SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, July 1, 2018

Orang Macam Ni Pun Ada

Assalammualaikum readers, Dah mengantuk sebenarnya. Tapi nak tulis sikit sebelum tidur. Minggu ni saya ke Ipoh, Perak menghadiri suatu mesyuarat agung dwetahunan di mana saya merupakan salah seorang ahli Majlis Presiden organisasi berkenaan. Masa sesi laporan, saya merupakan MP kedua akhir yang membentangkan laporan. Laporan saya pendek je. Saya amat berharap ahli yang hadir tak banyak soal. Dia orang ni kalau ada yang tak kena, macam-macam hal la. Saya tengok MP-MP sebelum saya nak-naknya yang perempuan smooth je. Mungkin mereka tak berminat kot untuk bertanya kepada MP perempuan. So, bila tuan presiden memanggil nama saya, dengan rasa berdebar saya naik ke pentas untuk pembentangan. Saya pesan pada diri, jangan takut. Bertawakallah. Saya dah cuba kalau dia orang soal jugak, jawablah dengan yakin. Kalau saya salah, saya mengaku jelah salah. Setelah pembentangan saya dan pembentangan MP terakhir, sesi soal jawab dibuka. Soalan pertama dari Cawangan Kedah. Soalannya tak mudah untuk dijawab. Alhamdulillah, semua soalan yang ditanya kepada saya semuanya ada fakta dan saya punya jawapan konkrit. Paling tak boleh belah, ada sorang ahli tu kata nak bagi cadangan. Tapi tak puas dengar suara saya, so dia nak tanyalah. Hmmm... Nasib baiklah kau tu ahli. Saya layankan je la. Orang macam ni pun ada. Kalau diikutkan hati, malas nak jawab. Dah dua penggal berturut-turut isu suara saya ditimbulkan hahaha. Cuma kali ni isu perfume tak naik. Hahahahaha....

No comments: