Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, November 27, 2018
Biarkan Dia Meroyan
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, kerja-kerja audit akses pemilihan untuk Anugerah Datuk Bandar Kuala Lumpur telah selesai.
Bolehlah berehat-rehat kat office ni.
*********************
Kebelakangan ni, perasaan saya kurang enak. Beberapa perkara berlaku membuatkan saya memikirkannya dan perlukan pendapat.
Apa yang berlaku? Tak apalah. Saya belum bersedia untuk mendedahkannya.
So, saya ada hantar voice kepada kawan baik saya. Kawan yang saya kenali sejak kecil, sejak bangku sekolah rendah.
Saya ingat ianya tak jadi masalah. Sebab selama ni kami rapat dan pasangannya pun sedia maklum.
Saya juga percaya, voice saya tu bukanlah sesuatu yang dirahsiakan oleh suaminya dari pengetahuan sang isteri.
Memang pendapat yang saya perlukan tu pendapat tentang masalah peribadi saya. Tak ada kena-mengena dengan suami dia atau kawan-kawan lain.
Kebetulan hari yang saya voice tu, suami dia sibuk. So, suami dia janji nak call saya pada tarikh yang ditetapkan.
Si suami ni memang orang yang amanah dan natural. Berpegang pada janji. Sampai waktu yang dijanjikan, dia call saya.
Saya juga percaya, panggilan kepada saya juga bukan satu rahsia antara dia dan isterinya.
Kami bercakap seperti biasa. Tiada lemah-gemalai dan manja bermanja. Saya tetap saya yang semua orang kenal.
Kawan saya tu bercakap kuat dan terbuka. Tiada nada perlahan. Rasanya sesiapa saja boleh dengar apa yang dikatakannya.
Straight to the point, saya bertanyakan pendapat dia tentang permasalahan saya. Dia menjawab dengan rasional.
Entah apa kami bincangkan, dia cakap, dia sangat hargai isteri dia. Tak berani nak pasang-pasang. Takut senduk laksam naik kepala. Hahahaha... Kawan saya tu memang suka bergurau. Tapi saya tahu, ada keikhlasan dan kesungguhan dalam kata-katanya. Saya kenal dia siapa. Bukan dia je yang saya kenal sejak kecil malah, datuknya pun saya kenal.
Selang dua malam, awal pagi Isnin, saya terima whatsapp yang di forward kan.
Whatsapp dari isterinya.
Saya terkejut. Bukan setakat terkejut. Tapi amat terkilan dan berkecil hati. Dari tulisannya, saya tahu betapa buruknya prasangka dia terhadap saya.
Saya rasa bersalah. Tapi suaminya kata, tak apa. Biar dia selesaikan.
Apa tulisannya? Biarlah saya rahsiakan dulu. Nanti bila perasaan tak mampu saya tanggung, saya akan paparkan di sini. Semoga ianya tidak berlaku.
Paling kurang enak, katanya saya membuat luahan dari hati ke hati dengan suaminya. Gila ke apa? Luahan dari hati ke hati tu, luahan perasaan saya terhadap suami dia. Itu yang saya selaku orang penulisan faham ya. Tapi saya sabar. Orang tengah marah. Biarlah. Siap tulis nama saya dalam text tu. Pun tak apa, biarlah.
Apa yang menyedihkan, kata-katanya terhadap suaminya saya rasa amat melampau. Padahal, apa yang saya tahu, suaminya seorang suami yang baik. Sangat menghargai dirinya, rajin tulang membantu dia melakukan kerja serta penyayang kepadanya.
Suka saya berpesan kepada si isteri seperti berikut:
1. Ingatlah bahawa suami itu adalah pinjaman Allah kepada kamu. Dia bukan hak mutlak kamu. Namapun pinjaman, Allah akan ambil bila-bila masa yang Dia suka. Jadi, hargailah dia. Jaga hatinya. Jaga kata-kata meskipun sedang marah. Berfikirlah secara rasional. Jangan sampai kata-kata kamu berbekas di hatinya. Mungkin benar dia ada silap tapi berbincanglah dengan baik. Setahu saya, suami kamu adalah seorang yang rasional dan bertolak ansur. Mana mungkin dia akan memarahi isteri kesayangannya bila diajak berbincang?
2. Menyuruh si suami forward text yang kamu hantar kepadanya kepada saya bukanlah satu langkah bijak. Secara tidak langsung ia memberi gambaran bahawa kamu berdua sememangnya mempunyai masalah dalam rumahtangga sekaligus menimbulkan fikiran negative saya terhadap kamu. Kamu yang selama ini saya hormati atas dasar isteri kepada kawan baik saya yang sememangnya mempunyai tempat sedikit luar biasa di hati saya, menjadikan hormat saya itu terhakis. Lebih-lebih lagi tatkala membaca ayat-ayat kamu terhadap saya dan terhadap suami kamu.
3. Apa tujuan kamu menyuruh suami kamu hantar text tersebut kepada saya? Perlukah saya dimaklumkan dengan cara begini yang kamu marahkan suami kamu kerana mendengar cerita saya seterusnya memberi pendapat kepada saya? Kalau kamu rasa kamu di pihak yang benar dan saya salah, kenapa tidak kamu datang bersemuka dengan saya atau sekurang-kurangnya telefon atau text saya bertanyakan penjelasan saya serta luahkan kepada saya yang kamu tidak suka dengan cara saya? Agaknya orang ni hanya berani di belakang tapi takut berhadapan. Kenapa eh? Kamu rasa kamu tak ada sebab yang kukuh untuk marah sebenarnyakan melainkan emo kamu yang terlebih. Sampai ke hari ini, saya masih menunggu tindakan rasional kamu. Sebenarnya saya tidak keberatan untuk menghubungi kamu menjelaskan hal ini. Tapi setelah membaca status Facebook kamu yang saya rasa ada kena-mengena dengan hal ini, ia membuatkan hati saya tawar untuk melakukannya. Sebab kamu telah bertindak di luar batasan. Kalau saya dah tak boleh sabar nanti, jangan terkejut kalau saya memuatnaik status yang akan menghiris hati kamu. Buat masa ni, saya masih bertahan dengan kesabaran saya. Tapi ingat, sabar saya ada batasnya. Saya bukan adik-adik kamu yang boleh kamu lakukan sesuka hati kamu. Isteri kawan-kawan lain tak ada masalahpun. Kenapa kamu je yang suka besarkan benda yang remeh sedangkan ia isu kecil dan boleh diselesaikan dengan cara baik?
4. Kalau waktu suami kamu hubungi saya tidak kena pada masanya, perlukah saya yang dipersalahkan? Saya tak tahu jadual kamu. Dah dia kata dia free, so saya teruslah bertanyakan pendapatnya.
5. Ke saya perlu minta izin dari kamu sebelum bercerita dengan suami kamu? Atau suami kamu perlu minta izin dengan kamu sebelum memberi pendapat kepada kawan-kawannya? Sedangkan untuk berkahwin lebih pun sang suami tidak jadi kesalahan sekiranya tidak mendapat izin dari sang isteri. Jadi, kamu fikir-fikirkanlah. Tak salah cemburu. Tapi biar bertempat. Jangan melampau. Saya tak ada niat tersembunyi di sebalik persahabatan kami. Kalau saya menyimpang, dari dulu lagi, sebelum dia jadi milik kamu. Takkan baru sekarang? Setelah adanya kamu dan anak-anak baru saya nak macam-macam dengan dia? Saya kenal dia dari sekolah lagi. Kami membesar bersama-sama.
6. Ke saya perlu juga bercerita akan rahsia saya kepada kamu hanya kerana kamu isteri kepada kawan baik saya? Hal ini tak mungkin berlaku. Bagi saya, kawan baik saya itu yang saya percaya, tidak isterinya, bukan anaknya atau sesiapa hatta orang itu mempunyai hubungan dengannya. Rahsia saya, maka hak saya untuk bercerita kepada siapa. Kamu tak ada hak untuk mengetahuinya! Yang penting, rahsia itu bukanlah rahsia hubungan sulit antara saya dan suami kamu.
Selepas ini, tak akan ada lagi cerita saya buat suami kamu atau pendapat suami kamu buat saya. Meskipun saya sangat menghormati suami kamu, tapi demi kebaikan rumahtangganya, saya akan elakkan. Demi rumahtangga kawan baik saya. Bukan rumahtangga sesiapa. Kamu terlibat sebab kamu isteri kawan baik saya.
Macam mana kamu nak marah saya berkongsi rahsia dengan suami kamu tapi tak berkongsi rahsia dengan kamu kalau kamu pun tidak begitu mesra dengan saya macam isteri segelintir kawan yang lain? So jangan letakkan kesalahan tu seratus pratus pada saya. Saya ambil ini sebagai satu pengajaran. Lepas ni no more!
Friday, November 23, 2018
Memilih Tetap Memilih Serta Pujian Bermakna (Bacaan Perempuan Sahaja)
Hai korang,
Hari ni agak free. So, tulis blog la kerjanya.
Saya dah bagi warning ya kat atas tu. Kalau ada kaum lelaki yang masih gatal membaca entri ni, jangan kata saya mengada lak benda macam ni pun nak tulis kat sini.
Diari saya, suka hati sayalah nak tulis apapun. Apa hal pulak bila korang baca saya nak tapis-tapis tulisan saya? Siapa suruh baca?
Jangan kata saya gatal dan tak malu. OK la tu, saya tulis ada tapis lagi.
Lantaklah, ada setengah pembaca blog saya ni jenis suka membawang dan mengata belakang. Hambeklah, korang nak dosa free sangatkan? Ambiklah.
Dah, jom terus masuk topic.
Just came back from NU Sentral. Hajat hati nak keluar duit dan beli makan je. Dah alang-alang masa banyak lagi, saya dan Kak Sha singgahlah di Audrey.
Season Clearence katanya. Bagus! So, tak yah sibuk nak cari jenama lain. Ada sale banyak tuuuu...
Beli yang kita suka dan puas hati. Biar mahal sikit janji boleh pakai lama. Tak adalah setiap bulan nak beli. Hahahaha... Audrey ni bukanlah jenama kegemaran saya. As long as ada material saya suka dan design menarik, sebat jelah.
Promoter ni promot yang cotton kat saya buat apa? Saya suka yang satin licin serta design menarik. Biarlah belum kahwin pun. Dah memang minat saya macam tu.
Reject! Tak berkenan coton ni. Murah memanglah murah, RM39, RM37 datang sekali tiga helai.
Dah, tak payah!
Saya Tanya promoter tu, yang licin dan berenda ada tak?
Barulah dia tunjuk design-design menarik dengan warna menarik. Materialnya usah dicakap, lembut, licin dan sejuk! Haaaa... Ini baru taste saya!
Memilih! Biarlah memilih. Memang saya memilih. Kalau yang di luar nak yang cantik, yang dalam pun samalah!
OK, harganya boleh tahan. Tapi tak adalah sampai tahap Victoria Secret, Triumph dan Pierre Cardin yang pernah saya beli. Hehehehehe.... Materialnya tak kurang hebat. Meh kita try.
Alaaaa... Tak dapat pakej tiga helai pulak. Satu helai harganya ada yang RM25 dan ada yang RM30. Tapi.... Kalau beli lima percuma dua! Katanya dah harga promotion. Yelah tu. Kalau tak promotion sehelai berapa eh? Congak punya congak, saya untung. OK, kita beli!
Hahahaha... Proses pemilihan warna dan design pun berlangsung. Lalalalalala... Semuanya warna cantik-cantik dan design menarik. Yang penting, ringan, nipis, sejuk, licin dan lembut. Senang dibasuh.
Masa kat counter, promoter merangkap cashier tu Tanya saya:
Cashier: Adik dah kahwin?
Saya: Belum.
Saya senyum. Agaknya dia ingat saya dah kahwin kot sebab cerewet benar memilih tadi. Lepas tu nak yang cantik je semua. Hahahahahah.... Nak benda cantik ni bukan orang dah kahwin je pandai kak. Orang single macam saya pun menitikberatkan kecantikan segenap segi. Hahahahaha.... Yang dah kahwin pun ada yang tak kisah pasal ni. Saya pakai untuk kepuasan saya, bukan untuk tontonan sesiapa.
Cashier: Cantik diakan kak?
Kata cashier kepada Kak Sha merujuk kepada saya.
Kak Sha ketawa.
Kak Sha: Memang cantik.
Hamboi, bukan main kau puji aku. Sebab dah dapat duit aku beratus. Hahahahahahaha...
Dagu Origenal
Semalam, ada orang kata nak hantar saya balik.
As I said, sekarang, saya akan berkawan dengan sesiapa sahaja dan keluar dengan sesiapa sahaja asalkan dia tidak mengada-ngada. Tidak ada lagi sekatan seperti dulu. Malas dah nak sekat-sekat diri sebab orang. At last, saya yang ditinggalkan. So, selagi belum sah jadi isteri, saya akan berkawan seramai mungkin yang penting saya masih lagi sedar yang saya seorang perempuan muslim. Insya-Allah, batasan yang satu ni saya akan jaga.
So, tepat jam 6.00 petang, sampailah orang tu ke office saya. Actually before that, true phone, dia dah Tanya:
Dia: You penat hari ni?
Saya: Biasa-biasa je? Kenapa?
Dia: You kan seharian audit. Tak sakit kaki?
Saya: I pakai heel hari ni. OK la.
On the way balik, dia lencong ke laluan lain. Siap jalan KLIA lagi tu.
Saya: Eh, you nak pergi mana ni? Biar betul? Jauhlah KLIA tu.
Dia: Jalan je KLIA, nanti kita keluar balik dari jalan ni. Kalau KLIA pun apa salahnya. Bukan you yang drive, I yang drive.
Saya: Tak adalah. Terperanjat. KLIA kan jauh.
Dia: Alah, 1 jam je.
and akhirnya, kami berhenti di Awan Besar untuk dinner.
He ask me either we have to solat first or dinner first. I said solat nanti leka susah. Then he agreed.
After Maghrib, we back to our original plan, dinner.
Saya tak laparpun sebab during access, masa lunch I rosakkan diet dengan makan nasi.
Dia nak makan satay. Dia kata I kena makan jugak. OK. I nak dua tiga je. Satay bukan kegemaran saya. Dia nak order lain untuk saya. Tapi saya menolak. Memang kenyang gila sebab makan kat Gajah Mada lunch tu portionnya besar.
Masa duk menunggu satay dia siap, kami berbual-bual. Dia ambil tempat di depan saya. Tiba-tiba, dia Tanya soalan ni pada saya:
Dia: Dagu you tu dari asal macam tu ke sebab you jatuh ke, berlanggar ke macam mana?
Saya boleh agak apa yang dimaksudkannya. Mungkin soalan tu menjurus kepada lekuk di dagu saya. Untuk pastikan yang saya tak salah tafsir:
Saya: Dagu I yang mana? Kenapa?
Dia: Tu, yang kat dagu tu. Macam lesung pipit pun ada. Orang lesung pipit kat pipi, you kat dagu.
Saya tak mampu menahan gelak. Sambil tu berusaha menutup dagu saya dengan tudung walaupun saya tahu tudung tak mampu menutupnya. Kalau tutup nanti something wrong la dengan tudung saya.
Dia: Eh, janganlah tutup. Biar jelah.
Saya: Origenallah. Dari lahir dagu ni macam ni. Takkan I nak pergi buat pulak. Siti Nurhaliza pun ada gak. Tapi dia punya belahan dia halus dan rapat.
Macam mana saya tahu? Sebab saya pernah pegang dagu Siti masa shooting hahahaha...
Kebetulan nombor makanan dia naik. Dan dia ke kaunter.
Saya mengambil kesempatan itu untuk merasai belahan dagu saya. Ketara sangat ke sampai dia Nampak? Memang boleh rasa. Apatah lagi mata yang melihat.
Tiba-tiba:
Dia: Dia pegang dagu dia hahahaha...
Ish, macam hantu pulak dia ni. Tiba-tiba dah sampai.
Saya: Yelah. Nak tahu, ketara sangat ke sampai orang tegur?
Jujurnya belahan dagu saya ni bukan kali pertama ditegur.
Dia: Ketara you. Nampak jelas.
Kebetulan dia whatsapp saya, saya Tanya dia, apakah malam tadi tu kali pertama dia perasan lekuk dagu saya?
Dia: Tak adalah. Salah satu penarik I nak you la.
Dia: First time jumpa kat ofis tu I dah perasan.
Saya: Ramai tak orang yang you jumpa macam ni?
Dia: You are the first.
Patutlah jakun semacam je tengok dagu orang berlekuk. Kutuk saya dalam hati.
Saya: Jumpa may be I'm the first. Tapi Nampak, Siti Nurhaliza yang first kan?
Dia: Tak perasanlah pulak.
Siti Nurhaliza cantik jelita yang popular serata alam tu dia boleh tak perasan dagu berlekuk? Orang hangat memperkatakan tentang dagu Siti Nurhaliza suatu ketika dulu. Dia tak perasan? Boleh tak perasan? Wei, aku yang keluar entah dari ceruk mana ni kau perasan pulak dagu berlekuk? Heheheeheh.... Memang parah kau ni.
Dagu Berlekuk Pakar Mengurat, Betulkah?
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Saya terjumpa artikal yang ada kena-mengena dengan saya. So, nak share kat sini. Ianya menjadi satu motivasi bagi saya. Bukan riak tapi ia sekadar untuk saya baca sekiranya terasa diri rendah dan lemah. Tapi betul ke statement tajuk artikal ni? Macam melampau je hahahahahah...
****************
Dagu Berlekuk Pakar Mengurat
TIDAK perlu segan, ia tarikan tidak dimiliki semua orang.
MEMPUNYAI dagu berlekuk atau terbelah, dikatakan begitu istimewa berikutan tidak semua orang dilahirkan dengannya. Selain memberikan tarikan untuk rupa paras, lekukan pada dagu menyerlahkan simetri di mana seseorang tampak fotogenik. Ini memberi bonus untuk dilamar menjadi model kerana dek wajah sempurna. Bagi insan biasa, wajah fotogenik menjadi dambaan kerana membuatkan setiap gambar yang dimuat naik ke facebook kelihatan cantik dan persis gaya seorang model.
Dagu berlekuk umpama pelaris untuk tampak lebih jelita atau kacak, selain membuatkan seseorang sentiasa awet muda di sebalik senyuman yang dilemparkan.
Dalam pemahaman saintifik, simetri wajah dicapai apabila peratusan jarak dari dahi ke hidung, dari hidung ke bibir dan dari bibir ke dagu adalah 33 peratus iaitu sama banyak. Jika kurang atau lebih daripadanya, wajah menjadi tidak simetri dan kelihatan tidak sempurna.
Ramai orang India mempunyai dagu terbelah.
Bagi yang memiliki dagu terbelah, ada tampak ketara dan sesetengah lagi seakan tidak kelihatan. Ini bergantung kepada genetiknya sama ada gen tunggal atau disebabkan dua gen. Peratusan kecilan terhadap genetik menunjukkan, mitos itu kurang tepat berikutan ia hanya perantaraan pembentukan dagu seseorang.
Realitinya, lekukan di dagu mempunyai pelbagai bentuk termasuk kelihatan menegak, bentuk Y dan bulat.
Dalam satu jurnal penyelidikan Jerman yang dilakukan Gunther sekitar 1939 menunjukkan, lekukan dalam dan ada yang hampir tidak kelihatan berikutan ditutupi janggut.
"Ini memperlihatkan lekukan samar di tengah-tengah dagu dan ada orang yang mempunyai lekukan jelas atau tampak seperti lubang kecil.
"Ini membuatkan tidak semua orang yang mempunyai dagu terbelah jelas kelihatan dan hanya nampak sama dengan orang yang tiada genetik itu," katanya.
Populasi masyarakat India yang mempunyai dagu terbelah antara empat hingga 71 peratus seperti yang diperoleh dalam penyelidikan Bhanu and Malhotra pada 1972. Malah kajian itu mendapati, kanak-kanak lelaki lebih ramai mempunyai dagu berlekuk tanpa mengira kumpulan umur mereka.
Penyelidikan Gunther pada 1939 pula mencatatkan, 9.6 peratus lelaki Jerman mempunyai dagu berlekuk berbanding 4.5 peratus wanita dari negara sama.
INDIVIDU berdagu lekuk kebiasaan menjadi seorang yang selalu mendapat perhatian.
Lebih mempesona
Namun apakah sebenarnya dagu berlekuk? Adakah ia sama lesung pipit terjadi kerana disebabkan 'kecacatan' pada otot wajah, ramai begitu menginginkannya?
Ada yang berpendapat, lekukan pada dagu lebih mempesona jika empunya diri adalah wanita. Paras wajah wanita itu akan kelihatan memukau dan memberikan bonus untuk kelihatan menarik, jelita serta anggun.
Bagi yang mempunyai kelebihan ini, kebiasaannya mereka lebih mudah diingati, berikutan tidak semua orang ada lekukan di dagu. Antara selebriti yang mempunyai lekukan pada dagu adalah Sandra Bullock, Russell Crowe, John Travolta, Jessica Simpson dan ramai lagi.
Justeru, mereka yang mempunyai dagu lekuk tidak perlu segan kerana ia membuatkan seseorang bertambah cantik dan lebih mempesona berikutan tarikan yang tidak semua orang memilikinya.
Tidak boleh diwarisi
Seperti lesung pipit, dagu berlekuk juga disebabkan genetik. Ini kerana otot mentalis gagal menutupi bahagian dagu dan meninggalkan lekukan. Berikutan dikatakan satu genetik, dagu berlekuk bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi dari ibu bapa kepada anak kerana gen berkenaan menjadi dominan dan tidak resesif. Ini menjadikan, ada sesetengah anak mempunyai dagu berlekuk namun tidak dimiliki semua dalam sesuatu keluarga. Tidak dinafikan, individu berdagu lekuk kebiasaan menjadi seorang yang selalu mendapat perhatian, namun itu tidak memberi masalah kerana ada yang mentafsirkan, kebanyakan daripada mereka dalam kalangan kelakar dan membuatkan orang sekeliling terhibur.
Dari segi personaliti pula, orang mempunyai dagu berlekuk dikatakan, cenderung untuk suka mengurat dan memang 'pakar' dalam hal itu. Dikatakan juga, naluri seksual hebat dan menghiburkan.
Dalam satu kajian personaliti lain, orang yang mempunyai dagu berlekuk dilihat lebih beremosi, mudah menangis tidak kira ketika gembira, sedih atau teruja. Mitos Jika sumbing dianggap cacat, sebaliknya lekukan dilihat sebagai satu kelebihan. Justeru, tidak hairanlah apabila seseorang itu sumbing, akan melakukan pembedahan untuk mengembalikan bentuk bibir asal kerana tidak mahu mencacatkan penampilan. Lekukan pada dagu boleh dilakukan sendiri tanpa pembedahan meskipun tidak terjadi sama seperti yang asli. Sedikit belahan pada dagu, dikatakan dapat menambahkan manis pada senyuman. - AGENSI
INFO
Bahagian badan wanita yang menarik perhatian
Mata
- Mata yang dimiliki gadis dan wanita mencerminkan keperibadian seseorang.
Bibir
- Bibir mulus atau halus ini akan memberikan daya tarikan dan menampilkan seseorang wanita yang berkarisma.
Wajah
- Lelaki akan memberikan sepenuh kasih-sayang dan perhatian jika wanita yang menjadi pasangannya sentiasa menitikberatkan penjagaan wajah, sentiasa tampil jelita.
Perut
- Perut gebu dengan memperlihatkan warna kulit dan jalur kulit yang halus dan gebu menjadikannya adalah penggerak kepada daya rangsang seks tinggi.
Belakang badan
- Wanita yang memiliki bahagian belakang yang kental dan menarik sememangnya menjadi idaman lelaki.
Pinggang
- Potongan ramping mencerminkan wanita berkenaan seorang yang hebat naluri seksnya.
Wednesday, November 21, 2018
Penjurian Anugerah Datuk Bandar Kuala Lumpur
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hai korang apa khabar?
Saya masih di office. Baru je sampai office.
Hari ni adalah hari kedua audit akses untuk penjurian bagi Anugerah Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk bangunan yang accessible.
Isnin, hari ni dan esok juga beberapa hari lagi, jadual saya memang penuh. Dari pagi sampai petang, berjalan, periksa dua atau tiga bangunan. Penat oooo....
Isnin hari tu kami check bangunan Muzium Bank Negara, Hospital Rehabilitasi Cheras dan Menara TM.
Hari ni kami check MRT Phileo Damansara, Bukit Bintang dan Mid-Valley Mega Mall City. Wooo... Penat wei.
Cuma hari ni tak sakit tumit sebab pakai kasut tinggi. Hahahahaha... Terbalik kot kan? Isnin hari tu sakit sebab pakai kasut tumit rendah dan rata.
So, hari ni saya tawakal pakai kasut tinggi. saya. Alhamdulillah, berjalan pun laju, tak sakit macam Isnin. Sikit-sikit tu adalah. Namapun belum sembuhkan?
Rupanya kasut tinggi saya ni pun mampu merasai tactile. Hahahaha ikutlah saranan seseorang hari tu kan cuba pakai kasut tinggi untuk audit akses.
Berehat sekejap sebelum balik.
Lenguh gila kaki dan paha ni ha. Heheheheh....
Dapatlah sagu hati beg dan organizer bag dari management Mid-Valley tadi.
Monday, November 19, 2018
Bukan Kemahuan Saya
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Korang buat apa? Dah balik?
Saya masih lagi di office. Tiba-tiba rasa sedih. Rasa tak ada mood.
Macam-macam berlaku sejak kebelakangan ni.
Dah lama saya tidak menulis entri di bawah label Bicara Cinta. Malam ni... Dan mungkin entri-entri berikutnya, akan saya coretkan di bawah label ini andainya saya mahu mencurahkan isi hati yang terbuku di bawah tajuk ini.
**********************
Mungkin bagi sesetengah orang, diminati atau dicintai, atau disukai, atau what so everlah yang seangkatan dengannya satu kebanggaan.
Tapi bagi saya tidak. Saya tak suka berada dalam situasi ni.
Saya tak suka berada dalam situasi untuk melukakan hati mana-mana pihak.
Sebab saya tahu betapa pedihnya hati dilukai.
Apatah lagi kesemua pihak terlibat adalah baik dan saya dapat rasa ketulusannya.
Saya pernah alami keadaan ini sebelas tahun lalu.
Tapi pada masa tu, beza antara keduanya antara langit dan bumi.
Andainya saya hari ini berada di antara dua pemilik hati sebelas tahun lalu, senang untuk saya memilih.
Tapi kali ini, ianya berulang. Bezanya, saya dihadapkan dengan dua pilihan yang baik. Yang tak mampu saya sangkal kebaikannya.
Saya buntu.
Tapi sepertimana yang pernah saya katakan dan tulis di sini, kali ni, saya berserah kepada takdir. Saya tidak mahu lagi menunggu mana-mana pihak.
Saya tidak mahu lagi memaksa takdir.
Tidak mahu lagi terluka atas perbuatan memaksa takdir.
Memilih sesuatu yang saya suka padahal ia tidak baik bagi saya.
Jadi, biarlah saya berkawan dengan semua.
Andai jodoh, pasti ianya datang sendiri.
Lalu apa harus saya lakukan?
Selama ni, saya tak pernah bergantung pada Allah untuk membuat pilihan buat saya.
Sebaliknya saya pilih dulu dan berdoa agar Allah merestui pilihan saya.
Saya mohon agar Allah satukan saya dengan orang yang saya suka.
Kali ni, biarlah Allah yang membuat keputusan untuk saya.
Saya akan terima takdirNya dengan redha.
Oleh itu, janganlah berharap pada saya. Tapi, mohonlah pada Allah, jika saya baik buat sesiapa, mintalah Allah satukan. Jika tidak, biarlah Allah beri yang terbaik.
Satu saya mohon, andai ada hati yang terluka kerana saya, saya mohon maaf dari lubuk hati yang dalam.
Andai jodoh saya satu antara dua, percayalah, pasti ada jodoh lain yang terbaik buat kalian kerana itulah Allah tidak memilih saya sebagai jodoh kalian.
Janganlah ada benci antara kita kerana apa yang akan berlaku bukan sengaja saya ciptakan.
Malah, saya tidak bisa memilih kedua-duanya kerana saya seorang wanita.
Andai kedua-duanya bukan jodoh saya, saya redha.
Ya Allah,
Aku tidak mahu lagi meletakkan harapanku kepada manusia yang lemah. Lantas, aku berserah kepadaMu. Pautkan hatiku kepada jodoh yang Kau janjikan buatku. Tautkan hati kami dalam rahmat kasih sayangMu yang indah. Siapapun pilihanMu, aku redha. Namun aku mohon, izinkan hati ini aku serahkan buat lelaki yang baik, yang mampu membimbing dunia dan akhiratku.
Amin...
Saturday, November 17, 2018
Cara Berjalan, Sekadar Memperbaiki Penampilan
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Mesti best kan korang bercuti di rumah? Me? Hahaha apa lagi, kerjalah.
Tapi tak ada mood nak bekerja. Sabtu kan? So, kita datang jelah office untuk penuhkan kehadiran. Kalau tak tolak cuti. Lagipun department saya ni siapalah nak berurusan hari cuti? Semua agensi kerajaan dan swasta tutup. Ada surat buat, dokumen tu tulislah siapkan. Tapi mood bercuti tu still bercutilah. Tak selaju hari biasa membuatnya. Hari ni ada sikit je surat saya nak siapkan sebab semalam tak sempat.
******************
OK, bercakap pasal berjalan ni, saya rasa bersyukur sebab orang-orang yang ikhlas berada di sekeliling saya ni sentiasa menitikberatkan penampilan saya sampai perkara yang sering dipandang remeh oleh orang ramai seperti berjalanpun mereka ambil kira.
Lima tahun lalu, Hadisah sahabat saya juga officemate saya, pernah tegur, saya ni jalan bersepah. Macam gangster pun ada. Katanya, pakai dah lawa dah. Tiba bab berjalan, mak ai, faild. Hahahahaha...
Kalau orang yang membaca blog saya ni dari dulu, mereka pasti tahu kisah tu. Mesti tahu bagaimana Hadisah memaksa saya untuk berjalan cantik. Siap buat kelas macam nak ajar model berjalan. Hahahaha... Tak boleh belah, suruh saya junjung buku untuk cantikkan langkah.
Dan Alhamdulillah, terima kasih Sa. Ajaran kau Berjaya dan hari ni aku boleh berjalan seperti mana yang kau ajar. Malah ianya menjadi kebiasaan bukan lagi buat-buat.
Pernah ada kawan tegur, "Eh, kenapa kau jalan macam tu?"
Jawab Kak Sha, dia memang jalan macam tulah."
"Ye ke? Tak perasan,". Balasnya.
Aqilah pulak suka nyanyi lagu dia datang bila saya menghampirinya. Hahahaha...
Manakala Kak Zi tegur saya, "Cantiknya kau berjalan Tinta. Bergaya-gaya macam model."
"Bukanlah Kak Zi, model jalan lagi teruklah," Kak Zi ni tegur kat khalayak lak tu. Malu saya.
Model tu berjalan setentang antara dua kaki bila melangkah. Maksudnya kalau kaki kanan kat depan, kaki kiri dia betul-betul di belakang kaki kanan. Tapi saya tak adalah sampai macam tu, ingat nak 'cat walk'? Ada show ke apa? Cukuplah sekadar saya susun langkah tu supaya kemas dan teratur. Dan saya rasa antara faktor yang menyumbang kepada kecantikan langkah adalah penggunaan girdle dan kasut tumit tinggi. Lagi senang nak kemaskan langkah. Tapi bila dah biasa, korang tak pakai girdle dan berkaki ayam pun, korang boleh berjalan macam tu dengan relax dan bukan dibuat-buat.
Satu pagi, sewaktu saya masuk ke pagar office, Liana tegur saya dari jauh "Waaa... Tinta, jalan."
"Kenapa?" Tanya saya pelik. Salah lagi ke saya berjalan? Nak kena masuk kelas balik ke? Disa dah tak ada kat sini. Mungkin masa tu saya jalan laju. So cara berjalan tu lebih terserlah. Sebab kalau jalan laju memang lebih ketara cat walk kot. Kot la. Saya tak pasti. Saya mula terfikir, takkanlah saya ni baru menjadi jalan macam Disa ajar? Ke Liana yang tak perasan? Sebab dia kan selalu jumpa saya dalam surau je. Bukan waktu saya berjalan banyak.
Tiba-tiba semalam, Kak Suzi pulak cakap. Hatta saya melangkah masuk ke officenya dia kata:
"Diva, diva. Diva datang. Tengok dia datang nak cat walk,"
Hayyyoooo... Saya tak jadi nak melangkah masuk. Sebaliknya saya terus control langkah supaya tak berjalan macam selalu. Semua orang gelak. Dia orang kata saya tak jadi jalan.
Lepas tu masa bersembang, saya dan Kak Suzi bercerita pasal sakit kaki. Kak Suzi Tanya, sakit lagi ke kaki kau?
"Sakitlah. Siap pergi fisioterapi lagi," Jawab saya.
"Betul ke? Aku tengok kau jalan maintain je?" Katanya mohon pengertian.
"Jalan boleh je."
"Kau tahu tak, dulu masa mula-mula kau up status Facebook sakit tumit, aku macam percaya tak percaya je. Sebab kau berjalan OK je, Berjalan diva kau tu, cat walk sana sini. Bukan main lagi kat office. Aku tengok berjalan masuk pagar pagi-pagi walaupun panas, kau tetap maintain jalan cat walk kau tu."
Hahahaha... Macam saya cakap, saya bukan cat walk macam model. Sekadar memperbetul langkah. Tapi biasalah, kawan-kawan saya ni over. Senang dia nak cakap, cat walk.
Oooo... OK. So maknanya, cara berjalan saya tu bukan barulah. Dah lama saya jalan jadi macam Disa ajar kalau Kak Suzi pun cakap masa mula-mula up status tu saya dah jalan cam tu.
"Hahahaha... Dia bukan sakit yang membuatkan aku berjalan tak betul kecuali kalau pakai kasut rendah. Adalah sampai tahap jalan terhincut-hincut."
"Tulah. Sekarang ni pun aku tengok jalan OK je jalan diva kau tu. Ingat dah baik." Ujar Kak Suzi berseloroh.
"Tak ada maknanya. Kena tukar kasut lagi ni,"
OK, siapa nak betulkan cara berjalan, meh sini, saya ajar. Free je. Kadang-kadang orang tak Nampak ni, kita tak Nampak cara kita tu tak kena atau kurang elok. So ilmu yang sikit ni kita share supaya sama-sama berpenampilan menarik.
Wednesday, November 14, 2018
Kritiria Perempuan Pilihan
Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Sebenarnya saya kena semak perlembagaan office sukan saya. Tapi rasa mood menulis blog datang.
You guess what?
Ada sorang hamba Allah ni berkenalan dengan saya. Asalnya atas urusan kerja. OK, saya ni peramah. Orang ramah dengan saya, so saya ramahlah dengan dia.
Diam tak diam, dia mengaku yang dia ada feeling kat saya tapi kan masih baru kenal so, berkawan jelah dulu.
Hahahaha... Lelaki, jangan mudah terpedaya. Dia orang ni bukan boleh pakai sangat. Datang pada kita bila-bila masa dan pergipun boleh bila-bila masa. Saya minta Allah jauhkan saya dari derita cinta sekali lagi.
Masa cakap pasal ni, terlintas di hati nak Tanya:
Perbualan ni berlaku menerusi Whatsapp. Gila kau nak Tanya kalau berdepan. Malu kot. Saya pun bukan berani sangat dalam soal perasaan ni. Tapi hati nak tahu. Entah-entah dah berapa ramailah perempuan yang dia cuba ngoratkan?
Saya: Boleh nak Tanya soalan tak?
Dia: Apa dia?
Saya: Sebelum you nak kenal I, you pernah nak kenal siapa?
Salah soalan sebenarnya hahaha...
Dia: Laaa... Banyaklah yang I kenal.
Lepas tu bla... bla... bla...
Dalam perbualan tu, saya dapati dia ni seorang mamat yang cerewet.
Dia: I ni jenis yang sangat cerewet you. Not an easy for me to like anyone. Kesimpulannya, jawapan kepada soalan you tu adalah... NIL siapa get in touch seperti you. Selalunya adalah terfikir nak know further but at the early stage of berkawan pun dah tak berkenan.
Saya: NIL tu apa?
Dia: Tiada =NIL
Dia: I have my own criteria.
Saya: Apa yang membuatkan you tak berkenan tu?
Dia: Cara dia bercakap, cara dia berfikiran. Nak berkawan tak adalah. But for office mater OK la.
Huish, melampau mamat ni. Kalau setakat cara berfikir tu biasalah. Tapi kalau cara bercakap pun masuk kritiria... Cerewet tahap king! Dia siap mengaku dia cerewet.
Saya: So, criteria you apa?
Dia: Criteria I banyak you. Cara jalan pun I tengok tau. Even cara makan pun I tengok selain kesihatan family background dan sebagainya. Itu semua akan dinilai sedikit demi sedikit kalau nak go further.
Saya: You nak orang yang berjalan macam model ke?
Dia: Eh, tak adalah. I just nak dia jalan dengan bersopan yang benar-benar bukan yang dibuat-buat untuk jual saham hahahah...
Amboi, kau punya kritiria kan? Habis yang kau feeling kat aku tu, aku cukup ke semua kritiria kau tu?
Whatever! Kalau Allah tulis awak tu jodoh saya, ke mana saya lari pun, saya tetap akan jadi milik awak. Tapi kalau Allah kata saya bukan untuk awak, sederas mana awak mengejar pun, saya pasti akan hilang.
Malas fikir! Sekarang ni, berkawan je sebanyak mungkin. Orang baik dengan kita, kita baik dengan orang. Nak feeling-feeling macam dulu tu... Tak payahlah Tinta. Nanti kau kecewa. Semua ni milik Allah dan pinjaman daripadanya. So, bersedialah untuk sebarang kemungkinan. Jangan berharap seperti dulu.
Monday, November 12, 2018
Boleh Tak Kalau Tak Nak?
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari pertama masuk kerja dah kena pergi walkabout Brickfields. Ditakdirkan hujan lebat. Habis semua lencun.
Kebetulan balik dari walkabout ada orang call. Offer nak hantar balik bila tahu saya lencun.
Hadoi, hati ni entah kenapa semacam je. Rasa tak nak.
Tapi Nampak dia macam berkecil hati.
Rasa tak best buat orang berkecil hati.
So macam mana?
Nak tak nak, saya terima pelawaan tu.
Janji 6.15 dia datang jemput saya kat office.
Saya kalau boleh tak nak berduaan dengan dia.
Tak nak susahkan dia.
Tak nak delay dia balik.
Lagipun setahu saya dia tak drive balik. Tinggal kereta kat office then naik moto balik.
Tapi kenapa pulak hari ni nak hantar saya?
Kan kena drive tu?
Hati rasa semacam menunggu waktu jam 6.15.
Jantung rasa laju je bila tengok jarum jam melepasi angka 6.
Boleh tak kalau saya tarik balik cakap tak jadi?
Saya tak tahu kenapa perasaan ni macam ni petang ni.
Saya takut.
Tapi takut apa?
Dia bukan jahat setakat yang saya kenal.
Yang penting hati saya tak enak.
Semoga tiada apa yang kurang baik berlaku.
Doakan saya ya.
Saya kena bersiap sekarang dah 6.05.
Dia ni tak takut jam ke nak hantar saya balik ha?
Tak nak ke call or whatsapp cakap tak jadi?
Hailah, dah kenapa dengan aku ni?
Tebiat ke apa?
Jangan mengada boleh tak?
Masa, tolong berhenti kat sini je boleh untuk hari ni?
Rasa tak nak lalui detik 6.15 tu.
Jarum ni degil, nak jugak berpusing.
Boleh tak faham apa yang saya rasa?
Boleh tolong tamatkan hari ni setakat ni je tak?
Wednesday, November 7, 2018
Kata Puan Zahirah
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Dah lama tak update blog ni. Sekarang saya sedang bercuti di kampung. Minggu-minggu akhir sebelum bercuti, agak sibuk menyelesaikan tugas yang perlu diselesaikan. Lepas tu tambah dengan tak ada mood nak update blog. Pada hal banyak je benda nak cerita.
Punyalah tak ada kerja nak buat, tadi saya belek-belek whatsapp lama. Whatsapp dari Puan Zahirah, pegawai PTPTN. Saya dapat nombor handset dia masa settle kan semua bayaran PTPTN dua tahun lalu. Siapa nak nombor dia untuk urusan PTPTN, boleh tinggalkan komen ya. Nanti saya bagi atas kebenarannya.
Saya baca whatsappnya yang mengucap tahniah kepada saya kerana telah selesai buat bayaran PTPTN.
Ada satu whatsapp tu berbunyi:
Puan Zahirah: Awak cantik Tinta Emas. Mak syapun cakap macam tu. Dia kata pernah nampak kat TV.
Saya baca berulang kali whatsapp tu dan sebelum tu. Jarak masa dekat. Dalam minit yang sama. Tapi whatsapp sebelum tu cakap pasal PTPTN. Macam mana boleh masuk topic lain ni? Apapun, saya balas kat puan tu agar dia puji jugak yang menciptakan saya. Saya jugak minta dia sampaikan salam pada emaknya.
Ya Allah, terima kasih atas ciptaanMu ini. Terima kasih kerana mengurniakan saya apa yang mereka kagumi. Jadikan wajah ini sebagai motivasi untuk saya perindahkan akhlak saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)