SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, September 25, 2019

Nota Microsoft Power Point 1 (Adjust Ketinggian Dan Kelebaran Kotak)

assalammualaikum dan selamat pagi semua. Haaa... Nampak tak? Tajuk sedikit ilmiah hari ni ya. Meh sini, saya nak kongsikan macam mana nak adjust saiz ketinggian atau kelebaran kotak dalam slide. Saya tahu, bukan semua orang pro dalam penggunaan Microsoft Power Point ni terutamanya, OKU Penglihatan termasuklah tuan punya blog ni. Saya nak tulis kat sini untuk sama-sama kita share dan untuk nota saya jugak apabila diperlukan. Pagi ni, saya terima panggilan dari Alif, Ex-budak praktikal kat office ni yang sekarang sambung praktikal kat Jakel. "Kak, macam mana Alif nak besarkan kotak bawah dalam Power Point ni?" Alamak, macam mana nak jawab soalan budak ni? Selalunya saya buat je lepas tu suruh assistant saya cantikkan slide saya. Dalam kes budak ni, dia bukan ada sesiapa kat office untuk diminta tolong. Lagipun dia baru, mesti dia belum kenal sangat sesiapa yang boleh diharapkan. "Bagi akak beberapa minit. Nanti akak call balik," Putus saya. Manusia kalau ada kemudahan sikit, mesti take for granted kan? Macam saya yang tak pernah ambil pusing semua tu sebab ada assistant. Main arah je. Hehehehehe... Dengan bantuan Kak Sha untuk melihat apa yang berlaku pada skrin, eksplorasi Power Point pun bermula. Beberapa minit kemudian, sayapun menemui kaedah ini. Harus diingat, saya bukan pakar IT or what so ever software. Saya kongsikan di sini berdasarkan pengalaman saya yang try and error. Kalau sesiapa yang ada short cut, bolehlah share di ruangan komen untuk saya update entri ni bagi manfaat semua terutamanya para pengguna scree reader macam saya. Dan, saya share ni dari perspektif screen reader jenis JAWS. Kalau orang yang guna screen reader lain tu, saya tak pasti sama ada boleh guna cara ni atau tidak. 1. Buka Microsoft Power Point. 2. Tab ke mana-mana kotak yang korang nak adjust. Dalam kes Alif ni, kita tab sampai JAWS sebut Subtitle place folder. 3. Tekan alternate key atau button menu untuk dapatkan menu pilihan. 4. Gunakan cursur kiri atau kanan untuk cari format dan tekan enter untuk masuk ke format. 5. Gunakan cursur atas atau bawah untuk ke saiz dan tekan enter. 6. JAWS akan sebut 4.87 CM atau apa-apa nombor. Kalau cursur ke bawah, JAWS akan sebut 17.78 CM atau apa-apa nombor yang lebih besar dari nombor di atas tadi. Harus diingat, nombor yang kecil itu adalah saiz ketinggian kotak manakala nombor yang besar adalah saiz kelebaran kotak. Dalam kes Alif, dia nak besarkan kelebaran kotak. So: 7. Enter pada nombor yang besar. 8. Gerakkan cursur atas atau bawah untuk adjust kelebaran kotak. Bila sampai ke ukuran yang dikehendaki, tekan enter. Maka paparan saiz kotak di skrin akan berubah mengikut saiz yang anda pilih. Ulang langkah 7 sekiranya tidak Berjaya kerana ada ketikanya, bila kita tekan enter pada nombor yang besar, kita tak dapat pilihan saiz atau kita dah masuk ke menu computer atau kita dah kembali ke slide. Buat langkah sama untuk adjust ketinggian kotak atau adjust center place folder. Untuk adjust kotak tajuk, pastikan pada permulaan slide tadi, anda tab ke center place folder dan ikuti langkah sama di atas. Macam buat resipi memasak pulak. Daaaa... Nanti saya kembali lagi dengan tajuk yang lain.

No comments: