Peristiwa ni terjadi masa aku balik dari India hampir dua tahun lalu. Kalau tak silap, 30 November, 2011 rasanya. Selama lima hari empat malam di India, ramai yang keletihan dan mengalami ceret-beret, mungkin kerana tak sesuai dengan makanan di India, kecuali aku dan Sam. So, bila dalam flight tu, semuanya tidur dan diam tak macam dalam perjalanan pergi.
Aku? Aku ni pantang naik kenderaan, mesti nak tidur. Sedangkan naik LRT hari-haripun boleh tidur, apa lagi naik flight selama empat jam setengah tu. Bila kapal terbang mula menujah udara, dan terbang bebas di angkasa, akupun mulalah hanyut dan bakal lena di alam mimpi. Ingat kapal terbang je nak terbang? Akupun nak terbang juga. Oh tak, aku belayar. Kapal terbang makin jauh meninggalkan Kochin merentasi lautan dan gunung-ganang. Mata aku pun semakin rapat dan terawang-awang di alami rialiti. Dah nak melepasi sempadan ke alam lenalah tu. Tiba-tiba... air turun dari bumbung kapal terbang membasahi sweater Suhaimi yang menyelimuti pahaku. Air tu turut terpercik ke tanganku. Aku terus terjaga. Mata yang tadinya layu kuyu, terus membulat besar. Hati mula cemas. Dalam hati:
"Ya Allah! Habislah, matilah aku kali ni. Kalau kapal terbang ni bocor, mesti tak ada harapan untuk selamat, apalagi untuk hidup? Kalau hiduppun, mesti susah nak balik ke pangkuan keluarga. Manalah tahu kalau kejap lagi semua penumpangkena terjun ke laut ke, hutan ke. Kalau ditakdirkan aku terjun tu, aku sorang-sorang je macam mana? Dahlah tak nampak, Kalau dalam gaung, mesti kena makan dengan binatang buas. Kalau dalam laut, kena makan ikan, ataupun dilambung ombak lepas tu jauh dari daratan. Dahlah aku takut laut dan tak pandai berenang,"
Dengan cemas, aku mengejutkan Syed yang mungkin sedang tidur di sebelah kananku.
"Syed, air apa ni? Kapal terbang bocor ke?" Dalam hati, tapi pergerakan kapal terbang ni OK je. Cabin crew dan anak kapal lain, relax je.
"Bocor? Kenapa, kak?" Syed kebingungan.
Aku memegang percikan air di tangan. Likat dan seperti ada sisa makanan. La... Sedetik, kedengaran bunyi orang muntah. Aku berkalih ke kiri.
"Ija, kau muntah eh?"
"Ha'ah. Tak tahanlah." Jawab Ija sambil cuba menahan muntah untuk ke sekian kalinya. Kerusi dan lantai kapal terbang mula kotor.
"Ha'ah kak, Ija muntah," Kata Syed sambil melihat Ija.
"Pergilah toilet!" Aku mula geli-geleman dan terasa nak muntah kerana teringatkan tangan dan ribaku kena muntah. Tanpa berfikir panjang, aku cepat-cepat lap muntah di bahagian sweater yang tidak kena muntah. Sweater ku gumpal. Biar muntah di dalam dan tidak kena pada bajuku. Baki air mineral, ku siram sedikit pada tangan buat membersihkan sisa muntah. Oh my god!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Adik akupun tak pernah muntahkan aku kecuali masa baby dulu. Aku ni dahlah penggeli.
2 comments:
mak ai.. lamanya cerita ni ko peram... hahaha. baru terkeluar eh??? hahahaha.
Nak menulis kena ada mood. Eleh, mengata aku. Kau tu, orang dah update lama, baru nak baca.
Post a Comment