SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, October 16, 2016

Nyanyian Seorang Rakan

Pagi tadi, saya dan rakan mengacarakan pertandingan nasyid. Sebelum memulakan pertandingan, kawan saya bercakap tentang rehearsal yang tidak dapat saya hadiri semalam atas urusan lain. Dia bercakap tentang lagu. Saya layankan saja seolah-olah saya tahu akan apa yang diperkatakannya. Bila dia sebut tentang lagu, saya buat-buat lupa. Dalam hati, "Ish, dia ni, kot yapun nak surprise kan penonton, bagilah tahu saya dulu," Lalu... Dia meminta satu dewan ikut menyanyi bersamanya. Tapi lagu apa? Pelik, suruh orang nyanyi tapi tak bagi tahu tajuk. Macam mana hadirin nak nyanyi bersama? Sejurus kemudian, dia mula menyanyi. Tahu lagu apa? Lagu Allah Selamatkan Kamu. Dia diiringi penonton menyanyikan lagu tersebut untuk saya yang menyambut hari lahir saya hari ini. Ya Allah, perasaan saya berbaur terharu dan gembira. Saya sebak. Saat orang-orang penting dalam hidup saya melupakan segalanya tentang saya, ada kawan yang membesar bersama sejak dari sekolah masih ingat akan tarikh keramat pengukur usia saya. Ya Allah, hanya Tuhan saja tahu perasaan saya ketika itu. Dinyanyikan oleh seisi dewan semasa hari lahir adalah suatu perkara yang tak pernah saya sangka akan terjadi meskipun sekadar di dalam dewan biasa. Saya amat terkejut. Rupanya dia mahu surprise kan saya, bukan penonton. Tahun-tahun sebelum ni, saya mendapat ucapan selamat hari lahir di Facebook sehingga mencecah ratusan ucapan kerana notification yang dipaparkan FB pada setiap hari untuk pemegang akaunnya yang menyambut hari lahir. Bila kita tiada FB, barulah kita tahu, siapa yang benar-benar ingat akan tarikh lahir kita. Untuk hari ni, ucapan selamat hari lahir tidak banyak seperti di FB saya terima. Tak apalah, bukan suatu kemestianpun ucapan hari lahir tu. Terima kasih Shafiri kerana ingat akan tarikh lahir saya.

No comments: