SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, July 30, 2010

Enam Kelebihan Hari Jumaat

Kita sering mendengar bahawa Hari Jumaat adalah hari yang mulia dan penghulu segala hari. Tapi, adakah kita benar-benar tahu kelebihan-kelebihan yang Allah kurniakan kepada Hari Jumaat? Untuk itu, saya senaraikan enam kelebihan Hari Jumaat di bawah ini:


1. Berlakunya hari kiamat:
Hari Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga:
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari:
Jumaat adalah hari yang sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik-baik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat:
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku:
Peliharalah kebersihan anda.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah:
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar Rasulullah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

(Dipetik daripada sangmentari.wordpress.com)

Wednesday, July 28, 2010

Promosi Biskut Raya

Bagi hidangan juadah hari raya, pastinya biskut raya tidak terkecuali dalam senarai menu hidangan. Sempena Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, saya, ada menjual beberapa jenis biskut raya:

Tat nenas - 100 biji =RM28.00
Almon London - 100 biji =RM28.00
Snow Ball - 100 biji =RM28.00
Corn Drop - 100 biji =RM28.00
Half Chip - 100 biji =RM28.00
Coklat Chip - 100biji =RM28.00

Untuk sampel atau maklumat lanjut, sila tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang mengenali saya, anda boleh terus hubungi saya di talian bimbit saya.

Sampel terhad! Tempahan awal diutamakan!

- Kepada yang berminat, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal kerana pembekal perlukan tempahan segera bagi menyiapkan tempahan tersebut pada bulan puasa.

Tuesday, July 27, 2010

Jangan Kejar Akuuuuuu!!!!!!!!!

Cukup! Jangan kejar aku. Aku tak mahu dikejar. Aku takut! Aku penat! Aku letih! Biarkan aku begini. Tak perlu kejar aku.

Friday, July 23, 2010

Bosan!!!

Bosanlah! Tak tahu nak buat apa, asyik menghadap komputer dan menaip je. Tak ada ke kerja lain boleh buat eh? Otak ni rasa malas pula nak fikir hari ni ish!

Tuesday, July 20, 2010

Kawan... Di Manakah Sahabat Sejati?

Kawan. Kawan terlalu ramai terutamanya waktu kita senang. Tapi bila susah... Tak ramai yang sudi menjadi kawan. Masa susahlah, baru kita tahu siapa sahabat kita. Begitulah manusia di dunia ni. Teringat aku kepada pantun Cikgu Rahani, guru Tadika Perpaduan ku dulu:

Hari petang langit cerah sekali,
Pergi memancing ikan tenggiri,
Kawan ketawa senang dicari,
Kawan menangis, menangislah sendiri.

Ya, itu benar sekali. Bukan andaian tapi pengalaman hidup membuktikannya.

Monday, July 19, 2010

Uda Dan Dara Kembali

Malam Ahad lalu, aku, Angah (adikku), Abang Nuar, Abang Zul, Abang Mat dan Abang Dir ke Panggung Sari, Istana Budaya untuk menonton Teater Muzikal Uda Dan Dara. Teater yang lahir daripada naskah agung sasterawan negara, Usman Awang ini begitu menarik dengan garapan dialog yang penuh seni. Lirik lagunya pula ditulis dengan begitu puitis.

Kami ke sana bukan kerana Misha Omar, tetapi kerana Uda Dan Dara ilham Datuk Usman Awang. Sayangnya, teater karya anak tempatan ini tidak mendapat tajaan besar meskipun dari anak Malaysia. Aku harap, usaha-usaha untuk melahirkan teks-teks hebat ke pentas mahupun layar perak akan terus giat dijalankan walaupun menghadapi kesukaran.

Uda Dan Dara, kalau tak silap ini kali ketiga teks tersebut dipentaskan. Tentunya ada kelainan pada setiap versi. Bagaimana agaknya versi-versi Uda Dan Dara terdahulu ya?

Thursday, July 15, 2010

Aku Rimas!!! Tolonglah!!!

Tolonglah faham. Aku bukan jenis orang yang suka bila orang mengada-ngada dengan aku. Namun, aku cuba untuk jaga hati orang. Tapi... Bila aku berkias, takkan orang tak boleh faham? Kita kawan, jadi cukuplah sekadar sesekali bersembang lama. Tak perlu hari-hari. Tak perlu ada terasa hati bila aku tak boleh melayan perbualan yang lama-lama atau mesej yang kerap. Aku bukan perdana menteri, itu aku tahu. Tapi aku ada kehidupanku sendiri. Aku ada kesibukanku sendiri. Dan sebagai manusia juga, ada hari-harinya, aku tak suka diganggu. Tolonglah, faham! Lebih-lebih lagi waktu kerja, janganlah!