SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, April 16, 2014

Skrip Pengacara Majlis Dwibahasa

Aku tak pernah terfikir nak buat skrip dwibahasa Inggeris dan Melayu. Apa lagi kena mengacarakan majlis dalam dwibahasa macam ni. Tapi, ini suatu pengalaman baru dan menyeronokkan. Tapi berdebar jugalah. Sebab tulah aku bertungkus-lumus buat skrip ni sampai malam macam ni duk kat office tak balik lagi ni. Aku nak kalau boleh perfect. Biar siap awal so, esok, aku boleh minta tolong orang yang pakar dalam Bahasa Inggeris semak skrip aku ni. Macam manalah aku nak jadi pengacara Selasa nanti ya?

Sambungan: Cerita Dari Ho Chi Minh City (Part 2)

Bot terus membawa kami menikmati pemandangan indah di sepanjang Sungai Mekong sehingga tiba ke stesen pertama. (Tapi aturan stesen ni mungkin silap sebab pergipun dah 2 bulan kan, dah tak ingat). Singgah melihat sarang lebah dan kami di bawah duduk minum madu lebah yang dicampur dengan minuman. Dihidangkan juga dengan aneka jenis kerepek. Kerepek paling aku suka, kerepek pisang dia. Memang terbaik. Lepas tu datanglah jurujual mempromosi madu lebah dan susu lebah atau disebut juga royal jelly. Madu lebah dalam botol mineral 500 ml berharga kalau tak silap RM70.00 manakala sebotol kecil Royal Jelly berharga RM15.00. Aku berkobar-kobar nak beli Royal Jelly tapi bila dengar harga macam tu tak jadi. Bukan tidak mementingkan kesihatan tapi takut nanti tak cukup duit nak shopping. Dahlah kat negara orang. Tiba-tiba dia bagi aku RM80.00 sebotol madu dan tiga botol Royal Jelly. Pucuk dicita ulam mendatanglah, terus jadi orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi dalam hati tertanya-tanya, macam mana dia boleh bagi murah macam ni? Teng, teng, teng... Kerepekpun ada jula. Kembara sungai kami diteruskan menuju stesen kedua. Sesampai di jeti kedua, kami dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan seperti rambutan, epal, nenas dan paling menarik perhatian aku, Epal Susu. Nilah kami pertama aku dengar dan makan Epal Susu. Buahnya lazat. Minuman dan asam perencah buah juga disediakan. Kami duduk santai di meja sambil makan buah-buahan dengan dihiburkan seorang penyanyi wanita yang menyanyikan lagu tradisional mereka diiringi muzik yang aku dah lupa, harmonika kot. Siap nyanyi Rasa Sayang dan Anak Kampung tuuuu. Stesen ketiga. Kami dibawa menyusuri kebun tanaman sekitar kawasan merentas ke bahagian untuk menaiki perahu yang didayung oleh pendayung perempuan. Wah, naik perahu ini amat menakutkan tetapi seronok. Topi yang dibekalkan sebelum menaiki perahu hampir terbang dek angin yang bertiup. Mujur ada tali yang mengikat topi kepada kami. Perahu yang teroleng-oleng cukup menyeramkan, apa lagi bila sesama perahu berlaga dan bergeser. Stesen 4. Stesen terakhir ini merupakan tempat pembuatan candy kelapa pelbagai rasa seperti origenal, coklat dan pandan. Tapi candynya seperti dodol, tidak seperti candy yang sering terdapat di Malaysia mahupun India. Proses pembancuhan bahan sehingga kepada proses pembungkusan ditunjukkan kepada pelancong langkah demi langkah mengikut bahagian. Oh ya, kedatangan kami disambut dengan secubit candy. Candy juga boleh dibeli di sini dengan harga RM5.00 sebungkus sebagai oleh-oleh. Tapi beli empat percuma satu tau :) Setiap jeti kecil yang kami singgah ini terdapat barangan seperti baju, kraftangan dan lain-lain untuk dijadikan buah tangan. Tapi T-shirt tak ada pun? Mungkin kat jeti besar tadi kot. Dalam perjalanan ke 'pelabuhan' cewah! Kami diberi kelapa muda sebiji seorang untuk membasahkan tekak. Sungguh lazat tapi sedikit hampa sebab isi kelapa aku nipis je. Aku ni kan hantu air kelapa. Setiba di jeti, maka, tibalah masa untuk shopping. Tanpa membuang masa, kami terus menuju deretan kedai yang terdapat di situ. Pelbagai barangan dijual seperti beg tangan, key chain, table runner, dan paling penting, T-shirt! Memang betul, T-shirt yang sama kualiti dan jenama malah sebiji warna serupa di sini boleh didapati dengan harga 3 helai RM50.00. Aku ambil beberapa helai untuk keluarga dan kenalan lelaki. Cuma t-shirt untuk aku tak ada saiz, Saiz kecil semua dah habis. On the way balik, kami singgah makan tengahari yang dah ada dalam pakej di sebuah rumah agam yang dijadikan restoran. Masakannya sedap. Seterusnya, kami singgah di kedai memborong kain, Danny's Shop. Beraneka jenis kain dijual di sini. Cuma sedikit baju siap yang dijual. Selebihnya, kain pasang. Lama juga kami di kedai ni. Dah katanya nak beli kain berniagakan? Dalam keletihan, kami pulang ke hotel berehat dan sambung membeli-belah di pasar malam. Kalau tak hati-hati, kami yang kena belah kat sini hahaha. BERSAMBUNG

Monday, April 14, 2014

Cerita Dari Ho Chi Minh City (Part 2)

Haha pergi Vietnam dah dua kali. Tapi pergi yang kali pertamapun tak habis update lagi. OK, terus saja dengan cerita hari kedua di Bumi Saigon ini. Bila kita melancong di Ho Chi Minh, pastinya tidak sah jika tidak menjejakkan kaki di Delta Mekong dan Cuchi Tunnel atau orang Vietnam panggil Guchi Tunnel. Bingung aku, bila tengok ejaan Cuchi tapi bila dia orang bercakap Guchi. Sebenarnya, malam tadi, kami dah siap meronda di pasar malam dan dah borong telekung, baju kurung dan entah apa-apa lagi entah. Dan cikgu membawa kami ke gerai Zaharah, kenalannya merupakan warga Vietnam. Selain dari berniaga telekung, Zaharah juga mempunyai pusat pelancongan. Oleh kerana memang niat nak pergi Mekong terus saja kami tanya trip ke Mekong berapa harganya. Memang boleh naik bas yang kutip orang sana sini macam kat Krabi dulu. Tapi kami lebih prefer untuk naik kereta sendiri. Ada privasi gitu. Zaharah memberi harga RM120.00 seorang termasuk perjalan pergi balik Mekong, naik bot pusing-pusing Mekong, Makan tengahari dan singgah di kedai borong kain. Mahal? Nanti dulu. Sebenarnya tidaklah mahal bila melihatkan kepada perjalanannya yang jauh. Ingat nak pergi Mekong dan Cuchi Tunnel, rupanya, pergi Mekong saja dah ambil masa sampai ke petang. OK, kita pergi Mekong dulu. Nak tahu juga keadaan Mekong yang aku dah dengar, baca dan belajar sejak form 2 dulu. Lebih kurang jam 9.00 pagi, Karim adik kepada Zaharah mengambil kami di Hotel Ruby, tempat penginapan kami. Perjalanan ke Mekong mengambil masa dua jam lebih. Sempatlah aku terlena beberapa kali. Memang best tidur sebab kereta ni ada tiga bahagian tempat duduk. Cikgu dan kawanku duduk di bahagian belakang driver ops, driver kat sini di sebelah kiri ya. Manakala aku enak berbaring di bahagian belakang sekali. Ah, peduli apa aku, ngantuk gila ni. Dahlah malam tadi tidur lewat! Karim memberhentikan kami di kedai cenderamata pusat pelancongan. Barangannya memang best, tapi harganya terlalu mahal. Aku hampir terpedaya sebab excited nak beli T-shirt untuk abah. Masa aku tengah memilih, Karim datang kepadaku dan memberitahu lebih baik aku beli T-shirt di Sungai Mekong nanti, lebih murah katanya. T-shirt Polo dan Bilberry RM45.00 sehelai mahal ke? Kualitinya sangat bagus! Boleh ke dapat harga lebih murah? Aku tertanya-tanya dalam hati. Boleh percaya ke dia ni? Dahlah abah aku tu cerewet. Kalau tak berkualiti, bukan dia nak pakai. Tawakaltu alallah, kalau tak dapat yang sebijik macam ni, aku paksa dia singgah sini balik. OK apa RM45.00 sehelai dengan kualiti macam ni. Mana boleh dapat kat Malaysia? Mesti ratus punya. Tak apa, tak apa. Kita tengok nanti. Kalau tak, siap kau. Prinsip aku, biar mahal selagi tidak melampau, janji kualitinya memuaskan hati. Dah tahu mahal, yang kau singgah sini buat apa? Orang mesti nak membeli, takkan nak tengok je? Ish, tak faham aku dengan mamat Vietnam nilah. Kami meneruskan perjalanan ke Sungai Mekong. Yang peliknya, kat Vietnam ni, banyak sangat jual mask, kenapa ya? Banyak sangat ke jerebu kat sini? Di mana-mana ada mask. Bukan mask yang selalu Kementerian Kesihatan tu bagi tapi diperbuat daripada kain dan macam-macam warna dan corak menarik ada. Kami terus menuju bot besar yang sedia menanti. Dah kami tiga orang je, confirmlah kena naik sekali dengan pelancong lain. Ala, macam kat Krabi dulu. Dah si Karim kena pergi belikan air mineral dan topi untuk kawan aku. Tanda kenangan katanya. Sungai Mekong amat besar. Di sepanjang Sungai Mekong macam di Tasik Alapuza, India juga, terdapat penempatan orang-orang Vietnam. Pemandangannya amat cantik. Kali aku tak terkejut dahlah bila ada penempatan yang begini sebab dah terkejut macam kat India dulu. Alamak, dah Asarlah, nantilah sambung lagi. Bye bye.