Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, August 22, 2013
Pecel Lele Lela
Aik, bahasa apa yang kau tulis ni Tinta? Jangan merapulah sangatlah!!!
Haha... Sebenarnya, tajuk entri aku hari ni adalah nama sebuah restoran. Bila aku google, restoran ni yang popular di Seksyen 13, Shah Alam. Tapi takkanlah aku nak ke sana pulak ye tak? Jauh bebenar kata Orang Perak. Aku pergi brunch dia kat Jln Melati Utama 4, Taman Melati.
Aku jumpa restoran ni secara tidak sengaja sebab nak minum. Dah tiga kali aku berkunjung ke sini. Bagi aku, restoran ni sama seperti restoran yang menyediakan masakan tradisi Indonesia yang lain. Aku baru cuba Mi Goreng Special. Best jugak sampai aku yang tak makan mi ni boleh makan. Kira bestlah tu. Paling aku suka Air Kelapa Susu. Alah, air kelapa muda yang dicampur susu pekat manis.
Oh ya, kelainan pada restoran ni ialah, setiap kali pelanggan masuk, seorang pelayan akan jadi ketua mengucapkan "Selamat pagi di Lele," dan diikuti oleh pelayan lain, "Selamat pagi,". Dah rasa macam cikgu masuk kelas je. Bila kita keluar ketua akan cakap "Terima kasih," (apa tak ingat) dan diikuti oleh pelayan lain, "Terima kasih,". Rasa macam kedatangan dan keberangkatan pulang kita dialu-alukan. Ni dah kira promosi ni. Nanti aku nak call Pecel Lele Lela ni minta komisyen. hehehe
Friday, August 16, 2013
Ladylike
Dah lama dah aku nak update blog ni. Tapi tak ada kesempatan. Bila ada kesempatan, blog ni buat hal pulak! Ops, jangan merajuk. Jangan buat hal lagi ye, Suria Khatulistiwa :)
Ladylike! Sudah tentulah berkaitan dengan perempuankan? Sebenarnya aku nak cerita fasal jeans jenama Ladylike yang aku beli masa offer kat Sogo puasa lepas. Setakat ni, aku rasa, jenama ni sedap dipakai, kain tebal tapi sejuk. Beli masa offer murahlah, harga asal RM119.00 bila dah offer jadi RM35.90. Berbaloi-baloi kan? Niat di hati nak beli satu, terus grab dua. Yelah, dua helaipun masih belum menyamai harga untuk satu ketika tak offer. Aku ambil warna biru gelap dan biru sedikit cerah. Warna season, potongan slim fit.

Tuesday, August 13, 2013
Monday, August 12, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)