Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, June 27, 2015
Berubah, Kerana Allah Atau Manusia?
Sebenarnya saya dah letih dengan kerenah lelaki. Saya juga penat nak dengar ayat-ayat manis lelaki. Pleaselah!!! Saya tak ada masa nak layan orang yang tak serius. Masa saya terlalu berharga. So, jangan nak bazirkan masa saya. Lagi satu, jangan cuba nak pedayakan saya dengan kata-kata manis. Sesungguhnya, hati saya sudah tawar untuk semua tu. Saya rasa, perisa cinta tu sudah tawar dalam hidup saya. Cuma saya mengharapkan serta berdoa, Allah akan maniskan semula rasa itu apabila saya bertemu dengan lelaki yang Allah janjikan. Yang nak main-main tu, tolonglah. Saya banyak urusan lain. Bukan sombong, tapi saya dah penat dengan permainan lelaki ni. Saya bukan bodoh.
Rizal (BUKAN NAMA SEBENAR): You, kita kahwin.
Tinta: Tengoklah.
Rizal: You ni I'm serious OK. You tak rasa ke you dah tua, sama macam I. I dah malas nak bercinta, kita kahwin, lepas tu bercinta lepas kahwin.
Tinta: Bercinta lepas kahwin? You pun sekejap sayang sana sayang sini. I pun tak tahu, dengan siapa sebenarnya you suka. You kahwin jelah dengan sipulan, sipulan dan sipulan.
Rizal: I bukan ada hubunganpun dengan dia. Sipulan tu my x.
Tinta: Macam mana nak kahwin dengan I kalau you masih melayan Si X tu? Tu belum lagi yang lain-lain.
Rizal: Alah, lepas kahwin, I berubahlah. I dah 35 you 32 just nice what.
Hello cik abang, saya bukan nak kahwin sebab terdesak. Biarlah saya tuapun, kalau jodoh belum sampai, saya tak kisah. Ya Allah, selamatkanlah saya dari buaya besar ni. Saya masih waras untuk berfikir. Siapapun awak, anak datuk dan sebagainya, itu bukan pengukur kepada kebahagiaan.
Allah selalu uji saya dengan lelaki macam ni. Pastinya Allah punya perancangan indah buat saya. Saya yakin akan hal itu. Jika jodoh saya tiada di sini, maka saya redha dan semoga dipertemukan dengan jodoh di sana kelak.
Kemalangan Atau Khianat 2
Dah lama rasanya tertangguh cerita ni.
Keesokan harinya, saya sibuk menghubungi vet kerajaan. Yelah, veterina ni bukan macam klinik manusia yang boleh didapati di mana-mana. Veterina UPM, harga mahal katanya, sebab semi government. Saya call vet Cheras, sudah tutup untuk pendaftaran dan akan dibuka jam 2.00 petang, pendaftaran sehingga jam 2.45 petang sahaja. Kak Long perlu selesaikan urusan di IJN baru boleh hantar kami.
Pencarian saya teruskan dengan menelefon vet Selangor, manalah tahu kalau ada vet yang berdekatan dengan rumah saya. Rumah saya kan dekat juga dengan Selangor. OK, Vet Damansara Damai dan saya perlu datang sebelum pukul 12.00. Susah betullah klinik haiwan ni, dahlah tak banyak, masa bukapun bukan sepanjang hari. Petang klinik Damansara Damai ni tutup.
So, saya call Wan Lah, teksi yang sering saya gunakan jika tiada kenderaan. Wan Lah bersetuju untuk menghantar kami tanpa banyak kerenah. Saya meminta Wan Lah mengambil Haida terlebih dahulu di pejabatnya dan mengambil saya dan Jarry di rumah. 10.50 Wan Lah tiba. Saya berdebar, takut tak sempat.
Selesai urusan pendaftaran di kaunter, Jarry terus dipanggil kerana tiada pesakit lain pada masa tu. Jarry seperti malam tadi juga, diam dan hanya membiarkan saja tubuhnya diperiksa.
Vet: Saya perlu bedah dia dulu, baru boleh jahit.
Tanpa banyak soal, saya setuju.
Kami menunggu di luar. Berkenalanlah dengan pemilik kucing Benggal yang selsema. Kami bercerita tentang vet swasta. Saya memberitahunya bayaran yang dikenakan kepada saya malam tadi. "Vet kerajaan ada. Tak payahlah pergi swasta. Mahal," Saya setuju, malam tadi tu, kecemasan. Pembela kucing mahalpun syorkan pergi klinik kerajaan.
Seorang lagi tuan kucing yang membawa kucingnya demam panas dan sawan. Kucingpun sawan? Banyak lagi yang saya kena belajar fasal kucing.
Selamat hampir setengah jam menunggu, kami dipanggil masuk.
Vet: Saya dah jahit luka dia. Ingat nak kasi sekali tapi luka dia dalam, so lain kali saya buat.
Tinta: Sekarang ni macam mana, doktor?
Vet: Saya buat dua kali jahitan, kurung dia dalam kandang. Jangan bagi dia keluar sampai luka sembuh. Pakaikan dia stoken supaya dia tak garu luka dia. Just guna stoken manusia dan ikat pakai getah tapi jangan kuat nanti darah dia tak berjalan.
Tinta: Baik, doktor.
Vet: Ubat bius belum habis. Dia akan sedar tak lama lagi tapi dia akan mamai. Malam nanti baru OK. Jadi jangan bimbanglah. Dia akan terkencing dan muntah, akibat daripada ubat bius tu.
Tunggu lagi beberapa ketika untuk ambil ubat. Pelik, vet sendiri yang bagi ubat.
Wan Lah menghantar kami pulang. RM110.00 jugalah tambang teksi. Tak apalah, rezeki ada di mana-mana, asalkan Jarry sembuh.
Ketika saya keluarkan Jarry daripada bekas pembawa untuk masukkan ke kandang, Jarry sedar dan cuba bangun tapi jatuh. Dia seperti lemah dan mamai.
Thursday, June 18, 2015
Kemalangan Atau Khianat
Alkisahnya, hari Selasa lepas saya pulang lewat ke rumah. Sesampainya saya di pintu pagar kedengaran Jarry mengiau. Selalunya pasti dia akan datang kepada saya menyambut kepulangan saya. Puas saya mencarinya tapi tak jumpa. Lama-kelamaan, dia berlari masuk ke rumah. Seperti biasalah, perkara pertama yang akan saya lakukan bila sampai di rumah, bagi makan si gemuk yang bertiga tu. Tapi Jarry sibuk menjilat sesuatu atas kotak plastik tempat saya menyimpan barang. Baunya seperti muntah kucing. Saya suruh dia makan, tapi kejap je dia makan. Saya beredar ke tingkat atas untuk solat Maghrib.
Tak lama lepas tu, Haida balik dan terus ke bilik saya. Jarry pula mengiau-ngiau di tingkat dua minta dibawa bersama ke tingkat tiga. Memang itulah kelaziman dia, malas naik sendiri. Kami tak tahu kenapa dia sibuk menjilat badan dia. Kebetulan dia naik atas almari kecil saya, sayapun turunkan dia. Tangan saya terkena muntah yang banyak di bawah leher Jarry. Saya lantas membawa Jarry ke bilik air untuk membersihkan muntah berkenaan. Waktu saya membersihkan muntah dia, jemari saya tersentuh satu lubang di bahagian atas daripada bahunya dan bawah sedikit daripada lehernya. Ya Allah, lubang apa ni??? Hati saya berdebar. Setelah muntah bersih, saya minta Haida tengok untuk pastikan kewujudan lubang yang saya jumpa tadi pada Jarry. Ya, ada dan ada air yang keluar daripada lubang tu. Cemas dan risau segera menerjah benak saya. Ya Allah, apa dah jadi ni?
Saya menghubungi En. F untuk meminta bantuannya menghantar kami ke klinik vaterina. Tak berjawab. 20 kali juga saya call dia dan tinggalkan mesej. Saya hubungi Kak Long, isteri kawan sekelas dulu. Malangnya, mereka di luar kawasan. hubungi I tapi off. Niat di hati nak minta tolong suami dia hantarkan. Saya bayar ikut harga teksilah sebab suami dia bawa teksi. Call Wan Lah, dia on the way ke airport. Sebagai persediaan, saya bersihkan pat carier yang berhabuk untuk memuatkan Jarry supaya senang dibawa. Lepas tu berkejar ke ATM ambil duit. Dah pergi klinik, mestilah dikenakan bayaran kan? Sediakan kain getah untuk alas pet carrier dalam kereta nanti. Manalah tahu kalau tiba-tiba Jarry membuang. Habis kereta orang. Saya juga cepat-cepat surf internet, cari vet yang buka 24 jam. Yes! Animal Medical Center di Jln Tun Razak, berdekatan Stesen LRT Titiwangsa. Untuk confirmation, saya call vet untuk mendapatkan butir tentang perkhidmatannya.
Tak lama lepas tu, I call saya balik dan saya beritahu hasrat saya. Dia minta saya tunggu sekejap untuk beritahu suami dia. Saya sedih sangat masa tu. Tak boleh tahan, saya menangis. Saat saya perlukan bantuan, tiada pula yang dapat membantu. Saya risau sangat dengan keadaan Jarry yang makin tak aktif. Siap saja saya bersihkan pet carrier dia, dia terus masuk ke dalam carriernya. Macam tahu-tahu je orang nak bawa dia pergi klinik. Dia diam je masa tu tengok saya bersiap sambil menangis. Saya mesti pergi vet malam ni jugak! Saya takut kalau jadi apa-apa pada Jarry. Saya tak nak kehilangan dia. Saya sayang sangat kat dia. Berulang-ulang saya cakap dengan dia:
"Jarry sabar ya. Along akan usahakan untuk Jarry. Biar Along kena bayar sekalipun, tak pe, biar Along habis duit yang penting Jarry sihat. Jarry bertahan ya. Kita tunggu bantuan sampai," Haida juga sudah mula sedih walaupun tak seteruk saya.
Telefon bimbit saya berdering. Hati saya berbunga harapan.
"Tinta, suami saya kata, esoklah. Dah lewat ni,"
Harapan yang tadinya mula berputik punah. Sekali lagi saya menangis hebat. Tunggu esok? Ya, mungkin sebab Jarry kucing. Walau berlubang macam manapun, tunggu esok. Habis kalau mati macam mana? Cuba kalau diri dia yang berlubang, macam mana sekalipun, pasti mahu cepat ke hospital. Saya sedih dengan sikap masyarakat yang macam ni. Bukan saya memaksa .Tapi, saya amat perlukan bantuan dalam keadaan genting begini. Siapa lagi yang saya boleh minta tolong? Teksi di luar belum tentu boleh terima kehadiran kucing dalam kereta mereka. Jam 11.00 tidaklah terlalu lewat apatah lagi dalam kes kecemasan. Saya akan bayar berapapun kosnya. Tapi saya hamba yang lemah, tidak ada kuasa mengubah hati orang. Tak apalah. Mereka tak faham perasaan pencinta kucing macam saya. Jarry hanya baring dalam carrier dan sesekali mengiau lesu. Kalau yang sakit ni manusia, pasti keadaan macam ni tak berlaku. Nyawa kucing tu kan sama macam nyawa manusia. Kalau dah tiada, maka tiadalah akan kembali. Ya Allah, tolonglah, tolonglah hambaMu yang lemah ni. Permudahkanlah urusan saya. Urusan ni bukan untuk saya tapi untuk makhlukMu yang lemah, yang disayangi kekasihMu.
Untuk ke sekian kalinya, saya bercakap dengan Jarry: "Jarry kena kuat. Alongpun kuat dan Along akan usaha juga untuk Jarry. Yang penting, Jarry kena bertahan. Lawan Jarry, lawan sakit tu. Along ada, along akan cuba sehabis daya,"
Telefon saya berdering lagi. En. F!!! Harapan saya mekar semekar bunga kembang pagi. Saya tahu, ramalan Haida bahawa En. F yjuga akhirnya akan bawa kami ke vet pasti benar.
En. F: Awak kenapa? Saya tertinggal handset dalam kereta Saya tertidur tadi.
Tinta: (Dalam esak tangis) Kucing saya, kucing saya sakit. Boleh tak kita pergi hospital sekarang?
En. F: Kenapa nangis ni? Teruk ke dia sakit? Yang mana?
Tinta: Jarry. Teruk, leher dia berlubang.
En. F: Kenapa? Kena apa?
Tinta: tak tahu. Awak datanglah sini sekarang.
En. F: Tapi kita nak pergi vet mana? Vet dah tutup.
Tinta: Kita pergi Jln Tun Razak, 24 hours clinic. Saya dah call, confirm buka.
Akhirnya, setelah dua jam mencari bantuan, bantuanpun tiba. En. F cuba untuk tengok lubang tu tapi tak nampak sebab saya tak nak keluarkan Jarry dari carier, takut dia lari bila nampak En. F. En. F siap bawa lampu suluh nak cek Jarry.
Tinta: Dahlah, jomlah.
Setibanya kami di vet, kami diberitahu , disebabkan melebihi jam12.00, consultant fee tidak termasuk ubat dan lain-lain RM265.00 . Tak apalah, biar saya berhabis, demi Jarry, saya akan bayar.
Saya berdebar menanti reaksi Jarry bertemu dengan Vet. Jarry kelihatan tenang. Diam sahaja bila vet mengeluarkan dia dari carier. Vet memulakan tugasnya dengan memeriksa luka Jarry. Kata vet, lukanya dalam. Dijangkakan bukan baru kerana ia sudah mula mengeras dan bernanah. Darahpun sudah tiada. Sudah mula ada jangkitan. TKawasan berkenaan mula membengka. Jika dibiarkan, pasti akan dihurung lalat dan busuk. Untuk merawatnya, Jarry perlu dibedah dan dijahit. Anggaran kos RM2,000.00. Saya sedih kembali. Saya tak mampu sebab tahun ni saya banyak guna duit. Doktor menyarankan saya ke vet milik kerajaan. UnSaya setuju. Untuk malani, doktor cuci luka Jarry dan bagi dua injection . sSatu untuk tahan sakit dan satu untuk antibiot. Doktor meminta saya agar tidak membenarkan Jarry keluar. Korentin! Jarry hanya diam apabila pembantu perubatan mencukur bulunya di sekitar luka. Jarry tetap diam apabila doktor memberi injection kepadanya. Saya tak sangka Jarry sekuat dan seberani itu. Syukur padaMu Tuhan. Keberanian Jarry memudahkan kerja. Saya, Haida dan En. F menggosok-gosok Jarry ketika dia diperiksa dan dicukur bagi memberikan keyakinan kepadanya bahawa tiada apa yang harus ditakutkan. Nampaknya teknik ini berjaya. Jarry sedikit pun tidak berusaha untuk lari atau mengelak. Dia bagai redha diperlakukan apa sahaja. Along sayang Jarry. Kos perubatan malam itu, RM341.50. Mahal? Memang mahal tak apa, janji saya puas hati . ekurang-kurangnya tahu apa yang berlaku. Saya kurung Jarry dalam kandang. Takut dia keluar.
Friday, June 5, 2015
Bercerita Pada Jarry
Haida: Jarry, mari sini Cik We nak cerita sikit.
Saya: Cik We nak cerita apa pada Jarry?
Haida: Adalah. Marilah sini Jarry. Cik We nak cerita pasal Along.
Saya: Hah? Cerita apa?
Jarry yang manja menghampiri Haida serta terus lembikkan badan bila dibelai oleh Haida.
Haida: Jarry nak tahu tak, Cik Along, sekarang ni, ada adik angkat.
Hahahahahaha saya gelak sakan. Haida juga begitu.
Haida: Cik Along kau, tak pernah ada adik angkat. Nanti kita tengok eh berapa lama Cik Along kau baik dengan adik angkat dia.
Saya: Kenapa pulak?
Haida: Yelah Jarry, Cik Along kau kan garang, dengan kau pun boleh garang, ini pulak dengan adik angkat. Nanti kalau budak tu ngada-ngada, mesti kena marah dengan Along kau. Pas tu tak tahulah jadi adik angkat lagi ke tidak.
Saya: Kurang asam punya Cik We!!!
Pecah derai tawa antara saya dan Haida. Perli nampak.
Orang nak jadi adik angkat then OK la. Sebab saya ada pengalaman dengan orang yang minat nak jadi adik angkat saya. Nanti ada masa akan saya coretkan di sini. Pengalaman yang buat saya rasa bersalah dan terkilan dengan sikap saya. Tapi cukuplah sorang adik angkat. Tak mau ramai-ramai. Kalau kakak dan abang angkat ramai tak apa hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)