SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, November 30, 2019

Salah Beli, So Macam Mana?

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sambil-sambil tunggu nak jumpa kawan-kawan ni, kita update la kejap. Selama ni, saya tak pernah titikberatkan pasal serum, pelembap dan terutamanya, sun screen atau sun block. Saya hanya pentingkan cleanser, toner dan essence je. Bila kulit saya diserang elegik, lepas dia iritasi, dia akan kering dan menggelupas. Kak Sariha tanya saya, "Pakai pelembap tak?"" "Tak," Jawab saya. "Laaa... macam mana nak hilang cepat gelupas tu? Dia keringlah. Kenalah lembapkan dia." "Oh, ye ke?" Tanya saya padanya. Alamak, macam mana ni? Saya tak ada pelembap. Nak kena beli ni. Lepas tu nak kena try and error. Sesuai ke tidak dengan saya. Mungkin betul jugak. Fikir saya dalam hati. Sayapun mula mencari info berkenaan penjagaan kulit wajah yang sebenar. Saya tertarik dengan satu channel kat Youtube, Noel Faizal. Dia banyak mengajar cara menjaga kulit wajah, produk apa yang bagus, yang tak bagus. Rupa-rupanya, sun screen atau sun block tu sangat penting dalam penjagaan wajah. Barulah saya tahu apa bahayanya UV terhadap kulit manusia. Saya mula menonton video-video Noel Faizal tentang sun screen. Saya tertarik dengan review dia tentang sun screen dari Make Prem iaitu satu jenama penjagaan kecantikan dari Korea. Ada tiga sun screen dari blue range. Entah apa yang saya berangan masa tengok video tu, saya pergi order kat Lazada Make Prem Blue Ray Sun Gel Defense Me. Dengan excitednya saya pakai bila dia sampai. Alamak! Kenapa sun screen ni berminyak sangat kat kulit saya? Gel tu bukan untuk kulit berminyak ke? Jerawat pun mula tumbuh. Mujur sebiji dua yang kecil je. Fenomena biasa bila saya pakai sun screen. Sebab tu saya tak suka pakai sun screen. Baunya pun macam bau sun screen dari Sun Play dan Banana Boat yang saya sering kenakan jika beraktiviti lasak. Saya baca description untuk fluid dan cream. Untuk kulit berminyak. Tak puas hati, saya tengok balik video Noel Faizal. Laaaa... Patutlah. Untuk kulit berminyak, Make prem Blue Ray Sun Fluid Defense Me dan Make Prem Blue Ray Sun Cream Defense Me Alaaaa... Membazirnya saya beli. Dahlah harga boleh tahan. Mujur tak semahal SK II. Mujur saya dapat beberapa free sampel dari penjual dan antaranya termasuklah Blue Ray Sun Fluid. Saya mencubanya. Alhamdulillah rasa best sangat kat kulit. Dia terus meresap dan tak berminyak. Tekstur kulit pun rasa smooth dan licin. Nak tak nak, saya order pulak yang fluid ni. Lagi mahal tapi datang dalam 200ML. Kalau dikira purata, taklah mahal sangat. So, hari ni adalah hari kedua saya pakai sun fluid. Kalau rajin nanti saya review ya. Sekian.

Thursday, November 28, 2019

Teka-teki Mula Terjawab

Assalammualaikum. Selamat petang semua. Dah balik ke? Saya masih di office. Rasa bosan nak balik awal. So, stay jelah kat sini. Setelah bibir kering dan merekah, suatu hari, selepas saya mencuci muka, bahagian bawah bibir sebelah kanan saya terasa gatal. Saya gosok. Makin gatal dan saya tekan pakai jari. Tiba-tiba keluar air. Gatalnya Tuhan je yang tahu. Kalau kulit bahagian lain, mesti saya dah garu. Saya letak minyak zaitun tapi stil gatal. Then, saya letak detol. Alamak, sebenarnya, dia macam berbiji dan ada air kat dalam. Kenapa ek? Takkanlah elegik lipstik sampai kulit muka sekali kena? Esoknya, saya mekap seperti biasa. Alamak, kenapa ada kulit menggelupas di sebelah kiri bawah bibir pulak? Saya hentikan pemakaian mekap. Birai bibir sebelah kiri atas pun bengkak. Mungkin sebab lipstik la kot. Fikir saya. Bila ada meeting, saya kenakan mekap. Entah kali ke berapa, Kulit atas bibir sebelah kiri menggelupas. Takkan kuat benar kesan lipstik ni? Tapi lipstik yang mana satu? Tak lama lepas tu, Kulit hujung kiri bibir pulak menggelupas. Mekap remover ke? Sebab saya perasan lepas cuci muka ada benda-benda ni semua. Kak Sha kebetulan jumpa pakar kulit. Dia bagi saya ubat sapu dia yang tak terusik pun. Bila saya pakai ubat tu, alhamdulillah. Penggelupasan dan bengkak tu semakin pulih. Tapi yang first sekali bawah bibir kanan ni lambat sikit. Nampak dia paling teruk. Lama saya tak bermekap. Sebab nak tahu apa sebenarnya yang bermasalah. Masa Karnival Sukan dua minggu lepas, tiga hari berturut-turut saya bermekap. Penggelupasan mula berlaku. Masa tu, saya terfikir, mungkinkah foundation yang menjadi punca semua ni? Logik jugak sebab bila kita sapu foundation pakai berus mekap, bibir pun kena sekali. Bila saya berhenti mekap, kulit saya mula OK walaupun sedang mencuba serum, pelembap wajah dan sun screen. Kelmarin, saya test. Saya mekap. After lunch, kulit saya mula terasa panas dan gatal kat bahagian tepi, atas dan bawah bibir. Saya semakin yakin yang masalah ini sebenarnya berpunca daripada foundation yang saya gunakan. Susah jugak nak terima kenyataan ni sebab foundation ni cantik dan pricy. Tapi saya harus pilih, sayang foundation atau sayang kulit? Saya mula membaca dan membuat penelitian di internet. Punca kulit elegik adalah Paraben. Tulis beberapa artikal di internet. Saya baca lagi tentang paraben. Ada beberapa jenis. Saya baca fungsi dan kesannya. Ada satu bahan yang disebut sebagai butylparaben yang sering dicampurkan ke dalam kosmetik. Nantilah. Kalau free saya tulis tentang paraben yang saya baca tu. Saya mula mencari tahu tentang isi kandungan foundation yang saya kenakan. Ya, butylparaben tersenarai di dalamnya. Menurut artikal yang saya baca, butylparaben boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Kata doktor Medic City pula, kulit kita boleh bertahan dengan sesuatu bahan. Tapi lama-kelamaan, sampai satu tahap, dia tak mampu lagi untuk bertahan dan iritasi akan berlaku. Saya bandingkan isi kandung dalam foundation yang saya guna sebelum ni. Ternyata, foundation tersebut tidak mengandungi butylparaben atau mana-mana keluarga paraben. Jadi, mungkin betullah, saya alah kepada paraben. Jadi, saya kena check satu-satu produk yang saya ada sama ada ia mengandungi paraben atau tidak. Mujurlah ada internet dan laman web yang memaparkan isi kandungan produk kosmetik yang boleh dipercayai. Kena menelaah lagilah ni. Pengajarannya, jangan simply pilih mekap asal nampak cantik. Sama macam kasut jugak. Korang baca dulu sebelum beli skin care atau barang solek. OK la. Bye!

Friday, November 22, 2019

Elegik Bibir

Assalammualaikum semua. Selamat petang you all. Genap sebulan blog ni tak berupdate. Tetiba hari ni rajin nak menulis. Rasa malas nak balik awal. Sebenarnya banyak je cerita nak tulis. Tapi kemalasan dan kesibukan melanda +tak ada mood. Kalau sesiapa friend dengan saya kat Facebook, mesti korang pernah terbaca status saya pasal bibir. Saya ni jenis yang tak minum air banyak. Suatu hari, kulit bibir saya merekah dengan teruk dan kering. Saya ingatkan biasalah, sebab tak minum air putih banyak. Saya teruskan pemakaian lipstick dan mula minum air banyak. Rekahan tu dah sampai tahap nak buka mulut suap makanan pun sakit dan pedih. Beberapa hari saya minum air dengan banyak. Tapi, kering bibir saya tu tetap tak beransur pulih. Malah, semakin teruk dan mula berkuping seperti kudis. Dekat tepi bibir pun mula berkeping keras. Saya ke klinik. Kali pertama, doctor bagi saya ubat krim. Bila saya letak, semakin teruk. Lepas tu, saya pergi Klinik Medic City pulak. Doktor bagi saya ubat dalam botol kecil seperti minyak. Still sakit dan saya hentikan pemakaiannya setelah dua tiga kali pakai bila tak ada kesan. Doktor kata, elegik lipstick. Saya hentikan pemakaian lipstick. Macam mana boleh elegik ek? Sedangkan saya pakai semuanya jenama yang saya pakai sebelum ni. Saya mula cari alternative lain untuk rawat bibir saya. Memandangkan dia berkeping seperti kudis, saya gunakan minyak gamat untuk menanggalkannya. Eh, tak boleh jadi. Bukan makin baik. Makin teruk pulak. Puas saya fikir, nak buat macam mana dengan bibir ni? Hari tu hari Ahad. Rasa malas nak keluar rumah. Saya baca kat laman web kesihatan, salah satu benda yang boleh merawat masalah bibir ni adalah vaselin. Sayangnya, vaselin saya tak tahu kat mana. Kalau ada pun, takut dah tak boleh guna sebab dah lama. Saya mengarahkan otak saya berkerja keras untuk memikirkan bagaimana harus saya mengurangkan rasa perit pada bibir saya. Nak makan pun susah. Saya teringatkan sesuatu. Masa saya pergi Romania dulu, saya ada beli lip balm musim sejuk kat sana. Teksturnya memang pekat dan melekit. Mungkin saya boleh gunakannya untuk merawat bibir saya. Jenama Neutrogena tapi khas untuk musim sejuk. Tak ada kat sini. Saya lantas mencarinya. Mujur ada. Sebenarnya saya ada dua pelembap bibir. Sebelum berangkat ke Romania, saya beli butter lip dari jenama Nivia. Baiklah, kita cuba salah satu. Mula-mula, saya cuba Nivia. Macam tak ada tanda nak luruh pun kulit yang dah mengeras dan merekah ni. Ni pertama kali bibir saya jadi macam ni. Kemudian, saya sapukan Neutrogena pulak. Memang berat teksturnya dan sangat lembap. Setelah sejam dua letak, saya berus gigi untuk tidur. Waktu kumur, kulit bibir saya mula tanggal sedikit demi sedikit setelah digosok menggunakan tangan. Alhamdulillah, yang berkeping pun dah mula nak tanggal. Rupa-rupanya penawar ada depan mata. Bila semua kulit yang rosak tanggal sehari dua kemudian, saya teruskan pemakaian Neutrogena tersebut. Kulit saya mula merekah semula. Dah kenapa pulak? Bukan ke Neutrogena ni yang merawat kau, bibir? Yang kau nak merekah lagi ni kenapa? Circle bermula semula. Bibir merekah, kering dan keras kulitnya. Saya rawat dengan Neutrogena jugak. Cuma bezanya, setelah kulit yang rosak tanggal, saya hentikan pemakaian Neutrogena. Saya gantikan dengan lip butter dari Nivia. Alhamdulillah, sampai hari ni saya masih pakai lip butter tersebut dan kulit bibir saya lembut dan licin. Ianya lebih elok dari sebelum sakit dulu. Saya juga mula menjaga bibir dan kulit dengan meminum air putih yang banyak setiap hari. Antara bahan yang terkandung dalam lip butter Nivia ni ialah shea butter yang memang bagus untuk menjaga kelembapan bibir. Benarlah janji Allah. Dia menjadikan sesuatu itu tanpa sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Kalau dulu bibir saya sentiasa kering dan merekah manja, sekarang Alhamdulillah, tiada lagi masalah tersebut. Allah buat macam tu supaya saya jaga dan hargai nikmat kurnianNya. Terima kasih Neutrogena dan Nivia. Sekarang saya faham, Neutrogena untuk membersihkan atau menanggalkan kulit bermasalah. Nivia pula merawat dan menjaga kelembapan bibir saya. Harus diingat, lain orang, lain keserasiannya. Kita sendirilah yang kena cuba dan jaya. Hehehehe macam buat kerja Matematik pulak.