SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, September 25, 2019

Nota Microsoft Power Point 1 (Adjust Ketinggian Dan Kelebaran Kotak)

assalammualaikum dan selamat pagi semua. Haaa... Nampak tak? Tajuk sedikit ilmiah hari ni ya. Meh sini, saya nak kongsikan macam mana nak adjust saiz ketinggian atau kelebaran kotak dalam slide. Saya tahu, bukan semua orang pro dalam penggunaan Microsoft Power Point ni terutamanya, OKU Penglihatan termasuklah tuan punya blog ni. Saya nak tulis kat sini untuk sama-sama kita share dan untuk nota saya jugak apabila diperlukan. Pagi ni, saya terima panggilan dari Alif, Ex-budak praktikal kat office ni yang sekarang sambung praktikal kat Jakel. "Kak, macam mana Alif nak besarkan kotak bawah dalam Power Point ni?" Alamak, macam mana nak jawab soalan budak ni? Selalunya saya buat je lepas tu suruh assistant saya cantikkan slide saya. Dalam kes budak ni, dia bukan ada sesiapa kat office untuk diminta tolong. Lagipun dia baru, mesti dia belum kenal sangat sesiapa yang boleh diharapkan. "Bagi akak beberapa minit. Nanti akak call balik," Putus saya. Manusia kalau ada kemudahan sikit, mesti take for granted kan? Macam saya yang tak pernah ambil pusing semua tu sebab ada assistant. Main arah je. Hehehehehe... Dengan bantuan Kak Sha untuk melihat apa yang berlaku pada skrin, eksplorasi Power Point pun bermula. Beberapa minit kemudian, sayapun menemui kaedah ini. Harus diingat, saya bukan pakar IT or what so ever software. Saya kongsikan di sini berdasarkan pengalaman saya yang try and error. Kalau sesiapa yang ada short cut, bolehlah share di ruangan komen untuk saya update entri ni bagi manfaat semua terutamanya para pengguna scree reader macam saya. Dan, saya share ni dari perspektif screen reader jenis JAWS. Kalau orang yang guna screen reader lain tu, saya tak pasti sama ada boleh guna cara ni atau tidak. 1. Buka Microsoft Power Point. 2. Tab ke mana-mana kotak yang korang nak adjust. Dalam kes Alif ni, kita tab sampai JAWS sebut Subtitle place folder. 3. Tekan alternate key atau button menu untuk dapatkan menu pilihan. 4. Gunakan cursur kiri atau kanan untuk cari format dan tekan enter untuk masuk ke format. 5. Gunakan cursur atas atau bawah untuk ke saiz dan tekan enter. 6. JAWS akan sebut 4.87 CM atau apa-apa nombor. Kalau cursur ke bawah, JAWS akan sebut 17.78 CM atau apa-apa nombor yang lebih besar dari nombor di atas tadi. Harus diingat, nombor yang kecil itu adalah saiz ketinggian kotak manakala nombor yang besar adalah saiz kelebaran kotak. Dalam kes Alif, dia nak besarkan kelebaran kotak. So: 7. Enter pada nombor yang besar. 8. Gerakkan cursur atas atau bawah untuk adjust kelebaran kotak. Bila sampai ke ukuran yang dikehendaki, tekan enter. Maka paparan saiz kotak di skrin akan berubah mengikut saiz yang anda pilih. Ulang langkah 7 sekiranya tidak Berjaya kerana ada ketikanya, bila kita tekan enter pada nombor yang besar, kita tak dapat pilihan saiz atau kita dah masuk ke menu computer atau kita dah kembali ke slide. Buat langkah sama untuk adjust ketinggian kotak atau adjust center place folder. Untuk adjust kotak tajuk, pastikan pada permulaan slide tadi, anda tab ke center place folder dan ikuti langkah sama di atas. Macam buat resipi memasak pulak. Daaaa... Nanti saya kembali lagi dengan tajuk yang lain.

Friday, September 20, 2019

Kata Laluan

Assalammualaikum semua. Salam sejahtera. Dah lama tak update blog ni. Sampai lupa kata laluan. Hehehehe... Dahsyat betul. Jenuhlah nak recover akaun ni. Jenuh jugaklah Amjat dan Kak Sha duk bacakan verification code untuk lupa kata laluan. Bukan main teruk tulisan codenya. Entah kenapa kat Internet Explorer tak boleh on pulak yang listen tu. Setelah gagal dengan Amjat dan Kak Sha, saya buka pulak Mozilla Firefox. OK, reader dia berfungsi. Tapi, Masya-Allah, jenuh saya nak mendengarnya. Memang payah nak dengar dan faham dia cakap apa. Kalau online banking ni, mesti dah kena gantung akaun saya. Saya termenung di depan PC. Macam mana nak buat ni? Takkanlah saya gagal selamanya nak dapatkan blog kesayangan saya ni? Allah bagi ilham untuk buka melalui phone. Bila saya try nak tukar password, dia Tanya saya nak update tak dekat store password? Oh, maknanya, saya ada save password ni kat phonelah ya? Saya segera tengok kat save password tu. Masalahnya itulah password yang saya gunakan tadi untuk sign in. Tapi dia keluar notis yang saya dah tukar password 42 hari lalu. Mungkin saya tukar guna laptop so saya tak update kat phone. OK, kita try tukar kata laluan dengan phone. Alhamdulillah, Berjaya! Sebab tulah saya boleh tulis blog sekarang ni. Hehehehe... Banyak benda saya nak cerita. Bergantunglah pada masa dan mood. Nanti sambung ya. Nak pergi jumpa kawan lama kejap. Nak lepak-lepak hiburkan hati. Hehehe... Malam ni kan malam Sabtu, balik lewat sikitpun OK. Semua program esok batal disebabkan jerebu. Almaklumlah, kita ni out door punya orang.