SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, December 22, 2012

SK-II Festive Pitera Essence Set

SK-II, bukanlah asing dalam hidupku sejak tahun lepas. Tapi, aku hanya memakai cleanser saja dan kadang-kadang Clear Lotion. Maklumlah, beli yang kecil, jadi jarang pakai. Cleanser, cleanser OK. Mula-mula aku beli dari internet saiz kecil =20G. Setelah berpuas hati dengan resultnya, maka aku beli yang besar, Facial Treatment Gentle Cleanser 120G =RM210.00. Hahaha siap letak harga tu, bukan apa, untuk memudahkan mereka yang mencari maklumat tentang produk ni dan yang survey harga. Jenuh aku cari harga di pasaran Malaysia, tapi tak ramai yang tulis harga. Jadi aku tulis bagi senang orang nak budget. Apa result cleanser tu ya? Alhamdulilah , kulit jadi lebih lembut, bersih dan kurang minyak. Kulit tanganpun turut mendapat faedahnya. Paling penting, dia tak bagi kesan negatif pada muka.

Lepas tu, dah kulit elok, gatal pulak guna mekap. Dahlah tu, mekap tak sama brand dengan skin care. Sebelum ni, ada orang tegur yang kulit muka aku ni, tak sama dengan kulit tangan. Kulit tangan lebih cerah dari kulit muka. Aku buat tak endah je. Bila pakai cleanser, ada yang tegur kulit dah OK. Lepas pakai make up, aku rasa macam lain sikit kulit muka aku tu. May be sebab foundation. Sebelum ni, aku pernah pakai sun block satu jenama tu, lepas pakai sun block tu, muka aku burn. Hari tu, balik dari Bali, orang tegur muka aku burn. Normallahkan? Baru balik bercuti dari pulau, muka memang burn. Aku relax lagi. Dah sebulan lebih berlalu, ada lagi yang tegur kulit aku burn. Mula-mula aku ingat sebab bedak yang aku pakai tu nampakkan kulit aku gelap sebab bedak tu aku beli yang warna gelap. Ya, memang kulit aku tak sesuai dengan warna bedak tu. Tapi, bila aku buka tudung dan tanpa mekap, masih ada lagi kawan yang tegur fasal muka aku yang burn ni. Aku mula risau. Aku memikirkan cara untuk mengatasinya. Takut juga kalau guna krim sebarangan tak sesuai sebbab kulit aku ni susah sikit. Dalam takut-takut tu, aku cuba satu mosturizer ni. Mosturizer tu hanya bersihkan wajah saja, yang burn, tetap burn. So, ada kawan cakap, pakailah krim SK-II kan aku guna cleanser dia. Akupun setuju.

Malam tadi, aku ke One Utama dengan satu tujuan untuk membeli SK-II Whitening DirmDefinition Mosturizer. Jauhkan? Sebab orang yang teman aku tu, dah biasa kat One Utama tu.
Tiba di kaunter, staff SK-II ,Magret menyambut aku dengan ramah. Aku menyatakan hasrat nak beli Whitening Cream tu. Tapi dia suggestkan pada aku supaya pakai satu set. Sebab, katanya, skin care akan mudah memberi kesan jika digunakan satu set. Dia tanya aku, apa produk yang aku pakai? Aku bagi tahu, cleanser saja. Dia kata tak cukup. Fikir punya fikir, kebetulan ada Christmas Promotion, beli satu Miracle Water 75ML yang dibungkus dalam make up box kita akan dapat satu Clear Lotion 40ML dan mask dengan harga RM199.00. Murahkan? Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini :)

Jadi, koleksi aku sekarang ialah:

Facial Treatment Gentle Cleanser 120G =RM210.00 - Namanya cleanser, pencucilahkan? So, cuci muka macam biasa. Tapi, guna sikit je pencuci tu, sebab kita hanya memerlukan buihnya untuk mencuci wajah.
Clear Lotion lupa harga sebenar sebab beli set promosi - bertindak sebagai toner. pakai selepas mencuci muka.
Facial Treatment Essence atau Miracle Water 75ML (set promosi) - vitamin untuk kulit. Pakai selepas toner (termasuk dalam set promosi)
Mask (termasuk dalam promosi set) - sapu pada wajah selepas pakai miracle water.
Whitening Dirmdefinition 75G =RM399.00 - pakai selepas mask sebagai pelembap.

Kita tunggu resultnya. Insya-Allah. wajah yang Allah ciptakan ini adalah anugerah. Jadi kita jagalah selagi ia masih dipinjamkan pada kita.

Maaf kepada mereka yang komen pada entry SK-II sebelum ni sebab lambat balas.

5 comments:

Anonymous said...

Nk tanya...kt mna nk beli on9 SKII tu

TINTA EMAS said...

Saya beli di Sakura Beautique kalau tak silap macam nilah ejanya. FB diapun ada. Nama orang tu Kak Fith. Dia ambil direct dari Jepun

Unknown said...

tq sis..nk kgsi exp jg nih...sy pn bru sminggu lbih guna fte ni tp fte je..xguna cleanser dier or lotion dier...just fte... sy rsa xrugi lgsg tau beli yg paling besar tu..hrga dlm 699.00 jg la...tutup mata je beli tp ya Allah..sgt puas ati. kulit sy jnis kering kontang tau...bkn alang2 pye kering. klau dulu mlm ari, mlm2 asben bwa mkn kt luar, lma sgt nk bsiap sbb kna tepek byk sgt kt muka...tp blum smpi 2minggu guna sy prsan bru td...sy xguna pape pn tmsuk bedak. tp kulit sgt2 lembut dan sejuk mcm agar2....melantun bila di dab2...n pling sy suka sgt tu X KERING LGSG...! lps ni sy nk beli lotion dier pla...satu2 la kn?

Unknown said...

tq sis..nk kgsi exp jg nih...sy pn bru sminggu lbih guna fte ni tp fte je..xguna cleanser dier or lotion dier...just fte... sy rsa xrugi lgsg tau beli yg paling besar tu..hrga dlm 699.00 jg la...tutup mata je beli tp ya Allah..sgt puas ati. kulit sy jnis kering kontang tau...bkn alang2 pye kering. klau dulu mlm ari, mlm2 asben bwa mkn kt luar, lma sgt nk bsiap sbb kna tepek byk sgt kt muka...tp blum smpi 2minggu guna sy prsan bru td...sy xguna pape pn tmsuk bedak. tp kulit sgt2 lembut dan sejuk mcm agar2....melantun bila di dab2...n pling sy suka sgt tu X KERING LGSG...! lps ni sy nk beli lotion dier pla...satu2 la kn?

TINTA EMAS said...

Kan? Memang tak menyesal punya, IInsya-Allah. Rasa berbaloikan. Apalah sangat pada harga dibandigkan dengan kecantikan nak-nak yyyyyyyang ada suami.