Berjalan-jalan di shopping complex adalah aktiviti kegemaran aku. Lebih-lebih lagi pada awal bulan. Sebab apa? Sebab baru dapat gajilah :)
Petang Selasa lalu, aku ke Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju. Kebetulan ada sale pulak tu. Akupun apa lagi, memandangkan sendal untuk pergi dan balik kerja semuanya dah lunyai, jalan-jalan cari sendallah. Wow! Valentino Rody! Beli dua, RM79.00. Jarang dapat sale macam ni. Dahlah tu, kasut yang aku sukapun ada. Tadi kata nak beli sendal pergi dan balik kerjakan? Dah tukar agenda pulak, nak beli sekali kasut untuk pakai kat office. Tapi malangnya, sepasang lagi yang aku nak tak ada saiz. Almaklumlah, saiz aku ni kan, saiz standard so, cepatlah habis.
Lepas tu, aku pun tengok-tengok lagi. Wow! Swiss Polo! Sendal bertali hampir sama macam valentino yang aku nak, cuma tapak flat tak tinggi macam Valentino. Ok juga, boleh pakai untuk bersantai. Tapi... Sendal untuk pergi dan balik kerja dah tak ada ni. Mustahak tu. Mana boleh pakai kasut atau sendal office, cepatlah jahanam. Dahlah warna si Polo ni menarik, biru, merah dan oren kalau tak silap. Tapi yang masuk dengan aku biru. Lain dari yang lain. Naklah! Tapi nanti tak cukup duit pulak macam mana? Skin care pun nak kena beli juga ni :(
Aku bergerak pula ke Sole. Ada sendal yang sangat sesuai untuk pergi dan balik office. Cuba punya cuba warna merah tak ada saiz. Hitampun, hitamlah. Alamak... Sifir Ekonomi Asas masa Tingkatan 4 dulu bermain di fikiran. Bila ada kekurangan, kena buat pilihan, bila buat pilihan, mesti ada kos lepas, Huhuhu kos lepasnya, Swiss Polo biru aku tulah :(
A: Awak suka kasut biru tadi ke?
Tinta: Sukalah :(
A: OK, yang ni, saya belikan untuk awak.
Ha??? Belikan??? Maknanya... Belanjalah ye? Hahaha... Mata yang tadinya suram kembali menyinar. Senyum lebar ke telinga. Maka, berguguranlah daun-daun kering di musim luruh, digantikan dengan musim bunga yang mengasyikkan :) :) :)
Yes!!! Akhirnya... Sepasang Sole hitam dan sepasang Swiss Polo biru menjadi milikku yang mutlak!!! Hurray!!!
Kasut office, cari esok, J Card Sale, mesti harganya merudum murah. Misi seterusnyaaaa... :)
Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, February 28, 2013
Tuesday, February 19, 2013
Baju Kelawar Lukisan Tangan Dan Tudung Dua Tona Warna
Ada orang baru balik "out station". Cuba teka apa yang dia bawa untuk saya.
A: Saya akan hantar sepaket keropok leko berharga RM2.00 malam ni.
Huh! Ada aku kisah nak hantar keropok harga berapapun?
Tinta: OK.
Malam:
Sepaket keropok lekor bertukar tangan. Seekor patung penyu kotak pensel diberikan padaku (kalau dah penyu tu, baru balik dari Terengganulah) dan satu beg plastik.
Tinta: Apa ni?
A: Tengoklah.
Dengan senyuman mekar di bibir, isi beg plastik ku keluarkan. Hahaha best!!! dua helai tudung bawal dua tonne berwarna kuning dan oren serta ungu gelap dan biru laut. Yang kuning ada taburan manik di bahagian tepi dan yang ungu ada bunga bersulam serta batu di atas kepala. Bahagian tepinya berkilat dan berwarna-warni. Apa lagi, terus peragakan di kepalalah.
A: satu lagi?
Tinta: Apa?
A: Tak tahu.
Tanpa berlengah aku keluarkan kain sehelai lagi. Wow!!! Baju kelawar berwarna-warni dengan warna-warna ceria seperti pink dan kuning. Coraknya adalah lukisan tangan :)
Terima kasih, A.

Tony Roma's Mid-Valley Mega Mall, Tanda Minta Maaf
Tengku Jashwa, kerabat diraja Terengganu yang tak macam kerabat. Hahaha... Kenapa aku cakap macam tu? Orangnya sangat simple dan humble. Aku tahu yang dia tu kerabatpun, dari Jef, kawan dia yang lebih dulu kenal aku. Dia seorang entahlah, mungkin seorang cameraman tapi mungkin lebih daripada tu sebab dia punya studio sendiri. Apa kena-mengena Tonya Roma's dengan dia?
Kisahnya bermula setelah dia shoot aku untuk projeknya. Dia pinjam dokumen penting aku. Lepas tu dah berbulan dia peram, tak pulangkan pada aku. So, aku chase la. Yelah kan, sijil-sijil tu amat berharga bagi aku, penyumbang kepada masa depan kerjaya aku tu. Mula-mula rasa takut juga nak call dan mesej dia. Yelah kan, murka nanti macam mana? So aku deal la dengan Production Manager dia, Johanna. Lama lepas tu, Johanna suruh aku sendiri call dia. Dalam takut-takut berani, aku callah dia. Banyak kali, risau fasal sijil aku tulah. Kalau sijil biasa tak apalah, ni siap dengan Ijazah dan sijil akademik lainnya. Sebagai tanda minta maaf, malam Isnin lalu, dia mesej aku cakap nak belanja makan. Mungkin rasa tak sedap sebab aku tunggu dia hantar sijil tu kat rumah, tapi dia ada meeting dan habis lewat. Jadi, dia plan nak jumpa aku semalam, hantar sijil dan belanja makan. Mula-mula aku ingat dia main-main. Takkanlah orang macam dia nak keluar dengan aku? Bagi aku, dia hantar sijilpun dah cukup. Aku tak minta lebih.
10.00 lebih pagi semalam dia mesej aku:
"Selamat pagi Tinta.. Mohon beritahu waktu sesuai saya boleh tiba di MAB dan jemput Tinta untuk makan tengahari serta di mana Tinta teringin nak makan hari ni :)"
Eh, biar betul mamat ni. Betul ke nak belanja aku? Siap suruh aku tentukan tempat makan lagi. Dia nak belanja, dialah tentukan tempatnya. Manalah aku tahu budget dia, traffic jam ke tidak, sesuai tak dengan dia? Peninglah. Dah aku yang serba-salah, nak makan tempat murah, takut dia tak selesa. Nak makan tempat mahal nanti dikatanya aku ni mata duitan. Puas aku suruh dia pilih tempat yang senang bagi dia. Las-las dia balas:
"Saya semua senang. Sebab saya tak bawa beca. Saya drive kereta. Nak pergi manapun boleh..."
Alamak! Takkan aku nak pergi sorang? Habis siapa nak temankan aku? Takkan dia nak pimpin aku kot? Kalau dia bawa kawan, lagi malu aku. Apasallah aku pergi setuju nak makan dengan dia? Dengan tak malunya, aku minta izin untuk bawa kawan. Dan aku cadangkan untuk makan di Little Vietnam, Mid-Valley.
1.00 lebih dia sampai. Ternyata, dia datang sorang. Ish dia ni, confident je datang sorang, diakan tahu kalau kat tempat tak biasa orang kena pimpin aku. Kalau aku tak bawa kawan tadi, takkan dia nak bawa aku? Dia ingat tentang aku ke tidak ni? Sekali lagi aku serba-salah, nak duduk depan ke? Nak duduk belakang dalam kereta ni? Duduk depan malu, duduk belakang bukan ke kurang sopan gayanya buat orang macam driver kita? Dahlah dia tu bukan calang-calang orang. Mungkin nampak aku teragak-agak, dia terus cakap, duduk belakang dua-duapun tak apa. Alhamdulillah. Sepanjang jalan, tak putus-putus kami berbual dan ketawa. Ternyata, dia memang pandai bergaul dan suka buat lawak.
Penat kami cari Little Vietnam, malangnya dah tutup. Dia tanya aku, nak makan mana pulak? Kali ni, aku suruh dia cadangkan. Setelah berfikir seketika, dia bawa aku ke Tony Roma's itupun setelah ku beritahu aku nak makan western.
Sungguh, aku tak pernah masuk Tony Roma's ni. Makan dan minum akupun, aku suruh dia yang cadangkan. Rip Tony Roma's Glendale dan Pina Colada! Itulah menu makan tengahari aku semalam.
Terima kasih Jash atas hidangan tengahari yang lazat :)

Friday, February 15, 2013
Kapal Terbang Bocor
Peristiwa ni terjadi masa aku balik dari India hampir dua tahun lalu. Kalau tak silap, 30 November, 2011 rasanya. Selama lima hari empat malam di India, ramai yang keletihan dan mengalami ceret-beret, mungkin kerana tak sesuai dengan makanan di India, kecuali aku dan Sam. So, bila dalam flight tu, semuanya tidur dan diam tak macam dalam perjalanan pergi.
Aku? Aku ni pantang naik kenderaan, mesti nak tidur. Sedangkan naik LRT hari-haripun boleh tidur, apa lagi naik flight selama empat jam setengah tu. Bila kapal terbang mula menujah udara, dan terbang bebas di angkasa, akupun mulalah hanyut dan bakal lena di alam mimpi. Ingat kapal terbang je nak terbang? Akupun nak terbang juga. Oh tak, aku belayar. Kapal terbang makin jauh meninggalkan Kochin merentasi lautan dan gunung-ganang. Mata aku pun semakin rapat dan terawang-awang di alami rialiti. Dah nak melepasi sempadan ke alam lenalah tu. Tiba-tiba... air turun dari bumbung kapal terbang membasahi sweater Suhaimi yang menyelimuti pahaku. Air tu turut terpercik ke tanganku. Aku terus terjaga. Mata yang tadinya layu kuyu, terus membulat besar. Hati mula cemas. Dalam hati:
"Ya Allah! Habislah, matilah aku kali ni. Kalau kapal terbang ni bocor, mesti tak ada harapan untuk selamat, apalagi untuk hidup? Kalau hiduppun, mesti susah nak balik ke pangkuan keluarga. Manalah tahu kalau kejap lagi semua penumpangkena terjun ke laut ke, hutan ke. Kalau ditakdirkan aku terjun tu, aku sorang-sorang je macam mana? Dahlah tak nampak, Kalau dalam gaung, mesti kena makan dengan binatang buas. Kalau dalam laut, kena makan ikan, ataupun dilambung ombak lepas tu jauh dari daratan. Dahlah aku takut laut dan tak pandai berenang,"
Dengan cemas, aku mengejutkan Syed yang mungkin sedang tidur di sebelah kananku.
"Syed, air apa ni? Kapal terbang bocor ke?" Dalam hati, tapi pergerakan kapal terbang ni OK je. Cabin crew dan anak kapal lain, relax je.
"Bocor? Kenapa, kak?" Syed kebingungan.
Aku memegang percikan air di tangan. Likat dan seperti ada sisa makanan. La... Sedetik, kedengaran bunyi orang muntah. Aku berkalih ke kiri.
"Ija, kau muntah eh?"
"Ha'ah. Tak tahanlah." Jawab Ija sambil cuba menahan muntah untuk ke sekian kalinya. Kerusi dan lantai kapal terbang mula kotor.
"Ha'ah kak, Ija muntah," Kata Syed sambil melihat Ija.
"Pergilah toilet!" Aku mula geli-geleman dan terasa nak muntah kerana teringatkan tangan dan ribaku kena muntah. Tanpa berfikir panjang, aku cepat-cepat lap muntah di bahagian sweater yang tidak kena muntah. Sweater ku gumpal. Biar muntah di dalam dan tidak kena pada bajuku. Baki air mineral, ku siram sedikit pada tangan buat membersihkan sisa muntah. Oh my god!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Adik akupun tak pernah muntahkan aku kecuali masa baby dulu. Aku ni dahlah penggeli.

Monday, February 4, 2013
Cermin Mata Perlindungan UV
Mencari cermin mata hitam bukanlah satu perkara yang mudah bagi aku sebab cermin mata hitam yang aku perlukan sebenar adalah cermin mata mengelak daripada silau dan tidak gelap. Ha... Korang bacapun peningkan? Cermin mata yang tak gelap tapi boleh selamatkan mata daripada silau. Habis tu tadi kata cermin mata hitam? Hahaha sebenarnya, aku pun tak tahu jenis cermin mata macam mana yang aku perlukan. Kalau tak nak silau, selalunya orang pakai cermin mata hitamlah kan? Jadi jenuhlah selama ni aku cari cermin mata hitam tapi tak nak gelap. Ah, bukan cari sangatpun sebab aku yakin, cermin mata yang aku nak tu, tak ada.
Baru-baru ni, ada kawan sarankan pada aku pakai cermin mata hitam. Akupun ceritalah dekat dia masalah aku. Dia suruh aku pakai cermin yang tak gelap tapi boleh elak silau. Ha??? Ada ke? Dah minggu lepas round mall cari cermin mata seperti yang dimaksudkan. Aku ada berkenan satu cermin mata kat Eye Galery kat Jusco, cerminnya tak gelap sangat tapi kawan aku cakap, tak sesuai dengan muka aku. Kalau nak diikutkan, harganya "under budget".
Akhirnya, Sabtu lepas, kami ke kedai cermin mata yang terletak dalam The Store Sungai Buloh. Tempat yang kawan aku biasa. Mula-mula, try yang "ready stok" tapi tak menepati ciri yang aku nak. Kawan aku bagi tahu tuan kedai tu tentang keperluan aku. Sudahnya, kakak tu keluarkan beberapa sampel cermin mata untuk aku cuba. Kata kakak tu, kalau nak yang macam aku nak tu, kena tempah lebih-lebih lagi yang tak ada "power". Dalam banyak-banyak yang dia keluarkan, ada dua yang aku rasa OK. Satu yang tiada perlindungan UV harganya RM70.00 dan yang ada UV Protection RM150.00. Tentunya aku pilih yang RM70.00. Tapi kawan aku suruh ambil yang RM150.00. Katanya yang ada UV tu elok. Ye, aku pun tahu tapi budget tak ada. Belum frame lagi tu.
Kawan aku mula memilihkan aku frame. Ada dua frame yang sesuai dengan aku. Menurut kata dia, satu daripadanya nampak "smart" dengan aku. Bila dipegang, frame tu nipis dan ringan sangat sampai aku rasa macam frame cermin mata mainan. Memandangkan nak berjimat, aku putuskan agar beli lain kali. Bila dah tinggalkan kedai tu, fikir punya fikir, rasa nak beli pulak. Sekarang ni kan tengah sale Raya Cina. Lepas makan Pizza Hut, kami sekali lagi ke kedai tersebut.
Akhirnya, aku membeli:
Cermin UV Protection warna kelabu =RM150.00
Frame warna pink nak ke merah (mengikut kesesuaian muka) =RM320.00, sale 50%, =RM160.00, minta kurang lagi, =RM140.00
Total: RM290.00. Malam ni Insya-Allah boleh ambil.

Subscribe to:
Posts (Atom)