SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, October 22, 2019

Nama Siapa?

Haaaa... Kan dah gila nak update banyak cerita dah ni. Masih lagi berkisarkan cerita Pulau Pinang last weekend. Salah satu kelemahan saya, lambat mesra dan malu nak huha-huha. Kalau ramai orang, lagi saya tenggelam dan diam terus. Hehehehe... Masa naik bas nak pergi Penang tu, saya naik lambat. So, saya duduk belakang sekali. Seronok jugak sesekali duduk belakang ni. Pakkal je ada lelaki dalam bas tu. Kalau semua perempuan, mesti saya dah tidur macam katil dah. Bas tak penuh. Ada jugak penumpang yang duduk sorang. So, saya duk belakang jelah. on off adalah orang datang duduk. Tapi tak selalu. Saya memang suka buat hal sendiri kalau dah ramai-ramai dan kecoh tu. Saya segan nak kecoh-kecoh bila ada orang ramai. Masa pergi, office buka so, banyak hal office saya siapkan. Temujanji untuk GM, balas email dan lain-lain. Masa balik, lagi tak ramai dalam bas. Tapi saya tetap pilih untuk duduk sorang. Kat belakang jugak. Sesekali Ita datang duduk dengan saya dan bersembang-sembang. Masa naik dari berhenti kat RNR mana entah. Saya naik dan kongsi makan dengan Ita. Saya beli buah-buahan dan jagung cawan. Lepas tu Ita ke depan dan tinggallah saya sorang kat belakang. Saya makanlah buah saya beli tu. Buah potong dua bekas. Memang banyak. Dah kongsi pun ada lagi. So, saya berusaha menghabiskannya. Dalam asyik duk makan buah, saya didekati oleh seseorang. Lelaki. Entah siapa mamat ni pun saya tak tahu. Hish, ada jugak yang datang. Saya ni bukan suka sangat nak tarik perhatian orang. Tapi bila orang datang nak bersembang, takkan menyombong pulak. "Ni yang galit duk makan buah kat belakang ni, siapa nama?" Saya tak tahulah mamat ni volunteer ke driver bas. Yang confirm, dia bukan blind. Rata-rata blind dalam bas tu saya kenal walaupun tak kenal rapat. Saya diam. Takut dia tanya orang lain. "Nama siapa yang makan buah sorang ni?" Ulang soalan. Dia masih setia berdiri berdekatan saya. "Saya ke?" Saya nak kan kepastian. "Yelah," Jawabnya masih menumpukan perhatian pada saya. Saya berhenti makan. Segan jugak makan sambil diperhatikan. "Tinta Emas," Saya beritahu padanya nama betul sayalah. Takkan Tinta Emas kot. Berbelit-belit lidah dia nak sebut nama saya. Entah berapa kali ulang dan diajar baru betul. "Bin? Eh, binti?" Tanyanya lagi. Hadoi, nak binti sekali ke? Bukan urusan rasmi ni. Omel saya dalam hati. Jawab jelah. Saya tak suka nak macam-macam dengan orang yang baru saya kenal. "Asal mana?" Tanyanya untuk soalan seterusnya. "Kelantan," Jawab saya sepatah. Hish, buah aku belum habis ni. Boleh tak aku nak makan buah dulu? Dahlah jambu batu ni sedap dan rangup, kacau pulak. Asam pun banyak. "Oooo... Orang Kelantan rupanya. Kelantan kat mana?" Laaa... Ada soalan lagi? "Nilampuri," Jawab saya sepatah lagi. "En. Asal mana?" Tanya saya kembali berbasa-basi. Nanti orang kata sombong pulak. "Terengganu," "Kat mana?" Tanya jelah. Janji tak kaku. "Kat Dungun. Pernah pergi Dungun?" Tanyanya pada saya. "Dungun tak pernah. Kuala Terengganu dengan Besut pernahlah," Jawab saya. "Kerja kat mana?" Soalan seterusnya menyusul. Nak cakap kerja kat mana ek? Jujur jelah. "Kat bangunan yang bas ni ambil penumpang hari tu," Jawab saya supaya senang dia faham. Bas kan ambil kami kat MAB. MAB ni kan pusat segala benda, pusat gathering, mesyuarat, aktiviti, membawang pun kat sini. Hehehehe... "Oooo..." Saya pun tak tahu nak sembang apa dah. Penumpang lain mula naik dan dia ke hadapan. Yelah, kalau tak nanti, susah nak ke depan kalau orang dah ramai. Bagus, bolehlah saya habiskan jambu yang sedap ni. Masa saya nak turun setelah sampai di office saya, "Bye Tinta. Terima kasih," Aik, macam suara mamat tadi je. Apa yang terima kasih tu? Orang bye, kita bye jelah. "OK. terima kasih jugak. bye," Jawab saya. "Bye," Balasnya. Saya terus turun dan ambil beg. Mujur Ita ada tolong ambilkan beg kat dalam perut bas. Tak payahlah susahkan orang lain nak-naknya orang yang tak dikenali. Malulah.

Muka Pink, Betulkah?

Sejak awal saya keluar dengan Ita, Ita suka tegur saya. Katanya, dia suka tengok muka saya berubah jadi pink tatkala terkena panas mentari. "Merah macam udang bakar ke?" Tanya saya risau. Sebenarnya saya risaukan kulit wajah saya yang sekarang dalam zon elegik. "Taklah. Udang merah tu, teruk. Ni akak nampak comel je kalau kena panas. Saya suka tengok." Katanya. Biar betul budak ni? Sekonyong-konyong saya teringat kepada Hana, X-housemate saya dulu. Dia adalah orang pertama yang cakap kulit saya merah. Dia suka tengok wajah saya dan sering memanggil saya si merah. "Akak, comellah muka akak pink. Kenapa saya tak jadi macam tu bila kena panas?" Dia sering menegur wajah saya bila muka saya menjadi kemerahan tatkala berpanas. "Mana akak tahu." Saya ketawa jelah. "Akak, ni muka akak tengah pink." "Ye ke? Akak tak rasa apa-apa." Jawab saya. "Masa first saya tengok akak secara dekat masa tandem hari tu, pun saya dah perasan muka akak pink. Masa tu kan kita kayuh basikal tengah panas. Saya tengok je muka akak. Suka bila dia jadi pink macam pakai blusher," Blusher? Masa tandem tu mana saya pakai mekap? Bedakpun tak pakai. Sekadar pakai sun block je. Sun block mana ada warna. Blusher memang taklah masa buat aktiviti lasak. "Muka akak nampak licin dan halus kan?" Katanya sesekali apabila kami berjalan di Bukit Bendera sambil tangannya memegang pipi saya. Hadoi, mujur tak pegang lama. Sebab saya sendiripun tak pegang muka saya kalau tangan saya tidak dijamin bersih. "Sebenarnya, akak ni bukannya lawa sangat. Ada jugak kadang-kadang jadi problem. Dulu-dulu, masa remaja, muka akak ni banyak sangat jerawat. Macam-macam produk akak pakai. Semua tak jadi. Alhamdulillah, akhirnya akak jumpa satu produk ni dan dia OK. Harapnya OK la sampai bila-bila. Muka akak ni sensitif sebenarnya. Tak boleh pakai sebarang. Susah jugak nak pilih produk nak-naknya skin care," Saya beritahu dia. Saya tak nak orang tengok saya sempurna dan cantik. Sebab orang tak tahu apa yang saya lalui sebelum ni. Dan kecantikan tu milik Allah. Sekadar pinjaman je. Bila-bila masa Allah nak, Dia boleh ambil balik. Selagi ada, saya berusaha untuk menjaganya. Tapi saya bukanlah secantik orang lain. Sedang berjalan-jalan, dia cakap lagi. "Akak, sukalah muka akak pink. Kenapa kulit saya tak macam akak? Akak tahu tak, saya banyak jerawat, kulit kering. Pas tu tak pink macam akak bila kena panas." Katanya mengadu. "Ita, sebenarnya, Ita pun boleh cantik dan kulit Ita pun boleh jadi halus dan licin. Akak dulu pun banyak jerawat jugak. Ita kena pandai jaga, minum air banyak..." Adalah beberapa tips yang saya bagi kat dia untuk dia jaga kulit wajahnya dan mendapatkan kulit wajah yang dia idamkan. Waktu berjalan-jalan dalam perkampungan orang kerdil, kami melintasi satu kawasan baju-baju fairy tales. "Akak, ada baju snow White, akak nak pakai ambil gambar?" Tanya Ita kepada saya. "Nak! Mahu tak nak, Snow White kot. Saya ni memang gila fairy tales. Baju tu sarung je. Tak perlu buka baju kita. Dia terbuka di belakang untuk orang ambil gambar. Just ikat tali yang ada. Ita membantu saya memakai baju Snow White dan Azwan pula menjadi jurugambar. "Memang boleh jadi Snow White akak, dahlah muka akak tengah pink ni. Sesuai sangat. Cute akak pakai macam ni," "Nah, Snow White Malaysia," "Eh, merapulah." Saya takut dikecam orang. Nanti orang kata, saya yang perasan. Saya nak jadi Snow White? Kulit pun warna Asia. Dahlah kat situ ada orang lain lagi. Harapnya dia orang tak dengar apa yang Ita cakap. Secara jujurnya, saya memang tak rasa kulit saya lawa. Sebab jika dibandingkan dengan orang lain, ramai lagi yang lawa, halus dan licin kulitnya. Fenomena merah tu saya tak tahu kenapa dan macam mana boleh berlaku. Nak kata sebab skin care saya, sebelum saya pakai skin care ni pun memang dah macam tu. Hana tegur kulit saya merah 2008 dan saya pakai skin care ni 2011. Saya ingat, semua orang akan jadi merah kalau kena panas matahari. Tapi Ita kata, merah saya tu lain. Eh, Ita kata saya ni pink. Hana pun pernah cakap, katanya, sayalah orang yang dia jumpa kulit merah macam ni. Tang mana merahpun saya tak tahu sebab saya ni kulit sawo matang, bukan putih. Sebaliknya, Ita tu yang kulit kuning langsat. Tapi dia tak jadi pink pulak bila kena panas. Saya cuba cari sebab kulit pink dalam internet. Yang saya jumpa semuanya kerana sensitif dan burn. ' Masa dalam bas, saya tanya Ita, pink tak kulit saya sekarang? Ita kata tak sebab dah tak panas. Masa mula-mula naik bas adalah pink. Tapi masa kat tengah panas memang pink. Lama jugaklah pink tu nak hilang dari tengah panas bila saya masuk ke tempat teduh. Sebenarnya sekarang ni, kulit saya sedang mengalami ellegik iaitu kulit bibir. Nanti tu saya cerita dalam entri yang lain.

Pulau Pinang, Aku Datang Lagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hahahaha dah lama tak update blog. Dah mula ada yang bertanya. Jangan risau, saya belum lagi nak letak password kat blog saya ni. Kalau ada password, korang masuk je blog ni, mesti dia minta password. Masalah kemalasan yang menebal melanda. Tu yang tak update tu. Kalau selalu update karang, ada pulak yang tak suka tapi baca. Hehehehe... Pelik betul manusia ni. Baru-baru ni, saya ke Pulau Pinang, menghadiri Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan. Lebih kepada nak berjalan sebenarnya. Walaupun tak ada gang, pergi jelah sorang-sorang. Saya yakin, Allah pasti akan temukan saya dengan orang yang baik-baik dan nak berkawan dengan saya. Tak ramai pun, sorang. Adalah sorang budak ni, masa on the way pergi tu, adalah berkenalan dengan dia. Sebenarnya, kami pernah bercakap atas urusan kerja dalam telefon dan telah diperkenalkan sewaktu latihan tandem awal bulan lalu. Masa kat Penang pulak, saya jumpa dengan Harziah dan Raili adik lelaki dia. Kami memang dah kenal dan mesra. So, Harziah ajak saya ikut dia dan adiknya jalan-jalan petang Sabtu. Sayapun apa lagi, setujulah. Harziah siap ajak saya pergi Hatnyai pada keesokan harinya. Waaaa... Memang best dan nak ikut! Tapi.... spoil la, saya kena bagi talks kat PICC, Seminar anjuran Kementerian Pengangkutan hari ni. So, mana boleh ikut. Saya dah janji dengan orang kementerian. Si Harziah ni pulak last minute bagi tahu. Masa keluar jalan-jalan, budak yang baru saya kenal tu ikut. Rupanya, Harziah tu kawan dia jugak. Kami pun bersiar-siarlah berempat. Memang best jalan-jalan dengan orang satu kepala ni. Si Raili pulak gila-gila. Memang kami asyik ketawa je. Lepas tu makan, minum, beli barang. Habis berantakan diet saya. Ahad, kami dibawa bersiar-siar di Bukit Bendera. Saya memang dah janji dengan budak Ita yang baru saya kenal tu nak jalan sekali. Kebetulan kami dua-dua tak ada gang dan tak ada kawan. Rakan sekerja dia ada, tapi lelaki. Dia ni, staff SBM yang baru. Masa jalan-jalan tu, kami sibuk posing dan ambil gambar. Guna kamera saya sebab kamera saya alhamdulillah cantik. Dia orang suka. Saya OK je. Oh ya, Azwan, kawan sekerja Ita pun join kami. Awal-awal lagi, Azwan ajak kami jalan bersama. Kami bertigalah yang sibuk ambil gambar ke sana ke mari cari pot yang best. En. Maznan dan Abang Rosham sesekali menjelma dalam gambar-gambar kami. Mula-mula, jalan beramai-ramai. Macam gabungan gang. Tak lama berjalan, yang lain tu sibuk nak cari minuman. Nak duduk kat kedai katanya, nak minum. Ada yang keletihan, ada yang lapar. Kami bertiga diam je. Tapi Azwan pergi hantar sorang uncle. Sebab dia bawa uncle tu. Sebelum berlalu, Azwan tanya kami, nak makan ke? Saya diam dulu. Tengok respon Ita. Saya tak naklah buat keputusan untuk orang. Saya ikut je suara majoriti. Nanti orang kata, saya bossy pulak. Lagipun dah penat buat keputusan. Kat pejabat, hari-hari saya yang buat keputusan. So, biar saya jadi pengikut pulak. "Saya tak lapar lagi," Kata Ita. "Tadi kat hotel makan banyak gila. Sayapun kenyang lagi." Azwan pula memberitahu. "Akak nak jalan ke nak minum?" Ita tanya saya sambil Azwan menanti jawapan saya. "Korang?" Saya membalas dengan soalan. Tak naklah orang rasa terpaksa sebab saya ni pun ikut dia orang je. "Nak jalan pun boleh." Azwan menjawab. Hati saya berlagu riang bila Azwan dan Ita masih kenyang. Antara makan dan jalan-jalan, saya lebih suka berjalan-jalan dan ambil gambar. Abadikan kenangan. Entah bila nak datang sini lagi. "Akak penat ke?" Ita tanya saya lagi. "Akak suka jalan-jalan," Jawab saya dengan senyuman. "OK, kita jalan ek. Nanti boleh ambil gambar banyak-banyak." Kata Ita setuju. "Boleh. Korang tunggu kat sini, saya hantar uncle kejap. Nanti saya datang balik kita jalan lagi. Banyak lagi tempat kita belum explore. Jap lagi kita naik atas sana," Azwan setuju untuk sertai kami berjalan-jalan. "Waaaa... Kalau nak ambil gambar banyak-banyak, better jalan dengan akak. Orang lain tu asyik nak duduk dan makan je. Nanti tak boleh nak jalan-jalan dan ambil gambar," Kata Ita kegirangan. "Akak memang suka berjalan. Tak suka duduk je. Bosan," Azwan kembali dan dengan riang kami berjalan sambil bergambar kenangan dan melawak. Asyik ketawa je.