Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, September 10, 2013
B8 Ke A8
3 September lalu, aku dan dua orang officemate aku ke Penang atas urusan kerja. Penerbangan kami 8.20 malam, MH 1164. Kami dihantar ke KLIA oleh driver office. Dengan jam bagai, sampai pukul 7.10 malam. Kami check in. 7.50 kami bergerak ke balai berlepas. Punyalah jauh dari kaunter check in ke gate B8 tu. Bila kami tiba di B8, gate belum buka so, kamipun duduklah tercongok kat situ tunggu masa berlepas.
8.10, gate belum buka. Ish, kenapa ni? Selalu kan gate buka 30 minit sebelum waktu penerbangan. Ni dah lewat ni. Tiba-tiba...
"Pesawat MH1164 sedia untuk berlepas menerusi gate A8. Para penumpang dipersilakan bla, bla, bla" Setakat tu je yang mampu aku dengar. Yang lain semua aku tak dengar dah. Suara lunak merdu perempuan yang bagi pengumuman tu dah buat aku tercekik, jantung dah melompat macam nak keluar, lutut rasa lembik dan tangan terus sejuk.
Ha??? Mak ai jauhnya! Sempat ke nak kejar tu? Kena sempat jugak! Sebab aku tak nak keluar duit sendiri beli tiket baru! Last minute, mesti mahal! Kamipun bersedia untuk pecut 780 kilometer sejam, sama laju dengan kelajuan kapal terbang. Satu, dua, tiga! Pecuuuuuuuuuutttt... Habis semua orang kat tengah jalan kami celah dan elak. Excuse me dah jadi macam zikir pulak! Lantai bergerak tak bergerak, kami balon pecut. Ish, minah staff ni, boleh dia suruh kami jangan lari, kalau terlepas flight macam mana??? Aaaahhhh... Tak peduli! Pecut jugak! Kalau dengan group aku je, mesti lagi laju aku pecut! Dahlah tempat kami kat belakang. Dah kami jadi tontonan penumpang lain masa kami masuk tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment