Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, July 17, 2020
Siapa Dia Sebenarnya?
Assalammualaikum semua.
Selamat pagi.
Dah lama tak tulis blog.
Semalam ada kawan cakap, dia baca blog saya. Tiba-tiba rindu nak menulis. Dah empat bulan tak update blog ni.
Banyak cerita sebenarnya tapi kemalasan mengatasi segalanya.
********************
5 Jun lalu, ketika rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk kat rumah diam-diam, tapi masa tu dah boleh mula berkerja. Kami berkerja tiga hari seminggu.
5 Jun tu, hari Jumaat. Kebetulan, Hidayah pun berkerja. Kerja tak ada orang ni, bebaslah sikit. Kami ke cafeteria untuk makan. Balik makan, kami berbual-bual. Setibanya kami di kaunter tempat Hidayah bertugas, Subra cakap dia nak ke toilet.
Dayah: Akak, duk la sini kejap. Sembang pun tak habis lagi.
Saya bersetuju lalu duduk di tempat Subra. Baru nak memulakan perbualan, seseorang datang menegur kami dengan suara yang perlahan.
Orang: Assalammualaikum.
Kami: Waalaikummussalam.
Orang: Saya nak buat donation.
Kami terpinga-pinga. Siapa pulak yang nak main-mainkan kami ni? Cakap perlahan. Macam control suara je. Adalah ni yang nak pekenakan kami ni.
Saya: Kau jangan ngada-ngadalah.
Orang: Eh, tak, saya pelawat, saya orang luar.
Katanya memberitahu.
Perasaan malu segera menebal dan saya terdiam. Hidayah juga begitu.
Sejurus, sama-sama terdiam.
Dayah: Ya cik, ada apa boleh saya bantu?
Saya tengok Dayah antara yakin dengan tidak menjalankan tugasnya melayani tetamu seperti biasa.
Saya bercakap dalam bahasa yang tidak difahami tetamu.
Saya: Bukan Rathkom ke ni?
Dayah: Eh, bukan, bukan. Rathkom lain.
Hidayah pulak ingatkan En. Mahathir berlakon nak kenakan saya. Sebab tu dia macam tak yakin nak layan bersungguh-sungguh. Takut diketawakan.
Dayah: En. duduk dulu, saya panggil Bahagian Finance turun.
Orang: Tak, tak. Saya nak donate kat awak berdua.
Lagi kami terkejut dan tergamam.
Dayah: Donate kat kita orang?
Orang: Ye. Kat awak berdua. Saya tak nak bagi ofis. Awak berdua ni OKU kan?
Saya: Kami blind.
Orang: Ooo OK.
Mungkin dia terkejut bila saya yang blind ni sebut blind kot. Agaknya dia nak jaga hati tak nak sebut blind tapi saya yang sebut.
Dia mula mengira duitnya.
Orang: RM50, RM100, RM150, RM200, RM250. Ni untuk cik.
Dia menghulurkan RM250 kepada Hidayah.
Saya yang menyaksikan tergamam. Banyaknya! Macam keluarkan duit RM2.50 je. Mungkin nak suruh saya kongsi dengan Dayah kot. Fikir saya.
Tiba-tiba saya dengar dia membelek duit lagi tapi kali ni, tak dengar dia mengira.
Orang: Ni RM250 untuk cik.
Dia menghulurkan duit tersebut kepada saya. Saya terkejut. Hidayah juga begitu kerana dia pun berfikiran seperti saya. Duit yang dia dapat tu dia akan kongsikan dengan saya.
Dalam terkejut tu, saya tak sambut duit yang dihulurkan.
Saya: Betul ke En. nak bagi saya? Saya ni pekerja kat sini. Bukan orang bawah jagaan persatuan.
Saya bukan apa. Takut dia tersalah bagi orang. Mana tahu kot dia nak bagi kepada mereka yang susah. Saya ni bukan senang tapi taklah susah sangat.
Orang: Betul. Saya ikhlas nak bagi cik.
Lambat-lambat, saya menyambut hulurannya.
Saya: Terima kasih, En.
Orang: Sama-sama.
Dia terus berdiri di hadapan kaunter.
Bersambung
Malas nak tulis. Sakit perut. Nantilah sambung lagi. Hehehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment