SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, March 31, 2019

Evening Prime Rose =EPO (Untuk Bacaan Perempuan Sahaja)

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dah tidur ke semua? Saya belum lagi. Rasa rajin nak menulis pulak. Saya dah bagi amaran kat atas tu. Kalau ada orang lelaki yang gatal jugak nak baca, jangan kecam tulisan saya kali ni. Saya dah bagi amaran eh. Saya rasa majoriti orang perempuan kenal dengan produk ni tak kira dari jenama apa. Sebenarnya dah banyak kali saya makan supplement ni. Cuma baru hari ni tergerak hati nak menulis atau lebih tepat lagi nak buat review sendiri tentang benda alah ni. Saya makan ni sebab apa lagi? Senggugutlah serta kitaran yang tidak teratur. Bila tak teratur, maka saya akan sakit. Lebih teruk saya sampai kena baring kat surau office buat beberapa jam untuk meredakan sakit. Dulu lagi teruk, MC terus! Lepas tu sampai muntah-muntah. Sakitnya Allah je tahu. Mendiang Kak Helma, pengasuh kat sekolah saya pernah syorkan saya makan EPO ni. Dari sekolah lagi saya kena senggugut ni. Dulu kan kami ada latihan setiap petang di Stadium Larkin tak pun di Kebun Istana. Masa tu, saya masuk acara lari 100 M dan 200 M. Latihan kami memang gila-gila. Lari pusing stadium enam kali la. Pergi latihan pukul 2.00 petang baliknya pukul 6 petang. Kalau musim sukan, setiap hari latihan kecuali hari Ahad. Sabtu latihannya pagi. Saya selalu tak datang latihan kalau senggugut. Tapi mendiang kata, macam mana kalau hari pertandingan, saya senggugut? Macam mana nak lari? Bila dah masuk universiti, saya dah mula pegang duit banyak sikit, so, belilah. Tapi saya ni tak consistent. Ada problem makan. Bila dah OK, berhenti. Lately ni, kitaran saya mula jadi teruk. kelancaran pun entah apa-apa. Saya mula sakit balik. Teruk. Sakit yang paling tak tahan tu. Saya beli balik EPO ni kat farmasi Brickfields. Wickey memang suka bagi saya murah. Banyak kat internet ni tentang manfaat EPO kepada wanita. T Malam ni, saya nak review tentang apa yang tak ditulis kat internet tu je. Malas nak cerita panjang. Bulan pertama saya makan EPO, saya still sakit masa datang bulan. Memang kena tidur kat surau jugak. Masa tu saya terfikir, mungkinkah EPO ni dah tak sesuai dengan saya? Tak hilangpun sakit senggugut saya? Membazir jelah beli satu pack yang 3 botol tu. Tapi ada orang cakap dengan saya, mungkin sebab saya baru mula makan balik jadi, belum berkesan. Mungkin EPO sedang bekerja keras. OK la, kita tengok bulan kedua. Bulan kedua ni, dia lambat datang. Saya tengok kat apps dah 46 hari, tak datang-datang jugak. Hadoi, ni mesti sakit gila kalau datang ni. Bisik saya dalam hati. Bersedia jelah. Jangan MC sudah. Saya teringat 10 tahun lalu, makan EPO tapi datangnya pun lewat. Mungkin tindakbalas awal kot. Akhirnya, masa yang dinanti pun tiba. Alhamdulillah, saya tak sakit kali ni. Tak perlu baring di surau. Terima kasih Allah. Satu lagi yang saya perasan lepas makan EPO ni, darah tak busuk macam selalu. Tak bau kuat. So, tak adalah geli sangat nak membasuhnya. Malah, tak melekatpun bau pada tangan. Pengaliran banyak dan lancar. Saya dah jadi macam orang dalam pantang. Jaga makan supaya tidak membantutkan pengeluarannya. Biar dia keluar habis setelah beberapa lama dia tak lancar dan sedikit. Tak tahulah kenapa. Adakah disebabkan kerana saya diet? So, itulah review saya tentang EPO ni.

No comments: