SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, July 19, 2010

Uda Dan Dara Kembali

Malam Ahad lalu, aku, Angah (adikku), Abang Nuar, Abang Zul, Abang Mat dan Abang Dir ke Panggung Sari, Istana Budaya untuk menonton Teater Muzikal Uda Dan Dara. Teater yang lahir daripada naskah agung sasterawan negara, Usman Awang ini begitu menarik dengan garapan dialog yang penuh seni. Lirik lagunya pula ditulis dengan begitu puitis.

Kami ke sana bukan kerana Misha Omar, tetapi kerana Uda Dan Dara ilham Datuk Usman Awang. Sayangnya, teater karya anak tempatan ini tidak mendapat tajaan besar meskipun dari anak Malaysia. Aku harap, usaha-usaha untuk melahirkan teks-teks hebat ke pentas mahupun layar perak akan terus giat dijalankan walaupun menghadapi kesukaran.

Uda Dan Dara, kalau tak silap ini kali ketiga teks tersebut dipentaskan. Tentunya ada kelainan pada setiap versi. Bagaimana agaknya versi-versi Uda Dan Dara terdahulu ya?

1 comment:

Tai said...

Wah Cute tak sangka, minat kamu dengan teater.