Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, September 17, 2014
Belajar dengan menjadi PR
Sebut je PR, orang mesti tahu kerjanya macam mana kan? Aku minat sangat kerja ni. Sebelum-sebelum ni pun aku memang minat kerja berkaitan PR ni. Yelah, dari kecil dah ada cita-cita nak jadi pramugari. Tergolong dalam PR juga kan? Nak serve orang, PR mesti bagus. Jarang aku tulis fasal kerja kat sini. Jadi PR ni memang best. Tapi bila mood tak ada tu, nak layan orang pun malas. Sejak jadi PR ni, aku banyak belajar. Antaranya:
1. Belajar untuk sabar. Yelah, kalau client atau guest atau VIP buat perangai, takkan aku nak marahkan? So kenalah bebanyak bersabar. Ikutkan hati nak marah atau tengking je. Tapi dah bawa nama syarikat, kenalah berlemah-lembut. Kadang-kadang rasa tak puas.
2. Belajar cakap dengan sopan dan baik setiap masa tak kira dengan siapa walau dalam keadaan apapun meskipun saat tegang dan genting. Macam aku cakap tadilah, kalau boleh nak tengking je bila orang sakitkan hati kita masa berurusan. Tapi kena sabar. Kadang-kadang sampai aku menangis. Bukan sebab apa, sebab terlalu marah tapi tak boleh luahkan dan marah orang yang buat aku marah. Tahan punya tahan, sampai nangis.
3. Kena biasa dengan Bahasa Inggeris. Aku ni memang Melayu tipikal. Tak suka bahasa lain. Tapi bila menyandang jawatan PR ni, ada masanya, yang berurusan dengan kita tu rakyat asing dan langsung tak pandai cakap dan faham Melayu. Tak kurang juga Orang Malaysia yang tak nak cakap Melayu, macam dia orang putih pulak.
4. Senyum sentiasa walaupun banyak masalah. Senyum ni bukan berdepan engan orang je tapi masa jawab telefon. Memang orang tak nampak kita senyum, tapi bila kita senyum, suara kita akan ceria seterusnya menceriakan orang lain.
5. Jaga penampilan diri. Memang sangat kena sentiasa bersedia menerima tetamu yang diundang mahupun tidak diundang. Kadangkala, dalam jadual, tak ada tetamu tapi tiba-tiba on the sport datang. Takkan dengan baju entah apa-apa, penampilan berserabai nak jumpa orang. PR ni macam duta pejabatlah.
6. Kena peka pada apa yang berlaku di pejabat terutamanya berkaitan informasi terhadap orang luar.
7. Kena tenang, tak boleh gelabah.
8. Kena pastikan info yang kita beri itu fakta, bukan auta.
9. Kena tahu selok-belok company supaya maklumat yang kita salurkan kepada orang luar tepat.
10. Kena tahu setiap department dan siapa person incharge. Sebab PR sering dicari sebagai rujukan bila client tak tahu dengan siapa harus dia rujuk. Kita kena hubungkan mereka pada orang yang betul tak boleh lepas tangan.
11. Belajar bertanggungjawab. Contohnya, bila orang call, kita kata, "Maaf cik, saya tak pasti. Boleh saya check dan call cik balik?" Kita kena buat. Jangan bila dia letak call kita kata biarlah, tak call pun tak apa. Bukan dia tahu dengan siapa dia bercakap. Itu juga termasuk sebahagian daripada imej company. Silap-silap bila dia call balik kita kena marah dan silap hari bulan kena complain dengan top management. Mati kita. Lebih buruk, kita terlepas sesuatu projek dan company lain yang untung disebabkan kelalaian dan kemalasan kita.
Tuesday, September 16, 2014
Selimut MAS
Aku ni memang seorang yang obses dengan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airline System (MAS). Biarpun tak cantik, masa sebelum sakit dulu memang bercita-cita sangat nak jadi pramugari MAS. Semestinya semua barangan MAS nak dijadikan koleksi kan?
Hari tu masa sembang-sembang, kawan ada bagi tahu, kalau nak selimut MAS, masukkan dalam beg diam-diam. Boleh ke? Aku tanya.
Kawan: Boleh, kalau tak ambil, nanti dia orang buang juga selimut tu.
Ya ke buang? Tapi kenapa ada selimut dalam pesawat tak baru pun? Kalau setiap kali guna dia buang, mesti setiap kali dapat selimut kita akan dapat yang baru.
Aku memang teringin sangat nak jadikan selimut MAS tu sebagai koleksi peribadi. Nak masuk diam-diam dalam beg nanti haram pulak. Masa ambil memang best tapi, tak naklah nanti terfikir-fikir pulak aku ambil barang haram. Takkan nak pergi pulang dekat MAS pula? OK, kita mintalah. Tapi takut dan malu. Takut nak minta dan malu kalau tak dapat. Hai, takkan nak buat baikpun takut dan malu kot? Buat jahat tak takut dan malupun? Akal memberi prangsang kepada diri sendiri.
So, masa fly to Ho Chi Minh Khamis lepas, aku memulakan misi dalam pesawat MH766. Masa tu dapat selimut baru keluar plastik tu. Aku sendiri yang buka plastik selimut tu. Bila sampai Ho Chi Minh:
Aku: Cik, saya ambil ni boleh?
(Sambil tunjukkan selimut yang aku siap lipat kepada pramugari. Dia ambil dengan sopan. Mungkin tak dengar permintaan aku.)
Aku: Cik, saya nak selimut tu boleh?
Pramugari: Tak bolehlah. Nanti kalau dia orang nampak kat bawah banyak hallah pulak.
(Serba-salah menjawab. Masih mengekalkan layanan baik dan tip tip dari awal penebangan)
Ish, cik pramugari ni, kalau aku ambil, mestilah aku simpan dalam beg.
Aku: Tak boleh, tak apalah.
Dengan hampanya, aku berjalan keluar kapal.
Tak apa. Nanti cuba lagi. Tak dapat, bukan rezekilah tu namanya. Tuhan pasti uji kalau kita buat baik. Walaupun dalam hal yang simple.
Masa balik ke KL dalam MH759:
Sorang je pramugari. Yang lain semua pramugara. Ada sorang pramugara ni, baik sangat. Dari awal kami masuk, dia yang banyak layan kami. Yang lain-lainpun baik juga. Siap melawak lagi.
Cikgu: Awak cubalah minta. Hari ni pramugara. Selalunya lelaki ni OK sikit. Tak Strict.
OK, kita cuba lagi. Hahahaha.
Orang semua dah keluar. Biasalah, kami kan orang terakhir yang keluar. Masa kapal terbang landing, aku dah macam hari tu juga, aku dah siap lipat selimut yang aku berkenan tu. Tak dapat yang baru keluar plastikpun, dapat yang lamapun OK la. Masa pramugara baik tu tolong turunkan beg dari compactment atas,
Aku: Encik, boleh saya minta selimut ni?
Pramugara: Boleh, boleh, letak dalam beg.
Dengan senyum girangnya, aku terus simpan selimut tu dalam beg sandang belakang aku. Terima kasih, Encik pramugara.
Tuesday, September 2, 2014
Rumah Oh Rumah
Pening betul fikir fasal rumah ni. Dah jadi rutin harian dah buka laman web rumah sewa cari rumah. Susah sikit nak cari rumah yang macam saya nak ni. Tapi tak apa, mesti Allah dah siapkan rezekiNya untuk saya dan kawan saya kan? Kepada pembaca blog ni, kalau korang ada jumpa iklan rumah sewa atau tahu mana-mana rumah untuk disewakan, tolong tinggalkan komen untuk saya ya. Ciri-ciri rumah idaman:
1. Berdekatan Putra LRT (kalau boleh Taman Melati)
2. Mesti sekurang-kurangnya tiga bilik.
3. Cuba elak rumah tinggi sebab saya pelihara kucing. Kesianlah kat dia orang nanti tak tahu balik pulak. (paling tinggipun lima tingkat) dapat landed house lagi bagus. Semuanya untuk kucing kesayangan saya.
4. Maksimum sewa RM1,200.00 kalau lebih murah lebih elok.
Minta tolong sesiapa ada jumpa rumah, bagi tahu saya ya.
Diva Rose: Emanuel Ungaro, You are Mine!
Penat aku cari review tentang minyak wangi ni. Tapi blogger Melayu tak jumpapun yang tulis fasal perfume ni. Mungkin aku tak pandai search kot. Tapi kalau blogger Inggeris, bukan main banyak lagi cerita fasal perfume ni.
Sebenarnya, dah lama aku guna perfume ni kalau tak silap empat atau lima botol dah habis. Dah namanya Diva Rose, mestilah baunya berunsurkan bunga Ros. Baunya harum dan fresh campur sweet. Entah, tak tahu macam mana nak describe. Tapi bukanlah setiap hari aku pakai Diva Rose ni.
Yang tak best tu, ramai pulak berkenan kat buah hati I ni. Kalau bukan sebumbung tu tak apalah, sebab taklah sama bau kan? Ni satu office bukan sorang tapi empat lima orang yang sibuk nak memiliki Cik Diva aku ni. Siap pakai kat office lagi tuuuu... Hilang mood aku nak pakai Diva aku ni. Biar dia orang habis dulu lepas tu baru aku pakai balik.
Satu kebaikan Diva Rose ni, susah nak dapat. Malah, ada penggemar minyak wangipun tak pernah dengar nama minyak wangi ni. Emanuel Ungaro ni sebenarnya seorang fashion designer berbangsa Perancis yang dilahirkan pada 13 Februari, 1933. Perfume jenis Diva Rose ni dikeluarkan setelah berpuluh tahun jenama Emanuel Ungaro di pasaran. Emanuel Ungaro Diva Rose ni dikeluarkan pada tahun 2011.
Pertemuan pertama aku dengan Cik Diva ini bermula pada suatu petang. Ada sorang isteri tauke kedai minyak wangi ni selalu jadi sukarelawan kat sini. Kadang-kadang, dia bawalah tester perfume untuk dijual dengan harga murah sebab menurutnya, dia orang ada had masa untuk menggunakan tester tu. Bila tak habis, buang so, dia juallah murah. Tapi tak adalah sampai dapat harga RM50.00 kecuali dah sikit sangat. Masa tu, aku pilih punya pilih kawan aku hulur pada aku,
"Tinta, perfume ni wangi dan botol pun cantik,"
Aku terus bau dan cop "Ni aku punya cop!"
"Wangi tu, menyesal aku bagi kau," kata Meg bergurau.
"Siapa suruh bagi aku. Ni aku punyalah,"
Mujurlah kawan aku tu bukan gila minyak wangi macam aku. So dia redha jelah aku ambil.
Jothy (penjual) ni selalu bawa satu jenis sebotol je dalam satu masa. Lepas tu next time belum tentu dia bawa jenis yang sama. Kalau aku nak sesuatu perfume tu, aku akan pesan suruh dia cari dan bawa. Sebab tulah aku selalu dapat Diva Rose dan kalau dia bawapun sebotol je tupun dua tiga kali datangpun belum tentu ada sebab katanya, Cik Diva aku ni memang susah nak dapat dan kaunter minyak wangi di Malaysia ni jarang ada Cik Diva Rose ni. Ada kawan aku siap pergi Singarpore cari Diva Rose ni, siap tulis jenama lagi pun tak jumpa.
Dah ramai yang bertanya dan nakkan Diva Rose ni, akupun minta Jothy bawa lebih sebab orang lain pesan, Jothy tak bawa. Kesian dengan kawan, so aku tolong. Satu hari tu, lima botol dia bawa. kawan-kawan yang sememangnya menanti Diva Rose ni apa lagi macam ikan piranalah dia orang ambil. Aku tak tahulah harga di kaunter berapa tapi testernyapun lebih RM100.00 tapi isinya masih banyaklah. Dah sana sini aku pergi bau Diva Rose. Dia orang ni buat pesta Diva Rose apa. Walaupun tak minat bau sama dengan orang dalam satu masa, pasrah jelah, dah duit dia orang, suka hati dia oranglah nak beli apapun, ya tak?
Minggu lepas, budak yang baru masuk kerja tahun ni datang kat aku:
"Aku nak beli Diva Rose la, kat mana ya?"
"Diva Rose? Minyak wangi tu? Emanuel Ungaro?" Dah kelabu dunia aku masa tu. Sayangku akan diambil orang lagi :(
"Tak tahu nama panjang dia. Tapi Diva Roselah,"
"Oh my god! Oh my god! Oh my god! Mana kau tahu fasal Diva Rose tu?"
"Best bau dia, Dayah pakai,"
"Oh my god, memanglah best! Aku kenal sangat dengan perfume tu. Tu perfume aku!" Tambah lagi sorang peminat Diva Rose aku. Lambat lagilah aku nak pakai balik perfume kesayangan aku tu. Aku dah tak sabar nak pakai ni.
"Siapa pakai dulu perfume tu?" Macam meragui Diva Rose tu berkenalan dengan aku dulu hehehe
Amboi, sedapnya soalan.
"Akulah yang pakai dulu kat office ni, lepas tu dia orang semua berkenan, dia orang beli." Si pulan, Si Pulan, aku sebutkan nama pembeli selepas aku. Bila aku tunjuk Diva Rose, dia mengesahkan betul, minyak wangi tu yang dia nak. Oh my god! Kalau sorang je bau sama boleh gagah lagi, tapi kalau sampai empat lima orang satu office macam mana?
"Nanti kalau Jothy datang kau belikan aku eh?" Pulak!
"Excuse me," Aku tak nak jadi baik dah hahahaha
"Nanti aku bagilah duit,"
"Bukan masalah duit. Selalunya ada sebotol je. Kalau ada, mesti aku grab dulu,"
Sayangnya Cik Diva aku. Tapi memang betul, bau perfume pada setiap orang tak sama meskipun perfume jenama yang sama. Diva Rose Eau De Parfum sungguh harum dan segar, membuat hidup cerdas dan ceria sepanjang hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)