Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, January 22, 2020
Premium Beautiful Yang Merawat Hati
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Sejak akhir-akhir ni, emosi saya terganggu. Fikiran rasa tak tenang. Hati sering terluka dan pedih. Lantas saya sering menangis.
Tak apalah. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Allah kan uji kita sebab Dia sayangkan kita. Semoga Allah benar-benar sayangkan saya. Amin...
Dan sekali lagi hari ini hati saya tersakiti. Tak apa Tinta, sabra. Allah kan ada. Allah Nampak, Allah dengar dan Allah tahu segala-galanya. Janganlah kau risau.
Dan seperti yang dijanjikan, petang ni, Hadisah datang bertemu saya di pejabat.
Atas urusan apa?
Tahun lepas, mama ada bagi saya gurdle dari jenama Crony. Saiz mama dulu kan kecik jugak. Tapi mungkin bukan saiz saya. Then, mama pakai dua tiga kali je lepas tu simpan. Mungkin kainnya pun dah mereput. Tapi bolehlah dari tak ada. Cuma mama tak ajar saya cara pemakaian yang betul. Mungkin sebab mama dah lupa. Siap dah tenggelam banjir besar tahun 2014 dulu korset ni. Full set pulak tu.
Dah lama dia tunjukkan tanda-tanda tak mahu berkhidmat untuk saya. Tapi saya diamkan sebab sayang duit nak beli baru. Tapi, minggu ni, dia mula meragam lebih sikit. Tulannya patah, kain di bahagian pembalut tulang koyak. Bila saya pakai, besi tu asyik cucuk perut dan dada saya je. Eh, tak boleh jadi macam ni.
Saya try search kat Google kot-kot dapat jumpa penjual Crony ni. Mana tahu ada life warranty macam Premium Beautiful aka PB. Boleh hantar repair. Tak payah beli baru. Jimatlah duit saya.
Malangnya, saya tak jumpa penjual Crony. PB banyaklah. Siap tulis life warranty.
Kalau kita dah biasa pakai gurdle, kita rasa tak best kalau tak pakai. Nak tak nak, saya Tanya Disa, boleh buat ansuran tak? Nak beli sedebuk, mana ada duit. Banyak lagi komitmen lain.
Disa kata boleh. Alhamdulillah.
Maka hari ni, Disa datang ukur saiz saya. Harga PB ni kan ikut saiz.
Saya dah bagi duit bayaran pertama sebenarnya. Yelah, orang berniaga, mestilah nak ada jaminan pembelian kan walaupun kawan.
Proses mengukur selesai. empat bahagian yang diukur iaitu dada, bawah dada, pinggang dan punggung. Yelah, full set kan ada tiga komponen. Saya try pakai saiz yang diukur. Yang lain OK. Saya try tukar long gurdle ke saiz lebih kecik, tak sesuai. Jadi betullah ukuran Disa. Bengkung kata Disa, dia kena hantar esok sebab tak stok saiz saya. Saya try sample saiz saya. Kata Disa, tak sesuai sebab besar dengan saya. Baru pakai dah kena pakai line paling kecik. Maknanya bengkung tu besar dengan saya. Try satu saiz kecik dari tu, Alhamdulillah, sesuai. Jadi, dapatlah saya full set hari ni. Hehehehe bukan kepalang gembiranya saya. Lupalah sejenak kepada masalah yang melanda. Ni bila orang semua dah balik, mulalah teringat balik.
Rupanya, pemakaian gurdle ni ada caranya. Nantilah lain kali saya tulis. Kalau rajin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment