SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, July 2, 2018

Di Sebalik Calon Timbalan Presiden

Assalammualaikum semua. Selamat pagi. Orang sibuk dengan pemilihan UMNO, kami pun sibuk jugak. Sibuk dengan pemilihan salah sebuah NGO kami. Baiklah, hari ni saya ingin mengulas cerita-cerita kurang enak yang bertebaran sekitar pemilihan Ahad lalu. Khabarnya berkisar kepada calon timbalan presiden. Sebelum tu, saya ingin memohon maaf kepada mereka yang menyokong calon-calon berkenaan kiranya kalian membaca tulisan saya ini. Niat saya bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak. Sekadar menulis dari pemerhatian saya di mana saya terlibat secara langsung dalam Majlis Presiden dan ExCo pada penggal sebelum ini. Dan kalau korang sering baca blog saya dan kenal siapa saya, saya ini akan memberi pandangan dan kritikan jujur walaupun terhadap kawan saya sendiri. Saya tidak mampu menjelaskan isu berbangkit secara rialiti kerana perlu menjaga hati banyak pihak serta tidak mahu mengeruhkan keadaan. Jadi, biarlah saya tulis di sini agar ianya sekurang-kurangnya menjelaskan isu sebenar. ************* Sebagai salah seorang ahli ExCo, saya rasa simpati dan bersalah kepada seorang calon presiden yang dikatakan suka memotong budget dan menyekat MP untuk menjalankan aktiviti dan program. Kenapa saya rasa bersalah? Sebab tomahan tersebut dilontarkan kepada pengerusi ExCo sahaja sebelum ini sedangkan pemotongan atau sebarang tindakan dibuat adalah atas keputusan mesyuarat dan bukannya atas keputusan seorang individu walaupun dia seorang pengerusi. Sebenarnya sebagai MP dan ExCo, banyak rahsia yang kami simpan. Daripada perbincangan dalam mesyuarat sehinggalah perangai serta sikap setiap ahli MP. Saya setuju, setiap permohonan budget yang dihantar termasuk dalam anggaran perbelanjaan setiap MP. Namun, ExCo berhak untuk memastikan setiap permohonan itu tidak bertindih dengan jawatankuasa lain dan ianya dijalankan mengikut kefungsian serta objektif jawatankuasa berkenaan. Kemerlut ini bermula apabila ExCo menerima permohonan daripada seorang MP untuk menganjurkan sebuah kursus. Kursus kepimpinan di mana kursus kepimpinan ini turut dilaksanakan oleh dua jawatankuasa lainnya untuk dua target group. Kami menilai permohonan yang baru diterima. Ini adalah kali kedua permohonan untuk kursus sama. Kesilapan kami pada permohonan beliau yang lalu, adalah meluluskan kursus berkenaan terlebih dahulu dan meminta beliau untuk menghantar dokumen yang dikehendaki seperti tentative program serta modul. Kami juga menasihati beliau supaya kursus kepimpinan yang dijalankan haruslah focus kepada jawatankuasa yang dipegangnya kerana kertas kerja yang dihantar kursus kepimpinan itu sama sahaja seperti kursus kepimpinan yang lain. Lebih kepada membina keyakinan diri seperti flying fox dan sebagainya sedangkan beliau memegang potfolio di mana saya juga di office saya bertanggungjawab atas perkara yang sama. Jadi, kursus kepimpinan yang dijalankan saya amat faham akan pengisian dan objektifnya. Seharusnya tiada persamaan dengan kursus kepimpinan untuk jawatankuasa lain. Saya ingin mengajak anda berfikir, apakah yang harus ada dalam kursus kepimpinan sukan? Apakah yang harus ada dalam kursus kepimpinan belia dan apakah yang harus ada dalam kursus kepimpinan Modal Insan? Haruskah kesemua kursus ini menggunakan modul yang seakan sama? Fikirkanlah dengan fikiran yang waras dan jangan emosional. Dan beliau menganjurkan kursus kepimpinan berkenaan tanpa menghantar apa yang diminta ExCo. Wajarkah tindakan ini? Mengambil pengajaran daripada kejadian yang lalu, kali ini kami memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan beliau sehinggalah tentative serta modul berkaitan kursus dihantar. Sekiranya tiada kedua-dua perkara ini permohonan ini diklasifikasikan sebagai tidak lengkap. Prosedur ini bukan saja dikenakan kepada beliau tetapi kepada semua pemohon. ExCo juga meminta agar kursus ini dipendekkan bagi memastikan peruntukan dapat dibelanjakan seminimum mungkin. Dalam surat yang dikeluarkan tiada langsung unsur peribadi disentuh. Kami selaku ExCo sekadar menjalankan tugas yang diamanahkan. Dalam satu mesyuarat yang saya hadir di cawangan, ahli mesyuarat melaporkan bahawa tiket untuk menghadiri kursus berkenaan telah dibeli. Saya sangat terperanjat. Macam mana tiket dah dibeli sedangkan kelulusanpun belum dapat? Sekali lagi saya mahu mengajak pembaca fikirkan. Wajarkah tindakan ini? Malangnya, kami menerima surat daripada individu berkenaan yang lebih berunsurkan emosional serta serangan peribadi kepada pengerusi ExCo. Saya tidak tahu apa masalah antara kedua individu berkenaan. Tapi sebagai pemimpin, semua tindakan yang dibuat haruslah professional walaupun terdapat masalah peribadi antara keduanya. Selain itu, kami di ExCo juga mendengar khabar angina bahawa serangan peribadi ini juga turut tempias kepada salah seorang ahli ExCo lainnya. Kami sangat terperanjat dengan situasi berlaku. Kami tidak pernah membuat sesuatu keputusan memilih orang. Malah, program saya selaku ExCo sendiripun ada budget yang dipotong apabila ExCo merasakan ianya boleh dijalankan dengan belanja yang lebih berhemah. Walaupun saya tidak setuju dengan pemotongan berkenaan, saya tetap akur dan cuba memenuhi keperluan ExCo. Sehingga ke akhirnya, individu berkenaan tidak mengubah modul serta tentative seperti yang diminta. Tapi khabar angin yang tersebar, pengerusi ExCo penggal lalu suka potong budget. Ahli tak tahu sebab pemotongan dibuat. Dalam kebanyakan kes, permohonan diterima tidak mengikut garis panduan ditetapkan. Walaupun dalam garis panduan dah tulis terang-terang jenis aktiviti serta jumlah peserta dengan nilai perbelanjaan tertentu, masih lagi ada yang meminta dua tiga kali ganda lebih dari peruntukan sepatutnya. Patutkah ianya diluluskan ExCo? Sedangkan budget telah dibentangkan di hadapan ahli dalam mesyuarat budget. ExCo meluluskan berdasarkan budget yang ada yang telah diluluskan dalam mesyuarat budget. Kami tak boleh suka-suka nak luluskan semua permohonan walaupun melanggar peruntukan. Hal sama berlaku kepada permohonan yang dihantar kepada jawatankuasa utama. Kalau ada tajaan boleh tapi kami juga perlu memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan mencapai objektifnya. Saya sendiri mendengar salah seorang calon bercerita tentang calon yang lain sebelum pengundian dijalankan. Semua cerita berkisar kepada peribadi antara beliau dan calon berkenaan. Tapi adakah kami yang pernah ada sama dalam pentadbiran bercerita tentang peribadi beliau? Pernahkah kami selaku rakan MP bercerita tentang bagaimana sikapnya terhadap kami yang mungkin tidak disukainya? Kalau kami nak bercerita, banyak yang kami boleh ceritakan. Tapi kami tak mahu libatkan hal peribadi dan kerja. Malah, dalam soal kerja seperti kes di atas pun tak pernah kami dedahkan sebelum ini walaupun ianya tidak wajar berlaku. Tapi apabila cerita tidak benar bertiup saya rasa saya perlu tulis untuk dinilai oleh ahli. Siapa yang jadi ExCo selalu kelihatan buruk. Sedangkan kami bukan buat sesuatu sebab kami pilih orang atau nak buat. Tapi itu tanggungjawab kami.

No comments: