Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, September 23, 2013
Kenapa Dengan Jarry?
Kalau masih ingat pada entri sebelum-sebelum ni atau status aku kat Facebook, mesti korang tahu siapa Jarry kan? Kepada yang baru first time baca entri aku ni, Jarry ni salah seekor anak kucing yang aku bela.
Malam Ahad hari tu, seperti kelazimannya, Jarry akan aku masukkan ke dalam sangkar, tempat tidur dia memandangkan dia masih kecil dan nakal. Kalau tak masukkan ke dalam sangkar, habislah rumah aku dikemasnya. Jarry dan adik-beradiknya dah faham benar dengan rutin mereka. Mereka menurut je bila dimasukkan ke dalam sangkar dan mungkin kerana letih bermain pada siang hari, selalunya mereka akan tidur sampai pagi dan kalau mereka tak tidurpun, mereka akan duduk diam-diam bagai bersantai sebelum tidur.
Tapi malam tu, Jarry asyik mengiau je. Tak payah tengok, memang kenal itu suara dia sebab dia ni mengiau pelik sikit, comel sangat. Oh, mungkin lapar kot sebab masa makan tadi, Jarry tak makan habis. Aku yang sedang membasuh simen tandas meminta Haida keluarkan Jarry dan bagi dia makan. Masa Haida keluarkan dia, Jarry terus je datang dekat aku. Bila Haida letak makanan dalam bekas dia yang tak berapa jauh dari tempat aku buat kerja, Jarry langsung tidak menghiraukan makanannya. Sedangkan selama ni pantang pegang botol makanan dia, tanpa berlengah dia datang. Dia duduk je depan tandas pandang aku. Bila aku keluar, Haida ambil dia dan letak dia dekat makanan dia. Apa dah jadi, makananpun tak nak ni? Kami biarkan dia sekejap. Bila dah pasti dia tak nak makan, Haida masukkan balik dia ke dalam sangkar. Sama macam tadi, dia mengiau, macam menangispun ada. Takkan dia buat perangai tak nak duduk dalam sangkar pulak kot? Sekali lagi Haida keluarkan dia. Apa kena dengan Jarry ni? Air minum ada, pasir diapun masih bersih.
Selepas membelainya beberapa ketika, kami membiarkan dia sendirian. Kami pulak bersembang dalam bilik Haida. Kami panggil Jarry dia tak datang. Tadi dia masuk bilik air, mungkin minum kot. Lama lepas tu, dia datang ke tempat kami. Nak tahu apa yang jadi? Badan dia dari kepala sampai ekor dah basah. Tinggal perut je yang masih kering. Telingapun basah. Jarry kelihatan senang hati dan mula menjilat badannya. Ooo... Sekarang aku faham, dia panas rupanya dan minta dimandikan agaknya. Bila manusia tak faham, dia pergilah mandi sendiri. Macam mana dia mandi? Menurut kesimpulan yang kami buat, Jarry mungkin duduk bawah paip yang asyik menitik je airnya dalam bilik air, paip yang dah tunggu masa nak ditukar. Patutlah lama dia dalam bilik air.
Ayo, Jarry! Kucing macam ni pun ada ke? Tapi baunya makin busuk sebab tak basuh betul-betul.
Haida: Lain kali kalau nak mandi, suruh Along (merujuk kepada aku) mandikan, barulah wangi. Bau apple lagi.
Dahlah basah, busuk lagi, ada hati nak duduk dekat manusia. Siap landing baik punya atas badan aku. Akupun, apa lagi, angkat dia masuk tandas, bawa shampoo dia, aku mandikan lagi sekali. Pukul 10.00 lebih malam Jarry mandi siap bershampoo bagai dengan tenang. Tidak sedikitpun minta dilepaskan atau mengiau kesejukan dan ketakutan. Sesekali dia terperanjat bila aku terbuka air paip dengan deras. Bila siap, Jarry keluar tandas dengan riangnya, "ngiau," seolah-olah, memberitahu, "Saya dah mandi,". Tak sempat lap, dia dah naik riba Haida. Nasib kaulah, Da, basah sebab kucing. Boleh pulak dia nak lari bila aku lap dia?
Jarry kelihatan tenang dan asyik menjilat bulunya. Bila air dah semakin kering, Haida masukkan dia semula ke dalam sangkar. Tomy selaku abang yang baik, ikut sekali menjilat bulu Jarry. Mickey si Abang Long yang pemalas, pada mulanya sekadar memerhati adik-adiknya menjilat. Mungkin simpati dengan Jarry yang tak kering-kering bulunya, dari tingkat dua sangkar, Mickey sekadar menurunkan dua kaki hadapannya turut juga menjilat Jarry. Punyalah pemalas si Mickey ni, rela duduk tertonggeng macam tu sebab tak nak tinggal tempat beradu dia tu. Tapi kejap je, lepas tu dia sambung baring balik. Tomy jelah yang setia menjilat Jarry. Maklumlah, adik-beradik seibulah katakan. Lepas mandi, barulah Si Jarry boleh duduk dengan tenang. Jarry tenang, kamipun selesa.
Jarry, Jarry, macam manalah aku boleh nak biarkan kau duduk kat luar rumah macam saranan sesetengah orang? Kau orang comel sangat dan aku risau kalau berlaku apa-apa kat korang.
Aku rasa Jarry ni memang suka air, malam tadi pulak, masa aku lepas dia untuk main sebelum tidur, dia sibuk main air minum dia dalam sangkar. Jarry, Jarry.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment