Tak segarang bau yang pati. Saya boleh katakan bau perfume ni dalam kategori segar tapi panas atau hangat. Berbeza dengan bau Ferragamo Incanto Bloom yang bau segar tapi sejuk. Oh ya, harga RM112.00 ni untuk 100ml EDP ya. Sangat murah! Apa lagi, terimbaslah kenangan 13 tahun dulu. secret admire pun dah ada tiga anak. Ingat lagi pakai bau tu, tunggu bas kat bus stop, kawan yang blind boleh tegur saya sebab bau perfume ni. OK, kepada sesiapa nak order perfume origenal tapi murah dari pasaran, boleh contact saya ya. Tinggal komen ke, tinggal alamat email or nombor phone, nanti saya hubungi balik. Tapi bukan semua jenama boleh dapat harga seratus lebih tau. Tengok jenama. Kalau angel 100ml EDP tu kat Mitsui RM560 kalau kat mall lagi mahal, kat tempat saya beli ni dalam RM400 lebih. Tengok jugak pada pertukaran currency semasa. Insya-Allah ori ya dan datang terus dari US, New York gitu. Ni kali ketiga saya beli termasuk beli untuk kawan.

No comments: