SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, March 31, 2019

Cantik Itu Subjektif

Hahahaha... Nak tulis lagi. Alhamdulillah, petang tadi, saya siap membuat rutin mingguan penjagaan kulit wajah saya. Mula-mula tanggalkan mekap sebab hari ni berfoundation bagai pergi kerja walaupun simple dan malas. Lepas tu scrub muka dan cuci pakai cleanser. Saya memang suka buat terbalik. Sepatutnya cuci muka pakai cleanser dulu, tapi saya suka scrub dulu baru cuci pakai cleanser. Sebab apa? Scrub tu kan menanggalkan kotoran dan sel kulit mati, then lepas tu baru kita cuci pakai cleanser. Buat apa pakai cleanser dulu lepas tu scrub tanggalkan sel kulit mati kita, kita just bilas gitu je? Jangan ikut tau, itu tiori saya sendiri yang saya gunapakai untuk diri sendiri. Then lepas tu, saya pakai mask. Try mask yang Nik bagi kat saya. Dia kan bekas pekerja produk kosmetik. Adalah sampel dia. Dan dia distribute kat office. Kat saya dia bagi dua. Orang lain semua dapat satu hahahaha... Mungkin sebab saya je yang obvious suka benda-benda gitu. Then settled, saya pakai Clear Lotion saya aka tonner. Lepas tu pakai Miracle Water. Sesiapa yang pernah baca tentang produk yang saya guna, mesti tahu dari jenama apa kan? Diam tak diam, dah sembilan tahun saya gunakan produk dari jenama ni. Kemudian, saya try krim yang Nik juga bagi dari jenama Aishi Toto. Entah ya entah tidak ejaan ni. Produk ni dah 20 tahun di Jepun dan baru masuk Malaysia. Hahahaha... Kalau sesuai, kopaklah saya. Harganya lebih kurang je macam produk yang saya pakai sekarang. Tapi tak apalah. Beli sekali untuk setahun. Lepas tu letak pelembap bibir. Kat dalam rumah pun nak pakai pelembap bibir. Kalau orang dengar kau memang mengada-ngada Tinta. Lantaklah nak kata apapun, saya memang suka bab-bab ni. Tak kiralah dalam ke luar rumah, saya pakai je. Cuma nak mekap dalam rumah je belum lagi. Esok kalau ada suami baru mekap kat rumah. Hahahahaha... Ada kawan kata, saya bersusah-payah untuk mendapatkan kecantikan saya. Cantik ke masalahnya??? Hahahahaha... Sekali lagi, lantaklah apa orang nak kata. Saya tulis sebab orang cakap. Bagi saya tidak. Saya tak perlu bersusah-payah untuk mendapatkan kecantikan. Kan semua orang diciptakan sebagai makhluk yang indah? Cantik itu subjektif. Mungkin ada je orang yang berpendapat saya ni tak cantik. Cuma, kita sebagai manusia, harus menghargai apa yang Allah berikan. Bagaimana menghargainya? Kita jaga semampu yang kita boleh. Kalau rajin, kita serlahkannya dengan cara kita sendiri mengikut citarasa kita. Semua tu bergantung kepada minat seseorang. Kalau dia minat nak buat, dia akan buat macam-macam untuk tampil bergaya serta serlahkan apa yang Tuhan dah bagi. Kalau tak minat, memang tak buatlah kan? Kadang-kadang saya pelik dengan sesetengah orang ni. Isu cantik pun nak dibesar-besarkan. Setiap orang ada kecantikan dia sendiri. Daripada kita dengki dan irihati kat orang, lebih baik kita berbaik dan berkongsi macam mana nak jadi cantik. Itu kan lebih berfaedah daripada kita sakit hati kat orang, nanti wajah kita pun akan dipengaruhi oleh hati kita yang begitu. Ada je sesetengah orang yang saya tahu dia tak puas hati dengan saya dalam bab ni. Sebelum saya bertukar kerja ke office saya sekarang lagi saya tahu siapa antara orangnya. Awak tak perlu menyampah dengan saya. Ketahuilah, awak pun seorang yang cantik. Mama saya pun pernah cakap awak cantik. Awak tu berkulit putih. Itu bonus bagi awak. Tak cantik pun, tetap nampak cantik sebab kulit putih tu dulu yang menyerlah dan orang akan nampak. Kulit saya sawo matang je. Kulit Melayu. Sawo matang bukan hitam manis tau hehehehe...

Evening Prime Rose =EPO (Untuk Bacaan Perempuan Sahaja)

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dah tidur ke semua? Saya belum lagi. Rasa rajin nak menulis pulak. Saya dah bagi amaran kat atas tu. Kalau ada orang lelaki yang gatal jugak nak baca, jangan kecam tulisan saya kali ni. Saya dah bagi amaran eh. Saya rasa majoriti orang perempuan kenal dengan produk ni tak kira dari jenama apa. Sebenarnya dah banyak kali saya makan supplement ni. Cuma baru hari ni tergerak hati nak menulis atau lebih tepat lagi nak buat review sendiri tentang benda alah ni. Saya makan ni sebab apa lagi? Senggugutlah serta kitaran yang tidak teratur. Bila tak teratur, maka saya akan sakit. Lebih teruk saya sampai kena baring kat surau office buat beberapa jam untuk meredakan sakit. Dulu lagi teruk, MC terus! Lepas tu sampai muntah-muntah. Sakitnya Allah je tahu. Mendiang Kak Helma, pengasuh kat sekolah saya pernah syorkan saya makan EPO ni. Dari sekolah lagi saya kena senggugut ni. Dulu kan kami ada latihan setiap petang di Stadium Larkin tak pun di Kebun Istana. Masa tu, saya masuk acara lari 100 M dan 200 M. Latihan kami memang gila-gila. Lari pusing stadium enam kali la. Pergi latihan pukul 2.00 petang baliknya pukul 6 petang. Kalau musim sukan, setiap hari latihan kecuali hari Ahad. Sabtu latihannya pagi. Saya selalu tak datang latihan kalau senggugut. Tapi mendiang kata, macam mana kalau hari pertandingan, saya senggugut? Macam mana nak lari? Bila dah masuk universiti, saya dah mula pegang duit banyak sikit, so, belilah. Tapi saya ni tak consistent. Ada problem makan. Bila dah OK, berhenti. Lately ni, kitaran saya mula jadi teruk. kelancaran pun entah apa-apa. Saya mula sakit balik. Teruk. Sakit yang paling tak tahan tu. Saya beli balik EPO ni kat farmasi Brickfields. Wickey memang suka bagi saya murah. Banyak kat internet ni tentang manfaat EPO kepada wanita. T Malam ni, saya nak review tentang apa yang tak ditulis kat internet tu je. Malas nak cerita panjang. Bulan pertama saya makan EPO, saya still sakit masa datang bulan. Memang kena tidur kat surau jugak. Masa tu saya terfikir, mungkinkah EPO ni dah tak sesuai dengan saya? Tak hilangpun sakit senggugut saya? Membazir jelah beli satu pack yang 3 botol tu. Tapi ada orang cakap dengan saya, mungkin sebab saya baru mula makan balik jadi, belum berkesan. Mungkin EPO sedang bekerja keras. OK la, kita tengok bulan kedua. Bulan kedua ni, dia lambat datang. Saya tengok kat apps dah 46 hari, tak datang-datang jugak. Hadoi, ni mesti sakit gila kalau datang ni. Bisik saya dalam hati. Bersedia jelah. Jangan MC sudah. Saya teringat 10 tahun lalu, makan EPO tapi datangnya pun lewat. Mungkin tindakbalas awal kot. Akhirnya, masa yang dinanti pun tiba. Alhamdulillah, saya tak sakit kali ni. Tak perlu baring di surau. Terima kasih Allah. Satu lagi yang saya perasan lepas makan EPO ni, darah tak busuk macam selalu. Tak bau kuat. So, tak adalah geli sangat nak membasuhnya. Malah, tak melekatpun bau pada tangan. Pengaliran banyak dan lancar. Saya dah jadi macam orang dalam pantang. Jaga makan supaya tidak membantutkan pengeluarannya. Biar dia keluar habis setelah beberapa lama dia tak lancar dan sedikit. Tak tahulah kenapa. Adakah disebabkan kerana saya diet? So, itulah review saya tentang EPO ni.

Thursday, March 28, 2019

Petua Menghilangkan sakit Dan Kesan Terkena Benda Panas

Assalammualaikum dan selamat petang. Apa khabar semua? Dah lama tak berceloteh kat sini. Busy. Ke buat-buat busy? Hehehehe... Biasalah. Bila ada mood baru tulis. Ahad lepas, masa beristirehat di C'haya Hotel kat Sabah, saya iron baju. Apa ke peliknya iron board dia tu? Tempat letak iron betul-betul atas iron board dan kalau selalu kita jumpa iron board yang bila kita letak streak muncungnya ke depan. Ni pulak muncung streak menghadap ke sisi, ke arah kita. Dahlah sarang dia tu ngam-ngam untuk bentuk streak. So, tak boleh nak ubah kedudukan dia. Apa lagi, masa duk betulkan tudung untuk digosok, secara tidak sengaja, tangan saya terkena pada muncung streak. Ya Allah! Panasnya! So inilah petua yang saya nak kongsikan hari ni. Kalau korang terkena benda panas, korang cepat-cepat alirkan tangan korang dengan air paip. Atau, kalau korang malas nak berdiri, korang ambil bekas isi air paip lepas tu korang rendam tangan or what so ever yang terkena benda panas tadi tu. Jangan angkat or alih tangan korang. Rendam lama-lama. Bagi mereka yang Nampak, rendam atau alirkan air kat tempat tu sampai hilang warna merah kesan benda panas tadi. Bagi yang tak Nampak, rendamlah selama mungkin. Kalau korang angkat tangan korang dari air still rasa panas, rendam lagi sampai korang angkat tangan korang, korang dah tak rasa panas tu. Insya-Allah, lepas tu, tak ada lagi rasa sakit dan tangan korang takkan melecur, bengkak dan berkesan. Korang cubalah. Setakat ni dah beberapa kali saya buat, Alhamdulillah. Bahagian yang kena benda panas saya tak sakit dan tak ada kesan. Tapi kena sabarlah merendam atau mengalirkan air pada bahagian tubuh yang kena tu.

Tuesday, March 19, 2019

Dalam Berjuta Hanya Satu

Assalammualaikum dan selamat petang you alls, Dah lama saya tak membebel kat sini. Dengan mood yang ada, nak menulis sikit hari ni. Dalam berjuta manusia yang ada di muka bumi ni, hanya ada satu je yang sanggup menemani kita untuk sepanjang hayat. Dulu, masa saya baru-baru kecewa, bukan saya tak tahu, ada desas-desus yang mengatakan, 'lelaki manalah yang boleh tahan dengan perangai Tinta tu?' Amboi, sedapnya bercakap. Korang tahu ke apa yang saya dan dia lalui? Lelaki mana yang boleh tahan dengan perangai saya atau perempuan macam mana yang sanggup tahan dengan perangai si dia? Buruk sangat ke perangai saya ni? Ya, memang saya cerewet. Memang saya tegas. Sebab saya diasuh supaya berpendirian. Tapi, kalau kena gayanya, pasti hati saya akan lembut selembut sutera. Cewah! Orang yang cakap macam tu, dia tak pernah jadi teman istimewa saya. Dia jugak tak pernah rapat dengan saya. Tak kenal saya sedalamnya tapi pandai nak menghukum. Tanyalah orang-orang yang pernah bersama saya. Baik dan buruk saya. Saya bukan baik sangat. Tapi kalau semuanya buruk, macam mana pulak dia orang tu boleh jatuh hati kat saya? Habis tu, tak sorang pun datang Tanya saya macam mana baik atau buruknya perangai si dia tu waktu bersama saya? Apa yang menyebabkan hubungan kami berderai? Kalau tak suka saya, jangan asyik tuding jari kat saya je sedangkan korang tak tahu apa yang berlaku. Empat jari tu menunjuk kat diri korang sendiri tau. Kalau dah saya tak ada jodoh dengan seseorang, maknanya Allah tak izin. Pasti Allah ada sebab kenapa Dia buat macam tu. Saya percaya bahawa kalau kita jujur dan ikhlas dengan seseorang, andainya orang menganiaya kita, pasti Allah gantikan dengan yang lebih baik. Setakat ni Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan orang yang lebih baik dari yang terdahulu setiap kali Dia memutuskan hubungan saya dengan seseorang. Saya yakin Allah sangat sayangkan saya. Kebaikan orang yang datang dalam hidup saya dapat saya rasakan sama ada dari segi sikap, perbuatan, kata-kata, kasih sayang, rohani, agama serta dunia. Saya bukan memilih seperti yang selalu digembar-gemburkan. Saya cuma mencari orang yang benar-benar mampu membuat saya jatuh cinta kepadanya. Bila dia mampu menyentuh hati saya, pasti cinta dan rindu saya menjadi miliknya yang mutlak selagi Allah izinkan. Mohon doakan yang baik-baik buat saya ya. Saya rindukan seseorang yang bergelar jodoh yang telah Allah suratkan.