SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, October 16, 2016

Hari Lahir Yang Sepi

Hari lahir kali ini adalah hari lahir yang sepi seperti enam tahun lalu. Tiada lagi ucapan istimewa atau makan malam bersama insan tersayang atau hadiah istimewa tanda kasih saying awak terhadap saya. Awak, Saya tahu, awak tak ingat akan hari lahir saya hari ini. Sedangkan masa kita bahagiapun awak tak ingat, apatah lagi bila awak meninggalkan saya. Dulu awak ingatpun sebab ada reminder. Entah-entah, tanda tarikh lahir sayapun awak dah buang. Ingat tak awak, dari awal perkenalan awak dah bagi tahu saya yang awak bukan orang yang ingat akan tarikh-tarikh penting. Dan awak tanda birthday saya di telefon. Awakpun ada cakap dengan saya supaya ingatkan birthday saya pada awak bila tiba harinya agar awak tak terlepas untuk meraikannya. Awak, saya rindukan awak. Rindu sambutan hari lahir bersama awak walaupun hanya kita berdua yang menyambutnya. Setiap kali tiba hari lahir saya, awak pasti minta saya search restoran yang di luar kebiasaan kita makan supaya hari lahir saya lebih istimewa dari hari-hari yang biasa. Indahkan awak saat tu, saat-saat kita bahagia bersama. Saat tiada orang lain menarik perhatian awak. Saat cinta awak utuh buat saya. Awak, hingga ke hari ini, saya masih merindui awak. Masih menyayangi awak. `

Nyanyian Seorang Rakan

Pagi tadi, saya dan rakan mengacarakan pertandingan nasyid. Sebelum memulakan pertandingan, kawan saya bercakap tentang rehearsal yang tidak dapat saya hadiri semalam atas urusan lain. Dia bercakap tentang lagu. Saya layankan saja seolah-olah saya tahu akan apa yang diperkatakannya. Bila dia sebut tentang lagu, saya buat-buat lupa. Dalam hati, "Ish, dia ni, kot yapun nak surprise kan penonton, bagilah tahu saya dulu," Lalu... Dia meminta satu dewan ikut menyanyi bersamanya. Tapi lagu apa? Pelik, suruh orang nyanyi tapi tak bagi tahu tajuk. Macam mana hadirin nak nyanyi bersama? Sejurus kemudian, dia mula menyanyi. Tahu lagu apa? Lagu Allah Selamatkan Kamu. Dia diiringi penonton menyanyikan lagu tersebut untuk saya yang menyambut hari lahir saya hari ini. Ya Allah, perasaan saya berbaur terharu dan gembira. Saya sebak. Saat orang-orang penting dalam hidup saya melupakan segalanya tentang saya, ada kawan yang membesar bersama sejak dari sekolah masih ingat akan tarikh keramat pengukur usia saya. Ya Allah, hanya Tuhan saja tahu perasaan saya ketika itu. Dinyanyikan oleh seisi dewan semasa hari lahir adalah suatu perkara yang tak pernah saya sangka akan terjadi meskipun sekadar di dalam dewan biasa. Saya amat terkejut. Rupanya dia mahu surprise kan saya, bukan penonton. Tahun-tahun sebelum ni, saya mendapat ucapan selamat hari lahir di Facebook sehingga mencecah ratusan ucapan kerana notification yang dipaparkan FB pada setiap hari untuk pemegang akaunnya yang menyambut hari lahir. Bila kita tiada FB, barulah kita tahu, siapa yang benar-benar ingat akan tarikh lahir kita. Untuk hari ni, ucapan selamat hari lahir tidak banyak seperti di FB saya terima. Tak apalah, bukan suatu kemestianpun ucapan hari lahir tu. Terima kasih Shafiri kerana ingat akan tarikh lahir saya.

Mengapa Saya Diam?

Assalammualaikum semua, Hampir dua bulan saya tak update blog ni. Bukan saya tak mahu update tapi saya rasa terlalu lemah, terlalu dukacita dan terlalu tersiksa. Selalunya kalau saya diam itu bermakna saya amat terasa hati dan sedih. Maka saya diam, cuba membendung lara hati. Memujuk hati rajuk. Ternyata, hati lara ini sukar diubati. Malah rindu, kasih dan saying saya masih utuh untuk dia. Cuma, saya mampu menulis meskipun tangis masih lagi menemani hari-hari saya.