SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, August 16, 2013

Ladylike

Dah lama dah aku nak update blog ni. Tapi tak ada kesempatan. Bila ada kesempatan, blog ni buat hal pulak! Ops, jangan merajuk. Jangan buat hal lagi ye, Suria Khatulistiwa :)

Ladylike! Sudah tentulah berkaitan dengan perempuankan? Sebenarnya aku nak cerita fasal jeans jenama Ladylike yang aku beli masa offer kat Sogo puasa lepas. Setakat ni, aku rasa, jenama ni sedap dipakai, kain tebal tapi sejuk. Beli masa offer murahlah, harga asal RM119.00 bila dah offer jadi RM35.90. Berbaloi-baloi kan? Niat di hati nak beli satu, terus grab dua. Yelah, dua helaipun masih belum menyamai harga untuk satu ketika tak offer. Aku ambil warna biru gelap dan biru sedikit cerah. Warna season, potongan slim fit.

No comments: