SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, September 23, 2013

Kenapa Dengan Jarry?

Kalau masih ingat pada entri sebelum-sebelum ni atau status aku kat Facebook, mesti korang tahu siapa Jarry kan? Kepada yang baru first time baca entri aku ni, Jarry ni salah seekor anak kucing yang aku bela. Malam Ahad hari tu, seperti kelazimannya, Jarry akan aku masukkan ke dalam sangkar, tempat tidur dia memandangkan dia masih kecil dan nakal. Kalau tak masukkan ke dalam sangkar, habislah rumah aku dikemasnya. Jarry dan adik-beradiknya dah faham benar dengan rutin mereka. Mereka menurut je bila dimasukkan ke dalam sangkar dan mungkin kerana letih bermain pada siang hari, selalunya mereka akan tidur sampai pagi dan kalau mereka tak tidurpun, mereka akan duduk diam-diam bagai bersantai sebelum tidur. Tapi malam tu, Jarry asyik mengiau je. Tak payah tengok, memang kenal itu suara dia sebab dia ni mengiau pelik sikit, comel sangat. Oh, mungkin lapar kot sebab masa makan tadi, Jarry tak makan habis. Aku yang sedang membasuh simen tandas meminta Haida keluarkan Jarry dan bagi dia makan. Masa Haida keluarkan dia, Jarry terus je datang dekat aku. Bila Haida letak makanan dalam bekas dia yang tak berapa jauh dari tempat aku buat kerja, Jarry langsung tidak menghiraukan makanannya. Sedangkan selama ni pantang pegang botol makanan dia, tanpa berlengah dia datang. Dia duduk je depan tandas pandang aku. Bila aku keluar, Haida ambil dia dan letak dia dekat makanan dia. Apa dah jadi, makananpun tak nak ni? Kami biarkan dia sekejap. Bila dah pasti dia tak nak makan, Haida masukkan balik dia ke dalam sangkar. Sama macam tadi, dia mengiau, macam menangispun ada. Takkan dia buat perangai tak nak duduk dalam sangkar pulak kot? Sekali lagi Haida keluarkan dia. Apa kena dengan Jarry ni? Air minum ada, pasir diapun masih bersih. Selepas membelainya beberapa ketika, kami membiarkan dia sendirian. Kami pulak bersembang dalam bilik Haida. Kami panggil Jarry dia tak datang. Tadi dia masuk bilik air, mungkin minum kot. Lama lepas tu, dia datang ke tempat kami. Nak tahu apa yang jadi? Badan dia dari kepala sampai ekor dah basah. Tinggal perut je yang masih kering. Telingapun basah. Jarry kelihatan senang hati dan mula menjilat badannya. Ooo... Sekarang aku faham, dia panas rupanya dan minta dimandikan agaknya. Bila manusia tak faham, dia pergilah mandi sendiri. Macam mana dia mandi? Menurut kesimpulan yang kami buat, Jarry mungkin duduk bawah paip yang asyik menitik je airnya dalam bilik air, paip yang dah tunggu masa nak ditukar. Patutlah lama dia dalam bilik air. Ayo, Jarry! Kucing macam ni pun ada ke? Tapi baunya makin busuk sebab tak basuh betul-betul. Haida: Lain kali kalau nak mandi, suruh Along (merujuk kepada aku) mandikan, barulah wangi. Bau apple lagi. Dahlah basah, busuk lagi, ada hati nak duduk dekat manusia. Siap landing baik punya atas badan aku. Akupun, apa lagi, angkat dia masuk tandas, bawa shampoo dia, aku mandikan lagi sekali. Pukul 10.00 lebih malam Jarry mandi siap bershampoo bagai dengan tenang. Tidak sedikitpun minta dilepaskan atau mengiau kesejukan dan ketakutan. Sesekali dia terperanjat bila aku terbuka air paip dengan deras. Bila siap, Jarry keluar tandas dengan riangnya, "ngiau," seolah-olah, memberitahu, "Saya dah mandi,". Tak sempat lap, dia dah naik riba Haida. Nasib kaulah, Da, basah sebab kucing. Boleh pulak dia nak lari bila aku lap dia? Jarry kelihatan tenang dan asyik menjilat bulunya. Bila air dah semakin kering, Haida masukkan dia semula ke dalam sangkar. Tomy selaku abang yang baik, ikut sekali menjilat bulu Jarry. Mickey si Abang Long yang pemalas, pada mulanya sekadar memerhati adik-adiknya menjilat. Mungkin simpati dengan Jarry yang tak kering-kering bulunya, dari tingkat dua sangkar, Mickey sekadar menurunkan dua kaki hadapannya turut juga menjilat Jarry. Punyalah pemalas si Mickey ni, rela duduk tertonggeng macam tu sebab tak nak tinggal tempat beradu dia tu. Tapi kejap je, lepas tu dia sambung baring balik. Tomy jelah yang setia menjilat Jarry. Maklumlah, adik-beradik seibulah katakan. Lepas mandi, barulah Si Jarry boleh duduk dengan tenang. Jarry tenang, kamipun selesa. Jarry, Jarry, macam manalah aku boleh nak biarkan kau duduk kat luar rumah macam saranan sesetengah orang? Kau orang comel sangat dan aku risau kalau berlaku apa-apa kat korang. Aku rasa Jarry ni memang suka air, malam tadi pulak, masa aku lepas dia untuk main sebelum tidur, dia sibuk main air minum dia dalam sangkar. Jarry, Jarry.

Thursday, September 19, 2013

Kisah Percutian

Tangan aku ni rasa gatal je nak menulis tentang kisah percutian. Bila nak pergi bercuti ni ye? Oh ya, kalau ada rezeki, bulan tiga nanti aku nak ikut cikgu pergi beli kain untuk berniaga. Kalau ada rezeki juga, nak ke Bandung bersama kawan-kawan, ala, geng yang selalu bercuti dengan aku tu. Korang jangan lupa tau, kita pergi Bandung yang korang kata best sangat tu. Hahaha nak ikut cikgu tu pergi mana? Nantilah, kalau jadi, baru boleh cerita. Kalau jadipun, pergi tak ramai, mungkin empat orang je sebab nak beli barang berniaga je. Ya Allah, jayakanlah aku di dunia dan di akhirat. Amin...

10 Makanan Melawan Flu

Meh sini semua! Aku tulis entri yang berinfo sikit. Dah lama tak tulis entri macam ni. Yelah, asyik cerita fasal diri sendiri je kan? Tadi, aku merayau-rayaulah dalam internet, mencari idea, buat makanan kesihatan yang menyelerakan. Asyik musli, yoghurt, buah. Sesekali nak juga makan best kan? So, aku terjumpalah entri ni: 1. Susu Skim: Kira-kira satu pertiga rakyat Amerika adalah kekurangan vitamin D, yang didapati dalam susu yang diperkaya, namun nutrien ini adalah kunci untuk mempertahankan diri dari kuman: Jika vitamin D anda adalah rendah, sel-sel darah putih anda tidak akan mampu untuk bertindak balas atau menghindari jangkitan dengan berkesan. Sasarkan untuk mendapatkan 600 unit antarabangsa sehari. Sumber² hebat termasuklah susu yang diperkaya, jus oren dan yogurt, serta kuning telur dan ikan salmon liar. 2. Lada Benggala Merah: Mempunyai hampir tiga kali vitamin C berbanding buah oren! Malah, hanya separuh daripada sebiji lada akan memberi dos 75 miligram sehari yang disyorkan untuk wanita yang berumur 19 dan ke atas. Cicahkan kepingan lada benggala merah dalam hummus untuk makanan ringan atau masak hidangan 3. Teh: Bangun pagi dan dapatkan secawan teh untuk meningkatkan pertahanan badan terhadap jangkitan. Satu kajian dari Harvard University menunjukkan bahawa sel-sel imun peminum teh bertindakbalas kepada kuman lima kali lebih cepat daripada orang-orang yang suka minum kopi. Dan teh hijau, khususnya, mengandungi sebatian antioksidan yang dipanggil EGCG yang bekerjasama dengan sistem imun anda untuk meredakan keradangan. Tambah ’terangkat’ dengan perahan lemon. Jus lemon mengandungi quercetin, yang juga mempunyai kuasa anti-radang. 4. Yogurt: Probiotik, bakteria sihat dalam yogurt, telah dikaitkan dengan sistem imun yang kuat dan risiko yang lebih rendah bagi penyakit gusi dan juga sesetengah kanser. Tetapi tidak semua yogurt mempunyai cukup bahan yang baik. The National Yogurt Association’s Live & Active Cultures muncul di beberapa karton (seperti Yoplait). Tambah madu untuk lebih keenakan. Ia mengandungi prebiotik, karbohidrat yang membantu pepijat yogurt berkembang. 5. Keju kambing: Penyebaran berkrim ini mengandungi copper (tembaga), yang membantu menyimpan sistem humming (dengung) imun anda. Cuba sapukan Mayonis di atas sandwic, atau campurkan keju dengan kacang cincang dan buah-buahan kering untuk diletakkan di atas roti bakar. 6. Blueberi: Semua buah beri adalah baik untuk anda, tetapi buah beri dengan warna biru adalah antara yang terbaik dari ladang. Ia mempunyai antioksidan tahap tertinggi untuk melawan penyakit berbanding semua buah-buahan yang biasa dimakan, menurut penyelidikan dari Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian USDA di Little Rock, Arkansas. Vitamin C dalam blueberry juga menumpulkan kesan-kesan tekanan dengan mengurangkan radikal bebas dan mengukuhkan sistem imun anda. 7. Biji Labu: Snek lazat in mempunyai zink, yang meningkatkan sistem imun. Ia juga telah terbukti untuk mengurangkan tempoh gejala-gejala demam. Tetapi pengambilan zink yang terlalu banyak boleh menekan sistem imun anda, jadi cukuplah dengan pengambilan harian yang disyorkan: Wanita yang berumur 19 dan ke atas perlukan 8 mg hari; lelaki memerlukan 11 mg. Bagi sebahagian mereka, biji labu mempunyai kira-kira 2 gram setiap auns (142 biji); cuba makan dengan yogurt atau oatmeal anda. 8. Cendawan: Anda sudah tahu bahawa memmakan apa-apa buah-buahan atau sayur-sayuran adalah satu perkara yang baik untuk kesihatan anda, tetapi untuk pertahanan diri dari kuman, cendawan mempunyai kelebihan sendiri. Kajian mencadangkan bahawa kulat boleh mempunyai sifat antivirus dan antibakteria. Jika anda masih mencari sumber terbaik vitamin D, cendawan butang adalah sumber mujarab. 9. Brokoli: Satu sebatian dalam sayuran hijau ini boleh meningkatkan sistem imun anda. Satu kajian haiwan dalam The Journal of Nutritional Biochemistry menunjukkan yang mengunyah sayuran mencetuskan pelepasan bahan kimia, membantu badan anda mengawal sel-sel darah putih untuk melawan jangkitan. Memasak sayur ini boleh mengurangkan dosnya, jadi cara terbaik ialah makan dengan mentah. 10. Pasta: Inginkan karbohidrat atau lemak? Satu sumber yang sihat yang membekalkan kedua-duanya: pasta whole-grain ! Diambil daripada: http://ummihanie.com/10-makanan-barat-terbaik-untuk-melawan-flu/ Sama-samalah kita amalkan. Chau chin chau :)

Thursday, September 12, 2013

Celine Dion - From This Moment On

Nak menulis tak idea dan tak ada mood. Jadi meh sini, aku tulis lirik lagu yang aku berangan nak nyanyi ni: From this moment life has begun From this moment you are the one Right besides you is where I belong From this moment on. From this moment I have been blessed I live only for your happiness And for your love I'd give my last breath From this moment on. I give my hand to you with all my heart Can't wait to live my life with you Can't wait to start You and I will never be apart My dreams came true because of you. From this moment as long as I live I will love you, I promise you this There is nothing I wouldn't give From this moment on. You're the reason I believe in love And you're the answer to my prayers from up above All we need is just the two of us My dreams came true because of you. From this moment as long as I live I will love you, I promise you this From this moment I will love you as long as I live From this moment on.

Tuesday, September 10, 2013

B8 Ke A8

3 September lalu, aku dan dua orang officemate aku ke Penang atas urusan kerja. Penerbangan kami 8.20 malam, MH 1164. Kami dihantar ke KLIA oleh driver office. Dengan jam bagai, sampai pukul 7.10 malam. Kami check in. 7.50 kami bergerak ke balai berlepas. Punyalah jauh dari kaunter check in ke gate B8 tu. Bila kami tiba di B8, gate belum buka so, kamipun duduklah tercongok kat situ tunggu masa berlepas. 8.10, gate belum buka. Ish, kenapa ni? Selalu kan gate buka 30 minit sebelum waktu penerbangan. Ni dah lewat ni. Tiba-tiba... "Pesawat MH1164 sedia untuk berlepas menerusi gate A8. Para penumpang dipersilakan bla, bla, bla" Setakat tu je yang mampu aku dengar. Yang lain semua aku tak dengar dah. Suara lunak merdu perempuan yang bagi pengumuman tu dah buat aku tercekik, jantung dah melompat macam nak keluar, lutut rasa lembik dan tangan terus sejuk. Ha??? Mak ai jauhnya! Sempat ke nak kejar tu? Kena sempat jugak! Sebab aku tak nak keluar duit sendiri beli tiket baru! Last minute, mesti mahal! Kamipun bersedia untuk pecut 780 kilometer sejam, sama laju dengan kelajuan kapal terbang. Satu, dua, tiga! Pecuuuuuuuuuutttt... Habis semua orang kat tengah jalan kami celah dan elak. Excuse me dah jadi macam zikir pulak! Lantai bergerak tak bergerak, kami balon pecut. Ish, minah staff ni, boleh dia suruh kami jangan lari, kalau terlepas flight macam mana??? Aaaahhhh... Tak peduli! Pecut jugak! Kalau dengan group aku je, mesti lagi laju aku pecut! Dahlah tempat kami kat belakang. Dah kami jadi tontonan penumpang lain masa kami masuk tu.