SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, November 19, 2018

Bukan Kemahuan Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Korang buat apa? Dah balik? Saya masih lagi di office. Tiba-tiba rasa sedih. Rasa tak ada mood. Macam-macam berlaku sejak kebelakangan ni. Dah lama saya tidak menulis entri di bawah label Bicara Cinta. Malam ni... Dan mungkin entri-entri berikutnya, akan saya coretkan di bawah label ini andainya saya mahu mencurahkan isi hati yang terbuku di bawah tajuk ini. ********************** Mungkin bagi sesetengah orang, diminati atau dicintai, atau disukai, atau what so everlah yang seangkatan dengannya satu kebanggaan. Tapi bagi saya tidak. Saya tak suka berada dalam situasi ni. Saya tak suka berada dalam situasi untuk melukakan hati mana-mana pihak. Sebab saya tahu betapa pedihnya hati dilukai. Apatah lagi kesemua pihak terlibat adalah baik dan saya dapat rasa ketulusannya. Saya pernah alami keadaan ini sebelas tahun lalu. Tapi pada masa tu, beza antara keduanya antara langit dan bumi. Andainya saya hari ini berada di antara dua pemilik hati sebelas tahun lalu, senang untuk saya memilih. Tapi kali ini, ianya berulang. Bezanya, saya dihadapkan dengan dua pilihan yang baik. Yang tak mampu saya sangkal kebaikannya. Saya buntu. Tapi sepertimana yang pernah saya katakan dan tulis di sini, kali ni, saya berserah kepada takdir. Saya tidak mahu lagi menunggu mana-mana pihak. Saya tidak mahu lagi memaksa takdir. Tidak mahu lagi terluka atas perbuatan memaksa takdir. Memilih sesuatu yang saya suka padahal ia tidak baik bagi saya. Jadi, biarlah saya berkawan dengan semua. Andai jodoh, pasti ianya datang sendiri. Lalu apa harus saya lakukan? Selama ni, saya tak pernah bergantung pada Allah untuk membuat pilihan buat saya. Sebaliknya saya pilih dulu dan berdoa agar Allah merestui pilihan saya. Saya mohon agar Allah satukan saya dengan orang yang saya suka. Kali ni, biarlah Allah yang membuat keputusan untuk saya. Saya akan terima takdirNya dengan redha. Oleh itu, janganlah berharap pada saya. Tapi, mohonlah pada Allah, jika saya baik buat sesiapa, mintalah Allah satukan. Jika tidak, biarlah Allah beri yang terbaik. Satu saya mohon, andai ada hati yang terluka kerana saya, saya mohon maaf dari lubuk hati yang dalam. Andai jodoh saya satu antara dua, percayalah, pasti ada jodoh lain yang terbaik buat kalian kerana itulah Allah tidak memilih saya sebagai jodoh kalian. Janganlah ada benci antara kita kerana apa yang akan berlaku bukan sengaja saya ciptakan. Malah, saya tidak bisa memilih kedua-duanya kerana saya seorang wanita. Andai kedua-duanya bukan jodoh saya, saya redha. Ya Allah, Aku tidak mahu lagi meletakkan harapanku kepada manusia yang lemah. Lantas, aku berserah kepadaMu. Pautkan hatiku kepada jodoh yang Kau janjikan buatku. Tautkan hati kami dalam rahmat kasih sayangMu yang indah. Siapapun pilihanMu, aku redha. Namun aku mohon, izinkan hati ini aku serahkan buat lelaki yang baik, yang mampu membimbing dunia dan akhiratku. Amin...

No comments: