SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, December 31, 2012

BingkisanDari Jogjakarta, Indonesia 4

Dah berzaman, baru nak habiskan cerita ni.


Hari keempat aku do Jogjakarta atau lebih tepat lagi di Solo. Hari ni tak ada apa-apa program sebab dah nak balik. So, aktiviti bebaslah kiranya. Kami keluar dari home stay untuk mencari sarapan pagi. Kami berjalan mengikut kaki. Akhirnya, kami bertemu dengan sebuah Mc Donalds. Ah, bolehlah. Sebelum pulang ke hotel, sempat juga kami menyinggah di kedai kasut, Dapatlah sepasang sendal yang warnanya seperti kulit. Kata kawanku, bila aku pakai selipar tu, nampak macam aku tak pakai selipar jika tidak dipandang betul-betul. Kira uniklah kan?

Dalam perjalanan pulang ke home stay, kami terjumpa dengan peminta sedekah. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang cacat kakinya. Kesian sungguh. Sepanjang percutian kami kali ini, kami sering bertemu dengan peminta sedekah.

Seterusnya, selepas berkemas apa yang patut, kami bertolak ke lapangan terbang untuk pulang dengan menaiki kereta yang kami sewa.

No comments: