Tengku Jashwa, kerabat diraja Terengganu yang tak macam kerabat. Hahaha... Kenapa aku cakap macam tu? Orangnya sangat simple dan humble. Aku tahu yang dia tu kerabatpun, dari Jef, kawan dia yang lebih dulu kenal aku. Dia seorang entahlah, mungkin seorang cameraman tapi mungkin lebih daripada tu sebab dia punya studio sendiri. Apa kena-mengena Tonya Roma's dengan dia?
Kisahnya bermula setelah dia shoot aku untuk projeknya. Dia pinjam dokumen penting aku. Lepas tu dah berbulan dia peram, tak pulangkan pada aku. So, aku chase la. Yelah kan, sijil-sijil tu amat berharga bagi aku, penyumbang kepada masa depan kerjaya aku tu. Mula-mula rasa takut juga nak call dan mesej dia. Yelah kan, murka nanti macam mana? So aku deal la dengan Production Manager dia, Johanna. Lama lepas tu, Johanna suruh aku sendiri call dia. Dalam takut-takut berani, aku callah dia. Banyak kali, risau fasal sijil aku tulah. Kalau sijil biasa tak apalah, ni siap dengan Ijazah dan sijil akademik lainnya. Sebagai tanda minta maaf, malam Isnin lalu, dia mesej aku cakap nak belanja makan. Mungkin rasa tak sedap sebab aku tunggu dia hantar sijil tu kat rumah, tapi dia ada meeting dan habis lewat. Jadi, dia plan nak jumpa aku semalam, hantar sijil dan belanja makan. Mula-mula aku ingat dia main-main. Takkanlah orang macam dia nak keluar dengan aku? Bagi aku, dia hantar sijilpun dah cukup. Aku tak minta lebih.
10.00 lebih pagi semalam dia mesej aku:
"Selamat pagi Tinta.. Mohon beritahu waktu sesuai saya boleh tiba di MAB dan jemput Tinta untuk makan tengahari serta di mana Tinta teringin nak makan hari ni :)"
Eh, biar betul mamat ni. Betul ke nak belanja aku? Siap suruh aku tentukan tempat makan lagi. Dia nak belanja, dialah tentukan tempatnya. Manalah aku tahu budget dia, traffic jam ke tidak, sesuai tak dengan dia? Peninglah. Dah aku yang serba-salah, nak makan tempat murah, takut dia tak selesa. Nak makan tempat mahal nanti dikatanya aku ni mata duitan. Puas aku suruh dia pilih tempat yang senang bagi dia. Las-las dia balas:
"Saya semua senang. Sebab saya tak bawa beca. Saya drive kereta. Nak pergi manapun boleh..."
Alamak! Takkan aku nak pergi sorang? Habis siapa nak temankan aku? Takkan dia nak pimpin aku kot? Kalau dia bawa kawan, lagi malu aku. Apasallah aku pergi setuju nak makan dengan dia? Dengan tak malunya, aku minta izin untuk bawa kawan. Dan aku cadangkan untuk makan di Little Vietnam, Mid-Valley.
1.00 lebih dia sampai. Ternyata, dia datang sorang. Ish dia ni, confident je datang sorang, diakan tahu kalau kat tempat tak biasa orang kena pimpin aku. Kalau aku tak bawa kawan tadi, takkan dia nak bawa aku? Dia ingat tentang aku ke tidak ni? Sekali lagi aku serba-salah, nak duduk depan ke? Nak duduk belakang dalam kereta ni? Duduk depan malu, duduk belakang bukan ke kurang sopan gayanya buat orang macam driver kita? Dahlah dia tu bukan calang-calang orang. Mungkin nampak aku teragak-agak, dia terus cakap, duduk belakang dua-duapun tak apa. Alhamdulillah. Sepanjang jalan, tak putus-putus kami berbual dan ketawa. Ternyata, dia memang pandai bergaul dan suka buat lawak.
Penat kami cari Little Vietnam, malangnya dah tutup. Dia tanya aku, nak makan mana pulak? Kali ni, aku suruh dia cadangkan. Setelah berfikir seketika, dia bawa aku ke Tony Roma's itupun setelah ku beritahu aku nak makan western.
Sungguh, aku tak pernah masuk Tony Roma's ni. Makan dan minum akupun, aku suruh dia yang cadangkan. Rip Tony Roma's Glendale dan Pina Colada! Itulah menu makan tengahari aku semalam.
Terima kasih Jash atas hidangan tengahari yang lazat :)
No comments:
Post a Comment