SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, November 27, 2018

Biarkan Dia Meroyan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, kerja-kerja audit akses pemilihan untuk Anugerah Datuk Bandar Kuala Lumpur telah selesai. Bolehlah berehat-rehat kat office ni. ********************* Kebelakangan ni, perasaan saya kurang enak. Beberapa perkara berlaku membuatkan saya memikirkannya dan perlukan pendapat. Apa yang berlaku? Tak apalah. Saya belum bersedia untuk mendedahkannya. So, saya ada hantar voice kepada kawan baik saya. Kawan yang saya kenali sejak kecil, sejak bangku sekolah rendah. Saya ingat ianya tak jadi masalah. Sebab selama ni kami rapat dan pasangannya pun sedia maklum. Saya juga percaya, voice saya tu bukanlah sesuatu yang dirahsiakan oleh suaminya dari pengetahuan sang isteri. Memang pendapat yang saya perlukan tu pendapat tentang masalah peribadi saya. Tak ada kena-mengena dengan suami dia atau kawan-kawan lain. Kebetulan hari yang saya voice tu, suami dia sibuk. So, suami dia janji nak call saya pada tarikh yang ditetapkan. Si suami ni memang orang yang amanah dan natural. Berpegang pada janji. Sampai waktu yang dijanjikan, dia call saya. Saya juga percaya, panggilan kepada saya juga bukan satu rahsia antara dia dan isterinya. Kami bercakap seperti biasa. Tiada lemah-gemalai dan manja bermanja. Saya tetap saya yang semua orang kenal. Kawan saya tu bercakap kuat dan terbuka. Tiada nada perlahan. Rasanya sesiapa saja boleh dengar apa yang dikatakannya. Straight to the point, saya bertanyakan pendapat dia tentang permasalahan saya. Dia menjawab dengan rasional. Entah apa kami bincangkan, dia cakap, dia sangat hargai isteri dia. Tak berani nak pasang-pasang. Takut senduk laksam naik kepala. Hahahaha... Kawan saya tu memang suka bergurau. Tapi saya tahu, ada keikhlasan dan kesungguhan dalam kata-katanya. Saya kenal dia siapa. Bukan dia je yang saya kenal sejak kecil malah, datuknya pun saya kenal. Selang dua malam, awal pagi Isnin, saya terima whatsapp yang di forward kan. Whatsapp dari isterinya. Saya terkejut. Bukan setakat terkejut. Tapi amat terkilan dan berkecil hati. Dari tulisannya, saya tahu betapa buruknya prasangka dia terhadap saya. Saya rasa bersalah. Tapi suaminya kata, tak apa. Biar dia selesaikan. Apa tulisannya? Biarlah saya rahsiakan dulu. Nanti bila perasaan tak mampu saya tanggung, saya akan paparkan di sini. Semoga ianya tidak berlaku. Paling kurang enak, katanya saya membuat luahan dari hati ke hati dengan suaminya. Gila ke apa? Luahan dari hati ke hati tu, luahan perasaan saya terhadap suami dia. Itu yang saya selaku orang penulisan faham ya. Tapi saya sabar. Orang tengah marah. Biarlah. Siap tulis nama saya dalam text tu. Pun tak apa, biarlah. Apa yang menyedihkan, kata-katanya terhadap suaminya saya rasa amat melampau. Padahal, apa yang saya tahu, suaminya seorang suami yang baik. Sangat menghargai dirinya, rajin tulang membantu dia melakukan kerja serta penyayang kepadanya. Suka saya berpesan kepada si isteri seperti berikut: 1. Ingatlah bahawa suami itu adalah pinjaman Allah kepada kamu. Dia bukan hak mutlak kamu. Namapun pinjaman, Allah akan ambil bila-bila masa yang Dia suka. Jadi, hargailah dia. Jaga hatinya. Jaga kata-kata meskipun sedang marah. Berfikirlah secara rasional. Jangan sampai kata-kata kamu berbekas di hatinya. Mungkin benar dia ada silap tapi berbincanglah dengan baik. Setahu saya, suami kamu adalah seorang yang rasional dan bertolak ansur. Mana mungkin dia akan memarahi isteri kesayangannya bila diajak berbincang? 2. Menyuruh si suami forward text yang kamu hantar kepadanya kepada saya bukanlah satu langkah bijak. Secara tidak langsung ia memberi gambaran bahawa kamu berdua sememangnya mempunyai masalah dalam rumahtangga sekaligus menimbulkan fikiran negative saya terhadap kamu. Kamu yang selama ini saya hormati atas dasar isteri kepada kawan baik saya yang sememangnya mempunyai tempat sedikit luar biasa di hati saya, menjadikan hormat saya itu terhakis. Lebih-lebih lagi tatkala membaca ayat-ayat kamu terhadap saya dan terhadap suami kamu. 3. Apa tujuan kamu menyuruh suami kamu hantar text tersebut kepada saya? Perlukah saya dimaklumkan dengan cara begini yang kamu marahkan suami kamu kerana mendengar cerita saya seterusnya memberi pendapat kepada saya? Kalau kamu rasa kamu di pihak yang benar dan saya salah, kenapa tidak kamu datang bersemuka dengan saya atau sekurang-kurangnya telefon atau text saya bertanyakan penjelasan saya serta luahkan kepada saya yang kamu tidak suka dengan cara saya? Agaknya orang ni hanya berani di belakang tapi takut berhadapan. Kenapa eh? Kamu rasa kamu tak ada sebab yang kukuh untuk marah sebenarnyakan melainkan emo kamu yang terlebih. Sampai ke hari ini, saya masih menunggu tindakan rasional kamu. Sebenarnya saya tidak keberatan untuk menghubungi kamu menjelaskan hal ini. Tapi setelah membaca status Facebook kamu yang saya rasa ada kena-mengena dengan hal ini, ia membuatkan hati saya tawar untuk melakukannya. Sebab kamu telah bertindak di luar batasan. Kalau saya dah tak boleh sabar nanti, jangan terkejut kalau saya memuatnaik status yang akan menghiris hati kamu. Buat masa ni, saya masih bertahan dengan kesabaran saya. Tapi ingat, sabar saya ada batasnya. Saya bukan adik-adik kamu yang boleh kamu lakukan sesuka hati kamu. Isteri kawan-kawan lain tak ada masalahpun. Kenapa kamu je yang suka besarkan benda yang remeh sedangkan ia isu kecil dan boleh diselesaikan dengan cara baik? 4. Kalau waktu suami kamu hubungi saya tidak kena pada masanya, perlukah saya yang dipersalahkan? Saya tak tahu jadual kamu. Dah dia kata dia free, so saya teruslah bertanyakan pendapatnya. 5. Ke saya perlu minta izin dari kamu sebelum bercerita dengan suami kamu? Atau suami kamu perlu minta izin dengan kamu sebelum memberi pendapat kepada kawan-kawannya? Sedangkan untuk berkahwin lebih pun sang suami tidak jadi kesalahan sekiranya tidak mendapat izin dari sang isteri. Jadi, kamu fikir-fikirkanlah. Tak salah cemburu. Tapi biar bertempat. Jangan melampau. Saya tak ada niat tersembunyi di sebalik persahabatan kami. Kalau saya menyimpang, dari dulu lagi, sebelum dia jadi milik kamu. Takkan baru sekarang? Setelah adanya kamu dan anak-anak baru saya nak macam-macam dengan dia? Saya kenal dia dari sekolah lagi. Kami membesar bersama-sama. 6. Ke saya perlu juga bercerita akan rahsia saya kepada kamu hanya kerana kamu isteri kepada kawan baik saya? Hal ini tak mungkin berlaku. Bagi saya, kawan baik saya itu yang saya percaya, tidak isterinya, bukan anaknya atau sesiapa hatta orang itu mempunyai hubungan dengannya. Rahsia saya, maka hak saya untuk bercerita kepada siapa. Kamu tak ada hak untuk mengetahuinya! Yang penting, rahsia itu bukanlah rahsia hubungan sulit antara saya dan suami kamu. Selepas ini, tak akan ada lagi cerita saya buat suami kamu atau pendapat suami kamu buat saya. Meskipun saya sangat menghormati suami kamu, tapi demi kebaikan rumahtangganya, saya akan elakkan. Demi rumahtangga kawan baik saya. Bukan rumahtangga sesiapa. Kamu terlibat sebab kamu isteri kawan baik saya. Macam mana kamu nak marah saya berkongsi rahsia dengan suami kamu tapi tak berkongsi rahsia dengan kamu kalau kamu pun tidak begitu mesra dengan saya macam isteri segelintir kawan yang lain? So jangan letakkan kesalahan tu seratus pratus pada saya. Saya ambil ini sebagai satu pengajaran. Lepas ni no more!

No comments: