SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, June 13, 2013

Asia Work Training Basic Hari Pertama

Seawal jam 9.00 pagi, Aku, Kak Farah, Aisah dan Gayathiri bertolak dari office ke Crystal Plaza, tempat di mana kursus akan diadakan. En. Harun akan pergi dengan kereta sendiri.

Selesai pendaftaran, kami menunggu masa untuk kursus bermula. Seperti yang telah diberitahu oleh pihak Asia Work, aku dah siap sedia dengan blazer dan showl. Banyak kali dah diingatkan. Kadang-kadang naik rimas aku asyik telefon cakap benda yang sama. Maklumlah, layanan first class la agaknya. Yelah, kalau dah harga kursus ni RM2'000.00 seorang, mana tak first classnya? Mujur dapat tajaan.

Wow! moderatornya orang Inggeris, Amerika lagi. Hmmm... Terpaksalah aku dengar slang Mamat Amerika ni selama tiga hari ni. Ops! Tak dibenarkan duduk sebelah kawan yang dah dikenali. Kalau nak mula training, satu muzik akan dimainkan dan para peserta mesti duduk sebelum muzik tu tamat. Hari pertama ni aku rasa macam boring sikitlah.

Lepas tu, kami kena susun kerusi dan cari kumpulan kecil. Ada English group, English +chinese Group dan ada English +Malay Group. Semua ni merujuk kepada bahasa yang akan digunakan. Ha, specialkan? Kami yang memilih fasilitator, bukan fasilitator pilih kami macam kebiasaannya. So dalam group aku ni ada Aziani, Fairus (perempuan tau), Siti Mazyana, Zaim, Zarif dan Garaj. Mereka terlalu baik, sentiasa mengambil berat tentang aku dan menjaga kebajikanku. Kursus ni OK la, banyak game dan aktiviti. Mark, si moderator tu pandai tarik perhatian. Walaupun in English, dia tidak membosankan. Cakap dah macam pelakon filem yang selalu kita tengok tu. Kadang-kadang akupun tak faham ayat dia. Ingatkan aku je yang tak faham, orang lainpun sama. Kebanyakan aktiviti dilakukan secara berpasangan. Adalah idea aku kalau nak buat kem motivasi nanti :)

Kursus tamat pada jam 11.00 malam.

No comments: