Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, April 29, 2013
Snorkeling
Aku ni sebenarnya, excited +takut bila mengenangkan Krabi ni. Maklumlah, aku ni kan takut air terutamanya air laut. Memandangkan dua hari lagi nak lakukan aktiviti air ni, mulalah jiwa aku ni gundah-gulana. So, aku carilah sedikit pengetahuan tentang snorkeling. Rasa tak sabar snorkeling ni, tapi risau jugalah memikirkan risikonya. Dalam berseronok, kita harus bersedia dengan segala kemungkinan. Minta jauhlah dengan tragedi amin... Dalam aku mencari-cari tu, maka tibalah aku ke blog
jimmymie26.blogspot.com/2010/asassnorkeling
Jadi aku share kat sini terutamanya untuk kawan-kawan yang akan sama-sama buat aktiviti ni nanti. Mungkin korang taklah takut macam aku kan? Tapi kita perlu ambil tahu :)
SEJARAH SNORKELING
1. Snorkeling pada zaman kini boleh dijejaki sejarahnya yang telah ada semenjak 5000 tahun dahulu. Teknologi yang semakin berubah dari hari ke hari begitu juga dengan usaha-usaha yang dilakukan bagi meneroka kedalaman laut.
2. Bukti dari 3000 BC telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa penyelam-penyelam bebas yang terawal adalah para petani Spain di Crete. Penyelam pada zaman dahulu menggunakan buluh yang berongga untuk bernafas ketika didalam air.
3. Kemudian, usaha-usaha yang dilakukan untuk pergi ke dasar lautan telah menggunakan peralatan yang lebih rumit. Bukti pada 900 BC yang dahulu telah menunjukkan orang Assyria menggunakan kulit binatang yang diisi dengan udara dan membawa kulit itu menyelam bagi memanjangkan masa selaman. Pada 333 BC, Alexander Great telah menggalakkan pembangunan loceng selam pertama, iaitu satu alat besar yang direka untuk memerangkap satu saku udara apabila ia diturunkan ke dalam air. Loceng itu membenarkan penyelam untuk mengambil pernafasan tanpa pergi ke permukaan air.
4. Pada 1538, teknologi loceng itu telah ditingkatkan apabila dua rakyat Greece di Toledo, Spain telah melakukan satu demonstrasi di sungai Tagus, menggunakan satu buah cerek besar untuk turun ke dasar laut. Demonstrasi ini telah mengejutkan para penonton yang ada apabila mereka kembali ke permukaan air dengan keadaan baju yang kering dan lilin yang masih menyala.
5. Walaupun teknologi loceng selaman itu adalah berguna bagi membenarkan penyelam untuk berada di dalam air bagi satu jangka masa yang tertentu, ia adalah agak terbatas dari aspek mobiliti. Sebagai ganti, banyak cubaan yang telah dilakukan bagi membenarkan penyelam untutk bernafas daripada udara yang ada di permukaan air. Aristotle menyatakan bahawa para penyelam menggunakan tiub yang disambungkan ke permukaan air yang beliau samakan seakan-akan belalai gajah. Leonardo da Vinci pula telah mencipta beberapa rekaan bagi kegunaan penyelaman.
6. Daripada tiub-tiub bagi menghubungkan dasar dengan permukaan air, dan sut selaman yang lengkap. Beliau juga mempunyai satu lakaran yang menunjukkan lakaran jaringan sarung tangan dan beliau juga seorang perintis kepada sirip moden (fins/ kaki itik).
7. Malangnya, tidak lama kemudian manusia mendapat tahu, penggunaan tiub penghubungan seorang penyelam dengan permukaan adalah terhad. Kedalaman air sedalam satu hingga dua kaki telah menyukarkan paru-paru untuk bernafas. Pada 1771, ciptaan pam udara oleh jurutera British, John Smeaton telah membuka mata dunia selaman. Dengan memindahkan udara melalui tiub bertekanan tinggi, penyelam akan dapat menyelam lebih jauh ke dasar berbanding sebelum ini. Selepas itu, rekaan-rekaan bagi sut adalah lebih munasabah. Akhirnya rekaan-rekaan yang ada telah membawa kepada penciptaan sistem SCUBA (Self-Contained Underwater Breathing Apparatus ).
8. Teknologi moden kini bukan sahaja dapat mencipta alatan snorkeling yang kompleks tetapi juga telah membawa kepada kewujudan alatan snorkeling yang asas. Getah dan plastik dipadankan dan terciptalah google dan topeng-topeng yang mana ini meningkatkan lagi keselamatan penyelam. Akhirnya teknologi telah berjaya dan memudahkan lagi aktiviti snorkeling dan selaman bebas dilakukan.
ASAS SNORKELING
1. Kali Pertama Snorkeling-Bagi mereka yang pertama kali melakukan snorkeling, pastikan ‘mask’ selesa untuk dipakai dan mudah untuk bernafas dengan ‘snorkel’. Sesetengah orang akan berasa cemas dan susah untuk bernafas menggunakan ‘snorkel’. Oleh itu, adalah lebih baik dengan mencubanya di kawasan air yang cetek terlebih dahulu. Ramai mereka yang pertama kali melakukan snorkeling terus terjun ke dalam air dan akan berasa tidak selesa untuk bernafas menggunakan mulut melalui ‘snorkel’ yang dipakai. Dengan berdiri di air yang cetek, latih bagaimana untuk bernafas dengan meletakkan kepala didalam air dan melihat menggunakan ‘mask’. Kita boleh bernafas melalui ‘snorkel’ sambil melihat hidupan akuatik. Di kawasan air yang cetek, ianya sungguh menyeronokkan apabila kita dapat melihat bermacam-macam hidupan dengan tidak membazir tenaga untuk berenang. Melakukan snorkeling di air yang cetek dapat melatih kita menggunakan kelengkapan snorkeling dengan baik sekali.
2. Bagaimana untuk mengeluarkan air yang masuk ke dalam snorkel?-Ianya amat mudah untuk dilakukan. Hanya tarik nafas dan hembus menggunakan mulut dengan kuat ke dalam snorkel. Ini akan menguluarkan air yang terdapat di dalam snorkel itu. Sesetengah snorkel mempunyai injap pengeringan yang mana ianya memudahkan lagi untuk mengeluarkan air yang ada di dalam snorkel.
3. Bagaimana untuk mengeluarkan air yang masuk ke dalam ‘mask’ ?-Seperti mengeluarkan air di dalam snorkel, cara untuk mengeluarkan air yang masuk ke dalam ‘mask’ adalah dengan menaikkan kepala ke permukaan air dan tarik ‘mask’ keatas. Ini akan membuka sedikit ruang dan ini membolehkan air keluar dari ‘mask’ itu. Ada juga ‘mask’ yang didatangkan dengan sejenis injap. Injap ini berfungsi untuk tidak membenarkan air masuk ke dalam ‘mask’ tetapi hanya membenarkan air itu keluar sahaja dari ‘mask’. Apabila air memasuki ‘mask’ jenis ini, kita hanya perlu hembuskan udara melalui hidung dengan keadaan ‘mask’ masih dipakai. Jadi, ‘mask’ jenis ini boleh di keluarkan air yang masuk semasa kita berada di dalam air lagi.
4. Bagaimana untutk menghilangkan kabus pada ‘mask’?-Kadangkala, bahagian dalam ‘mask’ akan mulai kabur. Ini terjadi kerana kelembapan yang terhasil daripada pernafasan kita meluap dengan kesejukan kaca ‘mask’. Untuk menggelakkan ianya berlaku, kita perlu kerap membersihkan bahagian dalam dan luar kaca ‘mask’ itu tadi dengan sabun dan air untuk menghilangkan kekotoran dan minyak yang terlekat pada ‘mask’ itu tadi.
5. Penjagaan Kelengkapan Snorkeling-Kita dapat memanjangkan lagi usia alat kelengkapan dan mengekalkan bentuk asalnya dengan membasuh menggunakan air biasa. Jika kita tidak bilas alatan tersebut dengan baik, unsur garam yang terlekat boleh menjadikan alatan itu kering dan mengeras menyebabkan alat itu bercalar atau terdapat lubang pada alatan itu. Jadi pastikan alatan yang telah digunakan dibilas menggunakan air sepenuhnya.
KESELAMATAN SEMASA SNORKELING
1. Perkara yang paling penting ketika melakukan aktiviti snorkeling adalah tidak berseorangan. Banyak kecederaan dan kemalangan yang berlaku pada mereka yang melakukannya secara berseorangan. Oleh itu, amatlah baik jika kita mempunyai kawan yang akan bersama kita melakukan aktiviti snorkeling ini bagi menggelakkan sebarang kecelakaan dan sentiasa bersama. Jangan lakukan aktiviti snorkeling jika kita tidak tahu berenang.
2. Sentiasa berada dekat dengan kawasan pantai. Mereka yang baru pertama kali melakukan aktiviti snorkeling sering kali salah dalam menafsirkan keupayaan dan daya tahan mereka dan menyebabkan mereka keletihan. Sentiasa pastikan diri berada dekat dengan pantai dan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk pulang ke pantai dengan selamat.
3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Kita perlu mengetahui keadaan sekeliling dan perlu juga mengenalpasti kawasan yang perlu dijauhi. Sentiasa berhati-hati di kawasan berbatu dan ombak yang datang. Ini dapat mengelakkan kita daripada tercedera. Selain itu, kepekaan terhadap waktu air pasang dan surut juga dapat mengelakkan kita daripada terperangkap.
4. Simpan sedikit tenaga. Bagi mengelakkan keletihan, pemakaian alat apungan dapat membantu. Snorkeling vest yang dipakai akan menjadikan aktiviti snorkeling menjadi lebih menarik. Ini kerana kita dapat memberi sepenuh perhatian kepada aktiviti yang dilakukan. Jika kita hendak menyelam ke dalam air, alat apungan boleh dibiarkan terapung diatas air dan kembali semula ke permukaan air serta memulihkan tenaga kembali dengan alat apungan itu tadi.
5. Jangan sentuh hidupan akuatik. Walaupun kebanyakkan hidupan akan melarikan diri daripada didekati manusia, sebahagiannya juga mempunyai cara untuk mempertahankan diri jika ia merasa berada dalam bahaya. Oleh itu, kekalkan satu jarak yang selamat dari semua hidupan laut dan cuba untuk tidak membuat sebarang tindakan yang dapat mengejutkan hidupan laut.
6. Berhati-hati dengan landak laut. Jika kita melakukan aktiviti snorkeling di kawasan yang cetek yang mempunyai banyak terumbu karang, kita harus berwaspada dan lebih berhati-hati dengan kehadiran landak laut yang terdapat di celah-celah terumbu karang. Kebanyakkan kecederaan berlaku dimana duri landak laut ini tertusuk ke bahagian badan manusia.
7. Belajar pertolongan cemas dan kaedah pernafasan mulut ke mulut. Jika terdapat seseorang yang lemas ataupun paru-parunya dimasuki air, cara yang paling efektif adalah dengan melakukan pernafasan mulut ke mulut. Kita perlu belajar asas untuk melakukan kaedah ini samada di air ataupun di darat.
KELENGKAPAN SNORKELINGa. Google/MASK
a. Mask:
- Mask bagi aktiviti snorkeling merupakan satu keperluan yang sangat penting. Ianya seperti cermin diantara penyelam dan dunia dibawah air. Tanpa mask, pandangan penyelam menjadi kurang dan ini menggangu penglihatan secara tidak langsung. Oleh itu, apabila memilih mask, kita perlulah memilih mask yang dapat memberikan pandangan yang jelas, tidak menghalang pandangan, dan tidak mengehadkan pandangan sekeliling. Sesetengah mask mempunyai cermin yang berfungsi seakan cermin sisi dan mempunyai cermin yang luas. Elakkan cermin gelap (tinted).
- Selain itu, pastikan memilih mask yang bersesuaian dengan muka kita. Ini bagi mengelakkan berlaku kebocoran dan dimasuki air.
- Bagi menggelakkan dimasuki air, kita perlu mencuba terlebih dahulu google yang mahu dibeli. Pertama sekali, kenal pasti material dan design google tersebut. Google tersebut mesti mempunyai badan yang keras dan bahagian skirt yang fleksible yang mana ianya akan membolehkan google itu sepadan dengan bentuk muka.
- Teknik yang betul semasa mencuba google adalah dengan meletakkan google itu ke muka dengan talinya longgar. Kita akan dapat merasakan adakah google itu longgar, padan dengan bentuk muka ataupun terlalu besar. Sebenarnya adalah sukar untuk kita memastikan samada google itu dimasuki air atau tidak sehinggalah kita memakai google itu untuk menyelam.
- Akhir sekali, terdapat banyak google yang dijual dipasaran serta berbagai jenis. Terdapat juga google yang khas untuk dewasa dan kanak-kanak. Bagi mereka yang memakai cermin mata atau rabun, terdapat google yang besar yang mempunyai ruang untuk memakai cermin mata. Tetapi mereka yang memakai cermin mata ini di sarankan memakai contact lense ataupun memebeli google yang dibina dengan kanta bersesuaian.
b. Snorkel / alat pernafasan
- Snorkel adalah satu tiub yang fleksible, dibuat daripada plastik ataupun getah, yang mana menghubungkan penyelam dengan permukaan air. Snorkel ibarat nyama bagi penyelam. Dengan snorkel, penyelam dapat meneruskan pernafasan walaupun kepala di bawah permukaan air. Snorkel yang baik dapat memudahkan kita bernafas melaluinya dalam jangka masa yang tertentu.
- Snorkel direka berdasarkan diameter dan panjang yang berbeza. Penyelam seharusnya memilih snorkel berdasarkan keperluan dan jenis bentuk badan. Lagi besar bentuk badan penyelam, lagi besar diameter yang diperlukan. Ini bagi membolehkan udara yang lebih melaluinya.
- Jika lubang diameter snorkel itu terlalu luas, ini akan menyukarkan untuk penyelam membuang air yang termasuk ke dalam snorkel. Jadi pilihlah snorkel yang bersesuaian.
- Injap yang terdapat pada snorkel akan lebih memudahkan air yang masuk ke dalam snorkel di keluarkan. Injap ini adalah injap sehala yang mana penyelam boleh mengeluarkan air sambil terus bernafas.
- Akhir sekali, terdapat banyak snorkel yang mempunyai pelbagai rekaan yang dapat membantu para penyelam. Terdapat klip yang mengikat google dan snorkel yang dapat membantu penyelam agar tidak kehilangan salah satu alatan.
c. Fins / Kaki itik
- Snorkeling fins adalah salah satu alatan yang dapat membantu pergerakan penyelam. Tanpa fins, aktiviti snorkeling masih boleh dilakukan. Akan tetapi, fins dapat menambah kelajuan pergerakan semasa melakukan aktiviti. Pengalaman menggunakan fins atau tidak menggunakannya adalah berbeza sekali. Fins, dapat memberi kuasa yang lebih kepada penyelam untuk bergerak didalam air. Meningkatkan kelajuan berenang lebih kurang 50%. Fins juga dapat memfokuskan daya lancaran pada kaki dan ini secara tidak langsung mengurangkan ketegangan pada bahagian badan atas dan ini membolehkan penyelam untuk mengawal alatan yang lain dan meneroka keindahan dunia di bawah permukaan air.
- Terdapat dua jenis fins iaitu jenis tumit terbuka dan jenis tumit tertutup. Fins yang dipakai mestilah selesa dan padan dengan saiz kaki. Jika terlalu ketat, kaki dikhuatiri akan sakit dan melecet. Jika terlalu longgar, berkemungkinan akan tertanggal ketika digunakan. Fins yang mempunyai tumit tertutup lebih selamat kerana ianya dapat melindungi keseluruhan kawasan kaki tetapi ianya tidak dapat disesuaikan mengikut saiz kaki. Fins jenis tumit terbuka pula dapat disesuaikan mengikut saiz kaki dan mudah di pasang dan ditanggalkan. Walaupun begitu, fins jenis ini tidak melindungi bahagian tapak kaki penyelam.
- Tidak kira yang mana satu adalah pilihan penyelam, penyelam seharusnya selesa dengan fins yang dipakai sebelum menggunakan di air. Walaupun penciptaan fins bertujuan untuk memudahkan pengendalian selaman, bagi mereka yang pertama kali, ianya akan menjadi sebaliknya. Mereka akan berasa cepat letih ekoran ketidakbiasaan menggunakan fins tersebut. Fins yang mempunyai sirip yang panjang dan lebar memerlukan tenaga yang banyak untuk menggunakannya. Oleh itu bagi mereka yang baru mencuba, gunakan fins yang lebih kecil dan fleksible.
- Kesimpulannya, ramai penyelam merasakan memakai fins adalah menyusahkan dan menjengkelkan untuk menggunakan fins terutamanya di darat. Oleh itu, sentiasa berlatih menggunakan fins di darat dan di air. Kita mungkin akan mendapati dengan berjalan secara membelakang adalah lebih mudah ketika hendak masuk ke dalam kawasan berair.
d. Snorkeling Vest / jaket keselamatan
- Vest bagi snorkeling adalah satu alat apungan yang agak kecil berbanding jaket keselamatan yang biasa digunakan. Vest ini dipakai semasa berada di dalam air bertujuan untuk membantu dan meningkatkan lagi daya apungan penyelam terbabit. Vest ini tidak direka untuk digunakan sebagai life jacket tetapi ianya membenarkan pengguna untuk merasa tenang ketika menikmati dunia dibawah permukaan air.
- Vest ini dapat membantu terutamanya kanak-kanak dan mereka yang mahu mengurangkan penggunaan tenaga ketika bergerak di dalam air.
P/S: Kepada kawan-kawan yang akan buat snorkeling bersama, jangan tinggalkan I tau dalam laut nanti. Nanti kalau I jeritpun mesti you all tak dengar sebab pakai mask :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment