SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, January 18, 2011

Anugerah Berharga

Malam tadi... Aku dikejutkan dengan satu pengumuman yang tak disangka-sangka. Rasanya... Baru minggu lepas aku berbual-bual tentang itu dan menyatakan hasratku kepada mami tentang itu.

Ya Allah, Maha Kuasa Engkau Ya Allah, yang menggerakkan aku untuk ke sana malam tadi. Aku sebenarnya malas nak ke sana tapi... Entah mengapa dalam malas-malas tu... Ku kuatkan hati untuk ke sana. Rupa-rupanya... Ada anugerah yang tak terhingga hendak Kau berikan padaku. Alhamdulillah Tuhan, aku bersyukur atas kurniaanMu. Belum lagi memperolehnya aku telah terasa kegembiraan yang tak terhingga. Kini... Aku menanti harinya yang entah bila kunjung tiba. Dan aku akan mula bersedia untuk itu. Aku amat terharu dengan berita ini. Tak dapatku gambarkan perasaanku dikala ini. Rasa macam tak percaya. Tatkala terjaga dari tidur tadi pun... Aku masih memikirkan tentang itu. Benarkah apa yang aku dengar malam tadi? Kalau aku salah dengar... Mengapa ramai juga orang lain yang dengar? Ya Allah, terasa kerdilnya diri ini. Aku sungguh tidak sabar, tidak sabar, Tuhan. Engkau percepatkanlah hari-hari yang berlalu. Biar masanya lekas datang.

Ya Allah, setelah Engkau murahkan rezekiku, maka Engkau permudahkanlah pula urusan dan pelaksanaannya.

Amin...

Friday, January 14, 2011

Kelebihan Hari Jumaat

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

AMALAN SUNAT HARI JUMAAT

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW:
" Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

SOLAT SUNAT DAN BACAAN SURAH PILIHAN

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Sumber: maf.mod.gov.my

Thursday, January 13, 2011

Anugerah Juara Lagu 25

Tiga hari sudah berlalu. Komen tentang AJL 25 bagai hujan lebat sama ada di laman sesawang, media cetak, media elektronik mahupun kedai-kedai kopi. Kini tibalah masanya untuk aku pula memberi komen.

Rasanya... Tak perlulah aku komen semua sebab banyak blog yang aku jumpa komen satu persatu dari persembahan pembukaan hingga ke persembahan penutup dan keputusan.

Aku hanya berminat nak komen fasal juara yang diumumkan pada malam tersebut. Semua orang sedia maklum "Tolong Ingatkan aku" lagu hasil tulisan dan ciptaan Ana Raffali telah dinobatkan sebagai juara. Pelbagai reaksi yang aku baca dan aku dengar. Ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Tapi harus diingat, juri yang mengadili pertandingan pada malam tersebut adalah juri-juri yang berpengalaman serta arif dalam bidang penulisan lirik dan penciptaan lagu. Jadi, apa perlu dipertikaikan lagi?

Satu fakta penting yang perlu diingat, anugerah juara lagu bukanlah pertandingan penyanyi melainkan kategori vokal terbaik atau persembahan terbaik. AJL juga bukan anugerah kepada lagu popular atau artis popular. AJL sebenarnya mencari lagu terbaik. Saya ulang, "lagu terbaik" bukan "lagu popular atau sedap". Jangan emosional dalam hal ini. Jangan kecewa kalau penyanyi atau lagu yang anda suka tidak dinobatkan sebagai lagu terbaik. Juri pastinya mempunyai ciri-ciri tertentu dalam pengadilan mereka. Pastinya lagu yang menepati ciri-ciri tersebut akan diangkat sebagai juara. Jangan lagu itu sedap didengar, artisnya popular dan kita suka lagu tu, kita nak lagu tu menang. Lagu yang kita suka tidak semestinya lagu itu bagus. Kita suka sesebuah lagu tentunya kerana lagu itu menepati citarasa kita tanpa kita ambil peduli mutu dan kualiti lagu tersebut. Aku tak kata lagu-lagu lain yang bertanding tu tak bagus tapi juara pastinya yang terbaik antara yang bagus. Aku juga tidaklah merendah-rendahkan penulis atau pencipta lain.

Aku dah baca lirik lagu "Tolong Ingatkan Aku". Memang hebat lirik tu. Penuh dengan puitis dan diperkemaskan lagi dengan susunan kata yang indah. Itu belum lagi maksud yang ingin disampaikan. Diksi yang menyampaikan maksud cukup halus. Penceritaan tentang hal yang "simple" tapi disampaikan dengan lenggok bahasa yang penuh dengan metafora. Memang jauh bezanya kalau dibandingkan lirik "Tolong Jangan Ingatkan Aku" dengan lagu-lagu lain yang bertanding seperti "Hanyut", "Sofea Jane", "Selamat Malam", "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" dan lain-lain. Lagu-lagu yang bertanding kebanyakannya ditulis dengan bahasa yang terus. Kurang perlambangan dan nilai estetika bahasa dari sudut puitisnya. Tapi, kita tidak boleh salahkan penulis atau penciptanya kerana mereka mempunyai "taget market" yang tersendiri dan liriknya perlu disesuaikan dengan lagunya. Cubalah anda ambil semua lirik lagu yang bertanding, dan bandingkan lirik-lirik tersebut. Jangan kerana sedap didengar anda mahu sesebuah lagu itu menang. Lirik yang mudah difahami bukan bermakna bagus. Bagusnya mungkin dari sudut lain seperti dapat menyampaikan maksud lagu kepada pendengar tapi tidak dari segi halus bahasanya.

Apa yang paling mengecewakan, terdapat segelintir wartawan yang kecewa dengan keputusan tersebut. Kenapa jadi begitu? Wartawan seharusnya profesional dalam menjalankan tugas. Wartawan seharusnya bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku kerana umum sedia maklum bahawa dalam AJL tiada yang mustahil. Rasanya tidak munasabah wartawan yang menulis mengikut emosi mereka. Sebagai wartawan, mereka perlu bijak dalam penulisan. Buat "homework" dulu tentang AJL terutamanya tentang matlamat AJL diadakan. Buat kajian terhadap lagu-lagu yang bertanding. Cari kekuatan dan kelemahan setiap lagu. Melalui beberapa tulisan yang saya baca, wartawan seolah-olah menyebelahi seseorang artis dan sesebuah lagu sedangkan, sebagai wartawan, kita harus telus dalam penulisan berita. Kalau dalam hal-hal yang sekecil ini media kita tidak boleh bersifat terbuka bagaimanakah pula dalam hal-hal besar seperti politik dan kehakiman??? Tidak salahlah kajian yang dikeluarkan baru-baru ini meletakkan media kita di tangga antara yang terbawah dalam kebebasan media kita menyampaikan berita. Bebas di sini membawa banyak maksud sama ada bebas dari segi kekangan pihak lain atau bebas dari segi pemikiran. Adakah hal ini berlaku kerana wartawan yang ada bukan dari jurusan kewartawanan? Rasanya itu tidak menjadi masalah. Apabila kita sanggup memasuki bidang yang bukan dari jurusan sewaktu menuntut di IPT, seseorang itu perlu belajar disiplin sesebuah bidang yang diceburi. Ingat, wartawan merupakan antara profyesen penting yang boleh mempengaruhi khalayak. Jadi, berhati-hatilah dalam menjalankan tugas. Jangan tulis berlandaskan emosi sebaliknya, kayakan ilmu di dada baru tulisan kalian hebat. Jangan lupa, ilmu yang baik disampaikan kepada khalayak manfaatnya sepanjang zaman. Kalau ilmu atau berita yang salah disampaikan, buruk akibatnya. Bukan saja kepada masyarakat dan dunia bahkan kepada diri sendiri dan akhirat. Ingat, mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Oleh itu, jaga pena dan tinta kalian agar tulisan kalian memberi kebaikan kepada diri sendiri, masyarakat, negara, dunia dan akhirat. Kita hidup bukan sahaja untuk dunia tapi paling utama adalah akhirat. Tak kiralah tulisan kalian dalam bidang apapun, pastikan ianya membawa kebaikan.

Agaknya, kalau Ana Raffali tu popular macam Dato' Siti Nurhaliza mesti tak ramai yang pertikaikan kemenangannya.

Kepada Ana Raffali:
Tahniah atas kemenangan anda. Semoga kejayaan kali ini, menjadi titiktolak kepada karier anda sebagai anak seni. Ingat, seni juga mampu membuka fikiran khalayak. Maka, berbuatlah sesuatu yang mendatangkan manfaat meskipun anda dalam bidang seni. Sebagai salebriti, lengkapkan diri anda dengan penampilan yang baik dan menarik tapi tak semestinya seksi. Paling penting kemahiran komunikasi yang bagus walau dengan siapapun anda berkomunikasi sama ada dengan peminat, khalayak mahupun media. Jaga diri, jaga tatatertib.

Wednesday, January 12, 2011

Keropok Lekor Sarapan Pagi

Niat di hati nak bangun awal, nak goreng keropok untuk sarapan pagi. Las-las bangun pukul 6.00. Rasa malaslah pulak nak goreng keropok. Aku mandi dan Solat Subuh. Rasa macam nak makan keropoklah pulak. Aku lantas mengeluarkan keropok dari peti ais. Rendam dengan air panas kejap dan potong. Sudahnya, sambil bersiap ke pejabat sambil goreng keropok. Alhamdulillah, sempat pun. Keluar rumahpun macam biasa, tak lewat. Cuma tak sempat makan kat rumah. Bawa bekal jelah ke pejabat. Keropok lekor bersama kopi strawberry itu sarapanku hari ni. :)

Tengahari ni rasa malas nak pergi "lunch". Tak apalah, masih kenyang. Ops, jangan lupa, petang ni ada temujanji bersama Jouyian. Dinner bersamanya.

Tuesday, January 11, 2011

Satu, Dua, Tiga!

Permulaan hari baru. Mulakan hari anda dengan ceria. Begitu juga dengan aku. Aku ingin tersenyum sepanjang hari untuk hari ini, esok dan selamanya. Senyum, senyum dan terus senyum.

Baiklah, kita mulakan hari ini dengan penuh semangat:

Ambil tempat masing-masing di garisan permulaaaannnnn!!!

Satu, dua... Tiga!!! Goooooo!!!!!

Tuesday, January 4, 2011

Happy New Year to All My Dearest Readers :)

HAPPY NEW YEARS 2011

Days are too busy
Hours are too few
Seconds are too fast
But there's always time to wish ..........................
Wishing you a wonderful new month and a happy new year in advance.

Don't too hard but work smart.
May your boss appreciate you and say good job
Take care of yourself. Dream, pamper yourself and buy some beautiful thing

Don't worry coz dollar will come from above.
May you also purchase or change a house and a car
May the days ahead be busy but easy, watching the clock, relax and go around the world.
It's important to have good health, therefore, eat more but not too much .
Do remember to exercise at least once a week.
Don't evil with your sweetheart, and be generous to say I love you :)

Here's wishing you well - good health, abundance of wealth and best wishes to all your family in the coming year 2011!


HAPPY NEW YEAR!!!!!!!!


:) :) :)

Tuesday, September 7, 2010

Balik Kampung...

Wah, tak sabarnya nak tunggu esok! Balik kampung! Seronoknya, dah lama tak balik.

* Seronok, seronok juga tinta, beg belum kemas. Jangan lupa pula apa yang nak dibawa. Ferrari kesayangan kau tu jangan lupa. Kata nak "service".

Ish, siapa tu? Sibuk je. Orang nak bersenang-lenang pun tak boleh. Bolayanlah!

* Lagi satu! Flight pukul 10.10 pagi tau, jangan bangun lambat pulak. Check in pukul 8.00, ingat, jangan lambat.

Diamlah!!!

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

* Jangan sampai kapal terbang senget pula.