Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, March 28, 2019
Petua Menghilangkan sakit Dan Kesan Terkena Benda Panas
Assalammualaikum dan selamat petang.
Apa khabar semua?
Dah lama tak berceloteh kat sini.
Busy. Ke buat-buat busy? Hehehehe...
Biasalah. Bila ada mood baru tulis.
Ahad lepas, masa beristirehat di C'haya Hotel kat Sabah, saya iron baju.
Apa ke peliknya iron board dia tu? Tempat letak iron betul-betul atas iron board dan kalau selalu kita jumpa iron board yang bila kita letak streak muncungnya ke depan. Ni pulak muncung streak menghadap ke sisi, ke arah kita. Dahlah sarang dia tu ngam-ngam untuk bentuk streak. So, tak boleh nak ubah kedudukan dia. Apa lagi, masa duk betulkan tudung untuk digosok, secara tidak sengaja, tangan saya terkena pada muncung streak. Ya Allah! Panasnya!
So inilah petua yang saya nak kongsikan hari ni.
Kalau korang terkena benda panas, korang cepat-cepat alirkan tangan korang dengan air paip. Atau, kalau korang malas nak berdiri, korang ambil bekas isi air paip lepas tu korang rendam tangan or what so ever yang terkena benda panas tadi tu. Jangan angkat or alih tangan korang. Rendam lama-lama. Bagi mereka yang Nampak, rendam atau alirkan air kat tempat tu sampai hilang warna merah kesan benda panas tadi. Bagi yang tak Nampak, rendamlah selama mungkin. Kalau korang angkat tangan korang dari air still rasa panas, rendam lagi sampai korang angkat tangan korang, korang dah tak rasa panas tu. Insya-Allah, lepas tu, tak ada lagi rasa sakit dan tangan korang takkan melecur, bengkak dan berkesan.
Korang cubalah.
Setakat ni dah beberapa kali saya buat, Alhamdulillah. Bahagian yang kena benda panas saya tak sakit dan tak ada kesan. Tapi kena sabarlah merendam atau mengalirkan air pada bahagian tubuh yang kena tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment