SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, February 28, 2015

Bandar Selamat Untuk Semua

Semalam, saya menghadiri mesyuarat Komiti Infrastruktur untuk Brickfields. Memandangkan setiausaha lama telah meletak jawatan, Dr. Christopher melantik saya untuk memegang jawatan tu. Ini bermakna, tugas dan tanggungjawab sayapun bertambah. Tak apa, yang penting masyarakat terutamanya OKU Penglihatan mendapat manfaatnya. Bukan senang nak jadikan bandar ni sebuah bandar selamat dari pelbagai segi. Kami dalam group 1 ni dipertanggungjawabkan untuk mengkaji, menilai dan memohon daripada DBKL untuk membuat perubahan atau penambahbaikan terhadap bandar Brickfields ni. Dah namanyapun DBKL yang bentuk group ni, mestilah budget dan kerjasama dari DBKL. Antara yang dibincangkan ialah isu aliran trafik, lampu isyarat, informative sign board, bus stop, CC TV, lampu, parking, railing, jejantas gajah putih, laluan pejalan kaki dan laluan pejalan kaki berbumbung. Paling hangat ialah isu kedai minuman keras. Beberapa cadangan telah dibuat dan kami merangka untuk menghantar surat kepada pihak berkenaan, serta membuat temujanji kepada pihak terlibat seperti MRCB, Rapid KL dan lain-lain. Berita baik, katanya railing bagi laluan pejalan kaki di tempat yang dikenali pasti akan dipasang oleh DBKL Mac ini. Harap-harap betullah Mac tahun ini. hehehehe

Friday, February 13, 2015

Bobbi Brown! Lain Dirancang, Lain Yang Dibeli

Sabtu lepas, habis waktu kerja ingat nak jalan-jalan. Malas nak balik rumah, malamnya kena datang office lagi untuk Tendem Cycling. So, alang-alang Sogo buat Beauty Festival, akupun, mulalah berangan nak dapatkan set berus Bobbi Brown. Keinginan makin melonjak bila Bobbi Brown termasuk dalam senarai promosi, set mini brush pun ada, yang tak best tu, selagi stok masih ada. Aku call L minta dia teman. J pulak mengekor. OK la, best apa keluar ramai-ramai. Oh, rupanya festival beauty ni ada ruangan khas. Malangnya, set mini tu dah habis. Sales girl kat situ terus bawa kami ke kaunter Bobbi Brown. Bila cek harga untuk set berus biasa (sebab mini punya dah habis), RM280.00, dengan empat berus di dalamnya. Mak ai, baik aku beli mekap. Nampaknya haluan ditukarkan kepada bedak since bedak SK-ii dah nak habis dan Boddy Shop pulak nampak gelap bila pakai tanpa foundation. Wah, akak ni sporting sungguh. Benar-benar berusaha carikan warna bedak yang sesuai dengan aku. Lepas tu, aku minta dia carikan warna lipstik pulak. Siap bawa tiga lipstik untuk dicubakan kepadaku. Letak satu sapu. Sabar betul sales girl ni. Mula-mula ingat nak ambil bedak je. Tapi hati turut tertawan dengan lipstik dia. Ah, perempuan, kalau mekap, boleh gila dibuatnya. Yang best tu, Bobbi Brown ni dia masukkan data kita beserta barangan dengan kod sekali yang kita beli. So, lain kali kalau nak beli tak ingat kod pun tak apa, sebab boleh tengok dalam sistem. Canggihkan? Tak perlulah aku simpan kotak barangan dia. Lepas tu, mulut aku gatal-gatal tanya: Aku: Kak sebatang berus eye-shadow berapa, kak? Sales girl: Kalau yang ni RM100.00. Tapi kalau nak, ambil yang ni lagi untung. (Tunjuk berus 2 in 1 untuk eye-shadow dan concealer) Aku: Berapa? Sales girl: RM120.00 tapi kalau purchase RM500.00 dapat free. Aku: Tak apalah, kak. Lain kali. Sales girl: Tak apalah, akak bagi free. Aku: Ha??? L: Bukan harga dia RM120.00 ke, kak? Sales girl: Ha'ah, tak apa, akak bagi. Ya Allah, baiknya kakak ni. Kau murahkanlah rezekinya, Tuhan. Hahaha, alang-alang dah pakai bedak dan lipstik tu, aku minta kakak tu pakaikan blusher sekali. So, hasil tangkapan aku ialah: Skin Weightless Powder Foundation =RM140.00 Casing bedak =RM40.00 Lips Colour Rouge A'leveres Roseberry =RM88.00 Total: RM268.00 beserta eye-shadow dan concealer brush. OK, bye bye, kita sambung nanti. Nak Solat Asar lepas tu janji nak jumpa kawan.

Thursday, February 12, 2015

Berhabuk Dan Bersawang

Selamat petang semua!!! Terlebih ceria pulak petang ni. Mari kita bersihkan habuk dan sawang dalam blog ni. Bulan kedua 2015 dah nak separuh dah, tapi tak banyak yang saya tulis. Kalau nak diikutkan banyak cerita sebenarnya nak tulis kat sini. Tentang mekap, tendem, Gunung Kinabalu dan banyak lagi. OK la. Petang sangat ni. Nak balik. Hari ni kita bagi intro je dulu. Sambung lagi. Bye, bye.