"Wah! Kau nak pergi berdansa ke nak pergi kerja ni?" Amboi, lancang gitu mulut kau Haida.
"Berdansa," Jawabku selamba. "Over ke baju aku ni?" Tanyaku takut baju tak kena dengan tema pejabat. Takut juga tu walaupun mulut sesedap rasa jawab nak pergi berdansa.
"Taklah sangat, tapi gaunkan selalu orang pergi berdansa," Apa-apalah. Ni belum aku pakai gaun yang mami bagi ni. Waduh, pusing deh. Tukang komen kat rumah ni pun dah buat aku pening kepala. Belum orang luar lagi. Lantaklah, orang lain tu ramai je yang pakai gaun. Biasalah, aku dengan Haida ni suka melawak. Usik akulah tu. :S
Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, April 11, 2011
Friday, April 8, 2011
Motivasi Kerja
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY gila , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakalanya kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakalanya kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakalanya kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
7. Adakalanya kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MACAM TAKDE KERJA’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT’
‘Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik’
Sumber: WanMWA
Kredit kepada Chee May Fong yang menghantar email ini.

Thursday, April 7, 2011
Luahan Hati Binatang
Aku tertarik dengan kiriman email yang dikirim May Fong:
Sedap-sedap jer korang kata BODOH MACAM LEMBU ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak je binatang lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh macam kambing ke ayam ke?
Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan? Kan? Kan?
Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELACAN ? Aku bukan makan sambal belacan pun~ tak glamer langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee... manis sikit!
Aku tak mandi pun tetap ada harga beb?? Eleh... kata aku tak mandi... tu ayam,arnab lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku je yang jadi perbandingan? Ini tak ADIL!!!
Elehhhh... apa hal jadikan aku perbandingan lak nie...?? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR... .Tu pompuan-pompuan tu lagi la... mulut dorang lagi bising kalau membebel..
Serius tak faham kenapa orang selalu mencarut guna nama aku?? apa salah akuuuu??? Walaupun aku haram untuk dimakan oleh umat Islam, takkan la sampai nama aku pun korang guna buat bahan mencarut! betul-betul tak adil ni!!! (luahan hati si khinzir)

Wednesday, April 6, 2011
Kem Jati Diri 2011 (Bahagian 1)
Jumaat, 1 April, 2011:
Hari yang dinanti telahpun tiba. Seluruh ahli jawatankuasa terlibat dan para peserta Kem Jati Diri 2011 berkumpul di ibu pejabat MAB. Walaupun aku memberitahu mereka masa berkumpul adalah pukul 8.30, namun seperti biasa ada saja yang lewat.
Jam 7.30 pagi aku, Ali dan Jebry ke MAB menaiki Putra LRT. Setibanya di MAB, kami ke bilik IBSA mengambil barang-barang yang ingin dibawa seperti peralatan menulis dan barang cenderahati.
Hati semakin berdebar. Takut kalau kem ini tidak jadi seperti yang diharapkan. Pastinya aku yang akan dipersalahkan. Namun debaran sedikit reda dengan semangat dan sokongan padu daripada En. Fairuz (penasihat kelab) dan keraninya, Hadisah. Setelah Hadisah memberikan aku dua kotak kemeja T peserta dan peti kecemasan, aku, Hadisah dan En. Fairuz berbual-bual dan seperti biasa perbualan kami akan disulami dengan gurauan dan gelak tawa. En. Fairuz, begitulah dia. Sejak aku mengenalinya empat tahun lalu, dia seorang yang bijak merancang, bertolak-ansur dan mengambil berat. Tapi tidak keberatan untuk menerima idea dan teguran orang lain. Dulu, aku, En. Fairuz dan Kak Sariza saling kejar-mengejar antara satu sama lain dalam bab kerja. Sekarang aku, En. Fairuz dan Hadisah pula. Begitulah kami. Apa yang bagusnya, walaupun dia ketua, tapi kami orang bawahan boleh ingatkan dia dan boleh desak dia untuk cepat dalam melakukan sesuatu. Dia tak pernah ambil hati dengan aku walaupun adakalanya aku bercakap lepas (tapi lepas yang bertapis tau, aku masih tahu batasnya) paling tidak dia sindir aku balik.
Ish, budak-budak ni, pukul 9.00 pun belum cukup lagi peserta. Bas dijangka berlepas jam 9.30 pagi. Terpaksalah aku menghantar Gopal sebagai utusan bertemu dengan pemandu bas setelah diminta berbuat demikian oleh Hadisah. Kata Hadisah, bimbang kalau pemandu bas merajuk sebab dia datang pukul 8.45 lagi sebab En. Fairuz bagi tahu dia yang peserta ingin bertolak jam 9.00. Ish, En. Fairuz ni, orang cakap pukul 9.30, dia cakap 9.00 pula.
Kehadiran peserta dan sukarelawan disemak. Hatiku tambah lega apabila Ayah Daud, ketua sukarelawan telahpun tiba. Ayah Daud, selama empat tahun mengenalinya, dia seorang yang baik hati, rajin dan bertanggungjawab. Ayah Daud ku kenali semasa mendaki Gunung Nuang yang merupakan salah satu sesi latihan untuk ke Gunung Tahan tahun 2007 lalu. Ukhwah kami menjadi lebih erat sewaktu ekspedisi Gunung Tahan. Dia membahasakan dirinya sebagai "ayah" denganku. Pada mulanya, aku kekok untuk memanggilnya ayah. Tapi, takkan aku nak panggil dia encik sedangkan dia sering membahasakan dirinya ayah terhadapku. Lama-kelamaan, akupun memanggilnya ayah. Kami sangat mesra seperti anak dan bapa. Ku kira, kemesraan tersebut berakhir setelah tamatnya ekspedisi Gunung Tahan, tapi tidak. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, kami sering berhubung dan bertanya khabar. Aku amat menghormati Ayah Daud yang benar-benar seperti ayah. Sering menasihati aku dalam pelbagai perkara termasuk hal peribadi walaupun tidak secara khusus. Apa yang sering dipesan? Jaga diri baik-baik Tinta. Jaga kehormatan. Awak tu perempuan. Macam-macam lagilah. Aku selesa dengannya kerana dia tidak pernah mengambil kesempatan atas diriku. Sebab itulah, seminggu atau dua minggu sekali, aku pasti menghubunginya untuk bertanya khabar tentang dirinya. Ada juga aspek kehidupannya yang diceritakan padaku. Orangnya periang. Kalau bercakap dengannya, sering membuatkan aku tertawa. Kemesraan ini dieratkan lagi dengan perkenalan bersama Ayab, anaknya. Ayab pula pandai-pandai susun kedudukan adik-beradiknya dengan menyenaraikan namaku. Kelakarkan? Kata Ayab, Kak Tinta anak Mohd Daud, Ayab anak busut anak pinang. Entah apa-apalah si Ayab tu. Apa beza Mohd Daud dan Busut Anak Pinang? Mohd Daud tu nama ayah dalam IC. Busut Anak Pinang tu nama gelaran ayah sebab ayah suka masuk hutan.
Bila Ayah Daud ada bersamaku, aku berasa kuat. Walaupun kami tidak sentiasa bersama tapi kehadirannya membuat aku yakin tentang kelancaran aktiviti. Lagipun, Ayah Daud seorang yang berpengalaman. Pasti dia akan memberi tunjuk ajar yang baik. Soal kerja? Tidak dapat dinafikan lagi, bukan sekadar Ayah Daud tapi anak-anak buahnya juga tidak perlu diajar dan disuruh. Mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan. Kebajikan peserta menjadi keutamaan mereka. Rozaimi, Fadzlee dan Alif, sama seperti Ayah Daud, amat mementingkan kebajikan peserta. Apa yang bagusnya, meskipun mereka adalah orang-orang yang berpengalaman, mereka tetap menghormati dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh ahli jawatankuasa.
Syukurlah! Ayah Daud dapat bersama kami dalam menjayakan kem kali ini. Ayah Daud sebenarnya ada hal lain pada tarikh ni. Kalau tak silap, dia mahu ke Gunung Nuang. Meskipun aku memberitahunya tentang kem ini sejak Januari lalu, namun, tarikh asal 12 Mac ditukarkan ke 1 April kerana kem telah penuh untuk tarikh-tarikh sebelumnya. Apabila Ayah Daud memberitahuku tentang ekspedisinya ke Gunung Nuang, aku tidak berkecil hati kerana bagiku, terserahlah pada Ayah Daud untuk mengikuti mana-mana program yang disukainya. Alhamdulillah, malam sebelum ke kem, ayah memberitahu yang ekspedisinya batal.
Setelah memberi taklimat ringkas, para peserta bergambar beramai-ramai bersama penasihat kelab. Jam 10.00 pagi, kami bertolak ke Kem Pusat Bina Semangat Kecemerlangan Dan Pembangunan Modal Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.

Tuesday, April 5, 2011
Cepatlah Pukul 1!!!
Ah, tak sabarnya nak gi makan tengah hari ni. Ayam goreng, ulam dan sambal belacan. Nantikan kedatanganku!!!
Perang Dingin Berakhir
Tiga minggu berlalu, maka hari ini jam 7.33 pagi berakhirlah perang dingin. Siapa yang mulakan? Akulah. Kenapa? Sebab menuntut sesuatu yang perlu aku tuntut. Tuntutan belum berjaya tapi perang dingin dah tamat. Tak tahulah kalau ada sisa-sisa yang tertinggal. Inilah perang dingin paling lama yang aku lancarkan selama setahun tiga bulan ni. Pihak yang kena tuntut "cool" je? Nantilah! aku atur strategi lain pula!
Monday, April 4, 2011
Mengantuk Dan Penat
Aku rasa mengantuk jelah sepanjang hari ni. Mungkin penat di Kem Jati Diri belum habis kot. Nak cerita fasal kem pun malas.
Subscribe to:
Posts (Atom)