SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, December 30, 2012

Revlon: Colorstay Whipped Creme Makeup

Satu elemen penting dalam solekan adalah alas solekan yang juga dikenali sebagai foundation.

Aku baru je berjinak-jinak dengan makeup ni. Foundation pertama yang aku cuba adalah SimplySiti Clear Solution =RM54.00 lebih kalau tak silap.. Seperti yang pernah aku tulis dalam entry sebelum ni, kulit aku ni sensitif. Oleh kerana minat dengan Dato' Siti Nurhaliza, jadi akupun sedapkan hati yang foundation tu sesuai dengan aku. Lama-kelamaan, aku rasa foundation tu memang tak sesuai dengan aku. Jadi aku mula usha foundation lain. Nak beli SK-II mahal sangat, kan aku baru melabur banyak ratus untuk set SK-II Skin Care. Nak beli foundation pulak, kopaklah.

Satu hari, masa aku tengah enak menjamu selera kat kafe office, Kak Fatimah, kakak office aku yang baru habis cuti bersalin mendekati aku.

Kak Timah: Tinta, nanti datanglah atas, akak ada jual makeup tau. SimplySitipun ada tau. Akak dapat stok murah, tapi origenal tau. Akak dapat dari pramugari.

Wah! Aku sangat teruja!
Tinta: Ya? Ada jenama apa lagi?
Kak Timah: Ada Mabline, Revlon dan L'orial. Datanglah.

Tanpa melengah masa, akupun teruslah naik kat tempat dia. Niat di hati nak beli lipstick SimplySiti Cinta Ini. Lipstick tu tak ada. Aku belilah lipstick lain. Lepas tu, aku tertarik dengan satu foundation ni. Macam kat tajuk atas tulah, Revlon. Aku bukanlah penggemar jenama Revlon tapi kata Kak Timah yang memang pandai makeup ni, foundation Revlon tu memang cantik.

Jumaat hari tu, aku try pakai foundation ni. Revlon ColorStay Whipped Creme Makeup dari jenis Warm Golden jenis yang sesuai dengan warna kulit aku. Memang tak berminyak, Kulit muka terasa ringan, Halus dan licin. Tapi pakai sikit je, jangan banyak, kalau tak jadi tepung ghomaklah. Sesuai dengan motonya 24 jam, aku mengenakannya dari pagi sebelum ke office. Sebelah petang, kawan tegur:

Kawan: Kau pakai foundation apa?
Tinta: Revlon. Kenapa?
Kawan: Cantiklah. Tak bercapuk bedak kau dan tak pecah walaupun dah petang.
Tinta: Aku tak pakai bedakpun.
Kawan: Ye ke? OKlah, yang ni lebih OK dari SimplySiti.

Kesannya pada kulit, belum tahu lagi. Baru pakai sekali kan? Harap, OKlah. Aku malas nak cuba jaya dalam bab makeup ni.

No comments: